Anda di halaman 1dari 1

Teks Ucapan Pengetua Majlis Graduasi SMK LELAKI METHODIST

SENTUL_

Terima kasih diucapkan kepada saudari pengacara majlis.

Yang dihormati,Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan


PPD,Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Dr Hajah Zalina
binti Mohd Tahir, para pentadbir, YDP Pibg,ahli pibg,para pentadbir, guru-guru
dan murid-murid yang disayangi. Selamat pagi dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi ucapan


terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis
ini.Saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada tuhan kerana
dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bertemu dan berkumpul pada hari yang
penuh bermakna ini khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada
para graduan.

Hadirin yang dihormati,untuk melahirkan sebutir permata tak semudah


yang diucapkan.Banyak pengorbanan dibuat oleh semua pihak terutama
murid,guru dan juga ibu bapa.Justeru,saya sangat bersyukur kerana di sekolah
ini,guru guru sangat komited dalam menjalankan tugas untuk memastikan
lahirnya graduan yang cemerlang pada hari ini.

Tidak dilupakan juga,penghargaan untuk pihak jabatan dan pihak PPD


yang memberikan banyak sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah dalam
memastikan kelancaran setiap program yang diadakan di sekolah.Tanpa anda
semua,mustahil keputusan yang cemerlang ini dapat diperolehi.

Buat graduan semua,perjalanan anda tidak terhenti di sini.Teruskan


mencipta lebih banyak kejayaan di masa depan.Masih banyak yang anda perlu
pelajari dan terokailah tanpa putus asa. Saya dan semua guru mendoakan
kejayaan anda di masa depan.
Sebagai penutup, sekali lagi saya bagi pihak SMK Lelaki Methodist Sentul merakamkan
penghargaan atas kehadiran yang dihormati Hajah Zalina, guru-guru, ibu dan bapa, dan para
graduan. Teruskan lakaran kita untuk terus mekar memartabatkan alam pendidikan negara kita.

Anda mungkin juga menyukai