Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih diucapkan kepada saudari/saudara Pengecara Majlis.

Yang dihormati En Fredrick Ginder Anak James Tutong, Timbalan Sektor Pembelajaran PPD Lubok Antu,
Yang berusaha (…..Nama GB…..), Guru Besar SK Lubok Antu, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru, Ibu
Bala / Penjaga dan murid-murid yang saya hormati sekalian.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.

Saya bersyukur kerana dapat bersama-sama dalam majlis Hari Anugerah Sk Lubok Antu pada hari ini.
Saya amat mengalu-alukan kehadiran para hadirin sekalian.

Hadirin sekalian

Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari masa ke semasa. Peluang
pendidikan harus digunakan dengan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina
personaliti yang cemerlang. Pendidikan adalah bidang yang dinamik serta penuh cabaran di mana
pendidikan menuntut perancangan strategik yang teliti dan pragmatik, kos yang besar serta jentera
pelaksana yang cekap. Pendidikan juga terdedah dan terpengaruh dengan tuntutan perubahan selaras
perkembangan global dan regional. Antara cabarannya adalah melestarikan tahap profesion dan
menjadikankualiti dan perkhidmatan serta kecemerlangan sebagai identiti.

Tahniah saya ucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya mencapai kecemerlangan. Semoga
kejayaan demi kejayaan yang dicapai pada masa sekarang menjadi pendorong dan pencetus budaya
cemerlang demi mencapai kejayaan yang lebih gemilangpada masa hadapan.

Hadirin yang dihormati sekalian

Selaku Main YDP PIBG pandangan dan pemikiran yang membina ke arah membantu pihak sekolah dalam
meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik amat diperlukan. Komitmen
tuan-tuan dan puan-puan adalah kebangaan saya. Says yakin, dental sokongan serta kerjasama semua
pihak kita mampu memperoleh hasil yang cemerlang dan gemilang.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada para hadiran sekalian atas kedudian
bersama-sama berada dalam majlis kita pada hari ini. Says menyusun jari maaf sekiranya terdapat silap
dan salah. Apa yangvsaya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-
anak kita juga.

Seaman terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai