Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PERASMI

MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5,


SMK TUN SYED NASIR ISMAIL
BAGI TAHUN 2023/2024

Terima kasih saudara/ saudari pengacara majlis

Bismillahir rahmanir rahim.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Tuan Adnan bin Shamsudin


Pengetua SMK Tun Syed Nasir Ismail

Yang Dihormati, Encik Mohd Ismahadi bin Mohd Isa


Yang Di Pertua PIBG SMK Tun Syed Nasir Ismail,

Yang Berbahagia Professor.Ts.Dr.Shukor bin Abd Razak


Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

Yang Dihormati Cikgu Ramdan bin Mustaffa


Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tun Syed Nasir Ismail

Yang Dihormati Cikgu Idawati binti Sohar


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Tun Syed Nasir Ismail

Yang dihormati Cikgu Hairiah binti Nadzar


Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Tun Syed Nasir Ismail

Yang Dihormati Cikgu Roslina binti Harun


Guru Penolong Kanan Petang SMK Tun Syed Nasir Ismail

1
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Ahli Jawatankuasa PIBG,
guru-guru dan para graduan sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan


limpah kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul pada hari yang
mulia ini sempena Majlis Graduasi Tingkatan 5, SMK Tun Syed Nasir
Ismail, Johor Bahru.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana


sudi menjemput saya untuk sama-sama menjayakan Majlis Graduasi
Tingkatan 5, SMK Tun Syed Nasir Ismail bagi tahun 2023. Saya juga
ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak sekolah yang
telah berusaha mengadakan majlis khas untuk meraikan pelajar-pelajar
yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik
dan sahsiah.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Mutakhir ini, dunia pendidikan semakin mencabar. Para pelajar bukan


sahaja datang ke sekolah untuk menuntut ilmu semata-mata tetapi juga
dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu
dan berakhlak mulia. Hal ini selari dengan saranan pihak kerajaan, iaitu
untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Dalam konteks ini, Menteri Pendidikan iaitu Yang Berhormat Puan
Fadhlina Sidek berkata kesungguhan Malaysia menyediakan peluang
pendidikan berkualiti bagi semua murid merentasi batasan kaum, agama
atau status sosial. Hal ini dilakukan menerusi elemen pembangunan
pendidikan berteraskan Pendidikan Manusiawi yang menumpukan
kepada penerapan nilai dan pendekatan berorientasikan insan dalam
pembangunan karakter berkonsepkan Karamah Insaniah

2
Seterusnya, pembangunan era digital memberikan tampak yang begitu
besar terhadap kehidupan dewasa ini. Banyak sektor yang mengalami
transformasi dan kemajuan melalui kepesatan teknologi yang wujud
dalam Revolusi Industri 4.0. Pertembungan antara manusia, mesin dan
sumber tenaga lain yang telah menjadikan teknologi maklumat dan
komunikasi memberikan kesan kepada pelbagai sektor termasuklah
sistem pendidikan.

Menerusi dunia digital, penggunaan inovasi teknologi menjadikan


kehidupan sosial dan amalan seharian lebih mudah daripada sebelum ini.
Penggunaan teknologi telah menunjukkan kesan positif bukan Sahaja
terhadap gaya hidup tetapi juga telah memberikan impak kepada bidang
Pendidikan.

Sektor Pendidikan juga dipengaruhi oleh proses pengajaran dan


pembelajaran yang disokong oleh teknologi. Perkembangan sistem
digital dalam pembelajaran semakin mendapat perhatian, terutamanya di
peringkat pengajian tinggi. Walaupun kebanyakan tenaga pengajar di
seluruh dunia masih menggunakan kaedah konvensional dalam
pengajaran mereka, namun alat bantu teknologi juga sering digunakan
secara efektif di dalam kelas. Penerapan elemen multimedia seperti
video, audio, grafik dan teks mendedahkan pelajar kepada persekitaran
pembelajaran yang menarik. Di samping itu, aplikasi laman web sebagai
platform pembelajaran juga menggalakkan pembelajaran kendiri dalam
kalangan pelajar.

Oleh itu, berdepan dengan Revolusi Industri 4.0, sistem Pendidikan


berdepan dengan cabaran untuk membentuk generasi yang kreatif,
inovatif dan kompetitif. Cendekiawan ada menyatakan tiada kejayaan
semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha
dilakukan untuk menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan
bukan sekadar sebagai penerima ilmu semata-mata demi menyediakan
mereka untuk menempuh arus kehidupan pada abad ke-21 yang serba
mencabar ini.
3
Hadirin yang dihormati,

Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam semua aspek


kehidupan pada hari ini turut memberi tempias dalam dunia pendidikan,
sekali gus merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh segenap lapisan
masyarakat. Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh para pendidik ialah
kebanjiran teknologi tinggi yang sentiasa bertambah canggih,
penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan
maklumat sejagat. Dalam hal ini, para pendidik perlu melahirkan
generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan ssuatu yang
bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi terkini, serta
berupaya menangani gelombang perubahan masa kini. Selain itu,
penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar juga merupakan
cabaran yang perlu ditangani sebaik mungkin agar generasi muda dapat
meningkatkan kualiti bahasa Inggeris mereka untuk bersaing di
peringkat global.

Dasar pendidikan yang telah disusun oleh kerajaan tidak akan berjaya
tanpa penglibatan ibu bapa. Seharusnya, ibu bapa menitikberatkan soal
pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di
rumah. Begitu juga dengan para pelajar, gunakanlah peluang yang ada di
sekolah untuk memperkasakan diri masing-masing dengan kemahiran
bersosial, teknologi maklumat, kemahiran berkomunikasi, memimpin
dan sebagainya. Tiada jalan pintas ke arah kejayaan.

Tahniah saya ucapkan kepada para pelajar yang telah berjaya mencapai
kecemerlangan. Semoga kejayaan demi kejayaan yang dicapai pada
masa sekarang dan masa akan datang dapat menjadi pendorong serta
pencetus budaya cemerlang demi mencapai kejayaan yang lebih
gemilang pada masa hadapan.

4
Akhir kata, digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan,

Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirahim,


SAYA MENUTUP RASMI MAJLIS GRADUASI SMK TUN SYED
NASIR ISMAIL BAGI TAHUN 2023.

Sekian dan selamat maju jaya.


Wabillahitaufiq walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai