Anda di halaman 1dari 2

Kata Alu Aluan Pengarah Sbp

Aidie Bin Jantan

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada sidang redaksi yang telah
berusaha gigih untuk merealisasikan penerbitan majalah sekolah bagi tahun 2019. Selain dapat
mengasah bakat dan kreativiti murid, penerbitan majalah ini juga membolehkan pendokumentasian
bahan berlaku secara tersusun dan berterusan .

Perkembangan pesat dunia digital masa kini turut memberi kesan kepada transformasi bidang
pendidikan.Ledakan teknologi pada hari ini menyaksikan pendidikan lebih bersifat global dan tidak lagi
terhad kepada ruang lingkup bilik darjah, malah ia mencakupi dimensi yang amat luas. Penggunaan
teknologi dalam pendidikan membolehkan guru dan murid mengakses maklumat dan pengetahuan yang
terkini dengan lebih cepat dan efisien di samping menjadikan pengalaman pembelajaran sebagai
sesuatu yang menyeronokkan.Oleh itu, saya menyeru kepada semua warga Sekolah Berasrama Penuh
( SBP) agar sentiasa bersikap positif dan proaktif dalam memanfaatkan peluang dan sumber
pembelajaran yang ada supaya setiap potensi dapat diserlahkan.

Peranan guru juga amat penting dalam menyantuni kepelbagaian dan ragam murid generasi
milenial. Murid-murid hendaklah dididik agar dapat berkongsi nilai dan pengalaman dengan menghargai
kepelbagaian yang wujud di persekitaran mereka. Asas moral yang kukuh juga perlu ditekankan oleh
para pendidik supaya semua murid dapat mendepani pelbagai cabaran dalam konteks kehidupan masa
kini.

Akhir kata, syabas kepada semua pihak yang terlibat merealisasikan penerbitan majalah ini. Walaupun
perkembangan media sosial mengakibatkan naskhah bercetak semakin terpinggir, saya percaya sebagai
dokumentasi yang bersifat rasmi, majalah sekolah akan terus relevan sampai bila - bila.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai