Anda di halaman 1dari 16

Selembar

Bicara

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan
Salam Transformasi Pendidikan.
Guru-guru yang saya hormati serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Syukur ke hadrat Allah swt kerana hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
menerbitkan Buletin Sejarah sebanyak enam edisi sepanjang tahun 2013 dan 2014 telah
berhasil. Buletin Sejarah Edisi 3/2014 adalah penerbitan terakhir Buletin Sejarah ini.
Rasional penerbitan Buletin Sejarah ini bagi membantu murid Tingkatan 5 mulai tahun
2013 bagi menghadapi perubahan format pentaksiran SPM Sejarah Kertas 3.
Pendekatan penulisan Buletin Sejarah ini agak berbeza dengan memberi tumpuan kepada
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), penggunaan bahasa yang mudah dan ringkas di
samping gambar berwarna-warni diharap dapat merangsang murid untuk menghayati
sejarah tanah air dan objektif pembelajaran dan pengajaran murid. KPM juga telah
menerbitkan tiga edisi Buletin Sejarah Digital Interaktif iaitu Edisi 1/2014, Edisi 2/2014
dan Edisi 3/2014 yang mudah di akses dengan menggunakan pelbagai peranti.
Oleh itu, bahan Buletin Sejarah bercetak mahupun digital interaktif diharap dapat
digunakan sepenuhnya di dalam kelas mahupun di luar kelas. Akhir kata, adalah
diharapkan Buletin Sejarah ini dapat melahirkan semangat jati diri, generasi yang
cemerlang, berketerampilan dan berdaya saing dalam usaha kerajaan merealisasikan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Sekian, terima kasih. Saya akhiri dengan wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DATUK DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF


PENGHARGAAN
Bahagian Buku Teks (BBT) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada panel penulis, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Lembaga Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti,
Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Pengurusan Maklumat, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Guru,
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara
dan semua pihak yang terlibat dalam pelbagai aspek sehingga Buletin Sejarah ini dapat diterbitkan.
HAK CIPTA
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buletin ini
dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapatkan keizinan bertulis daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bagi tujuan komersial.
MAKLUM BALAS
Sebarang cadangan dan komen boleh dihantar melalui e-mel ke alamat noh.muda@moe.gov.my atau yusriamir.bahasa@
moe.gov.my

Bengkel Kerja Pemurnian Pruf Muka Surat (PMS) Buletin Sejarah Edisi 3/2014 dan
Pemurnian Bahan Digital Edisi 2/2014 Bersama dengan Panel Penulis.

buletin SeJARAH EDISI 3 2014 2

Sidang Redaksi
PENAUNG
Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
PENASIHAT
Datuk Dr. Amin bin Senin
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan)
PENGERUSI
Haji Abdul Ghani bin Mohamad Niza PMP, AMP
Pengarah Bahagian Buku Teks
TIMBALAN PENGERUSI
Haji Paridin bin Jais
KETUA EDITOR
Haji Che Noh bin Muda K.M.W
SIDANG EDITOR
Noriza binti Haji Asmuni
Yusri Amir bin Haji Bahasa
Muhammad Zuraidi bin Abdul Jalal
Md Som bin Jelon
Faizah binti Alias
Thava Rajan Subramaniam
Hasnida binti Hashim
Shaharizan bin Shamsuddin
Siti Nafsiah binti Ismail
Nor Salina binti Mohammad Zainudin
Sharifah binti Abd Rahman
Aiman Syafiq bin Mat Sunari
Siti Suhaila binti Sudirman
Joespenzal Mek
KETUA TEKNIKAL PENERBITAN
Harizan bin Hamzah
SIDANG TEKNIKAL PENERBITAN
Azhar bin Mohd. Shariff
Haji Ab. Rashid bin Md. Yasin
Ali Hanafiah bin Kassim
PENYELARAS BAHAN DIGITAL
Azmi bin Mohd. Sayuti
Azizan bin Isa
Norma Hazura binti Mohd Zulkifli
PENULIS
Masariah binti Mispari
Nor Mastura binti Bahrum Sakmor
Lim Chin Guan
Teo Anak Juin
Mohd. Rozi bin Ibrahim
Amit bin Awang
Ridzuan bin Hassan
Suraya binti Abdul Rahim
Nor Azan bin Alias
Mat Zaid bin Man
Abdul Rahim bin Ali
Roslani bin Maskan
Mohd. Saleh bin Ibrahim
Azizah binti Ramly
Noor Azma binti Seman
Ishak bin Saidoo
Harvinder Kaur a/p Ranjit Singh
Rudzuan bin Mohd. Dali
Azalan bin Daud

PENGEDARAN
Hajah Zainap binti Ibrahim
Kamaruddin bin Ismail
Mohd Mashudi bin Jelani
Noraida binti Ahmad

Islam Di Asia Tenggara &


PEMBAHARUAN DAN PENGARUH
ISLAM SEBELUM KEDATANGAN BARAT

BAB 7& 8
TINGKATAN 4

Oh, senangnya!
NOOR AZMA BT. SEMAN
SAM Bandar Baru Salak Tinggi,
Selangor
AZIZAH BT. RAMLY
Smka Putrajaya

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa pelbagai kesan


dalam bidang sosial terutamanya pendidikan. Bincangkan.
1. PENGENALAN [5m]

2. MEMAHAMI [30m]

3. MENGANALISIS [25m]

Latar belakang kedatangan Islam


di Tanah Melayu.

Kesan pengaruh Islam terhadap


pendidikan masyarakat Melayu.

Rujuk Buku Teks Sejarah


Tingkatan 4 (m.s. 196)

Rujuk Buku Teks Sejarah


Tingkatan 4 (m.s. 201)

Pengaruh kedatangan Islam terhadap masyarakat


Melayu dalam aspek:
a) Gaya hidup (20m)
b) Bahasa dan Kesusasteraan (10m)

Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 (m.s. 205-208)

4. MENGAPLIKASI [10m]

Langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan ilmu.

Langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan ilmu adalah dengan meningkatkan kualiti pendidikan
negara. Program pertukaran pelajar dan guru ke luar negara merupakan satu transformasi ke arah itu.

Selain itu, prestasi kolej atau universiti di Malaysia sama ada universiti awam atau universiti swasta sedang dalam proses menaik
taraf setanding dengan universiti luar negara seperti Universiti Harvard di Amerika Syarikat, Universiti Oxford di England dan
Universiti Al-Azhar di Mesir.

Langkah seterusnya adalah untuk meningkatkan prasarana pendidikan dalam negara seperti kemudahan bagi menjalankan
penyelidikan dan juga akses Internet Berkelajuan Tinggi.

Kerajaan juga sedang berusaha untuk menambahkan peruntukan dalam bidang pendidikan contohnya dalam Rancangan
Malaysia Kelapan (2001-2005). Dana sebanyak RM5.2 bilion telah disediakan bagi projek berasaskan ICT.

Langkah seterusnya membuat transformasi pendidikan dengan menambah baik Kurikulum Pendidikan Negara agar bersifat lebih
global. Contohnya, pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kerajaan turut mempromosi Malaysia sebagai hab pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO),
Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang adalah juga usaha yang sama ke arah itu.

Manakala dalam program menjalin kerjasama pendidikan dua hala dengan negara luar, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah
Kluster dan Sekolah Amanah dimestikan melaksana program pengantarabangsaan.
15 isi = Maksimum 10m

5. MENILAI [10m]

Peranan Malaysia sebagai hab pendidikan dunia.

Malaysia berjaya memainkan peranan sebagai hab pendidikan dunia melalui kemasukan ramai pelajar asing ke Institut
Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Universiti yang terlibat adalah seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bertaraf antarabangsa.
Universiti luar negara turut membuka cawangan mereka di Malaysia. Pada tahun 2003, Universiti Nottingham United
Kingdom telah membuka kampus cawangannya di Semenyih, Selangor. Pada tahun 2015 pula, Universiti Xiamen China
akan membuka kampus cawangannya di Salak Tinggi, Selangor.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Institut Perguruan Guru Malaysia (IPGM) mengadakan program berkembar
dengan universiti luar negara seperti Universiti Auckland, Universiti Warwick dan Universiti Victoria. Antara faedah
program ini adalah untuk pemindahan teknologi dan kepakaran daripada aspek kurikulum, penilaian dan jaminan kualiti.

Pendidikan di Malaysia turut mendapat pengiktirafan dari United Nations for Educational Scientific and Cultural
Organization (UNESCO). Institut Perguruan Guru Malaysia (IPGM) telah mendapat pengiktirafan daripada universiti luar
negara bagi melaksanakan program latihan guru secara kerjasama bersesuaian dengan matlamat pengantarabangsaan.

Seterusnya, produk penyelidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mendapat pengiktirafan dunia dalam
pameran British Innovation and Technology Show 2008 di Alexandra Palace, London. Universiti Malaysia Perlis (UMP) pula
menerima anugerah antarabangsa dalam Majlis The Bizz 2014 di Venice, Itali.

INFO

16 isi = Maksimum 10m


buletin SeJARAH EDISI 3 2014 3

6. MENJANA IDEA [10m]


i) Cabaran pendidikan negara pada masa kini. [5m]

Cabaran pendidikan pada masa kini antaranya ialah kekurangan kemudahan sistem teknologi maklumat terkini.
Keadaan ini membataskan pengaksesan maklumat terutamanya di kawasan pedalaman.
Seterusnya, kekurangan kepakaran tenaga pengajar dalam bidang kejuruteraan, pendidikan dan perubatan
sehingga kerajaan terpaksa membawa masuk tenaga pakar dari luar.

Selain itu, jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar turut menjadi cabaran dalam pendidikan pada hari ini.
Hal ini berlaku kerana kekurangan prasarana, tenaga pengajar berpengalaman dan sokongan daripada masyarakat
setempat.
8 isi = Maksimum 5m

ii) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran. [5m]


Langkah-langkah untuk mengatasi kekurangan kemudahan sistem teknologi maklumat antaranya adalah dengan
menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang lebih menyeluruh contohnya, Kampung Tanpa Wayar.
Pada 24 April 2014, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Program Talent Corporation Malaysia Berhad bagi
menggalakkan tenaga pakar tempatan yang bekerja di luar negara supaya pulang dan berkhidmat di tanah air.

Selain itu, jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar boleh dikurangkan dengan menyediakan prasarana
yang mencukupi terutamanya di sekolah luar bandar. Kemudahan seperti makmal ICT, Makmal Sains dan pusat
sumber perlu dinaik taraf.
6 isi = Maksimum 5m

7. MENGHAYATI NILAI MURNI [5m]




Iktibar yang perlu diteladani oleh generasi muda pada hari ini.

Selain itu, kita perlu mempunyai sikap berdaya saing untuk menghadapi cabaran pada masa ini.

Kita juga perlu sentiasa prihatin, bertanggungjawab dan berhemah tinggi supaya dapat melahirkan
masyarakat berintegriti tinggi.

Generasi muda perlu membina kepimpinan yang berwibawa dan berani ke arah mencapai
kecemerlangan pada masa hadapan.

Kita perlu menghargai ilmu pengetahuan kerana ilmu merupakan satu aset penting untuk kemajuan
diri, bangsa dan negara.

8 isi = Maksimum 5m

8. RUMUSAN [5m]

Pengetahuan yang saya peroleh daripada kesan pengaruh Islam terhadap perkembangan sosial di
Malaysia ialah pendidikan Islam berkembang pesat dengan wujudnya sekolah-sekolah pondok.
Kedatangan Islam juga merubah gaya hidup masyarakat tempatan seperti cara berpakaian dan
cara menghormati orang yang lebih tua.
Iktibar yang saya peroleh ialah kita perlu berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi serta bijak
menggunakan peluang yang sedia ada untuk memajukan negara. Kita perlu berusaha dengan gigih
untuk mencapai sesuatu kejayaan. Sikap bertolak ansur dan bertimbang rasa perlu demi menjamin
kehidupan yang harmoni.
Saya berharap perpaduan di Malaysia dapat dikekalkan. Hal ini adalah kerana tanpa perpaduan,
kemajuan negara tidak mungkin dapat dikecapi. Kita mengharapkan agar Malaysia akan menjadi
negara maju menjelang tahun 2020.
12 isi = Maksimum 5m

INFO

Konsep Wasatiyyah Satu Pendekatan Untuk Keamanan Sejagat : Najib


13 Mac 2012 oleh Najib Razak

Dato Seri Najib Tun Razak berkata, Kerajaan akan memperjuangkan konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan sebagai pendekatan
yang boleh membawa kepada keamanan sejagat dan bukan sahaja untuk membina negara bangsa yang harmoni dan bersatu
padu. Menurut beliau lagi, pengenalan konsep itu di negara ini menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang layak untuk
memperkenalkannya kepada masyarakat dunia.
Kerajaan memperkenalkan konsep Wasatiyyah selaras dengan wawasan kepimpinan negara yang mahu mewujudkan
keseimbangan dalam membina perpaduan masyarakat berbilang bangsa, agama dan resam budaya.
Najib berkata, Konsep itu merupakan satu pendekatan yang dilaksanakan secara berterusan dalam dasar-dasar kerajaan sedia
ada dan kehidupan seharian selaras dengan matlamat konsep itu yang ingin mewujudkan perpaduan serta keharmonian hidup ke
arah menentukan kejayaan individu, keluarga, masyarakat dan negara. (Sumber : Bernama)
buletin SeJARAH EDISI 3 2014 4

BAB 9

TINGKATAN 4

MENGANALISIS

PERKEMBANGAN
DI EROPAH
Renaissance menjadikan negara Eropah kuasa dunia. Buktikan.
1

INFO

Istilah Renaissance berasal


daripada perkataan Itali,
iaitu renisciment yang
bermaksud kelahiran
semula dan istilah
ini merujuk pada
penghargaan semula
ilmu yang dihasilkan oleh
cendekiawan dan pejuang
seni dalam tamadun
Yunani dan Rom.

Lahirnya cendekiawan
bertaraf dunia seperti

Leonardo da Vinci

MOHD SALEH B. IBRAHIM


SM Sains Perempuan,
Seremban, Negeri Sembilan

Maju dalam bidang ilmu


Sains, Biologi, Kimia, Fizik dan
Perubatan

Maju dalam
bidang kesenian

7
Penjajahan beberapa negara
Asia, Afrika dan Amerika

Pusat perdagangan
antarabangsa di Venice,
Rom dan Milan

Menguasai jalan
perdagangan di Lautan
Hindi dan di Asia
Tenggara

10
Pelabuhan antarabangsa
di Venice dan Genoa

Penjelajahan dan penerokaan


di luar negara Eropah

Menguasai
ekonomi dunia

Itali muncul sebagai pusat


pertembungan budaya,
bahasa dan agama

Michelangelo

Thomas More

Francis Bacon
buletin SeJARAH EDISI 3 2014 5

MENGAPLIKASI

Renaissance berjaya memajukan negara-negara Eropah. Bagi mencapai taraf negara maju
seperti mereka, kerajaan telah melaksanakan transformasi dalam pelbagai bidang.
Apakah kejayaan daripada transformasi tersebut?

77% murid dapat


belajar di prasekolah
(2012) berbanding
67% (2011)

100 ribu orang


berjaya dikeluarkan
daripada belenggu
kemiskinan

100 ribu unit rumah


mampu milik berjaya
dibina pada 2012

Malaysia antara
21 buah negara
paling kompetitif
ekonominya di dunia
(laporan Bank Dunia)

Malaysia ialah negara


ke-18 paling mudah
menjalankan
urus niaga

Kadar kemiskinan
berkurangan daripada
60% awal merdeka
kepada 1.7% pada
2012

Pendapatan isi rumah


meningkat daripada
RM4,025 (2009)
kepada
RM5,000 (2012)

Pendapatan Negara
Kasar meningkat
daripada AS $257
(1957) kepada
AS $9,970 (2012)

Penjenayah rasuah
dapat disabitkan
kesalahan daripada
54% (2009) kepada
85% (2012)

Kadar jenayah
berkurangan
sebanyak 35% dalam
tempoh 4 tahun
(2008-2011)

odel Ekonomi Baru (MEB) merupakan tunjang penting kepada


Malaysia yang sedang dibentuk, struktur yang akan berkhidmat
kepada masyarakat kita pada masa akan datang. Sebagai metafora,
fikirkan sebuah rumah yang disinari mentari Malaysia. Kita
memerlukan bumbung falsafah yang merangkumi kesemua bahagian
binaan ini. Dalam situasi ini, 1Malaysia merupakan bumbung tempat
kita sama berteduh. Program Transformasi Kerajaan (GTP) satu
program penyampaian dalam enam Bidang Keberhasilan Utama
merupakan satu tiang asas kepada rumah ini. Tiang asas kedua ialah
Pelan Transformasi Ekonomi yang akan membangunkan MEB. Dan
lantainya, asas di mana kesemua rakyat Malaysia terus bergerak ke
hadapan adalah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11.
(UCAPAN PERDANA MENTERI PADA PERSIDANGAN INVEST MALAYSIA
2010 DI KUALA LUMPUR)
SUMBER : JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Panglima Awang @ Enrique


Melaka ialah penyumbang besar
terhadap ketamadunan Melayu.
Beliau merupakan manusia pertama
yang mengelilingi dunia dalam misi
ekspedisi Armada Maluku.
1511 - Melaka jatuh ke tangan
Portugis. Pada akhir bulan Ogos,
Panglima Awang ditawan. Beliau
diberi nama Enrique of Malacca oleh
Magellan. Pada akhir Disember,
beliau belayar ke Portugal mengikut
Magellan apabila diperintah oleh Albuqurque.
1512 - Belayar melalui Goa (India) ke Tanjung Harapan (Afrika
Selatan) dan sampai ke Lisbon (Portugal) pada bulan Jun.

INFO
Haji Abdullah Muda dilahirkan pada
bulan Ogos 1937 di Pulau Duyung Besar,
Kuala Terengganu. Beliau dibesarkan
dalam suasana perkampungan di Pulau
Duyung. Sejak remaja iaitu selepas
tamat persekolahan, Haji Abdullah telah
terlibat secara langsung membuat bot bermula dengan kerja sebagai
pembantu. Dorongan keluarga sendiri, mentua dan rakan memberi
semangat untuk menceburi bidang ini sepenuh masa. Latihan dan
pengalaman yang diperolehi dari kerjayanya pada tahun 50an memberi
kekuatan untuk mengusaha sendiri pembuatan bot, bermula dengan bot
yang berukuran kecil. Semakin hari kemahiran beliau bertambah dengan
berupaya menghasilkan berbagai-bagai jenis dan saiz bot tradisional
serta kapal layar. Memang wajarlah beliau menerima anugerah kesenian
negeri Terengganu 2006 yang disampaikan oleh pihak kerajaan negeri.
Adaptasi sumber : http://www.kraftangan.gov.my/craft_adiguru/details/22/?menuid=26.

buletin SeJARAH EDISI 3 2014 6

1513 - Mengikut Magellan ke Azamor (Maghribi).


1515 - Pada pertengahan Ogos, beliau pulang ke Lisbon dan
kemudian ke Azamor dan berhijrah ke Oporto.
1517 - Beliau meninggalkan Portugal dan pergi ke Sepanyol.
Pada 20 September, beliau sampai di Seville. Beliau
diperkenalkan oleh Magellan sebagai orang yang berpengaruh
di Sepanyol termasuk kepada Raja Sepanyol King Charles V
di Valladolid. Beliau juga terlibat dengan persiapan Armada
Maluku.
1519 - Pada 10 Ogos, Isnin (St. Lawrances Day), Armada
memulakan pelayaran dari pelabuhan Seville ke Amerika
Latin hingga ke Brazil.
1520 - Sampai di Argentina dan merentas Lautan Pasifik.

(Sumber: Perbadanan Muzium Melaka, 2010)

Dasar British dan Kesannya


ke Atas Ekonomi Negara

BAB 10

TINGKATAN 4

Ishak b. Saidoo
Smk Bandar Seri Alam,
Pasir Gudang, Johor

MENGANALISIS

Semasa zaman penjajahan dan era pascakemerdekaan, berlaku perkembangan


ekonomi yang membawa kemajuan dalam sistem pengangkutan.
Bincangkan.
Usaha-usaha kerajaan dalam menaik taraf sistem pengangkutan
untuk kesejahteraan rakyat
Melaksanakan undang-undang
berkaitan Dasar Pengangkutan Negara

Memajukan pengangkutan dan maritim


seperti kapal laut, feri dan pelabuhan
Membina lapangan
terbang bertaraf
dunia seperti KLIA

Memperkenalkan konsep mesra


pengguna dan mesra alam
Membina dan memajukan
pengangkutan rel seperti komuter,
LRT, monorel dan kereta api

Membina rangkaian
lebuh raya moden dan
berteknologi tinggi

Membina Terminal
Pengangkutan Bersepadu
(ITTs) seperti TPB
Bandar Tasek Selatan

Membina lapangan
terbang KLIA 2
Menubuhkan Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat
(SPAD)

INFO

INFO

Sejarah Awal
Kementerian Pengangkutan

1951 - Sistem pemerintahan secara Kabinet yang dipanggil Sistem Ahli diperkenalkan. Dalam
sistem ini, beberapa Ahli dilantik untuk mengetuai urusan pentadbiran beberapa buah
jabatan. Hal-hal mengenai pengangkutan jalan dan penerbangan awam terletak di
bawah tanggungjawab Ahli untuk Tanah, Galian dan Perhubungan. Ahli untuk kereta api
dan pelabuhan bertanggungjawab untuk perkara-perkara berhubung dengan kereta api
pelabuhan dan laut.
1953 - Kereta api, kapal laut atau penerbangan awam dan pengangkutan Jalan diletakkan di
bawah tanggungjawab Ahli untuk pengangkutan.
1956 - Kementerian Pengangkutan ditubuhkan.
1972 - Nama Kementerian ditukarkan kepada Kementerian Perhubungan.
1974 - Kementerian dikenali dengan nama Kementerian Pengangkutan dan Kerja Raya.
1976 - Kementerian dikenali sebagai Kementerian Perhubungan semula.
1978 - Nama ditukarkan kepada Kementerian Pengangkutan dan kekal hingga hari ini.

Tarikh Peristiwa : 25 Januari 1970

Malaysia Menubuhkan Syarikat Penerbangan Sendiri

Pada hari ini dalam tahun 1970, kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura telah membuat pengumuman bersama bahawa
demi kepentingan kedua-dua buah negara, perlulah ditubuhkan dua buah syarikat penerbangan yang berasingan.
Malaysia, pada mulanya telah menubuhkan sebuah syarikat penerbangan dengan nama Malaysia Airlines Berhad (MAL). Tetapi
nama ini telah ditukarkan kepada Malaysia Airlines System Berhad atau MAS.
Tujuan penubuhan syarikat pengangkutan syarikat ini adalah untuk menyediakan suatu sistem pengangkutan penerbangan
awam yang cekap dan setanding dengan perkhidmatan pengangkutan penerbangan antarabangsa. Hal ini akan memberi
sumbangan besar kepada perdagangan dan perusahaan pelancongan.
Pada permulaan perkhidmatannya, MAS telah mengambil alih 9 buah kapal terbang jenis F27
dan 3 buah jenis BN 2 daripada Malaysia Singapore Airlines.
Lambang yang berupa wau Kelantan yang mempunyai unsur tradisi dan kebudayaan negara
telah dipilih sebagai simbol syarikat penerbangan ini.

(Adaptasi Sumber: Puan Habibah Zon,


En. Ahmad Haji Abdul Kadir & Cik Norizan Osman,
(1981). Hari Ini Dalam Sejarah, Kuala Lumpur.
Arkib Negara Malaysia).

buletin SeJARAH EDISI 3 2014 7

MENJANA
IDEA

Bandar Nusajaya adalah contoh bandar pintar di Malaysia yang


menepati gaya hidup mesra alam dan berteknologi tinggi.

PRASARANA
BANDAR NUSAJAYA
Hab Logistik
dan Pelabuhan Kelas Pertama
Hab Rekreasi, Perdagangan dan Sukan
Hab Biofuel
Hab Perubatan
Hab Industri Halal
Hab Kewangan Islam
Hab Perumahan dan Taman
Hab Industri Pembuatan Tempatan
Kota Iskandar
Waterfront City
Pusat Pendidikan
Taman Kesihatan Afiat
Pusat dan Bandar Cyber
Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor

PELAN PEMBANGUNAN NUSAJAYA

Bandar pintar merupakan


bandar yang bergantung
kepada penggunaan meluas
dan inovatif teknologi
maklumat dan komunikasi
untuk merancang dan
berkongsi sumber bagi
(Petikan: pembangunan ekonomi
Sinar
Harian alam sekitar dan sosial ke
20, Nov. arah kehidupan yang lebih
2012)
berkualiti.

INFO

Kerajaan memajukan aspek pembangunan fizikal dan sosial masyarakat


ke arah negara maju pada tahun 2020.
Bincangkan.

Kemudahan Perubatan
Termoden dan Canggih

Perkembangan institusi
Pinjaman, Bank dan InsuranS

Kemajuan Pertanian
Dagangan dan Perladangan

buletin SeJARAH EDISI 3 2014 8

Kemajuan Industri AUTOmobil


(Proton dan Perodua)

Aspek
Pembangunan
Fizikal dan
Sosial

Perkembangan Industri
Berat dan Sederhana

Kemajuan Teknologi MAKLUMAT


(ICT) dan Komunikasi

Pendidikan Moden
Bertaraf Dunia

Modal Insan
Berkemahiran Tinggi

SISTEM PEMERINTAHAN
DAN PENTADBIRAN NEGARA
MALAYSIA

BAB 7

TINGKATAN 5

AZALAN B. DAUD
Smk Tengku Budriah,
Perlis

1. PENGENALAN
Pilihan raya ialah satu proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada di peringkat
negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit mengikut prosedur yang telus
dan teratur. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab menjalankan proses pilihan
raya di Malaysia.

2. Pilihan raya di Malaysia

PENGUNDI

Peranan SPR

Syarat kelayakan

H
TO
N
CO

CALON
Syarat kelayakan

Menjalankan pendaftaran pemilih

Warganegara Malaysia

Warganegara Malaysia

Berumur 21 tahun

Berumur 21 tahun

Menentukan sempadan
bahagian-bahagian pilihan raya

Tinggal di negeri di mana dia akan


bertanding bagi Kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) dan di
mana-mana dalam Malaysia bagi
Kerusi Parlimen

8866 BATU 4
PMTG. PASIR
75460 MELAKA

Bermastautin di bahagian
pilihan raya yang ingin
didaftarkan

Mengendalikan pilihan raya


umum atau pilihan raya kecil
Tidak diisytiharkan bankrap

Bukan pegawai kerajaan

Tidak dihalang/hilang
kelayakan oleh undangundang yang berkuat kuasa

Tidak didapati bersalah


oleh mahkamah
buletin SeJARAH EDISI 3 2014 9

MENGAPLIKASI

3. Ketelusan Proses Pilihan Raya di Negara Kita

Mahkamah Pilihan Raya

BEBAS

Daftar pemilih boleh disemak


oleh pihak berkepentingan

Bebas berkempen sebelum


pilihan raya

Ketelusan
proses
pilihan raya
di negara kita
Boleh mengemukakan
manifesto sendiri

Mewakili parti politik atau


calon bebas

SPR kenal pasti pemantau PRU ke-13


KUALA LUMPUR 27 Nov. - Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) telah mengenal pasti 18 pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) tempatan untuk menjadi pemerhati domestik, selain
pemerhati negara Asean untuk pantau Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU-13) akan datang. Timbalan Pengerusi SPR,
Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata, pihak
SPR telah mengadakan pertemuan dengan NGO tempatan
berkenaan dari seluruh negara bagi membincangkan
syarat-syarat pelantikan dan rangka kerja pemantauan.
Sumber : Utusan Malaysia 28.11.12

Boleh membuat petisyen


pilihan raya

Pengiraan undi dilakukan


terbuka dan telus

Wujud Badan Pemantau


Pilihan raya

4. Sejauh manakah Malaysia berjaya mengamalkan sistem demokrasi berparlimen?


Proses
pilihan raya
yang bebas
dan beretika

Keamanan
dan kemajuan
ekonomi

Hak sama rata


kepada
semua rakyat

Institusi Beraja
dikekalkan

Pengagihan
kuasa antara
kerajaan pusat
dan negeri
buletin SeJARAH EDISI 3 2014 10

Wujudnya
kerajaan dan
pembangkang

Keluhuran
Perlembagaan

Wujud kuasa
Eksekutif,
Legislatif, dan
Perundangan

PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN


UNTUK KESEJAHTERAAN

BAB 8

TINGKATAN 5

Oh, senangnya!

Harvinder Kaur A/P Ranjit Singh


SMJK Chan Wa II, Seremban
Negeri Sembilan

TUGASAN SPESIFIK

Selepas kemerdekaan pelbagai usaha telah dijalankan untuk memacu pertumbuhan


ekonomi negara kita. Bincangkan.
SOALAN 1, 2 & 3 AMBIL
TERUS DARIPADA BUKU
TEKS SENANGNYA
I. Pengenalan
* Pembangunan
ekonomi
II. Memahami/
Mengaplikasi
- Fakta
- Huraian
- Contoh
III. Rujukan daripada
sumber lain digalakkan

1. PENGENALAN [5m]

Memahami latar belakang pembangunan ekonomi negara (5m)


* Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (m.s. 197)

2. MEMAHAMI [30m]

2.1 Pembangunan ekonomi tahap I (15m)



* Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (m.s. 198 - 201)
2.2. Pembangunan ekonomi tahap II (15m)
* Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (m.s. 201 - 206)

3. MENGANALISIS [25m]

Dasar-dasar pembangunan ekonomi negara


* Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (m.s. 206 - 209)

BEGINI CARANYA...
Kenal pasti
tugasan soalan
Contoh: Tugasan soalan
ini memerlukan anda
mengenal pasti manfaat
pembangunan ekonomi
kepada rakyat.
Ayat permulaan jawapan
hendaklah menjawab
tugasan soalan
Contoh: Malaysia
telah menubuhkan
beberapa pertubuhan
yang berperanan efektif
dalam meningkatkan
kesejahteraan rakyat...
Merangka jawapan
dengan menulis kata
kunci jawapan
Contoh: Membangunkan
masyarakat luar
bandar dan penyertaan
bumiputera.
Membuat ayat lengkap
Calon akan kehilangan
markah sekiranya tidak
menulis dalam bentuk
esei atau ayat lengkap.
Mengaitkan setiap isi
pada jawapan
Contoh: Menggunakan
penanda wacana seperti
selain itu, begitu juga,
isi kedua.

4. Mengaplikasi [10m]

Bagaimanakah memanfaatkan pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat?

Sebagai contoh, Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) telah ditubuhkan untuk
membangunkan masyarakat luar bandar. Ia juga bertujuan untuk memberi pinjaman kepada
pengusaha pertanian kecil serta menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam perniagaan.

Federal Land Development Authority (FELDA) pula berperanan untuk meningkatkan taraf hidup
masyarakat luar bandar. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan hasil pertanian. Kawasan tanah
baru dibuka secara besar-besaran dengan kemudahan asas disediakan. Ini dilakukan supaya
dapat mengurangkan jurang pendapatan masyarakat luar bandar dan bandar serta membantu
dalam mengurangkan kadar kemiskinan.

Melalui Federal Argicultural Marketing Authority (FAMA) pula, petani dapat mengatasi masalah
pemasaran hasil pertanian, justeru dapat meningkatkan pendapatan mereka.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera


dalam sektor perusahaan dan perdagangan. Ini menyediakan peluang kepada mereka untuk
meningkatkan taraf ekonomi.

Melalui Malaysian Algricultural Research and Development Institute (MARDI) pula,


Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang dilaksanakan berupaya untuk meningkatkan hasil
keluaran pertanian.

Program Transformasi Ekonomi (ETP) menggariskan pelan untuk menggerakkan Malaysia ke


arah mencapai status negara maju melalui pertumbuhan ekonomi yang mapan. Selain itu,
ETP juga bertujuan untuk ekonomi yang berdaya saing dan bertujuan mewujudkan masyarakat
berpendapatan tinggi pada masa hadapan.

Pilih mana-mana jawapan yang munasabah.


23 isi = [Maksimum 10m]


buletin SeJARAH EDISI 3 2014 11

Contoh bangunan
yang menjadi
kebanggaan rakyat
Malaysia kesan
daripada kemajuan
ekonomi:
Bangunan Sultan Abdul
Samad
Stesen Keretapi Tanah
Melayu
Memorial Pengisytiharan
Kemerdekaan
Stadium Merdeka
Istana Negara
Masjid Negara
Menara Berkembar
Petronas (KLCC)
Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
Malaysia
Istana Kehakiman
Menara Kuala Lumpur
Putrajaya International
Convention Centre (PICC)
Kuala Lumpur
International Airport
(KLIA)

5. Menilai [10m]

Kesan kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia hingga hari ini.

Salah satu kesan kemajuan ekonomi di Malaysia ialah kemajuan dan pemodenan dalam bidang
pertanian. Perkembangan teknologi seperti penggunaan jentera moden, kualiti benih yang lebih
baik serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) membawa kepada pemodenan pertanian.
Kemajuan ekonomi juga membawa kepada perkembangan perindustrian. Hal ini dibantu dengan
adanya kemajuan pengangkutan dan komunikasi. Pelaksanaan k-ekonomi juga membantu
dalam perkembangan perindustrian.
Seterusnya, kejayaan ekonomi juga membawa peningkatan pendapatan per kapita negara kita.
Hal ini turut diperlihatkan dalam peningkatan hak milik modal saham bumiputera. Kejayaan
ekonomi ini membawa perkembangan ekonomi setaraf negara maju. Kemajuan ekonomi juga
telah mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kehidupan harmonis ini dapat
menjamin keamanan negara.
Selain itu, kemajuan ekonomi juga telah membawa perkembangan ICT yang seiring dengan
kemajuan dalam bidang pendidikan. Kemajuan ekonomi turut memainkan peranan dalam
pembangunan infrastruktur bertaraf dunia seperti KLIA, KLCC dan Litar Antarabangsa Sepang
(SIC). Pembangunan infrastruktur turut membawa kepada pembentukan bandar terancang
seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Nusajaya.
Kemajuan ekonomi turut memberi peluang kepada negara kita untuk melahirkan jaguh sukan
bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David. Hal ini kerana kita
dapat membiayai jurulatih serta peralatan yang canggih untuk melahirkan jaguh sukan.


24 isi = [Maksimum 10m]

6. Menjana idea [10m]


Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara.



Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan ekonomi negara ialah
kekurangan tenaga mahir. Kita terpaksa menggunakan tenaga mahir dari luar untuk memenuhi
keperluan negara.

Kemahiran teknologi kita juga belum setanding dengan negara-negara maju. Contohnya, dalam
bidang perubatan, walaupun kita mampu membeli mesin atau peralatan terkini tetapi kita
menghadapi masalah untuk pengoperasiannya kerana kemahiran teknologi kita masih pada
tahap rendah.
Cabaran yang seterusnya ialah kos buruh yang semakin meningkat. Negara kita terpaksa
membawa masuk buruh asing yang lebih murah dari Indonesia, Vietnam, Myanmar, dan
sebagainya untuk menampung keperluan buruh dalam pelbagai sektor seperti pertanian,
pembinaan, perkilangan dan sebagainya. Senario ini juga boleh mewujudkan pelbagai masalah
sosial yang lain.
Selain itu, negara kita juga menghadapi masalah bahan mentah yang terhad. Contohnya, kita
bukan lagi pengeluar bijih timah dan getah yang terbesar di dunia. Pasaran bagi bahan buatan
Malaysia juga terhad. Contohnya, kereta buatan Malaysia seperti PROTON sukar mendapat
pasaran di luar negara kerana persaingan dengan negara maju.

RUJUKAN LAIN
Menguasai isu
semasa melalui:




- Akhbar
- Majalah
- Jurnal
- Televisyen
- Internet

Cabaran seterusnya ialah persaingan menarik pelabur asing dengan negara-negara serantau.
Contohnya, ramai pelabur lebih suka untuk melabur di negara-negara seperti Kemboja,
Vietnam, dan Indonesia kerana kos tenaga buruh yang murah berbanding di negara kita. Hal
ini bermakna kos produktiviti di negara tersebut juga rendah.
Cabaran yang seterusnya ialah ekonomi kita secara tidak langsung bergantung kepada harga
pasaran dunia yang sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, kita terlibat secara langsung dalam turun
naiknya harga barangan pasaran dunia dari semasa ke semasa.


22 isi = [Maksimum 10m]

buletin SeJARAH EDISI 3 2014 12

7. Menghayati nilai-NILAI MURNI [5m]


Nilai-nilai murni memacu kemajuan pembangunan ekonomi negara.

Pembangunan ekonomi negara boleh dicapai melalui sikap berdikari, rajin berusaha dan tidak
berputus asa dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita juga harus berani menghadapi cabaran dan
mempunyai semangat untuk meneroka bidang ekonomi serta bercita-cita tinggi.

Sikap toleransi dalam mengekalkan perpaduan juga amat penting di samping bersikap inovatif
dan kreatif dalam memajukan ekonomi negara.

Kepentingan ilmu pengetahuan dan kebolehan menerima perubahan demi kemajuan negara
juga amat penting selain bersikap proaktif terhadap pembangunan ekonomi negara.

Kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara juga menyedarkan kita tentang pentingnya
mengekalkan keamananan demi kesejahteraan rakyat.
12 isi = [Maksimum 5m]

8. RUMUSAN [5m]

Kesimpulannya, pengetahuan yang diperoleh ialah negara kita telah mencapai kemajuan yang
pesat dalam bidang pertanian seperti menjadi pengeluar produk berasaskan kelapa sawit yang
terbesar di dunia. Malaysia juga turut berkembang dalam bidang perindustrian. Contohnya
industri automobil. Selain itu, Malaysia juga telah bergiat dalam industri cari gali petroleum
melalui PETRONAS.

Mudah sahaja
menjawab soalan
patriotisme

Iktibar yang saya peroleh ialah kita perlu berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi serta bijak
menggunakan peluang yang tersedia untuk memajukan negara sekiranya ingin terus gemilang
bersaing dengan negara-negara maju yang lain.

Biasakan dengan istilah


nilai, sikap dan semangat
positif

Selain itu, ekonomi negara akan menjadi stabil sekiranya rakyat bersatu dan bekerjasama untuk
membangunkan ekonomi negara. Pembangunan ekonomi memerlukan kerjasama erat semua
lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, ras dan keturunan.

Harapan saya agar pemimpin negara kita perlu terus cekap dan berwibawa untuk memacu
negara kita ke mercu kegemilangan. Selain itu, saya berharap negara kita mempunyai pentadbiran
yang telus dan bersistematik untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna dalam bidang
ekonomi.
12 isi = [Maksimum 5m]

Nilai positif
- Hormat-menghormati
- Toleransi
- Bersatu

Sikap positif
- Berdikari
- Proaktif
- Inovatif
Semangat positif
- Kepentingan ilmu
- Menerima perubahan
- Mengekalkan keamanan
Jika anda tiada idea...
- Baca semula
Rukun Negara
- Nyanyikan Lagu Negaraku
- Pasti anda dapat
menjawab

Rumusan

1956 - 1970

1991 - 1995

1971

1995
HINGGA KINI

1989- 1990

1971 - 1976

Pengetahuan yang diperoleh:


Iktibar kepada diri, bangsa dan
negara.
Harapan masa depan Malaysia
yang lebih cemerlang.
Rumusan boleh dirujuk pada
penghujung buku teks.

1979 - 1988

1977 - 1978
buletin SeJARAH EDISI 3 2014 13

BAB 9

TINGKATAN 5

MENGAPLIKASI

Malaysia Dalam Kerjasama


Antarabangsa

Rudzuan b. Mohd Dali


SMK Bandar Bukit Kayu Hitam,
Kedah

TAKRIF
Globalisasi merupakan proses yang
membolehkan
sesuatu
aktiviti
(ekonomi, kebudayaan dan sebagainya)
disebarkan atau diperluas ke peringkat
antarabangsa
atau
ke
seluruh
dunia, terutamanya dengan adanya
kemudahan sistem komunikasi, dasar
terbuka dan sebagainya: dlm era
~ sekarang ini, kita lebih terdedah
kepada pengaruh budaya luar; kesan
pertama ~ ialah perkembangan pesat
pasaran kewangan dunia.

Globalisasi merujuk perubahan yang menjadikan dunia tanpa


sempadan. Malaysia turut menerima tempias daripada perubahan
di peringkat antarabangsa dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
Huraikan kepentingan globalisasi kepada Malaysia dan cabarannya
kepada generasi masa kini.

(Sumber: Kamus Dewan Edisi 4 DBP)

Kepentingan globalisasi kepada Malaysia


Perdagangan Bebas









Penghapusan tarif
- perdagangan antara negara tidak dikenakan cukai
Zon Perdagangan Bebas
- penghapusan kuota eksport dapat meningkatkan
perdagangan ke luar negara
Rasionalisasi subsidi
- disalurkan untuk peruntukan pembangunan negara
- meningkatkan kualiti hidup rakyat
Persamaan undang-undang harta intelek
- memudahkan aktiviti perdagangan antara negara
- melindungi paten produk tempatan daripada ditiru
atau diciplak di pasaran antarabangsa

C abaran globalisasi kepada


Pendidikan
Pengajian peringkat
tertinggi
Pembelajaran
sepanjang hayat
e-pembelajaran

Komunikasi
Memartabatkan Bahasa
Melayu Memperkukuh
Bahasa Inggeris (MBMMBI)
Penguasaan bahasa asing
terutamanya bahasa
Inggeris dan bahasa
antarabangsa

Modal insan
Berpengetahuan
dalam ICT
Berkemahiran dalam
latihan
Membuat
penyelidikan saintifik
Berteknologi terkini

Media Massa
Pengaruh media asing
Pegangan agama tidak
diutamakan

Teknologi hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan


serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan
meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia
meliputi pelbagai aspek kehidupan yang kian menjejaskan alam sekitar. Pembangunan negara mapan
di samping memulihara alam sekitar bagi generasi akan datang. Di Malaysia, penggunaan teknologi
hijau seperti pentadbiran kerajaan, pengendalian kenderaan, pengurusan kuasa, telekomunikasi,
pendidikan serta industri berkaitan
aktiviti harian manusia.

INFO

buletin SeJARAH EDISI 3 2014 14

Perkongsian Budaya
Masyarakat antarabangsa
dalam satu komuniti
Bersikap terbuka
terhadap nilai positif
menghakis budaya
bangsa
Hilang jati diri

Kerajaan Elektronik
e-Goverment - menyediakan akses talian online mengurang kerenah birokrasi - persekitaran yang
mesra pelabur
e-Cukai (tanah)
e-Cukai (pintu)
e-Tempahan
e-Pemajuan
e-Sewa
e-Lesen (Perniagaan)
e-Lesen (Penjaja)
e-Lesen (Iklan Kekal)
e-Lesen (Iklan Sementara)
e-Library
e-Perbankan

Peningkatan Skala Ekonomi


Pengeluaran meningkat
- pasaran luas dapat menampung kos pengeluaran
- keuntungan digunakan dalam Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D)
Ekonomi kreatif
- pengeluaran produk berteraskan teknologi kreatif
- perniagaan atas talian
Kecekapan mengurus syarikat
- memaksimumkan keuntungan
- menyumbang peningkatan pendapatan negara
Perkongsian Bestari
Perkongsian maklumat bagi semua negara
- membantu negara dalam strategi pengeluaran dan pemasaran
Menentukan destinasi perdagangan
- bebas memasarkan barangan dagangan ke luar negara
Pertukaran sumber manusia
- pertukaran tenaga profesional dalam bidang saintifik
Kerjasama antara negara
- perkongsian dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
- pemindahan teknologi terkini
- pinjaman modal
Perkongsian bidang perkhidmatan
- berpotensi untuk memacu peningkatan dalam bidang
perniagaan dalam dan luar negara
Kemasukan tenaga pakar
- menghasilkan produk yang bermutu tinggi
- pusat penyelidikan bertaraf antarabangsa

Pelaburan
Kemasukan pelabur
- syarikat multinasional menyumbang
peningkatan ekonomi negara
Kewujudan syarikat berteknologi tinggi
- pengeluaran produk teknologi terkini
Pengkhususan pengeluaran
- menjadi pemain utama industri

Koridor Raya Multimedia (MSC)


Memajukan Cyberjaya
- Universiti Multimedia (MMU)
- syarikat kreatif
Pusat Inovasi dan Kreativiti Malaysia (MaGIC)
- melahirkan usahawan yang berjaya dalam era
teknologi pada masa ini
- menawarkan perkhidmatan mentor
- khidmat nasihat
- berkolaborasi bersama-sama dengan institusi
pendidikan di Amerika Syarikat
- memperluas rangkaian perniagaan
Tenaga kerja berpengetahuan
- mahir dalam bidang ICT
- memacu industri kreatif negara
Bandar Pintar
- bandar raya inovatif dan berkemahiran tinggi
- fokus kepada alam sekitar dan kelestarian
serta mapan daripada bencana alam

generasi masa kini


Jenayah Merentas
Sempadan
Jenayah siber
Penipuan dan pengedaran
dadah
Pemerdagangan manusia

Tenaga Kerja
Persaingan dengan
warganegara lain
Persaingan pekerjaan
di syarikat antarabangsa
atau multinasional

Ekonomi berlandaskan
pengetahuan (knowledge-based)
Menguasai perniagaan dalam talian
Rangkaian Internet Berkelajuan Tinggi
Perniagaan dari segi pengeluaran dan mutu
perkhidmatan

Rangkaian internet
Capaian lambat
Tidak menyeluruh
Bayaran bulanan tinggi
Sering terganggu

Bandaraya Pintar Cyberjaya: Penggunaan rangkaian Internet,


telekomunikasi dan satelit sedunia.
Kerajaan Elektronik

- Pengurusan dan layanan terbaik, singkat dan segera serta tidak


perlu ke pusat kerajaan.
Kad Pintar
- Kad elektronik seperti ATM.
Sekolah Bestari
- Kemudahan komputer dan multimedia.
Teleperubatan
- Penggunaan multimedia memberikan kemudahan kepada pakar
perubatan untuk menjalankan pembedahan dan menyimpan
data pesakit.
Penyelidikan dan Pembangunan - Pusat kajian dan penyelidikan terbaik di dunia yang melibatkan
universiti, korporat, sekolah dan institusi penyelidikan.
Pembangunan Laman Web
- Kejuruteraan, edaran, pemasaran, penyelidikan dan rekaan.
Pasaran Tanpa Sempadan
- Rangkaian pengeluaran sedunia yang menawarkan produk
terbaik dengan harga rendah.

buletin SeJARAH EDISI 3 2014 15

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2014
Tarikh

ISNIN
10 November
2014

KHAMIS
13 November
2014

Waktu

SPM
2014

Kod
Kertas

Nama Kertas

07.50 pagi - 08.00 pagi

...........

Ketua Pengawas mengarahkan calon


menyemak butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat

08.00 pagi - 09.00 pagi

1249/1

Sejarah (Aneka Pilihan)


Kertas 1

09.50 pagi - 10.00 pagi

...........

Ketua Pengawas mengarahkan calon


mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan dan Buku Jawapan

10.00 pagi - 12.30 tgh. hari

1249/2

Sejarah
Kertas 2

07.50 pagi - 08.00 pagi

...........

Ketua Pengawas mengarahkan calon


mengisi butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan

08.00 pagi - 11.00 pagi

1249/3

Sejarah
Kertas 3

01.50 petang - 02.00 petang

...........

Ketua Pengawas mengarahkan calon


mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan

02.00 petang - 03.15 petang

2361/1

Bahasa Arab
Kertas 1

Masa
10 minit

1 jam
10 minit

2 jam 30 minit
10 minit

1 jam
10 minit

1 jam 15 minit
Sumber: Lembaga Peperiksaan KPM

BOLEH DIBACA DI MANA-MANA SAHAJA

Untuk maklumat
lanjut sila ke

web
.m
o
v.my/bbt
go
e.

buletin SeJARAH EDISI 3 2014 16

Anda mungkin juga menyukai