Anda di halaman 1dari 47

EDU 3093 GURU DAN CABARAN

SEMASA

PENSYARAH : AHLI KUMPULAN


PN. RADIAH IDRIS R.PARANI
R.PUNITA
MELAYARI LAMAN WEB UNTUK MUAT TURUN BAHAN YANG

BERKAITAN DENGAN ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN

SEMASA,KHASNYA DARI ASPEK KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN

PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI.

BENTANGKAN HASIL RUMUSAN KUMPULAN ANDA.


E LB AG A I AN
KEP
BU DA YA
Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai kepelbagaian budaya, adat resam dan
ciri-ciri keistimewaan tersendiri.

Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu


identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama
berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan
kestabilan dalam aspek politik,ekonomi dan sosial.
DEFINISI

Kamus Dewan (2005) edisi keempat :

Kepelbagaian : Perihal berbagai-bagai jenis perkara merangkumi banyak benda sama ada
abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama.

Budaya :
- Cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan
menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar.
-Tamadun,perabadan,kemajuan fikiran dan akal budi
-Keseluruhan ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral dan undang-undang, adat dan
sebarang bentuk kebiasaan (EB Taylor)
KEPERLUAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
Menyedari dan menghargai kepelbagaian budaya dalam kalangan murid.

Mewujudkan suasana p&p di bilik darjah yang lebih berkesan, sempurna dan optima.

Memupuk keterbukaan dan membina hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum dalam bilik
darjah.

Mencapai matlamat akademik dan tuntutan sosial murid.

Mengelakkan mempromosikan perspektif sendiri sebagai pandangan universal.

Merapatkan jurang pendidikan antara kaum.


Guru dan Cabaran Terhadap Kepelbagaian
Budaya Murid
Perasaan prejudis antara budaya guru dan murid

Murid membawa budaya mereka tersendiri yang berbeza dengan budaya makro ( budaya dominan)

yang menjadi budaya formal sekolah.

Murid berbeza dari segi cara berkomunikasi, nilai-nilai sosial dan intelektual, gerak badan dan

pandangan mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka.

Terdapat juga guru yang membawa budaya mereka tersendiri ke dalam bilik darjah maka timbul

masalah dalam sistem komunikasi dan cara berinteraksi dengan murid.

Wujudnya stereotaip dalam kalangan murid yang berbilang ras, ada murid yang berfikiran negatif

terhadap ras yang lain dan lebih positif kepada guru yang sama ras dengan mereka.
Pengisian kurikulum dan kokurikulum

- Sekolah kebangsaan tidak menjadi bahasa ibunda kaum Cina dan India sebagai subjek

wajib menyebabkan ibu bapa daripada kaum tersebut kurang berminat untuk

menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan.

- Kini bahasa Tamil dan Mandarin telah diperkenalkan di sekolah kebangsaan untuk

merapatkan jurang pendidikan antara kaum.


Pengaruh Wawasan 2020

- Sektor pendidikan menjadi peneraju utama dalam membantu mewujudkan perpaduan negara tetapi
wujudnya masalah dalam sistem pendidikan yang bermatlamatkan perpaduan negara yang
diringkaskan oleh

a) Masalah isu berbangkit hak bumiputera dan bukan bumiputera.

b) Jurang pencapaian pendidikan orang Melayu dan bukan Melayu melalui peluang pekerjaan dan
pendapatan.

c) Masalah keciciran pelajar Melayu dan bukan Melayu.

d) Hubungan yang renggang antara pelajar Melayu dan bukan Melayu.

e) Kurangnya pengetahuan dan tidak memahami dengan mendalam mengenai budaya, amalan dan adat
resam sesuatu kaum.
Pengaruh Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan globalisasi

- Setiap individu terdedah kepada pandangan dunia (world view) dan


mempunyai landasan untuk meluahkan perasaan dan pandangan secara
terbuka.

- Guru perlu memastikan maklumat tentang konsep pelbagai budaya


dijelaskan kepada murid supaya ia tidak diputar belitkan atau disalah
faham.
Dasar Pernyataan Standard Tinggi
Kualiti Pendidikan Malaysia (2001)

Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan


mengikut beberapa prinsip yang digariskan;

Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan


pelajar secara aktif.

Berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap


pencapaian semasa, potensi dan kemajuan pelajar.

Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.


CADANGAN TANGANI
KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA
Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem
pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara
adil kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat, sekolah kebangsaan Cina
dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama
untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.

Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan


sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan
matlamat mencari kebenaran.
Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat
tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira
latar belakang.

Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi


mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan
kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah
mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-
negara maju.
Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat
tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan
kelulusan Majlis Senat.

Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di


pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.

Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat


sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan
pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional
mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa.

Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah


skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.
Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan
kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan
kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.

Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai


bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina
sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa
ibunda.
Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.

Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk


memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah
dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik
yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma Muadalah
(diploma berkembar).
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA
KEPADA GURU
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA
KEPADA MURID
CARA MENGATASI ISU KEPELBAGAIAN
BUDAYA

Guru mewujudkan interaksi yang baik antara guru dan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran

Mempelbagaikan kaedah pengajaran

Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan

Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid

Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan sifat


mereka yang berlainan.
PENGARUH

PE R K E MBA N G A N

M A K LUM AT DAN
TEKNOLOGI

KOMUNIKASI
DEFINISI

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang


digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.
Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada
bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan
visual, pergerakan.
Maksud penggunaan teknologi maklumat dalam Pembelajaran &
Pemudahcaraan ialah menggunakan ICT secara terancang dan
bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dalam
pengajaran dan pembelajaran.
(Kementerian Pelajaran Malaysia,2003) menggariskan 3 dasar
utama ICT dalam pendidikan.
Pertama - literasi ICT untuk semua pelajar.
Kedua - mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai
kurikulum dan alat p&p.
Ketiga - penggunaan ict untuk meningkatkan produktiviti.
APLIKASI ICT DALAM PENDIDIKAN

1. Komunikasi

Mail Elektronik (E-mel) merupakan antara perkhidmatan internet


yang digunakan dengan meluas.

Melalui penggunaan e-mel, guru dan para murid dapat membuat


perbincangan untuk bersoal jawab, bincang soalan dan
berkongsi pengalaman serta pengetahuan.
2. Perolehan Maklumat

Terdapat banyak maklumat yang menarik dan pelbagai untuk guru


dan pelajar dalam internet.

Maklumat-maklumat ini sentiasa dikemaskini - maklumat yang


dipaparkan sentiasa terkini dan tepat.

Maklumat-maklumat yang boleh diakses - memudahkan guru dan


pelajar mencari maklumat.
3. Penyiaran Maklumat

Guru dan pelajar boleh menyiarkan bahan-bahan dalam internet.


Proses penyiaran melalui internet adalah lebih cepat dan murah
berbanding dengan saluran tradisional.

Hasil kerja pengajar dan pelajar boleh dihantar ke internet.


Dapat membuat penilaian terhadap sesuatu pengajaran yang
dibangunkan.
4. Pembelajaran interaktif dalam talian

E- Learning
.Satu teknologi yang digunakan secara meluas dalam pendidikan.
.Adalah pembelajaran jarak jarak jauh (distance learning) yang
memanfaatkan teknologi computer.
.E-learning membolehkan pelajar untuk belajar melalui komputer dan
juga sebagai suatu bentuk pembelajaran berasaskan web.
UPSI - laman portal
myupsi.upsi.edu.my
(Melancarkan Urusan Pembelajaran)

E-Learning
Computer Based Web Based
Training-CBT Training-WBT

E-learning secara nyata


atau bukan nyata
E-learning berasaskan kepada :

1) CBT- Computer Based Training


merupakan pengaplikasian komponen multimedia dalam komputer.
Kelebihan CBT adalah ianya boleh digunakan tanpa perlu
mengakses internet.
Material yang disediakan dalam CBT adalah lebih berkualiti tinggi.
Melalui CBT juga tiada interaksi lansung antara pengajar dan pelajar.
2) WBT- Web Based Training
o E-pembelajaran yang berasaskan kepada teknologi web dan Internet (atas
talian)

o e-pembelajaran yang diaplikasikan oleh UPSI bagi memudahkan kelancaran


proses pembelajaran dan interaksi antara pihak pentadbir, pensyarah dan
juga pelajar iaitu portal pendidikan dan beberapa rangkaian daripada
myupsi.upsi.edu.my untuk ke myguru.

o contoh WBT e-learning - laman sesawanghttp://ccel.upsi.edu.my


3) E-Learning secara masa nyata atau bukan masa nyata.

Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara serentak kedudukan


fizikal pengajar dan pelajar adalah sangat jauh dari segi jaraknya.

Pembelajaran secara tidak nyata pula adalah seperti penggunaan CD- ROM
seperti yang diterangkan dalam jenis CBT.
MANFAAT PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

Guru-guru dapat meluaskan lagi konsep pembelajaran.


Guru-guru dapat menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda kepada
murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.
Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang memiliki
pelbagai keupayaan.
Meningkatkan motivasi murid.
Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).
Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
CABARAN
KEPADA GURU
Kemahiran Teknologi Maklumat Guru

Penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah penting untuk


meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat


giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek
berkaitan teknologi maklumat.
Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru

Pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh


kekerapan penggunaan komputer.

Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui


kursus-kursus teknologi maklumat.

Guru-guru mesti bersedia mengikuti kursus-kursus teknologi maklumat


tersebut dan sanggup mengorbankan masa untuk diri dan keluarga.
Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam P&P
Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada
kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi,
institusi, konsep atau individu lain.
Beberapa tinjauan literatur lepas telah menunjukkan bahawa wujudnya
perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi maklumat
dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan,
1997; Adenan, 1999; Krishnan et al., 2007).
Guru-guru yang telah berada dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap
perkembangan TMK supaya lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah.
Cara Menangani Isu Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Sikap guru dan pelajar mestilah positif dan bersedia untuk berubah.

Prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan mencukupi.

Tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi maklumat mestilah
mahir.

Peruntukan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan perkembangan TMK.

Hubungan interpersonal yang kuat antara guru dan pelajar.


Nilai dan etika dalam
penggunaan ICT

Menghayati etika siber

Menghargai hak harta intelek

Meningkatkan profesionalisme

Menghindari penyalah gunaan maklumat

Menghindarkan diri dari melayari laman web berunsur negatif

dan bertentangan dengan nilai moral dan agama.


KESAN POSITIF

Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.

Tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran
dan pembelajaran.

P & P lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Mempertingkatkan kualiti pengajaran.

Mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat.


KESAN NEGATIF
Kepakaran guru yang terhad

Kekurangan khidmat sokongan

Masalah isi kandungan dalam internet

Masalah maklumat yang tidak tepat

Masalah mencari maklumat

Masalah hakcipta

Masalah menghasilkan pembelajaran secara talian

Kekurangan peralatan

Pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi


Proses perlaksanaan transformasi
pendidikan memerlukan pendekatan dan
strategi baharu agar setiap murid mampu
dan menguasai kemahiran yang KESIMPULAN
diperlukan dalam abad ke-21.
Tonggak utama penyampaian Dasar ICT
dalam Pendidikan ialah modal insan,
sumber pembelajaran digital, infrastruktur
dan belanjawan. Keempat-empat tonggak
utama dasar ini perlu menampakkan hasil
nyata iaitu keputusan yang boleh diukur
yang menyumbang kepada penigkatan
pencapaian murid serta matlamat lain
pada peringkat kebangsaan.
RUJUKAN
Aduka Humaira. (2013). Nota Guru dan Cabaran Semasa. Dilayari
pada 23 Jun, 2014 dari http://www.scribd.com/doc/108098837/Nota -
Guru- Dan-Cabaran-Semasa#download

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah & Zuraidah. (2010).
Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd

Numies. (2012).Kepelbagaian Budaya. Dilayari pada 23 Jun, 2014 dari


http://numieseducation.blogspot.com/2012/07/tajuk- 1-15-kepelbagaian-
budaya.html

Shamsul Izwan. (2009). Isu dan Cabaran Guru Semasa : Kepelbagaian


Budaya. Dilayari pada 23 Jun,2014 dari http://oh-
cikgu.blogspot.com/2012/09/isu-dan- cabaran- pendidikan-semasa.html
SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai