Anda di halaman 1dari 9

PENULISAN ESEI

Pada 1991, satu visi moden telah tercipta bagi membawa Malaysia menjadi sebuah
negara maju mengikut acuan sendiri apabila menjelang tahun 2020. Tun Doktor Mahathir
Mohamad telah mencetuskan visi ini dan kini hanya berbaki 5 tahun lagi untuk tiba ke destinasi
Wawasan 2020 dan sudah berada di fasa yang terakhir untuk menggapai wawasan impian ini.
Di bawah fasa yang terakhir ini satu dasar telah digubal bagi melancarkan perjalanan menuju
Wawasan 2020 di mana satu Model Baru Ekonomi (MBE) di lancarkan. Matlamat utama MBE
ini adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan menekankan kepada tiga dimensi
iaitu pendapatan yang tinggi, kemampanan keterangkuman golongan berpendapatan 40%
terendah.

Setiap perancangan tranformasi yang dilancarkan ia akan memberi impak kepada


sistem pendidikan negara. Bagaimana hendak mencapai impian Wawasan 2020 iaitu sebuah
negara maju tetapi tahap di sektor pendidikan masih ketinggalan 20 tahun kebelakang. Oleh itu,
sektor pendidikan juga akan turut membantu didalam merealisasikan impian besar sejak tahun
1991 lagi. Maka guru perlu mempersiapkan generasi akan datang dengan kebolehan yang
pelbagai seperti kebolehan menggunakan teknologi moden, mencipta teknologi baru, kebolehan
menyalurkan tenaga kerja bersama masyarakat antarabangsa dan lain-lain lagi. Ini adalah
sesuai dengan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang ingin
melahirkan generasi yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan berdaya saing di masa
akan datang. Walau bagaimanapun setiap impian yang hendak dicapai akan disertakan sekali
dengan cabarannya sekali. Bukan mudah untuk membina sebuah generasi yang mempunyai
berkemahiran tinggi bagi terus menyokong struktur ekonomi negara tetapi itulah cabaran yang
harus diharungi oleh guru-guru masa kini.

Untuk melangkah menuju ke sebuah negara maju, sektor pendidikan di Malaysia perlu
berada di tahap yang tertinggi. Pendidikan di Malaysia kini telah mengikuti garis panduan yang
telah disarankan oleh United Nations Educational, Scientifiq and Cultural Organization
(UNESCO) iaitu gaya pendidikan mestilah berterusan sepanjang hayat. Oleh itu sistem
pendidikan di Malaysia mestilah berpaksi kepada 4 tonggak iaitu belajar untuk menguasai ilmu,
belajar untuk menguasai kemahiran, belajar untuk menjadi insan berguna, dan belajar untuk
harmoni dan kerjasama.

Kini guru akan menghadapai cabaran yang sangat besar didalam membina sebuah
generasi yang hebat di masa akan datang. Oleh itu, kini guru perlu mempersiapkan murid
dengan kemahiran berbahasa dengan baik. Ini adalah penting kerana di masa akan datang
pasaran kerja bagi pekerja berkemahiran tinggi tidak sahaja diperlukan di dalam negara tetapi
di peringkat antarabangsa. Statististik keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 telah
menunjukan bahawa jumlah lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris menurun. Hal ini dapat dilihat
dari analisis keputusan SPM di negeri Perlis di mana gred purata prestasi mata pelajaran ini
menurun sebanyak 0.19 dari tahun 2013 (JPN Perlis, 2015). Oleh itu guru perlu terus
memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris seperti dengan menggalakkan murid untuk
menyertai pertandingan, perbahasan, syarahan dan juga pidato bahasa Inggeris dari peringkat
sekolah sehingga peringkat tertinggi. Perkara ini akan menjadi sukar untuk guru di pedalaman
lakukan kerana tahap sosio-emosi murid pedalam yang rendah. Maka guru perlu terus
memberikan bimbingan dan juga peneguhan positif serta pujian kepada murid untuk yakin dan
menyertai pelbagai pertandingan yang melibatkan bahasa Inggeris supaya tahap keyakinan
mereka untuk berbahasa Inggeris meningkat. Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustafa dan
Ahmad Subki Bin Miskon (2012), emosi murid perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan
supaya mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan apabla berada di dalam kelas dan
berhadapan dengan guru dalam suatu aktiviti pembelajaran. Oleh itu generasi akan datang
perlu menguasai bahasa antarabangsa iaitu bahasa inggeris dengan baik bagi bersaing dengan
tenaga kerja dari negara lain. Berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris lebih mudah untuk
mendapat kerja, Mahathir (2013).

Sekitar tahun 2009, Malaysia digegarkan dengan muncul seorang genius matematik
yang telah mencipta formula matematik untuk menyelesaikan beberapa masalah matematik.
Kemunculan adik Adi Putra ini telah membuka mata sektor pendidikan Malaysia bahawa sistem
pendidikan tidak melihat bakat keseluruhan yang ada di kalangan murid-murid kita. Oleh itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah diletakkan di bawa Rancangan Malaysia Ke-11 di mana
Kementerian dipertanggungjawabkan untuk memastikan negara “Memanfaatkan Bakat” iaitu
dengan menghasilkan Modal Insan Kelas Pertama yang mampu menggunakan pengetahuan
secara proaktif, kreatif dan inovatif. Oleh itu Kementerian Pendidikan telah bekerjasama dengan
Universiti Kebangsaan Malaysia telah membangunkan satu pusat Permata Pintar negara yang
mengumpulkan pelajar yang berbakat di dalam pelbagai bidang. Oleh itu, guru akan
menghadapi cabaran di dalam untuk memperkembangkan potensi murid sejajar dengan
kehendak dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan seorang pelajar segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Keempat-empat unsur ini perlu diterapkan semasa proses
pengajaran berlangsung walaupun ada murid yang mempunyai tahap intelek yang tinggi tetapi
guru perlu mengimbangkan di antara intelek dan unsur yang lain kerana guru adalah tenaga
penggerak utama membentuk tingkah laku murid. Menguruskan tingkah laku murid adalah
penting kerana Syed Ismail Bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2015),
menyatakan tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memberi kesan kepaa proses
pengajaran dan pembelajaran yang akhirnya menyebabkan presetasi akademik murid merosot.
Malaysia memerlukan generasi yang tidak sahaja hebat dari segi intelek tetapi turut mempunyai
sahsiah yang terpuji.

Hasil dari penyelidikan dan pembangunan, dunia kini menjadi semakin kecil kerana
semua maklumat dari pelbagai negara dengan hanya menekan pada papan kekunci dan
disambungkan dengan internet. Kepesatan pembangunan teknologi ini telah memberi kesan
kepada gaya hidup masa kini. Murid-murid sekolah juga tidak terlepas dari menjadi pengguna
teknologi masa kini. Oleh itu guru perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan di dalam
bidang ICT bagi menyesuaikan diri dengan perkembangan era globalisasi. Ini adalah penting
kerana jaringan komunikasi menggunakan internet telah mewujudkan satu komuniti yang
berlumba-lumba untuk berkongsi maklumat. Tetapi maklumat yang disebarkan ini tidak
semestinya benar ada juga makumat palsu yang sengaja disebarkan. Oleh kerana kini
pengajaran di sekolah turut menggunakan jaringan internet bagi mendapatkan maklumat
pembelajaran, oleh itu guru harus mendidik murid supaya memilih maklumat dari sumber yang
sahih dan benar. Ini adalah sukar bagi seorang guru menerangkan perbezaan maklumat yang
asli dan palsu kerana keduanya mempunyai ciri yang hampir sama. Cara yang terbaik adalah
setiap maklumat yang diterima oleh murid mestilah dirujuk kepada guru dan juga ibu bapa. Oleh
itu guru dan juga ibu bapa perlulah bekerjasama didalam mengawal murid mencari dan
menerima maklumat dari sumber internet. Kerjasama antara ibu bapa dan guru sangat penting
bagi kedua-dua pihak menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang membina untuk murid
di sekolah dan di rumah. Syed Ismail Bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki Bin Miskon, (2015).
Tuntasnya guru perlu menghadapi cabaran dalam usaha memajukan diri agar dapat mengikut
perkembangan semasa. Selain itu guru harus memastikan generasi muda menggunakan
perkembangan teknologi dengan tujuan yang betul dan bertanggungjawab.

Perkembangan dunia teknologi serta sains di era globalisasi ini adalah hasil dari amalan
penyelidikan yang berterusan. Penyelidikan adalah amalan reflektif dan melakukan
penambahbaikan daripada masalah yang di hadapi. Dengan hasil penyelidikan satu dasar
pendidikan yang baru telah dibina bagi melahirkan generasi yang mampu berdaya saing di
peringkat global. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dilancarkan bagi
memenuhi kehendak pasaran pendidikan yang lebih moden dan bercirikan pendidikan secara
keseluruhan. Bagi melancarkan pembangunan sistem pendidikan di Malaysia, seorang guru
yang baik mestilah mengamal pemikiran reflektif dan menjadikan amalan penyelidikan sebagai
satu budaya. Walaupun seorang guru telah dihimpit dengan pelbagai tugas, tetapi guru harus
mencabar menyahut cabaran menjadikan penyelidikan sebagai amalan kerana ia adalah salah
satu peranan guru di sekolah. Noriati A. Rashid, Boon & Wong (2010), menyatakan bahawa
perana guru sebagai penyelidik membenarkannya mengakaji sesuatu peristiwa secara sintifik,
membuat analisa berdasarkan bukti empirikal dan data yang sahih seterusnya membantu guru
membuat keputusan bilik darjah yang bijak dan berkesan mengikut teori-teori dan prinsip
pengajaran dan pembelajaran. Tujuan utama penyelidikan dijalankan oleh seorang ialah dapat
meningkat ilmu pengetahuan dan pemahaman amalan bilik darjah dan meningkat kemahiran
mengajar. Ini secara tidak langsung dapat memperbaiki guru telah mencipta satu inovasi
terhadap cara pengajaran guru dan dapat ini akan membantu di dalam menyelesaikan masalah
murid di dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi dunia serba pantas.

Kesimpulannya tugas guru kini tidak lagi terhad di dalam memberi ilmu pengetahuan
asas seperti membaca, menulis dan mengira kepada murid tetapi kini ia adalah satu amanah
dan tanggungjawab bagi membentuk sebuah generasi baru yang kompetitif, lengkap dari segi
potensi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu memberi peluang kepada murid
untuk mempamer dan mengasah bakat tersendiri yang lengkap dengan ilmu dan kemahiran
baharu sebelum mereka melangkah ke medan persaingan globalisasi. Oleh itu guru sebagai
pegawai pendidikan yang bertindak sebagai pelaksana dasar harus mempersiapkan diri bagi
menghadapi pelbagai lagi cabaran di dalam dunia pendidikan demi melahirkan generasi yang
hebat dan mampu memberi impak kepada pasaran kerja dan juga sektor pembangunan
antarabangsa.
Menganalisis Artikel

Pengurusan Grafik
Penulisan Esei
Tekanan emosi di kalangan guru bukan lagi satu isu yang kecil dan terpencil, tetapi ia
adalah perkara yang akan melibatkan proses pembangunan generasi masa hadapan. Hal ini
akan menjejaskan perjalanan dasar yang telah di bina kerana pegawai pelaksana dasar tidak
dapat menjalankan tugas dengan baik.

Menurut Kyriacou (2000, di dalam Noriati A. Rashid, Boon, Sharifah Fakhriah Syed
Ahmad & Zuraidah A. Majid, 2010), stres guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap
emosi yang tidak dingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbingan, kemarahan dan
kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Ini merujuk kepada gangguan
emosi guru ketika berada di lapangan pendidikan. Jika hal ini berlaku, ini akan memberi kesan
kepada murid di dalam kelas. Sebagai contoh murid melakukan satu perbuatan yang negatif
seperti membuat bising ketika guru sedang mengajar, jika guru tidak dapat mengawal emosi
lalu guru akan melakukan tindakan di luar batasan etika keguruan seperti memukul murid. Ini
akan memberi kesan fizikal dan mental kepada murid dan akan menyebabkan murid hilang
minat untuk ke sekolah dan belajar. Selain itu ini akan menjejaskan fokus guru untuk mengajar
di dalam kelas kerana selepas tindakan yang diluar batasan yang dilakukan oleh guru akan
menyebabkan beliau diambil tindakan tatatertib yang menyebabkan emosi guru akan
terganggu.

Ini turut akan mengganggu fokus guru untuk menjalankan tugas-tugas yang lain yang
diberikan oleh pihak pentadbiran. Sebagai contoh guru menerima tugasan dari pihak
pentadbiran dan menerimanya dengan emosi yang tidak stabil, maka guru tersebut akan
melakukan tugasan tersebut dengan secara terpaksa dan tidak berkualiti. Ini akan mencetuskan
masalah di dalam pergaulan sosial guru dengan rakan sejawat yang lain kerana tidak dapat
menguruskan konflik yang berlaku dalam diri seperti yang di nyatakan oleh A.J. Micheal (2008).

Tekanan daripada ibu bapa yang hendak melihat anak-anak mereka cemerlang di dalam
akademik turut menjadi salah satu isu yang membuatkan fokus guru terganggu. Guru tidak
dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk membantu semua muridnya berjaya
tetapi kerana tekanan daripada ibu bapa salah seorang muridnya menyebabkan fokus guru
untuk memastikan murid yang lemah mendapat perhatian akan terganggu. Ini akan
menyebabkan guru menjalankan secara pengajaran secara pillih kasih kerana kepentingan ibu
bapa tertentu. Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2013)
aspek ketaksamaan peluang pendidikan yang meliputi kemudahan guru dan bahan rujukan
akan memberi kesan kepada tahap pencapaian murid. Oleh itu tekanan ibu bapa turut akan
memberi kesan kepada fokus guru di dalam menjalankan tugas hakiki mereka.
Kesimpulannya, faktor seperti tingkah laku murid, tugasan dari pihak pentadbiran dan
juga ibu bapa akan mengganggu fokus guru di dalam menjalankan tugasan hakiki mereka
sebagai agen penggerak yang melahirkan modal insan yang lengkap mengikut kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu semua pihak dari pentadbir, ibu bapa serta juga
rakan sejawat perlulah membantu guru untuk menjalankan tugas dengan baik dengan
memberikan sokongan moral dan juga menjaga kebajikan guru. Pihak pentadbir harus
memberikan peluang kepada guru untuk menguruskan emosi mereka sendiri bagi mengelakkan
masalah yang lebih teruk berlaku.

RUJUKAN
Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon. (2013). Budaya dan Pembelajaran
Edisi Ketiga. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y. & Wong, K.W. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Dr. Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon. (2015). Asas Kepimpinan
Perkembangan Profesional. Petaling Jaya, Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Noriaiti A. Rashid, Boon, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A Majid. (2010). Guru Dan
Cabaran Semasa. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Jabatan Perdana Menteri. (2013). Wawasan 2020, 1991-202. Di dapatkan dari


http://www.epu.gov.my/wawasan-2020-1991-2020

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization. (n.d) The Four Pillar of
Learning. Di dapatkan dari http://www.unesco.org/new/en/education/networks/global-
networks/aspnet/about-us/strategy/the-four-pillars-of-learning/

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (2015). Pengumunan Analisis Keputusan SPM 2014. Di
dapatkan dari http://jpnperlis.moe.gov.my/index.php/arkib-makluman-terkini/575-
pengumuman-analisis-keputusan-spm-2014

The Malaysian Insider. (2013). Dr. Matathir Khuatir Tahap Penguasaan Bahasa Inggeri Dalam
Kalangan Pelajar. Di dapatkan dari
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-khuatir-tahap-
penguasaan-bahasa-inggeris-dalam-kalangan-pelajar

Anda mungkin juga menyukai