Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN PROJEK

Pendidikan merupakan teras pembangunan yang paling penting dalam mengharungi


dunia yang begitu mencabar pada hari ini. Hidup tanpa ilmu pendidikan ibarat layang-layang
yang terputus talinya tanpa arah tujuan. Begitu juga manusia yang hidup di dunia tanpa
menitikberatkan pendidikan boleh disamakan dengan pokok yang tidak berbuah. Tanpa
pengetahuan, tanpa pengajaran dan tanpa pembelajaran. Mengikut kata-kata tokoh yang
terkenal dunia iaitu Kofi Annan mengatakan “Pengetahuan adalah kekuatan. Informasi
adalah kebabasan. Manakala pendidikan adalah premis kemajuan dalam setiap masyarakat
dan keluarga”. Hal ini demikian kita boleh simpulkan bahawa pendidikan merupakan
tonggak utama kemajuan seseorang. Mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk
mendidik seseorang supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan
menguasai kemahiran. Persoalannya apakah implikasi terhadap kurikulum pendidikan
negara setelah melihat kepada kedudukan Malaysia dalam standard prestasi pendidikan
antarabangsa ?

Pengharapan masyarakat terhadap sumbangan sistem pendidikan negara adalah


amat tinggi. Mereka yang dihantar ke sekolah harap dapat dijaga dan dijadikan anak-anak
yang berdisiplin dan berjaya serta cemerlang dalam pembelajaran mereka. Walau
bagaimanapun, kajian antarabangsa telah menunjukkan prestasi akademik pelajar Malaysia
merosot berbanding dengan pelajar negara lain. Secara berbandingan, pencapaian murid
15 tahun di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan China seolah-olah mempunyai 3
tahun atau lebih tahun persekolahan berbanding murid berumur 15 tahun di Malaysia.
Menurut Lim Guan Eng berkata, “Negara bukan sahaja menghadapi risiko ketinggalan
dalam kalangan negara maju baru seperti Singapura dan Korea Selatan, malah turut
ditinggal negara jiran seperti Indonesia dan Thailand,”. Secara amnya terlalu banyak
implikasi terhadap sistem pendidikan negara akibat daripada kejatuhan prestasi Malaysia
dalam pentaksiran antarabangsa. Justeru dengan susulan ini, Kementerian Pelajaran
Malaysia mengambil langkah awal dengan mengkaji semula sistem pendidikan negara untuk
meningkatkan mutu pendidikan agar mencapai tahap yang terbaik serta tidak ketinggalan
dalam perlumbaan global.

Antaranya ialah usaha berterusan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran


Malaysia dalam membantu menaikkan prestasi murid-murid berkeperluan khas yang terdiri
daripada murid kelas tercorot, anak miskin, anak yatim, kurang berupaya dan orang asli.
Selain itu juga, Transformasi Kurikulum Pendidikan dalam PPPM 2013-2025 memberi
penekanan kepada konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order
Thinking Skills (HOTS) yang berupaya melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran

1
kritikal dan kreatif. Hal ini kerana, jika dilihat item soalan TIMSS dan PISA lebih kepada
penyelesaian masalah yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti
menganalisis, menilai dan mengsintesis dan bukan sekadar aplikasi (Rosnani, 2012). Oleh
itu, keputusan PISA ini mununjukkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid-murid
rakyat Malaysia masih lagi pada tahap yang lemah. Ini bermakna, kurikulum yang digubal
menerusi PPPM berhubung KBAT ialah inisiatif supaya pelajar tidak lagi hanya menghafal
untuk menghadapi peperiksaan sebaliknya tahu menggunakannya. Menyedari hakikat inilah,
Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil langkah proaktif dengan mengadaptasi lagi
program i-THINK ke dalam sistem pendidikan negara dengan harapan negara mampu
melahirkan generasi muda yang berfikir aras tinggi seperti murid-murid antarabangsa yang
lain.

Tambahan pula ialah Kementerian Pendidikan Malaysia mula mewujudkan


Anugerah Khas bagi mengiktiraf sekolah berprestasi cemerlang iaitu Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT) dan Sekolah Kluster sebagai sekolah yang wajar dicontohi. Sekolah yang
dianugerahkan ini setelah mencapai band prestasi “Baik” atau “Sangat Baik” pada standard
antarabangsa. Berdasarkan sumber bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan
Sekolah Kecemerlangan, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah inisiatif di bawah Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang bermatlamat untuk meningkatkan kualiti sekolah
ke taraf dunia. Sekolah yang dianugerahkan status SBT diberikan lebih kebebasan operasi
untuk melaksanakan inovasi dan terus meningkatkan kualiti sekolah. Sekolah ini juga akan
menyokong peningkatan standard merentasi keseluruhan sistem pendidikan dengan
membimbing sekolah lain untuk meningkatkan prestasi pencapaian di kalangan murid-murid
setaraf dengan pencapaian prestasi akademik antarabangsa.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan satu


pelan transformasi pendidikan ke arah menyediakan pendidikan abad ke-21. Dalam
kerancakan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan transformasi, perkara penting
yang perlu diberi perhatian atau penambahbaikan ialah dengan menaik taraf kemudahan
pendidikan yang meliputi pembinaan insfrastruktur bangunan, penyediaan bilik-bilik khas
merangkumi alatan-alatan moden bagi menyempurnakan sistem pembelajaran dan
penyelidikan yang dijalankan. Kelengkapan bilik pandang dengar, makmal komputer dan
bengkel kemahiran dibina agar dapat menyokong pembelajaran berteraskan sumber dan
membolehkan pelajar mempunyai akses pembelajaran kendiri. Anna Kristin & Torfi (2011)
dalam kajiannya berkenaan reka bentuk bangunan sekolah ke arah pendidikan abad ke 21
telah mendapati reka bentuk bangunan sekolah dan susun atur kelas mempengaruhi
pembelajaran murid secara individu dan berkumpulan dan bagaimana penggunaan sumber
pembelajaran dapat dioptimumkan. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan ini sedikit

2
sebanyak akan membantu pihak sekolah merancang pelaksanaan pendidikan berkualiti dan
menjurus kepada peningkatan pendidikan negara di peringkat antarabangsa.

Selain itu, sistem pendidikan di Malaysia juga perlu meningkatkan tahap standard
kompetensi guru yang dikenali sebagai profesionalisme keguruan. Menurut Daud Ibrahim
(2003) berpendapat kompetensi bermakna “competence, proficiency, skillful and skill”.
Kompetensi boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran yang telah ditetapkan bagi seorang guru
dalam menguasai pelbagai peringkat kompetensi yang diperlukan untuk memenuhi aspirasi
pelajar dan masyarakat. Menurut Dr. Mohammad Sani Ibrahim dalam Utusan Malaysia 20
Mac 2002, tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam P&P bagi sekolah Bestari masih
pada tahap yang rendah. Oleh itu, bagaimanakah guru-guru yang ada sekarang ini mampu
menyediakan pelajar yang berkebolehan sekiranya sumber untuk medapatkan pengetahuan
dan kemahiran di kalangan guru masih lagi kabur. Hal ini demikian, jelas menunjukkan
kekuatan profesionalisme keguruan adalah penting bagi membentuk guru-guru yang
bertanggungjawab, komited dan berdedikasi bagi mendidik genarasi pelajar masa kini agar
menjadi warganegara cemerlang, gemilang dan terbilang seterusnya dapat meningkatkan
sistem pendidikan negara setaraf dengan pendidikan antarabangsa.

Kesimpulannya, tanpa pendidikan yang sempurna, sesorang individu sukar untuk


membina kehidupan dalam masyarakatnya. Sekolah boleh dianggap sebagai agen atau
kilang yang berfungsi melahirkan pemimpin negara, pekerja mahir dan juga dapat memberi
sumbangan ke arah pembangunan negara. Oleh itu, dengan adanya perancangan
pendidikan yang teliti dan rapi, hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun
2020 akan tercapai dengan lebih tersusun walaupun penuh dengan isu dan cabaran
semasa. Kejayaan beberapa buah sekolah dan organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia
mendapat pengiktirafan ISO 9000 membuktikan guru Malaysia berpotensi untuk mencapai
standard yang setanding dengan rakan sejawat mereka di negara-negara maju yang lain.
Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,
“Tiada siapa yang boleh menolak kejayaan Malaysia hari ini antara lain adalah hasil
sumbangan menerusi sistem pendidikan kita”.

Anda mungkin juga menyukai