Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN

No. Perkara Muka Surat


1. Pengurusan Grafik 2
2. Penulisan Akademik 3
3. Rujukan 7

1
2
PENULISAN AKADEMIK

Peranan guru semakin mencabar seiring perkembangan kemajuan dunia pada abad 21 kini.
Oleh itu perlu mempersiapkan diri dari segi ilmu, pengetahuan, agen perubahan serta
pembentuk tingkah laku untuk generasi yang setara dengan kehendak Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025). Cabaran seorang guru masa kini tidak terhad kepada aspek
pengajaran di dalam kelas tetapi guru kini lebih terdedah kepada cabaran sebagai karier
seorang guru seperti cabaran dari segi tugas pengkeranian, membentuk sahsiah serta cabaran-
cabaran lain. Ini kerana guru merupakan salah satu agen yang membantu di dalam melahirkan
modal insan yang berguna untuk sesebuah negara.

Menurut Noriati A. Rashid, Boon, dan Wong (2010), Guru mempunyai tanggungjawab
untuk sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi keperluan pendidikan dan
masa depan generasi muda negara. Oleh itu seorang guru yang baik perlu sentiasa mempunyai
rasa cinta terhadap ilmu pengetahuan. Guru perlu sentiasa mempunyai minat untuk belajar
untuk bergerak seiring dengan perkembangan dunia yang semakin maju. Guru perlu
mempunyai pengetahuan di luar bidang akademik dan mengintegrasikan pengetahuan tersebut
ke dalam pengajaran di dalam kelas. Antara ilmu di luar bidang seperti kemahiran penggunaan
teknologi pengajaran, kemahiran memotivasikan murid dan juga pengetahuan am yang lain.

Tetapi kadang kala proses penyampaian ilmu yang dimiliki oleh guru terbatas faktor-
faktor tertentu seperti kemudahan, sosio-budaya dan bahasa pengantar. Kemudahan
pengajaran adalah masalah yang sering kali dihadapi oleh seorang guru. Sebagai contoh
kekurangan kemudahan peralatan muzik untuk pengajaran muzik di dalam kelas. Ini akan
memberi kesan pengajaran kepada seorang guru muzik kerana guru tidak dapat menjalankan
pengajaran dengan baik kerana keperluan seperti alat perkusi adalah penting di dalam
pengajaran muzik.

Sebagai guru yang mempunyai akauntabiliti terhadap muridnya dalam mendidik murid
ke tahap yang cemerlang dalam pencapaian akademik, seorang guru perlu bertindak secara
kreatif dalam mengatasi masalah ini sebagai contoh melakukan inovasi dengan mencipta
kemudahan peralatan muzik dari bahan buangan bagi memberi peluang pembelajaran yang
sama kepada murid. Ini kerana menurut Syed Ismail Bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki Bin
Miskon (2013), penyediaan bilik darjah yang mempunyai kemudahan asas akan melahirkan
pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Bilik darjah yang kondusif akan membantu murid
untuk belajar dengan selesa keberkesanan pengajaran.

3
Malaysia merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian budaya dan adat resam
yang menjadikan Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Walau bagaimanapun sistem
pendidikan Malaysia tidak membataskan kaum, agama atau bangsa untuk mendapatkan
pendidikan dari peringkat rendah hingga ke peringkat yang tertinggi. Ini sesuai dengan
kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) di dalam anjakan 1 untuk
menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Oleh itu
guru perlu memastikan setiap murid yang diajar mendapat kualiti pendidikan yang sama tanpa
mengira bangsa dann kaum. Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan sebuah pertelingkahan
berkenaan penipuan pembelian telefon bimbit. Perkara ini menjadi lebih serius kerana terdapat
pihak yang telah menghasut dan meujudkan sentimen kaum menyebabkan satu pergaduhan
besar telah berlaku di Bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk mengelakkan perkara ini berulang, guru perlu bertindak sebagai agen sosialisasi
bagi memupuk sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna mengikut tuntutan norma masyarakat
Malaysia. Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2013), Murid
yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang berlainan harus bersosial dalam kelompok mereka
terutama ketika melakukan aktiviti pembelajaran. Pengajaran atau aktiviti yang melibatkan kerja
kumpulan atau berpasangan seperti aktiviti kokurikulum, murid akan berinteraksi, belajar erti
berkerjasama dan mengamalkan sikap tolong-menolong sesama meraka tanpa mengira kaum
dan agama. Selain itu murid dapat menerima kekuatan dan kelemahan rakan-rakan kumpulan
mereka demi untuk mempertahankan kekuatan kumpulan masing-masing.

Oleh itu guru tidak sahaja menghadapi cabaran didalam memandu murid ke arah
kecemerlangan akademik, tetapi guru turut menjadi sebagai salah satu agen penggerak yang
membentuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Ini merupakan
satu tanggungjawab besar guru terhadap masyarakat bagi membimbing murid menjadi
warganegara yang taat setia dan penyayang serta mempunyai perasaan hormat-menghormati
sesama kaum.

Dunia abad ke-21 merupakan dunia yang dipenuhi dengan teknologi dimana kini murid
menerima maklumat secara global. Dari ledakan maklumat yang diterima dan dibaca oleh murd
tanpa ditapis dan dibimbing menyebaban maklumat yang diterima murid bercampur-aduk
sehingga menyebabkan murid tidak dapat mengenal pasti perkara yang baik dan buruk dari
maklumat yang diterima dan menyebabkan wujud masalah sosial dan tingkah laku atau disiplin
murid hasil dari penerimaan maklumat secara tidak terkawal. Murid abad 21 mempunyai
perasaan ingin tahu yang kuat ini kerana menurut Syed Ismail Bin Syed Mustafa dan Ahmad

4
Subki Bin Miskon (2015), secara lahiriah, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu dan cara
paling baik bagi mereka memahami sesuatu adalah melalui dengan ibu bapa dan kanak-kanak
lain. Apabila murid-murid ini melangkah ke alam persekolahan, maka menjadi menjadi tugas
guru untuk membantu dan mengganti peranan ibu bapa untuk membentuk tingkah laku yang
sesuai dengan norma masyarakat Malaysia.

Seorang guru perlu mengenali setiap murid yang diajar mereka dimana dengan cara ini
kemesraan murid dan guru dapat dijalinkan seperti hubungan murid dengan ibu bapa mereka.
Guru perlu sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi murid seperti sedia mendengar dan
memberikan perhatian tanpa ada unsur pilih kasih kerana guru merupakan tempat mengadu
kedua selain dari ibu bapa mereka. Dengan mempamerkan kasih sayang, kemesraan, dan
menyediakan ppengalaman pembelajaran yang bermakna dan berkualiti, guru boleh
berperanan sebagai pengganti ibu bapa melayan pelajar yang dahagakan kasih sayang dari ibu
bapa mereka, Noriati A. Rashid et al (2010). Jika seorang guru tidak menyedari masalah yang
dihadapi oleh murid kemungkinan untuk murid melakukan tindakan yang melampaui batas
seperti vandalisme kan berlaku. Ini kerana murid melakukan tindakan sedemikian rupa kerana
ingin mendapatkan perhatian daripada ibu bapa dan guru mereka. Ibu bapa merupakan tempat
murid menerima kasih sayang, tempat tinggal pakaian dan makan minum tetapi sekolah
merupakan tempat murid menerima didikan berasaskan imu, budi pekerti dan dibimbing untuk
menjadi manusia yang lengkap dari segi pengetahuan serta sahsiah yang terpuji. Oleh itu, guru
akan menjadikan diri mereka sendiri dan juga ibu bapa mereka sebagai model contoh kepada
murid untuk mendorong murid mencapai kejayaan yang dimpikan oleh setiap ibu bapa dan juga
guru. Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2015), kerjasama
antara ibu bapa dan guru sangat penting bagi kedua-dua pihak menyediakan persekitaran
pembelajaran yang membina untuk murid di sekolah dan juga di rumah.

Maka dengan ini jelaslah seorang guru perlu memikul amanah yang diberikan oleh ibu
bapa setiap murid di dalam membentuk kejayaan murid dari segi akademik dan juga tingkah
laku yang positif. Selain itu guru sebagai pengganti ibu bapa perlu menyediakan ruang
pembelajaran yang kondusif bagi membantu murid-murid untuk berkembang mengikut acuan
ibu bapa dan juga guru di sekolah. Ini merupakan tanggungjawab seorang guru terhadap ibu
bapa yang telah digariskan di dalam kod etika keguruan yang wajib diikuti oleh seorang guru
yang berdedikasi. Dengan merealisasikan tanggungjawab ini, ibu bapa dapat meminimumkan
kerisauan mereka tentang perkembangan akademik dan juga sahsiah seorang murid,
walaubagaimanapun pendidikan awal dan perkembangan sahsiah mestilah turut dipantau oleh

5
ibu bapa. Guru hanya pengganti ibu bapa di sekolah tetapi bukan memikul tanggungjawab ibu
bapa di sekolah maka kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah penting.

Secara kesimpulannya, tugas guru bukan sahaja terhad di dalam mendidik murid di
dalam kelas dengan memberi ilmu pengetahuan seperti tahu membaca, mengira dan menulis,
tetapi guru merupakan penggerak utama di dalam membentuk sebuah negara yang maju.
Selain memberikan ilmu pengetahuan guru merupakan seorang pembentuk sahsiah dan
tingkah laku yang baik selain dari pada ibu bapa di rumah. Selain itu kerjasama pelbagai pihak
seperti ibu bapa, masyarakat dan juga rakan sejawat guru adalah penting bagi mencapai
kecemerlangan akademik dan juga sahsiah murid. Oleh itu setiap guru harus mampu
menyediakan murid untuk menghadapi cabaran ekonomi, teknologi dan juga cabaran peluang
pekerjaan di masa hadapan. Maka guru perlu bersedia di dalam meningkatkan perkembangan
profesionalisme dan juga ilmu pengetahuan serta kekuatan dari segi mental di dalam
menghadapi murid-murid alaf baru kerana tanggungjawab seorang guru bukan hanya untuk
mendidik di dalam kelas sahaja.

6
RUJUKAN

Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon. (2013). Budaya dan Pembelajaran
Edisi Ketiga. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y. & Wong, K.W. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Dr. Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon. (2015). Asas Kepimpinan
Perkembangan Profesional. Petaling Jaya, Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Galaduit. (2011). Etika Profesion Keguruan. Di dapatkan dari


http://pismpgemilang.blogspot.com/2011/07/etika-profesion-keguruan.html

Galaduit. (2011). Guru Permulaan (novice). Di dapatkan dari


http://pismpgemilang.blogspot.com/2011/08/guru-permulaan-novice-setelah-
berpenat.html

Anda mungkin juga menyukai