Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

KOHOT 2 PKP BAHASA PERANCIS

AMBILAN JUN 2014

SEMESTER 8

ES3101

TASK 1 : PENULISAN REFLEKSI

NAMA : ABDUL AZIM AKMAL BIN ISMAIL


NOMBOR INDEX : 960215-01-6893
NOMBOR KP : 960215-01-6893
NAMA PENSYARAH : DR. SUGUNA SANKARAN
Sekolah merupakan sebuah institusi yang penting untuk membantu
pembentukan jati diri seorang pelajar yang melibatkan guru dan rakan sebaya. Dalam
konteks ini, guru merupakan agen yang paling penting dalam pembentukan sahsiah,
moral dan kerohanian dalam diri pelajar. Oleh itu, kita akan melihat bagaimana
peranan profesional seorang guru sebagai pendidik dalam pencapaian aspirasi dan
matlamat sekolah.Terdapat beberapa peranan guru sekolah menengah yang telah
dibincangkan dalam kursus “Perkembangan Profesional”. Peranan-peranan yang
telah diutarakan sewaktu perbincangan adalah guru sebagai pengamal pengetahuan
dan kemahiran, agen sosial dan agen perubahan.

Dalam pendidkan abad ke-21, para guru perlu dilengkapi dengan pengetahuan
dan kemahiran tentang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Menurut
Profesor Datuk Dr. Norazah Mohd. Nordin dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam
rencana Utusan Online (Mohd. Mahzan, 2017) bahawa “para pelajar adalah natif
kepada gajet moden ini memerlukan guru yang kreatif dan sering melakukan inovasi
dalam penyampaian ilmu”. Kita dapat simpulkan bahawa guru hendaklah menguasai
penggunaan teknologi supaya kita dapat membuat inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 agar dapat menarik minat pelajar untuk menuntut ilmu. Jadi,
kemahiran seperti inilah yang perlu dipelajari oleh guru dalam misi untuk
merealisasikan pendidikan abad ke-21 seiring dengan teknologi terkini yang semakin
pesat berkembang di negara kita. Mengambil contoh yang paling terdekat dengan
saya, Encik Syed Jahanggir sering melakukan kuiz seperti “kahoot” untuk membuat
aktiviti selepas belajar mencipta susasana pembelajaran yang menyeronokkan. Jadi,
para pelajar akan belajar sambil bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan tempat
pertama untuk kuiz tersebut lantas menjadikan mereka gembira dan tidak tertekan
dengan bebanan kerja-kerja rumah yang diberikan. Oleh itu, aktiviti inovasi dalam
pembelajaran seperti inilah yang sentiasa perlu dipraktikkan oleh guru sekolah agar
murid-murid tidak berasa bosan dan sentiasa tertarik dengan kaedah yang digunakan
oleh guru tersebut.

Saya juga ingin menceritakan pengalaman saya di sebuah sekolah di Perancis.


Seperti yang kita tahu, Perancis adalah sebuah negara yang maju. Sewaktu
keberadaan saya di sekolah tersebut, saya memerhatikan bahawa kebanyakan guru
di sana banyak menggunakan teknologi seperti komputer, aktiviti-aktiviti di dalam
talian untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Tambahan pula, setiap kelas di sekolah tersebut dilengkapi dengan peralatan
teknologi seperti LCD projector, komputer dan smart screen projector jika nak
dibandingkan dengan situasi sekolah di Malaysia yang masih kurang dengan
peralatan teknologi. Tapi sebagai guru, kita perlulah cuba sedaya upaya untuk
merealisaikan pendidikan abad ke-21 supaya kita dapat mencontohi seperti negara
maju yang lain.

Seterusnya, guru juga memainkan peranan penting sebagai agen sosial dan
perubahan dalam mengembangkan potensi para pelajar secara holistik dan
bersepadu. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail dalam satu artikel Berita Harian Online (Bernama, 2019), “Perpaduan kaum
menjadi antara satu faktor yang penting untuk Malaysia mencapai status negara maju
selain kepesatan pembangunan dan ekonomi”. Seharusnya, para guru hendaklah
cakna dengan isu perpaduan kaum yang semakin rapuh sejak kebelakangan ini. Oleh
itu, kita perlu memikul tugas yang besar dalam mengukuhkan perpaduan kaum di
negara kita yang tercinta. Contohnya, dalam intitusi pendikan yang mempunyai pelajar
yang berbilang kaum, guru hendaklah sentiasa membiasakan pelajar India, Cina dan
Melayu bekerja dalam satu kumpulan untuk memupuk nilai perpaduan dalam diri
mereka.

Lazimnya, para pelajar mempunyai kecenderungan untuk bergaul dengan


hanya kaum mereka sendiri. Walau bagaimanapun kita perlulah mengubah fenomena
ini supaya mereka dapat bersosial antara satu sama lain tidak mengira warna kulit,
kaum dan agama. Sebagai contoh, pendidikan awal saya bermula di Sekolah
Kebangsaan Siputeh yang terletak di Padang Sera, Kedah. Terdapat dua kaum yang
wujud di sekolah ini, iaitu kaum Siam dan Melayu. Berdasarkan pengalaman saya,
cikgu-cikgu sering menggalakkan murid Siam dan Melayu bergaul dan belajar
bersama-sama sehingga sampai satu tahap, saya mempunyai kawan perempuan
siam yang selalu baik dengan saya. Nama dia Anuthida. Jadi, pendekatan yang
diambil oleh guru-guru di sekolah ini memnyebabkan perpaduan antara kaum Siam
dan Melayu menjadi utuh. Secara amnya, apabila perpaduan antara kaum dapat
dipupuk, maka ia mampu membantu Malaysia ke arah negara maju sekaligus
keamanan dan keharmonian dapat dirasai.
Kesimpulannya, peranan-peranan yang telah dinyatakan amat diperlukan
untuk mendidik generasi-generasi muda yang bakal menerajui negara. Peranan guru
sebagai pengamal pengetahuan dan kemahiran, agen perubahan dan agen sosial
masih relevan untuk masa kini dan masa hadapan. Peranan inilah yang menjadi asas
utama kepada seorang guru dalam menghadapi cabaran yang semakin berat dan
menuntut kesabaran serta menggalas tanggungjawab yang hebat. Jika tiada guru
yang sanggup memikul tanggugjawab ini, maka siapa yang akan mengambil alih
tangugjawab untuk mendidik anak bangsa kita. Disebabkan itulah, para guru mesti
berbekalkan dengan pengetahuan tentang peranan-peranan yang penting dalam
usaha untuk menjana dan melahirkan insan yang syumul di peringkat dunia.
Bibliografi

Bernama. (2019, Februari 17). Perpaduan kaum penting untuk Malaysia jadi negara
maju - TPM. Retrieved from Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/531690/perpaduan-
kaum-penting-untuk-malaysia-jadi-negara-maju-tpm
Mohd. Mahzan, A. (2017, Mei 17). Cabaran guru alaf baharu. Retrieved from Utusan
Online: https://www.utusan.com.my/rencana/utama/cabaran-guru-alaf-baharu-
1.481908

Anda mungkin juga menyukai