Anda di halaman 1dari 3

Rencam & Hebat Cabaran Guru Abad Ke-21 - 30/11/2018, 9*54 AM

Friday, November 30, 2018

LAMAN UTAMA | TUMPUAN | RENCANA UMUM | LAPORAN KHAS | PENDIDIKAN GLOBAL | PSIKOLOGI | AGAMA | LENSA GLOBAL | INSPIRASI | KESELAM

Home / 2017 / July / 6 / Rencam & Hebat Cabaran Guru Abad Ke-21 !

PENDIDIK JULAI 2017

Rencam & Hebat Cabaran Guru Abad Ke-21


July 6, 2017 / Dr. Aminudin Mansor (Mantan Guru Cemerlang)

Facebook Twitter Google+ WhatsApp

Jika diteliti peranan guru dalam Abad Ke-21 memang rencam dan mencabar. Guru terpaksa memberikan komitmen tinggi demi
menggalas tugas sebagai pendidik, pengajar dan pembimbing murid. Kini dalam era globalisasi yang pantas dan penuh persaingan
guru juga terpaksa menghadapi cabaran zaman, tidak boleh ketinggalan zaman.

Jika diteliti peranan guru dalam Abad Ke-21 memang rencam dan mencabar. Guru terpaksa memberikan komitmen tinggi demi
menggalas tugas sebagai pendidik, pengajar dan pembimbing murid. Kini dalam era globalisasi yang pantas dan penuh persaingan
guru juga terpaksa menghadapi cabaran zaman, tidak boleh ketinggalan zaman.

Profesion keguruan pada Abad Ke-21 terdedah kepada pelbagai cabaran baharu yang berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran,
kerohanian, kebudayaan, ideologi baharu dan isu-isu yang berkaitan dengan masalah etika.

Justeru bak kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof dalam satu temu bual dengan Utusan
Malaysia pada 14 Mei 2015, guru juga perlu memahami bahawa penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada
kehidupan manusia dan asas martabat sesuatu profesion, khususnya profesion keguruan yang bertanggungjawab memelihara
tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.

“Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh persaingan, pendidikan adalah
bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

http://www.pendidik.com.my/2017/07/06/rencam-hebat-cabaran-guru-abad-ke-21/ Page 1 of 3
Rencam & Hebat Cabaran Guru Abad Ke-21 - 30/11/2018, 9*54 AM

“Kita (warga pendidik) juga perlu melahirkan generasi berilmu untuk berakir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat
berlandaskan skop yang global dan teknologi terkini serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa
kini,” kata Dr. Khair.

Itulah sebahagian tanggungjawab yang diamanahkan kepada guru serta seluruh warga pendidikan untuk mencorak masa depan
anak bangsa dan juga ke arah membina negara bangsa yang berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi dan berakhlak terpuji. Guru
perlu gigih melahirkan murid yang berdaya saing pada peringkat tempatan dan juga pada peringkat global.

Guru juga harus sentiasa berusaha mendalamkan ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran serta memperkasakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran (PdP), sentiasa menggalakkan semua murid agar belajar menambah ilmu pengetahuan sepanjang
hayat dan menguasai kemahiran-kemahiran penting, tidak mengabaikan amal ibadat dan menjadi manusia yang bertanggungjawab
agar boleh menjadi contoh bukan sahaja kepada anak didik malahan kepada anggota masyarakat yang lain.

Selain sebagai pendidik dan pengajar, kini guru juga perlu menjadi pemudahcara (fasilitator atau moderator) bagi meningkatkan
penguasaan ilmu pengetahuan dan kreativiti murid serta menyemai kemahiran berakir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan mereka.
Guru juga mesti mampu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang pantas berkembang, cepat berubah
untuk kekal relevan serta berdaya saing.

Pada masa kini guru melaksanakan tugas tanpa had waktu sebagai pendidik, pemudah cara, pembimbing dan pengajar kepada
murid. Cabaran guru pada masa kini berbanding guru dahulu memang terlalu jauh bezanya. Guru wajib memastikan pengetahuan
dan skil mereka lebih ke hadapan berbanding murid-murid anak didik masing-masing terutama dalam bidang ICT.

Di samping pemerkasaan kemahiran menulis, mengira dan membaca (3M), kini pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru
perlu turut membabitkan amalan pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), antara elemen Pendidikan Abad ke-21 (PAK-21) yang
rencam dan mencabar.

Kini murid-murid boleh berhubung dengan guru masing-masing melalui media sosial dan media baharu bagi menyiapkan kerja
rumah, latihan dan latih tubi dengan berkesan tanpa perlu berada dalam bilik darjah di sekolah. Sekarang murid-murid boleh
berinteraksi dengan guru masing-masing melalui alam maya (virtual) bila-bila masa sahaja yang sesuai selepas waktu kelas untuk
merujuk apa-apa perkara atau mendapatkan bimbingan dan nasihat.

Dalam mana-mana zaman pun sebenarnya, guru yang bertanggungjawab sebagai pembentuk modal insan untuk negara – perlu
punya ilmu dan kemahiran yang seiring dengan keperluan era masing-masing malah perlu juga berpandangan jauh mendahului
zaman.

Cabaran guru Abad Ke-21 juga sama walaupun dalam bentuk yang berbeza dan lebih mencabar minda berbanding sebelumnya.
Mereka mesti menguasai zaman semasa masing-masing dan pada masa sama berusaha mendahului zaman dengan pantas kerana
anak didik mereka dipersiapkan untuk mendepani hidup di masa hadapan. Misalnya dalam konteks Malaysia, guru-guru sekarang
perlu melengkapkan semua murid untuk memikul cabaran bagi menjayakan pengisian Transformasi Negara 2050 (TN50), yang
disasarkan mencapai matlamatnya dalam tempoh 33 tahun akan datang.

Setelah matlamat muncul sebagai negara maju berpendapatan tinggi semakin dekat untuk dicapai, cabaran lebih besar ini terpaksa
difahami dan dipikul oleh guru masa kini bagi persediaan membina modal insan yang berdaya saing, berilmu pengetahuan dan
berkemahiran tinggi menjelang 2050.

Guru kini tidak boleh tidak, wajib sentiasa kreatif, berakiran positif, berilmu pengetahuan baharu atau kemas kini (up-to-date) dan
memiliki kemahiran tinggi yang relevan bagi memastikan anak muridnya berjaya dididik menjadi insan berguna kepada keluarga dan
negara menjelang tahun 2050 nanti, dengan memiliki kemampuan untuk bersaing di peringkat global. Kita berharap dan percaya
keupayaan ini ada pada semua guru di Malaysia masa kini yang sentiasa peka mengikuti perubahan dan perkembangan semasa
dengan penuh prihatin, terutama dalam bidang pendidikan negara.

Kita penuh yakin, guru-guru kepada anak-anak kita juga tidak lupa serta mampu untuk mendidik murid-muridnya ke arah
kecemerlangan yang seimbang atau holistik dengan memiliki sekurang-kurangnya enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap
murid iaitu mempunyai ilmu pengetahuan; mempunyai kemahiran berakir aras tinggi; mempunyai kemahiran memimpin dan
kebolehan untuk berkerjasama; memiliki kemahiran dwi-bahasa atau lebih; mempunyai etika moral dan kerohanian; dan mempunyai
identiti nasional sebagai bangsa Malaysia. Semua ini yang disebut sebagai Aspirasi Murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Begitu juga dengan sebelas anjakan utama untuk mentransformasi sistem pendidikan negara yang terkandung dalam PPPM 2013-
2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah). Selepas empat tahun, kini rencana bagi memperkasakan bidang
pendidikan negara hingga bertaraf dunia itu kini memasuki fasa Gelombang Kedua bermula tahun lepas hingga ke tahun 2020.

http://www.pendidik.com.my/2017/07/06/rencam-hebat-cabaran-guru-abad-ke-21/ Page 2 of 3
Rencam & Hebat Cabaran Guru Abad Ke-21 - 30/11/2018, 9*54 AM

Di peringkat ini, pastinya guru-guru kita sudah menghayati segala perencanaan dalam PPPM 2013-2025 dan mampu
melaksanakannya. Inilah landasan paling penting dan utama yang telah dirangka untuk menjadi panduan kepada guru-guru dari
peringkat prasekolah, sekolah rendah, menengah rendah hingga lepasan menengah yang perlu diberi perhatian demi menjayakan
matlamat kemenjadian murid yang holistik, seterusnya menghasilkan modal insan yang cemerlang dalam akademik serta terpuji
akhlak mereka.

Untuk itu guru-guru Malaysia tidak akan memandang remeh, sebaliknya akan terus mendidik akhlak dan peribadi murid ke arah
menjadikan mereka insan yang beriman dan bertakwa. Usaha ini menjadi lebih perlu dilakukan sekarang bagi menyeimbangkan
peribadi murid dalam menghadapi cabaran zaman akan datang yang dijangka penuh dengan pelbagai cabaran dan ujian yang
mungkin tidak terduga.

Sesungguhnya menjadi guru pada abad ke-21 memang hebat dan sangat mencabar. Namun, dengan ilmu pengetahuan dan latihan
kemahiran mendidik yang tinggi, yakinlah bahawa guru kita mampu memikul amanah untuk melahirkan modal insan yang berguna
kepada masyarakat dan negara sekali gus memastikan murid masing-masing mempunyai jati diri yang diperlukan ke arah
mewujudkan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu dan maju.

Related Post

Perangi Sikap PAK-21: Murid Orang Anjakan 3: Melahirkan Masakan Melayu: Satu
Etnosentrisme Dalam Asli Tidak Terpinggir Rakyat Malaysia Yang Selera Satu Rasa
Diri Murid Menghay...

Facebook Twitter Google+ WhatsApp

Facebook Comments

0 Comments Sort by Oldest

Add a comment...

Facebook Comments Plugin

Tags: sp_kolumnis

http://www.pendidik.com.my/2017/07/06/rencam-hebat-cabaran-guru-abad-ke-21/ Page 3 of 3

Anda mungkin juga menyukai