Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengenalan

Peranan guru dalam dunia pendidikan pada hari ini begitu besar dan mencabar. Guru
haruslah bersiap sedia dengan ilmu pengetahuan yang luas untuk menghadapi pelbagai
kritikan dan ancaman demi membantu negara dalam usaha membentuk sebuah negara
yang maju dan berpendapatan tinggi. Oleh itu, guru haruslah berusaha dan mengembleng
tenaga untuk membentuk masyarakat yang berilmu, kreatif, berdaya saing dan mempunyai
sahsiah yang terpuji. Pada hari ini, kerjaya seorang guru bukanlah kerjaya yang harus di
pandang rendah tetapi ia merupakan salah satu bidang profesional yang memerlukan
kepakaran dan teknik yang betul. Menurut Ragbir Kaur (2007) fungsi guru ialah mendidik
murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam
kurikulum sekolah.

2.0 Elemen-elemen profesionalisme keguruan

2.1 Roh dan Jiwa Guru

Menceburi kerjaya profesinal perguruaan bukanlah perkara yang mudah seperti kerjaya
profesional bidang yang lain kerana ia perlu bermula dari dalam diri individu. Oleh itu, setiap
guru haruslah mengekalkan roh dan jiwa yang telah disemai dan dibentuk dalam diri agar
sifat cinta dan minat mendidik berterusan wujud dalam jiwa guru. Apabila tersematnya cinta
atau kasih sayang dalam jiwa seorang guru, kegembiraan dan saling menghormati antara
satu sama lain secara tidak langsung akan terbentuk dalam diri masing-masing. Kesannya
anak-anak bangsa dan warga pendidik akan merasai kenikmatan ilmu dan pembelajaran
maka sekali gus mereka akan menjadikan sekolah sebagai rumah kedua. Di sekolah, jika
warga pendidik sudah hilang minat dan cinta untuk mengajar dan mendidik, maka cinta
untuk belajar, diasuh dan dididik juga akan semakin lenyap dalan diri anak bangsa. Ini
merupakan satu kenyataan kerana pada hari ini terlalu banyak guru yang memohon bersara
awal memandangkan mereka terbeban dengan tugas pengkeraniaan.

Oleh itu, cabaran yang paling utama Kementerian Pendidikan bagi merealisasikan Program
Tranformasi Sekolah (TS25) ialah mengembalikan cinta ke dalam diri warga pendidik bagi
melicinkan matlamat Negara dalam membentuk kemenjadian murid dan masyarakat yang
berguna. Sesungguhnya jika kerja pemfailan dapat disingkirkan tugas mengajar akan
menjadi fokus utama guru-guru di sekolah .Apabila jasad guru terikat dan terbeban dengan

1
kerja-kerja tersebut roh dan jiwa pendidik akan terhakis sedikit demi sedikit dan tidak lagi
wujud di sekolah maka secara tidak langsung akan lenyaplah sifat integriti dalam diri
seorang pendidik. Perkataan integriti bermaksud kesempurnaan. Tetapi ada juga yang
menganggap integriti merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nielsen, 2004). Guru perlu
melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang di amanahkan dalam mendidik pelajar
dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Jika tidak akan wujudnya isu ketidakpedulikan guru
sama ada dalam tugas pengajaran dan penyempurnaan diri. Oleh itu, guru-guru yang
mempunyai roh dan jiwa guru akan Berjaya mengatasi segala beban dan masalah sewaktu
berada di sekolah.

2.2 Jati Diri dan Kenegaraan

Sejak Negara menikmati arus kemerdekaan, semakin lama semakin terhakis nilai jati diri
dan kenegaraan dalam diri setiap individu .Jati diri masyarakat Malaysia teras kekuatan
negara bagi mendepani arus globalisasi. Oleh itu, setiap guru wajarlah menanam kekuatan
tersebut sejak awal lagi agar memberi impak yang positif kepada anak bangsa. Guru
mestilah menyahut seruan kerajaan dengan saling bekerjasama dan berganding bahu
dalam pembentukkan modal insan kelas pertama. Menurut Ismail Ibrahim (2010), jati diri
bagi rakyat Malaysia merupakan isu yang agak kompleks memandangkan negara ini
menerima kepelbagaian kaum, agama, budaya dan bahasa. Namun perkara tersebut tidak
boleh dijadikan alasan lagi kerana Negara kita sudah mencapai kemerdekaan sejak sekian
lamanya. Sehubungan dengan itu, apabila warga pendidik mempunyai jati diri dan
kenegaraan yang utuh dan unggul mereka dapat menjalani kehidupan yang bahagia ,
harmoni dan dihormati oleh masyarakat.

Natjahnya, tidak akan timbul isu berkaitan dengan perselisihan faham antara guru dan ibu
bapa. Guru merupakan contoh teladan dan ikutan kepada anak murid mereka, maka guru
sewajarnya menanam jati diri yang kukuh terlebih dahulu agar dapat diteladani oleh anak-
anak murid mereka. Dengan terbinanya jati diri dalam diri setiap warga pendidik natijahnya,
guru dapat membantu negara dalam menanam sifat jati diri dan kenegaraan dalam diri
setiap anak bangsa agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan budaya-budaya negatif
dan songsang. Malahan, ia juga bertindak sebagai perisai utama bagi mengekalkan
kemerdekaan sesebuah negara dari semua aspek khasnya penjajahan minda.

2
Setiap pembentukan sebuah matlamat pasti akan mendepani pelbagai cabaran yang
mendatang. Seperti peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Oleh itu, antara cabaran yang perlu di atasi ialah keretakkan integrasi nasional di kalangan
warga pendidik. Guru yang kurang mempunyai nilai jati diri dan kenegaraan yang kukuh
akan mempunyai sifat perkauman atau rasis. Mereka akan mengajar sambil lewa kepada
pelajar yang bukan daripada kaum mereka. Perkara ini akan menghalang pembentukkan
integrasi nasional. Guru juga akan mempunyai sifat pilih kasih terhadap pelajar. Maka
dengan itu, penekanan kepada perpaduan dalam dunia pendidikan haruslah menjadi
keutamaan. Mata pelajaran sivik dan kewarganegaraan perlulah di ajar bukannya di ganti
dengan subjek teras. Ini kerana pelajaran tersebut mengajar kita memahami dan mengenali
budaya kaum lain. Oleh itu, akan terbentuk sifat hormat-menghormati antara satu sama lain
dan membantu dalam memupuk integrasi nasional.

Guru perlulah bersifat profesional dengan rakan sekerja yg berlainan bangsa. Guru perlulah
mematuhi etika perguruaan demi memupuk kefahaman antara warga pendidik. Penggunaan
bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dapat membantu meningkatkan kefahaman
antara warga pendidik kerana menggunakan bahasa pengantar yang sama. Pendidikan
merupakan hak milik awam dan mempunyai peranan yang sangat penting untuk memupuk
integrasi antara kaum. Oleh itu, kesaksamaan pendidikan untuk semua kaum perlulah di
ambil berat. Menurut Banathy(1991) perubahan sistem adalah segala perubahan yang
berlaku pada sesuatu bahagian dalam sistem organisasi yang mempengaruhi keseluruhan
organisasi dan seterusnya akan membawa perubahan baru kepada organisasi tersebut.

3.0 Elemen-Eleman Pembelajaran Sepanjang Hayat

3.1 Pengetahuan dan Kemahiran

Menjadi seorang insan bergelar guru bukanlah suatu perkara yang mudah kerana mereka
perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas serta kemahiran agar
perjalanan dalam dunia pendidikan menjadi lebih mudah. Seorang guru haruslah
meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana di dalam dunia pendidikan sendiri juga
mengalami pelbagai perubahan. Menurut Longworth dan Davies (1996) pembelajaran
sepanjang hayat adalah pembangunan potensi manusia melalui proses sokongan yang
berterusan yang merangsang dan memberi kuasa kepada individu untuk memperoleh

3
semua pengetahuan, nilai, kemahiran, dan pemahaman yang mereka perlukan sepanjang
hayat mereka dan menerapkannya dengan keyakinan, kreativiti dan kesenangan dalam
semua peranan, keadaan, dan persekitaran.

Oleh hal yang demikian guru perlulah menguasai sebanyak mungkin cabang ilmu dan
kemahiran yang sedia ada. Guru haruslah rajin dalam meneroka ilmu dan melatih diri
dengan kemahiran seperti kemahiran belajar, komunikasi, ICT dan sebagainya. Selain itu,
kerajaan juga perlulah menyediakan kemudahan dan kursus yang membantu meningkatkan
lagi kemahiran dan keyakinan diri guru. Program latihan dalam perkhidmatan membantu
guru-guru yang kurang kemahiran untuk menyertai kursus tersebut. Kursus tersebut
menfokuskan kepada peningkatan ilmu, kemahiran guru dalam pengurusan, kokurikulum,
pedagogi terkini dan pentaksiran dan penilaian. Dengan itu proses pembelajaran sepanjang
hayat akan menjadi lebih mudah dengan adanya kursus tersebut.

Namun demikian, elemen tersebut mampu menjadi penghalang kepada proses


merealisasikan Program Transformasi Sekolah (TS25). Antara halangan tersebut ialah
kebanyakkan guru yang berpengalaman di negara kita sudah berusia. Oleh itu, mereka
kurang dalam kemahiran menggunakan ICT. Kemahiran ICT merupakan salah satu medium
pembelajaran yang bersesuaian dengan sistem pendidikan masa kini. Penggunaan Internet
telah menyerap, menguasai dan seterusnya mengawal kehidupan dan minda manusia sama
ada secara sedar mahupun sebaliknya. Ekoran daripada transformasi dunia global
penggunaan teknologi ICT dalam mencari maklumat dalam pembelajaran merupakan suatu
keperluan yang tidak boleh dinafikan lagi.

Oleh itu, kerajaan perlulah menyediakan kursus kemahiran ICT kepada golongan guru yang
cetek ilmu dalam kemahiran tersebut. Dengan itu, halangan ini akan dapat diatasi dengan
segera. Seterusnya, cabaran dari aspek guru ganti atau guru sandaran tidak terlatih. Hal ini ,
menjadi perbalahan diantara guru dan ibu bapa kerana kebanyakkan mereka kurang dari
segi penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan.Oleh itu, akan mendatangkan kekeliruan
sama ada mereka ini layak atau sebaliknya dalam mendidik para pelajar disebabkan
pencapaian mereka dalam akademik tidak setaraf dengan guru-guru yang terlatih. Bagi
mengatasi masalah tersebut kerajaan perlulah meneliti terlebih dahulu pengambilan guru
ganti dari aspek pencapaian akademik dan melengkapkan mereka dengan kemahiran.

4
3.2 Budaya Ilmu

Pembelajaran Sepanjang Hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian dan


peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal atau profesional. Budaya
ilmu juga merupakan salah satu elemen pembelajaran sepanjang hayat. Sebagai seorang
guru kita perlulah menanam sifat cinta akan ilmu. Pembentukkan budaya ilmu seperti
budaya membaca, budaya penyelidikan dan budaya bermusyawarah perlulah diterapkan
dalam diri setiap warga pendidik agar budaya-budaya tersebut dapat diamalkan di sekolah-
sekolah. Perkara ini juga secara tidak langsung mendidik para pelajar akan kepentingan
pembelajaran sepanjang hayat. Elemen ini perlulah bermula dari dalam diri guru sendiri jika
guru bersikap malas dalam membuat penyelidikan maka tidak akan terbentuklah budaya
ilmu dalam diri guru tersebut.

Guru di Malaysia patut menggilap imej guru melalui pembacaan bagi memastikan guru tidak
terpinggir daripada kelompok profesional yang lain. Selain itu, elemen Kolaborasi iaitu
hubungan kerja berasaskan kepercayaan guru. Guru perlulah bekerja bersama-sama secara
sukarela demi kebaikkan dan kemajuan sekolah.Peningkatan kemahiran seabagi usaha
berterusan. Elemen berkolaborasi merupakan usaha berterusan tanpa menyekat hak
bersuara individu. Seterusnya, budaya penyelidikkan seperti penulisan jurnal dan tesis
dapat membantu guru dalam menghasilkan penulisan yang boleh dijadikan rujukan kepada
pelajar. Dengan itu, guru akan memupuk budaya reflektif seperti bersikap terbuka dan
mampu meningkatkan amalan kendiri

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil
mencabar iaitu mempersoalkan dan mempertikaikan sesuatu unsur yang mencabar serta
menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Budaya ilmu dalam
kalangan guru merupakan salah satu keperluan bagi membantu menjayakan Program
Transformasi Sekolah (TS25). Guru terlatih yang berjaya dengan cemerlang menamatkan
latihan keguruan tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran telah sempurna. Oleh
hal itu, cabaran yang dihadapi oleh kerajaan bagi merealisasikannya ialah cabaran dalam
mewujudkan sifat rajin dan cinta akan ilmu dalam diri para guru. Hal ini kerana terdapat
kekangan masa dalam kalangan guru. Guru-guru perlu membahagikan masa untuk kerja
dan keluarga. Namun kebanyakkan guru tidak mengambil peduli dalam pembelajaran
sepanjang hayat. Sebagai contoh, guru yang telah di tempatkan untuk mengajar di sebuah
sekolah sebagai penjawat awam akan merasakan seperti tiada masa untuk menyambung
pelajaran pada peringkat seterusnya .

5
Oleh itu, pembelajaran sepanjang hayat akan terhenti setakat itu. Begitu juga mereka
mengalami kekangan masa dalam membuat penyelidikan dan membaca buku. Kesannya,
budaya ilmu tidak akan dapat direalisasikan dalaam diri guru. Perkara ini dapat diatasi dari
diri guru itu sendiri, Pengurusan masa yang baik membantu guru dalam melanjutkan
pelajaran di peringkat seterusnya. Selain itu, kemeterian pendidikan perlulah mengurangkan
beban guru terutama sekali dalam bidang pengurusan sekolah. Konklusinya, guru perlulah
bersikap rajin dalam mentelaah ilmu sebagai langkah persediaan pada masa mendatang.

4.0 Keperluan guru melibatkan diri dengan Persatuan Profesional dan Pertubuhan
Bukan Kerajaan (NGO)
4.1 Penglibatan guru dengan Persatuan Profesional

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kolaboratif membawa maksud erat dari segi
kerjasama antara dua pihak ataupun lebih. Definisi ini merujuk kepada kerjasama ke arah
melaksanakan aktiviti kebaikan. Guru perlulah aktif dalam melibatkan diri dalam persatuan
profesional kerana kerjaya sebagai guru juga merupakan kerjaya profesional jika para guru
tidak menubuhkan persatuan atau menempatkan diri mereka di dalam persatuan profesional
maka kerjaya sebagai guru akan dipandang rendah oleh kerjaya professional yang lain. Jika
tidak masyarakat akan memadang rendah dan terhadap kerjaya keguruan, jika kerjaya
profesion keguruan tidak mendapat hati di kalangan masyarakat perkara ini akan
menyukarkan pembentukkan masyarakat yang penyayang. Oleh itu, guru tidak seharusnya
berdiam diri dan hanya meluangkan masa di rumah dan sekolah sahaja akan tetapi guru
perlulah bersama-sama dengan kerjaya profesional lain bagi membantu negara dalam
pembentukkan modal insan kelas pertama. Maka dengan itu, kerjaya profesional keguruan
akan dihormati oleh masyarakat dan komuniti. Kesannya, isu dan perbalahan antara guru
dan ibu bapa dapat dikurangkan.

Seterusnya, penglibatan guru dengan persatuan profesional dapat memberi impak yang
positif dan membawa kebaikan kepada Negara. Mereka yang terdiri daripada golongan elit
atau golongan kelas pertama wajarlah bersama-sama membantu kerajaan dalam
pembentukkan negara bangsa. Permuafakatan dalam pendidikan ialah proses perbincangan
dua hala, berkongsi tanggungjawab, membuat keputusan bersama, sukarela membantu
sekolah, berkongsi idea, merancang dan menilai aktiviti yang dilaksanakan melibatkan pihak
sekolah dengan komuniti. Permuafakatan itu adalah selari dengan teras strategik ketiga
Rancangan Malaysia Ke-11 2016-2020 iaitu menambah baik hasil pelajar dan
mempertingkat tadbir urus sistem persekolahan melalui peningkatan tadbir urus dan

6
permuafakatan pihak berkepentingan untuk sokongan sekolah yang lebih baik. Mereka
wajarlah menggadakan perbincangan serta bertukar-tukar pendapat dalam menangani
sesuatu isu yang berkaitan dengan pendidikan, masyarakat dan perpaduan.

Perbincangan tersebut boleh membentuk suatu permuafaktan dalam komuniti untuk


mencapai sesuatu matlamat ini kerana pengamalan sikap terbuka dan menerima serta
menghormati pendpaat orang lain di kalangan mereka. Persatuan professional ini juga
berfungsi sebagai tempat masyarakat menyuarakan pendapat dan permasalahan mereka
berkaitan dengan sesuatu isu. Kemudian merekalah yang akan mewakili masyarakat dalam
menyuarakan pendapat mereka. Maka dengan itu, guru haruslah bersama-sama dengan
kerjaya profesional yang lain dalam membantu masyarakat. Guru tidak boleh ketinggalan
kebelakang kerana gurulah yang menghasilkan kerjaya profesional yang lain. Tanpa guru
golongan profesional yang lain tidak akan terbentuk.

4.2 Penglibatan guru dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

Selain itu imej guru dapat dipertingkatkan jika guru sentiasa melibatkan diri secara aktif
dalam kegiatan masyarakat seperti menyertai aktiviti pergerakkan belia dan sukan, badan
kebajikan, kebudayaan dan sebagainya. Hal ini kerana, konsep guru yang berjaya pada
masa sekarang bukan hanya ditinjau dari segi sikap dan kualiti peribadi dan profesional
semata-mata, tetapi juga dari segi aspek sosial. Antara sifat dan kualiti sosial seseorang
guru ialah budi pekerti ini termasuk kelakuan bersopan santun semasa bergaul dengan
rakan- rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti dalam masyarakat. Guru yang
mempunyai sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai. Seterusnya
dengan melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan akan membantu guru dalam meningkatkan
kemahiran komunikasi dengan masyarakat. Kesannya guru akan menjadi seorang yang
ramah mesra dan mudah di dekati oleh masyarkaat. Maka dengan itu, akan terbentuklah
kesefahaman antara masyarakat dan guru. Konklusinya, penglibatan guru dengan
pertubuhan bukan kerajaan amatlah digalakkan bagi memupuk kesefahaman antara guru
dan masyarakat. Penglibatan ibu bapa dan komuniti merujuk kepada pelbagai tingkah laku
ibu bapa dan komuniti yang secara langsung dan tidak langsung dalam mempengaruhi
perkembangan kognitif, emosi, fizikal dan pencapaian anak-anak di sekolah (Bakker &
Denessen, 2007).

7
Anjakan kesembilan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,
memberikan penekanan terhadap penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dalam
memperkasakan sekolah. Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai
pembelajaran seperti yang diharap dan dirancangkan. Terdapat beberapa golongan kanak-
kanak yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku
dengan baik dan cemerlang. Maka dengan itu, penglibatan guru dengan agensi bukan
kerajaan dapat mengenal pasti dan membantu murid yang kurang bernasib baik dalam
kehidupan mereka. Berkemungkinaan faktor kemiskinan menghalang mereka dalam
menuntut ilmu di sekolah. Guru bukan sahaja di tugaskan untuk mendidik di sekolah sahaja
tetapi guru juga wajarlah berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat agar keharmonian
dalam masyarkat dapat dikekalkan.

Guru yang mempunyai semangat berbakti yang tinggi akan sentiasa disanjung oleh guru lain
serta komuniti. Sifat ini merupakan salah satu kualiti sosial yang murni bagi seorang guru.
Hanya guru yang memiliki sifat dan kualiti yang murni sahaja dapat menjalankan amanah
dan memikul tanggungjawab dengan sempurna dan penuh dedikasi. Konklusinya,
penglibatan guru dengan aktiviti kebajikan dapat meningkatkan lagi roh dan jiwa pendidik
dalam diri guru kerana mereka dapat memahami situasi dan masalah pelajar. Secara tidak
langsung akan melahirkan sifat kasih sayang dan simpati terhadap komuniti dan membantu
meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran. Komuniti yang melaksanakan
permuafakatan dengan sekolah merujuk kepada individu dan institusi yang memberi kesan
kepada pembelajaran dan pembangunan pelajar (Epstein, 1995; Hogue; 2012).

8
5.0 Rumusan

Berdasarkan huraian di atas, adalah jelas bahawa profesionalisma keguruan dan


pembelajaran sepanjang hayat adalah saling berkait rapat dan menyokong antara satu
sama lain. Jika benar-benar ingin menjadi seorang pendidik yang profesional, kita perlulah
sentiasa menambah ilmu pengetahuan melalui pembelajaran berterusan. Maka dengan itu,
kita akan menjadi individu yang lebih berkualiti kepada sesebuah organisasi. Aspek
profesionalisme keguruan dan aspek pembelajaran sepanjang hayat, adalah dua ciri penting
yang menjadi asas kepada pembentukkan kerjaya seorang guru. Akhir sekali, guru perlulah
berani tampil kehadapan dan bersama-sama dengan komuniti dalam membantu kerajaan
dalam membina sebuah negara yang maju dan harmoni. Menurut Winer dan Ray (1994)
permuafakatan berlaku apabila manusia kerja bersama-sama pada bila-bila masa untuk
mencapai matlamat yang dikongsi bersama.

9
6.0 Rujukan

B.H., B. (1991). S!stems design of education:'A journey to create the future. Englewood.

Bakker, J. &. (2007). The concept of parent involvement. Some theoretical and empirical
considerations. International Journal about Parents in Education, 188–199.

Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan. (2016). Putrajaya:


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Epstein, J. (1995). Caring for the Children We Share. School-Family-Community


Partnerships , 701-712.

Hogue, M. (2012). A Case Study of Perspective on Building School and Community


Partnerships. Dissertation Doctor of Education. Florida: University of South Florida.

Ismail, I. (2010). Sejarah kepimpinan dan politik ke arah pembentukan jati diri kebangsaan .
Bangi : Institut Islam Hadhari, UKM.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Longworth, N. a. (1996). Lifelong Learning : New Vision, New Implications, New Roles for
People, Organizations, Nations and Communities in the 21st Century. London:
Kogan page.

Malaysia, k. P. (2012.b). Pelan pembangunan pendidikan di Malaysia 2013-2025. Putrajaya:


Kementerian Pelajaran malaysia.

Nielsen, J. S. (2004). The Myth of Leadership: Creating Leaderless Organizations. UK:


Davies-Black.

Rancangan Malaysia Ke-11. (2015). Retrieved from AGENDA NASIONAL:


http://www.intanbk.intan.my/iportal/index.php/ms/rmk11

Sigh, D. R. (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan
Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Winer, M. d. (1994). Collaboration Handbook: Creating, Sustaining, and Enjoying the


Journey. Minnesota: Amherst H. Wilder Foundation.

10
7.0 Lampiran

11

Anda mungkin juga menyukai