Anda di halaman 1dari 2

Isi-isi penting

Ucapan daripada YBhg. Prof. Dr.Aida Suraya Md. Yunus, Dekan Fakulti
Pengajian Pendidikan mengatakan bahawa Putra Future Classroom ditubuhkan
dengan matlamat untuk menyediakan prototaip bagi ruang bilik darjah atau bilik
kuliah pendidikan masa hadapan. Justeru, nama yang diilhamkan oleh Universiti Putra
Malaysia iaitu Putra Future Classroom, amatlah bertepatan dengan matlamat dan
sentiasa melihat ke hadapan dan mendepani perubahan dalam era digital Revolusi
Industri 4.0 dan Gagasan Pendidikan 4.0.

Proses pembangunan Putra Future Classroom ini telah bermula dari tahun 2013
lagi dan melibatkan beberapa fasa. Apa yang berlaku sekarang ini ialah fasa
pembangunan dan pemantapan konsep melalui pemilihan amalan terbaik daripada
pelbagai sumber dari dalam dan luar negara. Fasa ini dan fasa seterusnya
sememangnya telah dan akan melibatkan pelbagai pihak, secara langsung dan tidak
langsung.

Seterusnya, dalam ucapan YB Dr.Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia


beliau telah mengetengahkan beberapa perkara. Antaranya, institusi pendidikan harus
menjadi tempat yang paling membahagiakan dan proses pembelajaran berjalan
dengan penuh keseronokan, agar ia mampu menyemai rasa cinta terhadap ilmu.
Sekolah juga harus menjadi tempat di mana perbezaan bukan sahaja dihormati, tetapi
dihargai dan diraikan. Justeru, inisiatif seperti Putra Future Classroom ini yang
menghubungkan sekolah, universiti, industri, kementerian dan masyarakat amat
bertepatan dengan iltizam beliau untuk memastikan kerjasama semua pihak memberi
manfaat kepada pendidikan anak bangsa. Teknologi mampu membantu mencapai
matlamat ini melalui pelbagai cara secara kreatif dan inovatif. Ekosistem
pembelajaran dan pengajaran yang mementingkan hubungan akrab antara pelbagai
pihak harus diwujudkan dalam menyokong pembangunan insan. Masyarakat setempat,
ibu bapa dan semua pihak sama ada agensi awam dan swasta perlu menyokong usaha
murni ini.
Seiring dengan aspirasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 yang memberikan penekanan terhadap pengajaram dan pembelajaran
inovatif abad ke-21 melalui Anjakan 7: (Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran di Malaysia); dan peningkatan hubungan kerjasama sekolah, ibu
bapa dan masyarakat melalui Anjakan 9 (Kerjasama dengan Ibu Bapa, Komuniti dan
Sektor Swasta), Inovasi pendidikan Putra Future Classroom di Fakulti Pengajian
Pendidikan, Universiti Putra Malaysia ini dan inisiatif seperti modul pembelajaran
atas talian, ‘Water Safety’ dan STEM MOOC serta satu sistem atau platform
crowdsourcing yang dinamakan ‘Bantuan Infrastruktur & Teknologi Sekolah’ (BitS)
akan membantu menyokong aspirasi murni ini. Akhirnya, beliau mengakhiri
ucapannya dengan merasmikan majlis pelancaran Putra Future Classroom. Di
samping itu, terdapat juga beberapa tayangan video tentang Putra Future Classroom.

Anda mungkin juga menyukai