Anda di halaman 1dari 7

Teks forum

Isu-isu dan cabaran pendidikan

Moderator

Selamat datang ke dalam rancangan apa kata Malaysia? Mengupas isu-isu


semasa, celik ilmu membina pengetahuan, mengesan perkembangan diri belia dan
merungkai permasalahan Malaysia. Terima kasih kepada penonton di rumah yang
sentiasa bersedia menunggu rancangan apa kata Malaysia pada setiap minggu pada
hari isnin jam 930 pagi. Tidak lupa juga penonton di studio dan kru-kru apa kata
Malaysia? Apa khabar semua? Adakah semua sihat? Ya, sekarang kita sedan dilanda
dengan wabak corona virus ataupun nama virus tersebut covid-19. khabarnya para
saintis belum lagi menjumpai penawar bagi penyakit tersebut ya. Jadi semua
penonton di rumah mahupun di studio, berwaspadalah jika berada di luar terutama
nya di tempat keramaian seperti pasar raya, kenduri dan progam komuniti. Kalau
boleh buat masa sekarang elakkan lah terlibat dengan aktiviti sedemikian,
pentingkan nyawa masing-masing terlebih dahulu. Jika hendak keluar rumah gunalah
topeng muka dan mencuci tangan dengan kerap.
Seterusnya, mesti para penonton tertanya-tanay siapakan panel yang apa kata
Malaysia? Jemput pada hari ini bukan ?
Jadi, saya perkenalkan panel pertama kita pada hari ini segak bergaya,
bercermin mata , sungguh berkarisma beliau pada hari ini. Profesor Madya dr Suhaid
Irfan selaku Ketu Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling di Universiti
Malaya. Mankala panel saya yang kedua yang cantik dan comel orangnya Profesor
Madya Adriana Barisyia wakil Institut Pengajian Tinggi . Timbalan Dekan Fakulti
Pendidikan di UKM.
Tanpa membuang masa eloklah saya memulakan forum kita pada hari ini
dengan tajuk Ciri-ciri profesional guru dan isu serta cabaran pendidikan masa kini.
Jadi Prof Irfan , bolehkah prof jelaskan apa yang dimaksudkan ciri-ciri profesional
guru?
PANEL PERTAMA(SUHAID)
terima kasih kepada moderator kita pada hari ini, Cik Shafinaz. Cantik sungguh
moderator kita ini. Baiklah saya ulang balik soalan yang dikemukakan oleh cik
sebentar tadi ya. jelaskan apa yang dimaksudkan ciri-ciri profesional guru?
Guru boleh dikategorikan sebagai golongan profesional kerana sikapnya yang
berdedikasi tinggi, sentiasa peka dengan perubahan dan keperluan persekitaran,
sentiasa bersikap positif dan terbuka, berkeupayaan memenuhi aspirasi falsafah
pendidikan negara.
Tugas seorang guru memerlukan banyak kepakaran dan kemahiran serta
mempunyai peribadi dan sahsiah yang unggul dalam dirinya. Hasil pendidikan yang
dibentuk mestilah mempunyai kualiti. Di samping itu, tugas guru menuntut banyak
kesabaran dan kesungguhan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
jitu dan tinggi.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan
jatuhbangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan
gurusebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa
berhadapandengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya
diterjemahkan dalambentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia
melibatkan jajahan pemikiran,budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara
professional dan kreatif.
‘Konsep guru yang profesional’ adalah guru yang mempunyai ilmu pengetahuan
dan kepakaran serta kemahiran yang pelbagai menjadi tuntutan utama dalam diri
seseorang guru bagi melaksanakan satu proses pendidikan secara berterusan. Bagi
menjalankantugas dengan cekap, guru hendaklah berupaya menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang menarik, bermakna serta menyeronokkan murid-
murid.
Dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, seseorang
gurumestilah memperolehi beberapa kemahiran keguruan seperti Kemahiran
belajar, Kemahiran berfikir, Kemahiran merancang, Kemahiran menyediakan bahan
pengajaran pembelajaran, Kemahiran mengajar, Kemahiran mengurus, Kemahiran
menilai, Kemahiran membuat kajian, Kemahiran berkomunikasi, Kemahiran
mengendalikan aktiviti luar, Kemahiran menjalinkan hubungan sesama manusia,
Kemahiran menangani cabaran atau masalah dan sentiasa berusaha ke arah
pembangunan kendiri. Maka demikianlah konsep profesional guru yang boleh saya
terangkan kepada semua.

MODERATOR
Terima kasih saya ucapkan kepada Prof atas penerangan yang cukup jelas
sebentar tadi. Maka disini kita dapat lihat bidang perguruan ini bukanlah perkara
yang mudah. Semua pihak perlu faham yang guru bukanlah pekerjaan nya hanya
goyang kaki mengajar sahaja, tidak, guru merupkan seseorang yang diberi amanah
untuk menjaga dan memastikan anak murid menerima ilmu tersebut dengan
menilaikan dengan diri untuk menjadi pelajar yang berguna. Bukan itu sahaja
malahan seorang guru perlulah menjadi idol kepada murid-murid. Jadi untuk
menjadi idol itu bukanlah mudah keran guru ini akan dianggap sebagai seorang
malaikat yang tidak mempunyai salah. Jadi seorang guru tersebut hendaklah
mengehadkan kesalahan yang ada untuk menjadi contoh yang baik.
Jika tadi saya telah bertanya kepada Prof irfan, sekarang sya ingin bertanya
kepada prof disya pula bagaiman ciri-ciri profesional guru ini?

PANEL KEDUA (PROF DISYA)


terima kasih cik shafinaz. Dalam dunia yang sedang mengalami ledakan
pengetahuan dan perkembangansains dan teknologi yang pesat, guru hendaklah
sentiasa berusaha untuk menambahilmu pengetahuan dan kemahiran.Zaman ini
banyak menuntut para guru agar dapatmenampungi keperluandalam bidang
pendidikan. Guru yang bersikap professionalakan menjamin kesejahteraan dan
dapat melahirkan bangsa yang cemerlang, gemilangdan terbilang pada masa yang
akan datang. Guru-guru yang profesional hendaklahmempunyai ciri-ciri seperti
berikut iaitu Mempunyai kuasa pakar dalam perbagai kemahiran. Mempunyai
kebolehan untuk memperoleh ilmu pengetahuan secara cekap dan berkesan.
Mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan dan membuat keputusan dengan bijak.
Mempunyai kebolehan untuk menyampaikan pelajaran atau maklumat dengan cepat
dan tepat serta berkesan. Mempunyai komitmen dan kesungguhan yang kuat untuk
mendidik anak bangsa. Mempunyai kemahiran untuk membuat sebarang penilaian
dengan tepat dan benar. Mempunyai kemahiran berkomunikasi berkesan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Mempunyai kemahiran untuk mengguna
teknologi dan menjadi penyumbangkepada kemajuan dan pengkayaan sains dan
teknologi. Mempunyai keberanian untuk menghadapi cabaran dan mampu
membuatperubahan ke ke arah yang positif. Itu sahaja dari saya sekian terima kasih.

MODERATOR
Terima kasih Prof Adriana Batrisyia. Teringat dulu masa saya belajar di peringkat
sekolah mennegah , dulu di MRSM mereka memegang konsep sebagai guru yang
mengajar sains tulen hendaklah mengajar subjeknya sendiri. Sebagai contoh ketika
mengajar pelajar tingkatan 3 guru yang mengambil bidang biologi, fizik dan kimia
akan bergilir-gilir masuk ke dalam kelas mengikut silibus yang hendak diajar. Hal
yang demikian untuk memastikan setiap murid terdedah dengan ketulenan ilmu
yang diajar oleh pakar.
Suka saya teruskan lagi isu-isu semasa Tanggungjawab sistem pendidikan adalah
untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran
supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan
pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21
amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk
memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara
sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang
penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar
tanpamengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara
hidup.
Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian
Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman
Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya
mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur,
kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang
pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang
dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan
dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara
berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti
tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan
Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat
Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh
dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan,
organisasi sekolah dan keguruan. Boleh prof irfan menerangkan sedikit sebanyak
mngenai isu-isu yanga ada.
SUHAID.
suka say kongsi bersama penonton dirumah dan di studio mengenai beberapa isu.
Program PPSMI
Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM
juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan
Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan
bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat
respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan
sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi
turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar
melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam
pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.
Kesan globalisasi
Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan
penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah
memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet
atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu
Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi
begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini
disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan
bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang
mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya
kosmopolitan.
DISYA
Suka sya tambah ilmu kepada hadirin dan menyambung isu yang dikongsikan oleh
prof suhaid Sahsiah Pelajar
Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu
dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke
sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4
memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid
tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan
pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di
kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

Pencapaian Orang Melayu Dalam Bidang Sains dan Teknologi


Adalah jelas bahawa bilangan pelajar Melayu di bangku sekolah, bahkan juga
lepasan SPM yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi amat kurang
sekali. Antara masalah yang telah pun dikenalpasti ialah terlalu kurangnya guru
siswazah dalam bidang sains dan matematik di sekolah peringkat menengah.
Guru siswazah yang ada lebih ramai yang berkelayakan sastera (kira-kira 70 –
80 peratus). Sudah tentulah guru siswazah berkelayakan sastera tidak mampu
menghasilkan pelajar yang mahir dalam bidang sians dan matematik.
Sedangkan kerajaan ingin menyediakan pelajar sains dan sastera dengan
nisbah 60:40 antara sains:sastera. Sepatutnya kita menyediakan guru siswazah
berkelayakan sains sebanyak 60 peratus dan yang berkelayakan sastera
sebanyak 40 peratus.

Keselamatan pelajar
Masalah keselamatan pelajar sekolah semakin serius hari ini apabila
meningkatnya kejadian ke atas pelajar. Kes-kes bunuh, rogol, culik, ragut dan
sebagainya ke atas pelajar adalah sangat membimbangkan, tidak termasuk
kejadian jenayah yang dilakukan sendiri oleh pelajar seperti gangsterism. Ini
tidak termasuk jenayah yang berlaku ketika mengikuti tuisyen atau kelas
tambahan. Kementerian patut melihat pendekatan yang lebih efisyen termasuk
peningkatan kawalan keselamatan dan kemudahan bukan sahaja di sekolah,
tetapi sepanjang jalan yang digunakan pelajar untuk ke sekolah. Waktu
pembelajaran yang memaksa pelajar terlalu awal kesekolah atau terlalu lewat
pulang juga perlu dikaji semula.

MODERATOR
Perbincangan mta ini nampakya semakin hangat. Ya betul saya setuju dengan prof
suhaid dan diya atas penerangan iini. Ppsmi he, kesan globalisasi, pencapaian orang
melayu dlm bidang teknolgi dan keselamatan perlu lah dititikberatkan sekali lagi dan
dilihat semula. Kerana ini menjejaskan potensi pelajar untuk belajar.

Anda mungkin juga menyukai