Anda di halaman 1dari 8

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya
dapatlah saya menyiapkan kerja kursus ini bagi memenuhi sebahagian daripada
keperluan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) semester 2.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Izhar yang telah
banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari
awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan
ini. Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan kerana
memberi kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugas ini sehingga berjaya.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan
serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa
sokongan dan dorongan kalian, mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini
dengan sempurna. Sekalung apresiasi juga kepada rakan seperjuangan yang lain
yang sama-sama bertungkus lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-
tukar idea dalam membantu menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan ini dapat
menambah ilmu pengetahuan saya di samping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab dalam melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu,
harapan saya agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya
serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan
dalam menyampaikan maklumat khususnya kepada masyarakat.
Pendekatan bimbingan

Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat bimbingan membawa maksud


perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai sesuatu kerja
atau tugas. Perkataan bimbingan telah didefinisikan dengan pelbagai cara. Selain itu
menurut Suradi Salim (1996) bimbingan boleh ditakrifkan sebagai suatu proses yang
membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Sebagai kaunselor
khususnya, adalah menjadi suatu tanggungjawab bagi membimbing murid-murid
untuk mengenali diri mereka dan mengetahui kekuatan agar potensi tersebut boleh
digunakan secara maksima. Dalam bidang bimbingan ini terdapat suatu pendekatan
yang disebut sebagai pendekatan bimbingan. Pendekatan bimbingan terdiri daripada
tiga bahagian iaitu pengembangan, pemulihan dan pencegahan.
Pertama sekali ialah pendekatan perkembangan. Konsep pendekatan
perkembangan ialah memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan
seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan
sifat positif. Sebagai tambahan konsep pendekatan perkembangan ialah mengenal
pasti keperluan murid di alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan
pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia seterusnya ciri-ciri
pendekatan perkembangan ialah mempunyai usaha jangka panjang, berbentuk
kumulatif (terkumpul), ia juga tertumpu kepada perkembangan individu secara
menyeluruh dan ia juga menekankan tugasan kes individu, perundingan, koordinasi,
memprogram, kaunseling dan kerja kumpulan. Berbagai teknik dapat digunakan
dalam pendekatan ini seperti mengajar, tukar informasi, bermain peran, melatih,
tutorial dan kaunseling. Kepentingan pendekatan perkembangan ialah untuk
membantu murid-murid memperolehi pertumbuhan peribadi yang positif menerusi
pelbagai peringkat dalam kehidupan mereka. Bimbingan merangkumi  kompetensi
murid atau hasil yang perlu dicapai bagi setiap daripada tiga domain perkembangan,
iaitu, akademik, kerjaya dan peribadi atau sosial.
Pendekatan yang kedua ialah pencegahan. Pendekatan pencegahan
berkonsepkan satu-stau masalah itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu
meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Antara program pencegahan
ialah kempen dan pendidikan pencegahan AIDS, taklimat persediaan menghadapi
peperiksaan dan kem kepimpinan. Ciri-ciri yang ada pada pendekatan pencegahan
ialah mempunyai strategi-strategi seperti intervensi awal dan memberikan respon
dengan serta merta kepada murid-murid yang sedang menghadapi masalah atau
krisis yang mengganggu pembelajaran mereka. Kepentingan pendekatan
pencegahan ialah menangani masalah pada masa depan dan untuk dialih bagi
mencegahnya  dengan menyediakan individu atau kumpulan kemahiran yang
diperlukan  atau dengan menghasilkan perubahan di persekitaran.
Pendekatan yang terakhir sekali ialah pemulihan. Pendekatan pemulihan
berpegang pada konsep integrasi strategi bimbingan dan kaunseling dengan aktiviti
bilik darjah. Pemulihan adalah satu proses yang diaplikasikan selepas
penemuan  masalah yang bertujuan untuk mendorong memperbaiki tingkah laku
yang bermasalah.  Terapi ini bergantung kepada diagnosis lengkap dan kajian
terhadap individu dan masalahnya, diikuti dengan membuat keputusan apakah
bentuk kejadian yang dapat memperkukuhkan tingkah laku yang dikehendaki
dan  memansuhkan tingkah laku yang tidak dikehendaki. Ciri-ciri pendekatan ini ialah
mempunyai perancangan aktiviti-aktiviti kelab, penstukturan rancangan pengajaran
untuk meningkatkan pencapaian murid dan pengajaran pemulihan. Kepentingan
pendekatan pemulihan ialah membantu murid yang bermaslah untuk keluar daripada
kepompong masalah tersebut.
KEMAHIRAN BIMBINGAN UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH

Kemahiran-kemahiran bimbingan yang perlu didedahkan kepada murid sekolah


rendah amatlah penting bagi mengasah dan membentuk mereka menjadi murid yang
cemerlang. Antara kemahiran bimbingan yang boleh seorang kaunselor dedahkan
kepada murid ialah kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir memerlukan murid
membuat suatu keputusan. Semestinya keputusan tersebut perlulah dibuat dengan
adanya alasan atau sebab tertentu. Kaunselor boleh mendedahkan dengan
mendedahkan Cort-1. Cort 1 merupakan suatu alat berfikir yang digunakan selari
dengan pendidikan abad 21. Anatara alat berfikir Cort 1 ialah Plus Minus Interesting
(PMI), Aim Goal Objectives (AGO), dan Consider All Factors(CAF). PMI boleh
digunakan untuk membuat keputusan dengan menilai apakah kebaikan, keburukan
dan kepentingan untuk setiap keputusan itu. Contoh situasi yang membolehkan
murid menggunakan PMI ialah murid darjah 6 hendaklah membuat keputusan untuk
menyambung Tingkatan 1 di sekolah asrama penuh atau sekolah menengah agama
atau sekolah biasa. AGO pula ialah membuat keputusan seperti untuk tinggal di
asrama atau tidak. Jika ya apakah niat sebenarnya untuk tinggal adakah untuk
meluangkan masa dengan kawan atau belajar. Jadi dari situ murid mampu membuat
keputusan seacra matang.

Seterusnya kemahiran membaca ialah penting untuk mendapatkan maklumat,


pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks
yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan
yang dibaca. Biasanya terdapat empat jenis gaya bacaan, iaitu skimming (luncuran),
imbasan(scanning), bacaan intensif dan bacaan laju. Jika dilihat dari satu persatu
skimming ialah perbuatan Skimming ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan
maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Ini adalah
seperti membaca tajuk pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen. Seterusnya
ialahimbasan iaitu kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat mendalam
lebih daripada skimming sepert membaca kandungan bab dengan denagan pantas
sambil mencatat konsep dan kata kunci yang dinyatakan. Bacaan intensif pula
kemahiran untuk mendapatkan maklumat secara terperinci iaitu dengan cara
menumpukan sepenuh perhatian dan tekun dengan teks yang dibaca. Akhir sekali
ialah bacaan laju, iaitu menggunakan masa terhad dengan lebih produktif dengan
meniliti secara laju teks untuk mengambil isi penting.
SIFAT-SIFAT YANG PERLU ADA PADA GURU KAUNSELOR YANG BERKESAN

Kaunselor merupakan antara orang penting dalam suatu organisasi di sekolah.


Menjadi seorang kaunselor boleh membina sebuah jati diri yang utuh. Personaliti
kaunselor hendaklah menjadi contoh kepada murid-murid serta guru-guru lain. Kajian
juga pernah dilakukan bahawa ciri peribadi yang lahir daripada pemikiran yang
menganggap bahawa sahsiah kaunselor itu sendiri mempengaruhi ciri-ciri baik yang
tedapat dalam kaunseling.
Persatuan Vokasional Negara mengeluarkan satu kenyataan pada tahun 1949
dengan mengatakan bahawa kaunselor yang cemerlang mempunyai peribadi seperti
berminat untuk mengetahui perihal orang lain dalam nilai ambil berat, emosi yang
stabil, mempunyai tujuan dalam setiap tindakan, menghormati perbezaan orang lain
dan boleh dipercayai.
The association for Caunselor Education and Supervision merupakan suatu
kumpulan yang mengkaji mengenai kaunselor percaya bahawa kaunselor perlu
mempunyai enam kualiti asas. Enam kualiti asas tersebut ialah percaya kepada
orang lain, mempunyai komitmen terhadap nilai kemanusiaan orang lain, peka
terhadap alam sekitar, mempunyai fikiran yang terbuka, memahami diri sendiri dan
bertanggungjawab terhadap profesionnya.
Seorang kaunselor yang mempunyai jati yang unggul mampu mendatangkan
aura mereka di mana orang sekeliling mampu membezakan di antara kaunselor dan
guru akademik. Menurut Chenault dan Seegars pada journalnya, mereka membuat
rumusan dengan meletakkan nilaian apabila guru besar lebih mengharapkan
kaunselor bersifat suka menguasai, memaksa dan berkepimpinan. Meskipun dari
kajian Filbeck menyatakan bahawa guru besar dan kaunselor bersepndapat tetapi
terdapat pandangan yang tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Guru besar lebih
menyukai kawalan yang ketat untuk mengurangkan kekacauan yang ditimbulkan
oleh pelajar yang dianggap mengugat kejayaan. Ini amatlah bertentangan dengan
pendapat sebenar kaunselor.
Anatar sifat yang perlu ada pada kaunselor untuk menjadi kaunselor berkesan
ialah mempunyai fikiran yang cerdik. Selain itu mempunyai kebolehan bertutur
dengan fasih dan mempunyai keupayaan kuantitatif yang cukup untur berfikir,
mencari alasan dan menyelesaikan masalah denagn logik dan penuh persepsi.
Sleian itu kaunselor perlulah mempunyai sifat tolak ansur dalam memhami dan
memghadap berbagai-bagai ragam tingkah laku manusia tanpa menunjukkan sifat
autokratik atau memeaksa klien untuk memaksa klien untuk mematuhi amalan atau
tekanan sosial. Perkara tersebut mampu mebuatkan seorang klien berasa bebea
suntuk bercerita masalah mereka tanpa rasa takut dan memberi kepercayaan
sepenuhnya kepada kaunselor tersebut.
Untuk menjadi kaunselor yang berkesan, kaunselor tersebut perlulah
menunjukkan sifat menerima diri sendiri. Seoarng kaunselor dilarang sama sekali
mengambil kesempatan daripada klien untuk memenuhi keperluan dirinya lebih
daripada batasan yang dihadkan oleh peranan profesionalnya. Hal ini demikian untuk
menjaga imej seorang kaunselor dan menjaga kepercayaan yang ada.
RUJUKAN

 Abd Halim, H., & Ismail, Z. (2015). Pendekatan pencegahan kaunselor Muslim
dalam menangani salah laku pelajar sekolah menengah di Daerah Klang,
Selangor. International Journal of Islamic Thought, 8, 17.
 Kamus Dewan. (5th ed.). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Malek Muhamat Said. 2007. Mengurus Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di
Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
 Zulkefli Ismail. 2007. Pendekatan pentadbir sekolah dalam menangani salah
laku murid sekolah menengah di Kuala Lumpur. Tesis Sarjana, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai