Anda di halaman 1dari 3

ciri-ciri, sumber,asas dan matlamat Tamadun Islam

CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM


 1.    RABBANI
Agama Islam di dasari dengan ilmu-ilmu ketuhanan yang tinggi sekali, kerana
matlamat setiap individu Muslimditetapkan oleh Allah SWT dengan
mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT disamping melaksanakan tugas
sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT, dan Al Quran juga menjadi sumber
asas rujukan.
 
2.    KESEIMBANGAN DAN KESEDERHANAAN
Keseimbangan dalam segala aspek kehidupan, rohani dan jasmani,
masyarakat dan individu, dunia dan akhirat. Kesederhanaan pula perlu ada
dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT tetapi tidak pula dengan
maksud mempermudahkan segala urusan.
 
3.    UNIVERSAL
Tidak terikat dengan bangsa, tempat atau tempoh tertentu, bahkan ia milik
seluruh manusia. Tamadun Islam menepati keperluan segala situasi dan
peredaran zaman.
 
4.    IDEAL DAN REALISTIK
Ideal bermaksud meletakkan manusia pada tingkat yang paling tinggi dengan
mengawasi setiap gerak geri manusia. Realistic pula bermaksud mengambil
kira hakikat yang berlaku iaitu di dunia yang nyata.
 
5.    TETAP DAN ANJAL
Ciri tamadun Islam yang seterusnya ialah tetap dan tidak berubah pada
matlamat dan sasaran tetapi anjal pada cara dan pelaksanaannya.
Kebebasan diberikan kepada umat untuk merealisasikan tamadun bagi
mencapai matlamat yang dikehendaki tetapi mengikut acuan yang telah
ditentukan oleh Allah SWT.
 
6.    MENYELURUH PADA SETIAP ASPEK KEHIDUPAN
Merangkumi bidang akidah, syariah, akhlak, hubungan dengan Allah SWT,
dengan sesame manusia dan alam. Satu seruan keadilan untuk semua
samada Islam mahupun bukan Islam, musuh atau kawan, termasuk
hubungan antarabangsa, ilmu dan ibadah.
 1.3 SUMBER DAN MATLAMAT TAMADUN ISLAM
 
SUMBER
 
1. AL-QURAN
Mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana manusiayang diamanahkan
oleh Allah SWT sebagai khalifah bagi membentuk serta mentadbir alam
sejajar dengan kehendak Allah SWT
 
2. HADITH
Menjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan perintah suruhan dan
perintah larangan Allah SWT di dalam Al-Quran
 
3. IJMAK, QIYAS, ISTIHSAN (IJTIHAD)
4. AKAL FIKIRAN, KAJIAN
5. PENEMUAN BARU
 
 
MATLAMAT
 1. Hubungan manusia dengan Allah SWT
a. Rukun Islam dan Rukun Iman
b. Ibadah umum dan ibadah khusus
c. Mematuhi syariat yang telah ditetapkan
 
2. Hubungan manusia dengan manusia
a. Sistem muamalah dan kemasyarakatan
b. Sistem politik dan pemerintahan
c. Sistem kekeluargaan
 
3. Hubungan manusia dengan alam sekitar
a. Mengusahakan muka bumi
b. Tidak melakukan perkara yang merosakkan alam sekitar
c. Menjaga persekitaran air, udara dan hidupan
                   

Anda mungkin juga menyukai