Anda di halaman 1dari 6

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta saya, Hajah Radiah binti Idris selaku pensyarah Kesantunan Masyarakat Malaysia
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya
menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus  ini. Mereka
telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1. PENGHARGAAN 1

2. SENARAI KANDUNGAN 2

3. PERATURAN BAHASA DALAM KONTEKS 3-5


MEWUJUDKAN PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA
4. RUJUKAN 6
PERATURAN BAHASA DALAM KONTEKS MEWUJUDKAN PERPADUAN
MASYARAKAT MALAYSIA

Peraturan bolehlah didefinisikan sebagai sesuatu yang disepakati dan mengikat


sekelompok orang atau lembaga dalam rangka mencapai suatu tujuan dalam hidup
bersama. Peraturan ini diwujudkan untuk melahirkan rasa selamat dan aman dipersekitran
terutamanya dalam satu komuniti. Oleh yang demikian, setiap peraturan hendaklah dipatuhi
agar objektif sandaran dapat dicapai dengan baik. Menurut Raminah Haji Sabran(1985) dan
Rahim Syam (1985) memberi definisi bahawa bahasa ialah alat untuk menyatakan
perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya. Manakala menurut Lutfi Abas (1975:4)
mendefinisikan bahasa ialah data yang di analisis dalam linguistik. Bahasa ialah satu sistem
simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut
manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari sekelompok manusia dan dengan simbol-
simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.

Peraturan bahasa terdiri daripada peraturan linguistik, peraturan sosialinguistik dan


pragmatik. Peraturan linguistik ini sering digunapakai oleh pengacara majlis dalam majlis
yang formal. Peraturan ini perlu dipatuhi dengan baik agar kelancaran majlis berada pada
landasan yang betul dan objektifnya tercapai. Peraturan bahasa ini meliputi penggunaan
tanda baca koma, noktah dan soal yang betul pada intonasi suara yang dilontarkan. Selain
itu, penggunaan kata ganti nama diri yang tepat hendaklah sesuai dengan salutasi yang
disediakan. Peraturan sosiolinguistik pula, lebih ke arah cara berkomunikasi antara dua
pihak. Sebagai tamsilan, antara pembicara dengan pendengar (komunikasi lisan) ataupun
penulis dengan pembaca (komunikasi bertulis). Peraturan ini juga memberi garis panduan
cara seseorang itu bergaul dengan individu yang lain. Contohnya, penggunaan kata sapaan
yang betul dan berhemah hendaklah dipraktikkan (Maslida Yuusof 2002). Tambahan lagi,
penggunaan gelaran yang betul mengikut pangkat yang ada pada seseorang individu
tersebut perlulah dititikberatkan. Akhir sekali, peraturan pragmatik ialah penggunaan
sesuatu frasa yang digunakan dengan maksud tertentu pada waktu tertentu (Leech 1983).
Tujuannya ialah untuk memastikan kehendak kita tercapai dengan penggunaan bahasa
yang sopan dan beradab. Contoh situasinya ialah ketika berjual beli.

Jarak sosial ialah “satu sempadan sosial” yang terbina akibat perbezaan yang wujud
ketika bercakap antara individu dengan individu, individu dengan kelompok atau kelompok
dengan kelompok. Jarak sosial juga menentukan bagaiman seseorang individu itu
mengawal situasi apabila mempunyai pendapat yang berbeza. Boxer D (1993)
mendefinisikan jarak sosial sebagai satu unsur tidak tetap yang penting dalam sosiolinguistik
semasa bercakap dari sudut darjah keakraban dan keintiman individu. Menurut Abdullah
Hassan dan Ainon Mohd (2001) ada tiga faktor yang membolehkan seseorang individu
tersebut menjadi kegemaran individu lain ketika berkomunikasi iaitu kehadiran diri anda
sebagai orang yang bercakap, isi kandungan percakapan dan gaya bahasa yang digunakan.

Konteks dari sudut bahasa ialah ayat yang menentukan atau menunjukkan makna
ayat yang terkandung di dlamnya. Manakala percakapan membawa maksud pertuturan.
Menurut Sacks (1987), sesuatu ujaran yang boleh digabungkan secara serentak dengan
faktor konteks agar mereka yang berkomunikasi boleh meneruskan perbualan dapat
dikategorikan sebagai sistem konteks sensitif. Terdapat lima konteks percakapan yang perlu
diambil kira iaitu tujuan, pemilihan kata, pertuturan dan tingkah laku.

Tujuan atau matlamat peraturan berbahasa ini diperkenalkan ialah bagi memastika
penuturnya patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan, mengekalkan kegemilangan
bahasa Melayu, meningkatkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
peraturan berbahasa sebagai agen perpaduan, mewujudkan komunikasi berkesan dan
menjadikan bahasa sebagai warisan kebudayaan bangsa. Bahasa Melayu menjadi
jambatan yang menghubungkan satu perpaduan terbukti mampu menjadi bahasa
perhubungan antarabangsa dan proses evolusinya berkembang dan terus maju (Nuraini
Yusoff 2005).

Giliran bercakap merupakan salah satu elemen yang penting ketika berkomunikasi.
Semestinya, pasti akan ada salah satu individu yang mulanya menjadi pembicara dan
seorang menjadi pendengar dan begitulah sebaliknya. Jika giliran ini tidak dipatuhi, makan
akan berlakulah gangguan pada sistem giliran bercakap itu tadi. Menurut Zatul Azma (2002)
gangguan ketika bercakap boleh berlaku apabila tindakan penutur lain yang mengambil
giliran bercakap orang lain serta tidek meberi peluang individu lain untuk bercakap.

Untuk memperoleh perbualan yang efektif cara memulakan dan mengakhirkan


percakapan merupakan salah satu ciri yang perlu dikuasai. Perbualan seseorang itu akan
menjadi lebih sistematik dan terus pada satu tujuannya serta tidak berbelit-belit. Maka ini
mampu meningkatkan keyakinan diri yang ada pada diri individu tersebut.

Setiap agama menekankan untuk sentiasa melakukan kebaikan kepada semua


orang disekeliling kita. Maka pemilihan kata yang bersesuaian amatlah diperlukan. Antara
aspek yang perlu dititikberatkan semasa membuat pemilihan kata ialah meneliti latar
belakang individu yang kita bercakap bagi mengelakkan kita menyentuh perihal isu sensitif
dan tidak menyentuh pasal fizikal bagi orang yang kelainan upaya.

Strategi kesantunan terdiri daripada segi kesantunan verbal (Inderawati wahid 2012),
kesantunan non-verbal dan kesantunan penulisan. Kesantunan verbal mempunyai strategi
toleransi dan bertimbang rasa. Verbal itu sendiri membawa maksud kemahiran
berkomunikasi secara lisan yang melibatkan peradaban kita dengan orang disekeliling
(Mohd Isa Awang 2003). Kesantunan nonverbal pula komunikasi yang bukan yang lisan.
Komunikasi ini melibatkan ekspresi muka seseorang, personaliti, dan status sosial
seseorang individu. Kesantunan penulisan pula melibatkan komunikasi bertulis ialah
kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk
dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Komunikasi penulisan melibatkan
penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi formal atau tidak rasmi.

Menurut Asmah Haji Omar (2000) kesantunan ialah kaedah atau strategi yang
digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu. Strategi ini melibatkan adab inidvidu
serta tingkah lakunya. Menurut beliau, kesantunan mempunya dua pembahagian iaiti
kesantunan berkala dan kesantuan asas. Kesantunan asas bermaksud kesantunan sedia
ada dalam masyarakat yang dijadikan pedoman berhubungantara satu sama lain seperti
yang diberi penekanan dalam ajaran agama. Kesantunan berkala pula merujuk kepada
kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat berdasarkan
keadaan, situasi dan tempat tertentu seperti laras dan tempat berlainan dan pangkat
seseorang. Sebagai contoh, rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid
dengan guru.

Menurut Awang Sariyan (2007) kesantunan ialah penggunaan bahasa yang


baik,sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada
pihak yang menjadi teman bicara. Ini bermaksud kesantunan merupakan aturan perilaku
yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga
menjadi prasyarat bermasyarakat. Dengan wujudnya prasyarat sedemikia, maka mayarakat
yang harmoni mampu dilahirkan.

Menurut Hamka (2002), kesantunan merujuk kepada baiknya adab dan ketinggian


ilmu seseorang dan bukan terletak pada wajah dan pakaianseseorang. Kata-kata yang
lemah lembut dan beradab yang dapat melembutkan hati dan manusia yang keras juga
sebahagian daripada kesantunan. Beliau berpendapat bahawa bertambah kuat
kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup, dan
bertambah baik tingkah laku dan akal budinya.
RUJUKAN

 Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2001). Seni Bercakap-Cakap & Berbual. Kuala
Lumpur. PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.
 Nuraini Yusoff (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong Pahang Darul Makmur.
PTS Publication & bDistributors Sdn Bhd.
 Asmah Haji Omar (2007). Kesantunan Bahasa Dalam Pengurusan, Pentadbiran dan
Media. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka
 Awang Sariyan (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka
 Leech G (1983). Principals of Pragmatics. London New York
 Maslida Yusoof (2009) Ooops Maaf. Penanda Kesopanan dan Penebus Kesalahan
Prosiding Seminar Sehati Linguistik 2009. Pulau Pinang. UMS
 Zatul Azma Zainon Hamzah (2002) Gangguan dalam Sistem bertutur. Satu Analisis
Pragmatik. Tesis PhD

Anda mungkin juga menyukai