Anda di halaman 1dari 2

Depresi

Isu Serius Bukan Mengada-ada

Kemurungan atau depresi bukanlah isu 'buat-buat' gila atau mengada-ada. Sebaliknya jika dipendamkan
lerlalu lama, tanpa ada saluran yang betul untuk dirujuk atau disuarakan kekusutan yang dialami, baleh
mengundang berlakunya isu lain lebih serius.

Depresi dllaporkan menjadi penyakit kesihatan mental utama dialami rakyat Malaysia menjelang 2020

susulan semakin ramai orang dijangka mengalami peningkatan stres akibat tekanan kerja dan keluarga,
kata Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Tan Sri Lee Lam Thye. Tambah beliau lagi, Kajian
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun lalu merekodkan 29 peratus rakyat Malaysia
mengalami depresi dan gangguan kecelaruan berbanding 12 peratus pada 2011. Konklusinya jika tidak
dirawat segera depresi juga mampu membuatkan seseorang itu mencederakan diri, membahayakan
orang di sekeliling dan ada yang memllih untuk membunuh diri. Bersama Dr. Rosmawati Mohamad Rasit
yang juga merupakan Pengerusi Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Fakulti Pengajian Islam UKM,
mengupas isu depresi secara positif dan bekongsi pendekatan ideal bagi membantu menangani isu ini
tanpa prejudis.

“Sebagai seorang wanita, kita kena berazam untuk menjadi wanita paling bahagia. Saya perlu belajar
untuk meluahkan perasaanan, belajar untuk bahagia…”

Traumatik & Tekanan Titik Mula Depresi Depresi atau kemurungan adalah reaksi emosi akibat tekanan
dan pengalaman traumatik yang berlaku. la merupakan masalah kesihatan mental melalui perubahan
emosi yang bukan normal. Menurut kriteria yang dijelaskan oleh American Psychiatric Associstlon,
seseorang itu dikatakan mengalami gangguan depresi jika mereka dikaitkan dengan lima atau lebih
gejala dan simptom berikut dalam tempoh masa yang agak lama sehingga mencapai dua minggu
berturut-turut. "Secara sedar atau tidak ada waktunya depresi mengundang terjadinya simptom fizikal;
merujuk kepada terganggunya kepada proses penghadaman makanan. Ada waktunya pola tidur
terganggu dan merencatkan rutin harian kerana tubuh kurang rehat. Selain simptom fizikal, simptom
berkaitan emosi menjadikan seseorang itu cenderung untuk kecewa tanpa sebab yang jelas, kesedihan
yang melampau, beremosional dan bertukar kepada pemarah. "Selain itu depresi juga membuatkan
seseorang itu lebih selesa memencilkan diri, mengurangkan kebergantungan hidup dengan orang di
sekeliling melibatkan pasangan, keluarga dan masyarakat. Mengabaikan diri sendiri, menidakkan
kebaikan atau bantuan yang cuba dihulurkan dengan anggapan mampu menangani masalah
kemurungan sendiri. Ada juga yang gemar menyalahkan diri atas perkara remeh, merendah diri,
bersikap pesimis dan cenderung membahayakan diri sendiri," ujar beliau mengenai simptomsimptom
depresi.

Depresi & Wanita


Sejauh mana keseriusan depresi boleh menjejaskan kehidupan seorang wanita terutamanya? Punca dan
tahap depresi sebenarnya berbeza pada setiap orang yang mengalaminya. Ada depresi yang melibatkan
perasaan dan emosi. Terdapat juga depresi yang lebih teruk yang melibatkan kesihatan mental. Ini
merupakan penyakit kejiwaan yang perlu dirawat segera.

"Terdapat beberapa punca yang menyebabkan depresi termasuklah keturunan (genetikl, persekitaran
atau sistem sokongan yang lemah, pengambilan ubat-ubatan (dalam tempoh yang lama) dan juga punca
daripada stres (tekanan) yang tidak dikawal secara berhemah. Tekanan yang tidak dikawal dan dirawat
yang menjadi keluh kesah, gelisah. Jiwa kosong dan juga kecewa akhirnya akan menyebabkan depresi
tahap awal.

"Pada tahap awal depresi. kemurungan dan kecelaruan yang berlaku secara berlarutan dan akhirnya jika
tidak dirawat akan mengakibatkan masalah kesihatan mental yang memerlukan bantuan ahli psikiatrik
profesional dan melibatkan perlunya pengambilan ubat yang sesuai.

"Apabila berbicara dari aspek kesejahteraan insan. saya berpe dapat bahawa depresi sebenarnya perlu
ditangani secara serius. Ini kerana jika seseorang mengalami depresi. ia akan menyebabkan gangguan
fungsi secara menyeluruh melibatkan kehidupan sosial, keluarga. pekerjaan dan juga pendidikan. wanita
mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami depresi berbanding dengan lelaki. "Lebih-lebih lagi
terhadap wanita masa kini yang majoriti juga bekerja di samping menjadi sebagai seorang ibu dan isteri.
Sebab itu lah kajian membuktikan wanita cenderung mengalami depresi berbanding lelaki. Mungkin sifat
wanita yang banyak memendam. mengambil berat tentang persekitaran dan mudah terganggu emosi
menjadi antara faktor risiko depresi dalam kalangan mereka.

"Ianya sudah tentu akan menjejaskan kehidupan mereka. Jika tidak dibendung dan ditangani dengan
baik, depresi ini akan menjadi lebih serius dan sukar dikawal. Malah mung kin akan menyebabkan risiko
yang lebih teruk seperti mencederakan diri sendiri dan membunuh diri dan sebagainya." jelasnya kepada
Mingguan Wanita ketika dihubungi tempoh hari.

Anda mungkin juga menyukai