Anda di halaman 1dari 3

7.

LAMPIRAN

Saya(Adlee) Assalamualaikum dan selamat pagi Puan. Saya Adlee Hakimi bin
: Ahmad Fadzli.
Puan Anis : Waalaikumussalam. Ya, apa yang boleh saya bantu?
Saya : Saya datang bagi menemubual Puan beberapa soalan jika
dibenarkan.

Puan Anis : Ya, boleh. Apakah soalannya?


Saya : Terimakasih Puan. Pertama sekali, sila perkenalkan diri Puan,
umur, pekerjaan dan alamat rumah.
Puan Anis : Baiklah, nama saya Anis Surianti binti Mohd Esa berumur 42 tahun
dan bekerja sebagai guru di SMK Tronoh. Alamat rumah saya ialah
No 1, Jalan Bandar U 28, Bandar Universiti, 32610, Seri Iskandar,
Perak.
Saya : Seterusnya, apakah pandangan Puan terhadap sekolah jenis
vernakular pada masa sekarang?
Puan Anis: Pada pandangan saya, seharusnya sekolah jenis vernakular ini
dimansuhkan sahaja.
Saya : Mengapakah Puan berpendapat demikian?

Puan Anis: Hal ini kerana sekolah jenis vernakular hanya akan membawa
kepada wujudnya jurang perkauman antara kaum di Malaysia.
Saya : Apakah contoh yang boleh diberi bagi menguatkan lagi hujah Puan?

Puan Anis: Sebagai contoh, menyebabkan lahirnya rakyat Malaysia yang tidak
fasih berbahasa Kebangsaan kerana kurangnya pertuturan dalam
bahasa Melayu.
Puan Anis: Mereka lebih banyak berkomunikasi dalam bahasa Ibunda masing-
masing sama ada di rumah mahupun sekolah. Ini sedikit sebanyak
menyebabkan mereka lebih banyak bergaul dalam komuniti bangsa
masing-masing.
Saya : Terimakasih atas kerjasama dan pendapat yang diberikan oleh
Puan.
Puan Anis: Sama-sama.

(DIALOG TEMU BUAL}


USAHA KERAJAAN MALAYSIA DALAM MEMBANGUN SISTEM PENDIDIKAN
PADA MASA SEKARANG

Bidang pendidikan sangat penting bagi sesebuah negara yang ingin menuju negara maju.
Melalui pendidikan anak dan generasi muda diberikan ilmu pengetahuan tinggi dan
kemahiran tinggi ke arah pembinaan negara maju. Di samping itu, melalui pendidikan
mampu membentuk dan membangun akal budi manusia ke arah kemajuan dan
pembangunan.

Dalam usaha pembangunan modal insan pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti
yang berterusan juga memastikan modal insan kekal relevan dengan kehendak industri
dan pasaran. Sebagai contoh, pendidikan vokasional melahirkan lebih ramai tenaga kerja
mahir sebagai pemacu utama dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Bagi memperkasa transformasi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


memberikan fokus kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM 2013-2025
menjurus kepada Gelombang 2 (2016-2020). Antaranya, memacu inovasi ICT membentuk
pembelajaran jarak jauh dan menambah baik penguasaan kemahiran bahasa secara
menyeluruh.Langkah kerajaan mengutamakan bidang pendidikan amat penting bagi
membangun modal insan negara supaya mampu mengikut persaingan antarabangsa yang
kian meningkat. Hakikatnya, murid dan pelajar di sekolah rendah dan menengah adalah
aset penting sebagai modal insan negara pada masa depan. Terutama dalam mengisi
Transformasi Nasional 2050 (TN50) ke arah negara maju dan sejahtera.Bidang pendidikan
sentiasa diberikan peruntukan tinggi bertujuan meningkatkan modal insan berkemahiran
tinggi serta memantapkan pendidikan pra sekolah hingga mewujudkan sekolah
berprestasi tinggi menjelang sesi persekolahan tahun ini.Usaha kerajaan ini untuk
memastikan kesejahteraan serta kemakmuran dinikmati semua pihak tanpa sebarang
pengecualian.

Kerajaan memperuntukkan lebih RM30 bilion kepada pendidikan rendah dan menengah
yang akan memberi manfaat kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara.Pendidikan
peringkat rendah dan menengah adalah modal insan yang penting dibangunkan sekarang
bagi memacu negara pada masa akan datang. Kejayaan dan kemajuan negara pada masa
akan datang banyak bergantung pada pengetahuan dan kemahiran mereka.Modal insan
berkualiti tinggi adalah prasyarat utama untuk menyokong agenda pembangunan negara.
Pembangunan modal insan negara penting diberi penekanan sejajar perancangan negara
menjadi negara maju dalam bidang sains dan teknologi berdasarkan acuan sendiri dan
memenuhi hasrat pembangunan negara.
Pembangunan modal insan yang dirancang dengan teliti memerlukan peruntukan untuk
mencapai matlamat yang dihasratkan.Beberapa kemudahan pendidikan antaranya
pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukar kepada
biasiswa bagi pelajar yang mendapat ijazah pertama. Selain itu, 30 pelajar terbaik akan
menerima Biasiswa Nasional di universiti tersohor. Kerajaan juga menyediakan pakej
‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua
tahun.
Selanjutnya, kerajaan mengumumkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi
meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Ia bertujuan rakyat
menikmati pendidikan terbaik bermula daripada peringkat asas hingga tahap tertinggi.
Sebanyak empat komponen kecil NKRA akan diberi tumpuan.Pertama, memantapkan
pendidikan pra sekolah kepada penyertaan 87 peratus daripada 67 peratus kanak-kanak
lingkungan usia lima hingga enam tahun menjelang 2012.Kemudahan dan kurikulum pra
sekolah di bawah KEMAS dan agensi lain akan diubahsuai selaras dasar yang ditetapkan
oleh KPM.Kedua, meningkatkan kadar literasi dan numerasi iaitu semua murid normal
dapat menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun bersekolah. Antara program
tersebut ialah menyaring murid mengikut keupayaan serta menyediakan program latihan
khas kepada guru.Ketiga, mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) iaitu
menumpukan kepada kecemerlangan akademik dan pencapaian keseluruhan pelajar
termasuk disiplin dan kebersihan, aktiviti kokurikulum dan penguasaan bidang
keutamaan sekolah.Keempat, mengiktiraf Pengetua dan Guru Besar Sekolah yang ditadbir
secara profesional. Bagi sekolah yang menunjukkan prestasi cemerlang, kerajaan
memperkenalkan New Deal atau Bai’ah Baru bagi menghargai jasa dan prestasi pengetua
dan guru besar.Semua ini dilakukan untuk melahirkan generasi cemerlang dan modal
insan yang mempunyai kemahiran tinggi. Di samping itu, kerajaan akan sentiasa
memberikan kebajikan kepada pelajar antaranya kerajaan menganugerahkan Biasiswa
Nasional kepada 30 pelajar terbaik berasaskan merit sepenuhnya. Penyandang biasiswa ini
akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.
Peranan guru penting bagi menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang
kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah,
berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan
untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.Ia sesuai
dan bertepatan dengan enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid dan pelajar
yang disarankan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM (2013-2025)
iaitu setiap murid mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, mempunyai etika dan kerohanian dan mempunyai
identiti nasional sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Akhirnya, melalui ilmu seseorang itu dapat mengetahui apa yang tidak diketahuinya, serta
ilmu baharu yang dipelajari memanfaatkan dirinya, keluarga dan masyarakat. Ilmu yang
bermanfaat akan memberikan kesejahteraan kepada negara jikan digunakan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai