Anda di halaman 1dari 3

Script sejarah

Soalan: Sejauh manakah anda bersetuju bahawa system Pendidikan yang diamalkan pada
hari ini berkesan? Bincangkan dengan memberikan idea, pendapat dan memberikan bukti
berdasarkan kenyataan anda.

Moderator: (Assalamualaikum) Salam sejahtera kepada rakan-rakan dikasihi sekalian serta


kepada Miss Syamilah. Topik yang akan dibincangkan kumpulan kami berbunyi, “Sejauh
manakah keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan pada hari ini”. Adakah ia
memberi impak besar kepada generasi muda sekarang? Sebelum kita memulakan sesi
perkongsian, saya ingin memperkenalkan ahli-ahli kumpulan. Iaitu saya sendiri, (), Nas
Nadine, Arleesya Arween, Dalili Syahmina, Saadhana dan Husna Huzaifah. Tanpa
melengahkan masa, saya ingin mengemukakan soalan kepada ABU. Baiklah, bolehkah ABU
terangkan secara terperinci tentang objektif pendidikan pada zaman masyarakat melayu
dahulu?
ABU: Baik, saya dapat menjawab soalan yang diajukan tersebut. Ketika itu, ibu bapa
menitikberatkan kelengkapan anak-anak mereka dengan kemahiran kehidupan seharian.
Bagi anak-anak lelaki yang berusia antara 5-6 tahun, mereka diwajibkan mempelajari hal
agama seperti mengaji Al-Quran dan cara menunaikan solat lima waktu. Tambahan pula,
kemahiran untuk menangkap ikan, kemahiran belayar dan ilmu silat harus dikuasai dengan
baik. Ilmu pengetahuan ini digunakan apabila usia mereka sudah meningkat dewasa.
Moderator: Oh, begitu rupanya. Tidak sangka pula kemahiran hidup dipandang serius.
Demikian, bagaimana pula pendidikan yang perlu diketahui oleh pihak perempuan? ALI,
bolehkah anda terangkan?
ALI: Pada zaman ketika itu, anak perempuan hanya perlu belajar cara untuk mengemas
rumah, memasak, membasuh baju dan sebagainya. Kebanyakkan perempuan tidak
dibenarkan untuk belajar searas dengan lelaki. Bukan itu sahaja, kaum perempuan juga
perlu memiliki dan memenuhi semua sifat kewanitaan yang menjadi keinginan suami. Ibu
bapa akan mempertimbangkan untuk mengahwini anak perempuan mereka pada usia muda
apabila anak itu sudah matang.
ABU: Tepat sekali penerangan ALI. Pendidikan dahulu kebanyakannya merupakan usaha
daripada ibu bapa untuk melengkapkan kemahiran hidup seharian dalam anak-anak
mereka. Ibu bapa juga perlu menerapkan pendidikan bercorak keislaman dengan
menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok dan madrasah. Pendidikan yang
dipelajari adalah seperti Tauhid, Feqah, Ilmu Tajwid, tatabahasa Arab dan banyak lagi.
Objektif pendidikan dahulu hanyalah untuk menepati syarat agar anak-anak dapat menjadi
seseorang yang terlatih dalam kemahiran hidup dan juga menekankan ilmu keagamaan yang
membina aspek kerohanian, akhlak dan moral mereka.
Moderator: Wah! Sungguh menarik saya mendengari tentang sejarah Sistem Pendidikan
Melayu ini. Hakikat betapa mandatori dan pentingnya pengetahuan kemahiran hidup dalam
pembelajaran anak-anak Melayu amatlah hebat. Saya rasa ingin mengetahui secara lebih
lanjut, apa perbezaan sistem pendidikan dahulu dan kini? Boleh AMIR huraikan?
AMIR: Boleh sahaja 😊 S istem dan matlamat pendidikan Malaysia moden ini telah jauh
berubah dengan falsafah pendidikan masyarakat tradisional. Objektif pendidikan kini adalah
berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berfokuskan kepada satu sistem
pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Pendidikan sekarang beraksi sebagai komponen
kemajuan negara kerana ia menekankan perkembangan modal insan dalam pendidikan.
Moderator: Apa pula modal insan itu? Saya juga berminat untuk mengatahui pendapat
kalian tentang implikasinya dalam pendidikan Malaysia yang terkini ini.
AZAM: Izinkan saya menjawab soalan-soalan yang diujarkan itu. Modal insan merupakan
bekalan tenaga kerja yang memiliki pengetahuan, idea dan kemahiran yang amat penting
bagi bidang kesihatan ekonomi dan sosial sebuah negara. Pada pendapat saya, kita dapat
menyaksikan usaha kerajaan yang menyeru rakyat Malaysia untuk berganding bahu agar
pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang kekal relevan mengikut kehendak
industri dan pasaran semasa sehingga mampu bersaing di skala antarabangsa. Kerajaan
begitu yakin dengan penerusan pembangunan modal insan kerana ia melonjakkan
pencapaian Malaysia sebagai negara maju.
ALI: Benar sekali kata-kata AZAM tersebut. Salah satu buktinya adalah pencapaian Malaysia
yang telah menduduki tangga ke- 19 dalam pengiktirafan Forum Ekonomi Dunia pada tahun
2018 disebabkan kualiti bidang pendidikan negara kita yang lebih baik dari 141 buah negara
di perinkat global termasuk United Kingdom serta Perancis. Kualiti pendidikan Malaysia juga
berada di tempat ke- 2 dalam kalangan negara Asia Tenggara. Pencapaian hebat ini
menempatkan Malaysia sebagai negara progresif yang mampu berdaya saing dengan
negara-negara maju yang lain. Sudah beberapa tahun Malaysia berada di bawah radar
negara lain sebagai negara pilihan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian
tinggi.
AMIR: Seterusnya, bukti usaha pembangunan modal insan kini termasuk penubuhan-
penubuhan universiti yang mengeluarkan tenaga terlatih setiap tahun dalam pelbagai
bidang relevan agar dapat memberi sumbangan khususnya kepada lapisan masyarakat
Malaysia. Sebelum menjejak ke dalam universiti, subjek universal seperti Bahasa inggeris,
Matematik dan Sains sudahpun diimplikasi dalam kurikulum pelajar sejak tahap tadika atau
sekolah rendah.
Moderator: hmmmm impresif ya. Bolehkah saya diberi lagi aspek yang digariskan dasar
pendidikan kebangsaan?
AZAM: Tiada masalah dalam persoalan itu. Dasar Pendidikan Kebangsaan juga
merealisasikan perpaduan bangsa kerana ia menyediakan sukatan pelajaran dan
peperiksaan yang serupa bagi kepelbagaian etnik, bangsa, budaya dan agama di Malaysia.
Hal ini diperkasakan dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
bagi memudahkan komunikasi antara masyarakat.
ABU: Memang nyata Dasar Pendidikan Kebangsaan mewujudkan masyarakat yang progresif
dan mengamalkan perpaduan, tetapi pembelajaran agama juga dititikberatkan sehingga hari
ini. Wujudnya sistem j-Qaf adalah untuk memastikan pelajar mahir menulis jawi, membaca
Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Subjek agama Islam disertakan dalam SPM bagi
pelajar muslim manakala pendidikan moral bagi pelajar non-muslism. Hal ini bagi memupuk
nilai-nilai agama, moral dan etika yang masih dijunjung tinggi kerana kepentingannya dalam
kehidupan.
Moderator: Sangat mengagumakan dan membanggakan bahawa nilai-nilai tersebut masih
tidak dilupakan serta dijunjung tinggi walaupun sudah bertahun-tahun. Bagi soalan terakhir
saya harini, saya ingin mendengari pendapat AMIR tentang aplikasi kemahiran hidup dalam
pendidikan kini yang begitu dipentingkan masyarakat dahulu?
AMIR: Pada sudut pandangan saya, setiap murid masih diterapkan dengan kemahiran hidup
tetapi kini ia sudah menjadi pengetahuan asas kepada anak-anak yang dikongsikan oleh ibu
bapa serta pelbagai pihak lagi.

Moderator: Dan disitulah saya akhiri perbincangan daripada kami ini. Moga apa yang telah
dihuraikan tidak sekadar “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Secara konklusinya, apa
yang dapat saya simpulkan daripada perbincangan tadi adalah, , sistem pendidikan yang
diamalkan pada hari ini amatlah berkesan kerana ia telah menjelmakan insan-insan
cemerlang yang membawa kepada kemajuan negara. Semakin hari, semakin maju sistem
pembelajaran pelajar-pelajar. Malahan dengan ini, kita dapat memajukan negara serta
melahirkan individu yang seimbang jasmani, rohani, emosi dan intelek yang menuju ke arah
pembangunan negara. Walaupun dari generasi yang berbeza tidak kira pada zaman dahulu
atau pada masa hadapan, usahlah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi dan
bukalah minda. Dengan itu, saya tamatkan perbincangan kami. Assalamualaikum
Warahmatullahhiwabarakatuh. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai