Anda di halaman 1dari 8

 

  

TEMA: Pendidikan
Kumpulan : 2
GURU: CIKGU HANNAH BINTI RAMLI
BI Nama Ahli Fokus/Tajuk No.Telefon
L Kumpulan

1 Hamim Muhaimin pendahuluan,usaha, 016-3029292


penutup

2 Harraz kepentingan dan 018-252 9273


keburukan

3 Adib Daniel Faktor 013-744 1253

4 Arif - 011-3778
9648

Pendahuluan – Saudara Hamim Muhaimin

Memetik kalam Nelson Mandela,"Pendidikan adalah senjata yang


paling hebat untuk mengubah dunia". Hal ini dikatakan demikian
kerana pendidikan memberi kuasa kepada individu,memberi hak
bersuara,mendedahkan potensi individu dan menunjukkan jalan ke
arah penyempurnaan diri serta meluaskan horizon pemikiran individu
dan anjakan paradigma tanpa sempadan.pendidikan. Menurut Kamus
Dewan Bahasa edisi ke-4 , pendidikan didefinisikan pelihara , jaga ,
latih dan diterbitkan menjadi pendidikan.

Beralih ke subtopik seterusnya iaitu Falsafah Pendidikan


Kebangsaan. Pendidikan di Malaysia bertunjangkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Secara ringkasnya, perlaksanaan pendidikan
di Malaysia menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah suatu
usaha yang berterusan untuk mengembangkan potensi individu yang
mana melibatkan keintelektualan , kerohanian , emosi dan jasmani.
Perlaksanaan pendidikan yang berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dilaksanakan secara menyeluruh , bersepadu , seimbang
dan harmonis berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Isi (Kepentingan dan Akibat) – Saudara Harraz

Sebagai sebuah Negara yang membangun dengan pesat dan sedang


menuju ke era Negara maju, maka rakyatMalaysia haruslah bersama-
sama memikul tanggungjawab untuk memajukan Negara dalam
pelbagai bidang. Dalamkonteks ini, kita haruslah memajukan dalam
bidang ilmu pengetahuan menjurus kepada pelajar. Ilmu merupakan
jambatankehidupan untuk mencorakkan kehidupan yang lebih cerah
agar mempunyai masa depan yang gemilang. Pada masa kini,ilmu
pengetahuan itu penting kepada seseorang indivdu yang bergelar
pelajar kerana mampu melahirkan pelajar pintar serta bijak dalam
pembelajaran di samping dapat meningkatkan prestasi dalam
pelajaran. Berbalik kepada hasrat Bekas PerdanaMenteri Tun Dr.
Mahathir Mohammad untuk mencapai status Negara maju menjelang
tahun 2020 nanti. Oleh itu, ilmu pengetahuan akan melahirkan
masyarakat Negara yang berintelektual serta berdaya saing dalam
pelbagai aspek .Persoalannya di sini, apakah kepentingan ilmu
pengetahuan kepada seorang individu yang bergelar pelajar ini?Ilmu
pengetahuan dapat melahirkan individu atau seorang pelajar yang
bermoral . apbila disebutkan dengan moral ini pasti semua orang
mempunya pandangan yang positif. Justeru itu, apabila seseorang
pelajar itu mempunyai ilmu sudah pastiia mempunyai nilai

nilai moral dalam dirinya. Pelajar yang bermoral pasti akan
memperoleh kecemerlangan di dalamsetiap aspek. Berbalik dari segi
agama Islam yang menyuruh bahawa kita kita mengamalkan sifat
mahmudah di dalam dirikita. Hal berkait rapat dengan moral
seseorang terutamanya seorang pelajar kerana apabila dia menuntut
ilmu pastinyamenunjukkan sikap yang positif kepada guru agar ilmu
yang diperoleh itu mendapat keberkatan. Di sekolah, dengan
adanyasubjek mata pelajaran seperti pendidikan islam, sivik serta
pendidikan moral ini dapat memupuk nilai

nilai murni yang baik di dalam diri pelajar tersebut disamping dapat
meningkat ilmu pengetahun, teringat pepatah melayu ada
mengatakansambil menyelam minum air iaitu kita mendapat dua
manfaat di dalam satu perkara. Seseorang yang bermoral pasti
akandisukai oleh orang disekelilingya kerana tingkah lakunya yang
tertib serta sangat menghormati guru- guru. Justeru itu, pelajar
tersebut Berjaya di dalam kehidupannya. Jelaslah bahawa ilmu
pengetahuan itu dapat melahirkan pelajar yang berakhlak mulia serta
bersahsiah. Oleh itu, tuntutlah ilmu untuk meningkatkan moral kita
sebagai seorang hamba di muka bumi ini.Selain itu, setiap pelajar
seharusnya bertungkus

lumus dalam menimba ilmu dan bersungguh- sungguh
mempelajariilmu yang baharu. Kementerian pelajaran Malaysia
telahpun menambahbaik system pembelajaran kepada kaedah
yangterkini iaitu kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Sistem ini
bertujuan menguji tahap pemikiran pelajar dalammenyelesaikan
soalan

soalan yang sukar. Hal ini bertujuan bagi melahirkan pelajar yang
berminda kelas pertama dan berfikiran secara meluas ataupun terbuka.
Oleh itu, ini juga boleh menjadi aset yang beharga kepada Negara.
Berikutnya,ilmu pengetahuan juga boleh ditimba dengan membaca
bahan bacaan seperti buku

buku ilmiah, surat khabar dan bahan bacaan yang mendatangkan
manfaat yang lain. Seterusnya, sekiranya seseorang itu mempunyai
ilmu yang penuh di dada, pelajar tersebut boleh membantu orang lain
dalam menyelesaikan masalah sekali gus dapat berbakti kepada orang
ramaimaka ,kita perlulah bersungguh

sungguh mengejar ilmu seperti kata hikmat mencari ilmu biarlah
sampai ke Negara China.Oleh itu, terbuktilah bahawa betapa
pentingnya ilmu pengetahuan kerana ilmu merupakan pelita hidup
juga penerangkehidupan.Dalam mendepani arus kemodenan dunia
yang kian pesat,pelbagai bidang ilmu haruslah dikuasai kerana
persainganyang hebat pada era ini. Ilmu pengetahuan dalam dalam
bidang

bidang ilmu seperti bidang bahasa asing,bidang kesenian

Faktor pengabaian pendidikan – Mohd Adib Daniel
Di awal tadi kita dapat melihat kepentingan dan dampak pengabaian
pendidikan,tapi apa yang menyebabkan terjadinya pengabaian
pendidikan ini.Banyak faktor-faktor yang menyebabkan pengabaian
pendidikan ini,Antaranya ialah kurang berminat dalam
belajar.Kurang berminat dalam belajar sebenarnya ia bergantung pada
gaya permikiran kita,Kita kena ubah gaya permikiran kita untuk suka
pada belajar sebab manusia ini memerlukan ilmu untuk.membentuk
keperibadian dan wawasan seseorang itu.

Setelah itu,Masalah social juga adalah factor dalam pengabaian


pendidikan.Terikut sangat dengan sikap ratan sebaya dan tidak lupa
pada pengaruh negatif media masa terhadap para remaja
sememangnya tidak dapat disangkal lagi.Remaja cenderung untuk
melakukanperkara yang pernah didengar atau dilihat di media masa
kerala remaja mempunyai naluri ingin mencuba.Sebenarnya naluri
ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapi bukan semmua
perkara boleh dicuba.

Oleh sedemikian,Masyarakat perlu lebih peka dengan keadaan


sekeliling keralna keadaan masyarakat sekarang yang semakin teruk
adalah berpunca daripada sikap masing-masing yang tidak mahu
bertanggung- jawab dan mengambil berat dengan persekitaran mereka
dan tidak ambik kisah terhadap pelajaran orang lain

Usaha meningkatkan mutu pendidikan – Saudara Hamim Muhaimin

Sebentar tadi kita telah mendengar perihal faktor pengabaian


pendidikan. Justeru itu, apakah usaha kita untuk meningkatkan mutu
pendidikan agar dapat menyelesaikan isu pengabaian pendidikan
Usaha perdana untuk meningkatkan mutu pendidikan adalah dengan
ibu bapa memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan gejala
sosial iaitu sosial yang tidak sihat. Bilamana seseorang itu
mempunyai gejala sosial lalu dia akan menimbulkan masalah sosial
seperti merokok,merompak,ponteng sekolah dan banyak lagi jenayah.
Hal ini dikatakan demikian kerana banyak jenayah di seluruh dunia
ialah disebabkan oleh gejala sosial

Usaha sekunder untuk meningkatkan mutu pendidikan adalah dengan


kerajaan mengemas kini semua struktur pendidikan baik dari segi
sisetem secara komprehensif. Antara inisiatif kerajaan dalam usaha
meningkatkan mutu pendidikan ialah merombak silibus lama dan
pertambahan soalan KBAT.

Usaha tertier untuk meningkatkan mutu pendidikan adalah dengan


partisipasi masyarakat dalam menyuntik etika-etika baik.
Baik dari segi semangat,kemaslahatan dan juga pencerahan terhadap
pendidikan negara.

Kriteria orang berpendidikan – Saudara Hamim Muhaimin

Subtopik yang terakhir adalah perihal kriteria orang berpendidikan.


Bila bahas tentang pendidikan,dalam kepala kita mesti
membayangkan satu perkataan yang hampir sama . Pelajaran.
Walaupun keduanya membawa ke arah proses pembelajaran namun
terdapat perbezaan sedikit antara pendidikan dan pelajaran.

Pelajaran akan melahirkan orang yang terpelajar manakala


pendidikan akan melahirkan orang yang terdidik.Huraiannya begini.
Terpelajar membawa makna mengikut pelajaran yang disampaikan
kepadanya. Berbeza pula dengan terdidik, ilmu yang diajarkan
membentuk cara berfikir,watak dan peribadi seseorang

Pelajaran ialah pengeluaran yang terbina bagi aktiviti pembelajaran.


Misalnya kurikulum,lawatan sambil belajar,markah dan graduasi.
Berlainan pula dengan pendidikan. Pendidikan merupakan
penghasilan yang membina karakter si pelajar. Tamsilnya
sikap,nilai,etika,budaya dan Kemampuan berfikir.

Namun begitu,terdapat ralat sedikit dalam melaksanakan sistem


pendidikan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alur
ceritanya begini, pendidikan di Malaysia tekah diadun oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan agar mutu pendidikan dapat dipertingkatkan.
Walaupun begitu, terdapat kekeliruan samaada dalam diri pelajar
mahupun diri pendidik. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka
tidak berganjak dari landskap pelajaran ke landskap pendidikan.
Perkara demikian berlaku kerana paradigma dan amalan mereka
belum berganjak dari landskap pelajaran ke landskap pendidikan.

Justeru itu,untuk kita menghindari ralat tersebut, kita perlu


melakukan peralihan signifikan dari landskap pelajaran ke landskap
pendidikan. Peralihan ini memerlukan kita untuk mereformasikan
cara kita berfikir menaksir,menilik,menaakul sistem pengajaran dan
pembelajaran yang ada.

Secara komprehensifnya,kita perlulah meningkatkan mutu


pendidikan kita dari masa ke semasa. Hal ini dikatakan demikian
kerana kemajuan negara tidak ditaksir pada pembangunan fizikal
semata-mata, tetapi juga diukur pada kemajuan intelektual rakyatnya.

Anda mungkin juga menyukai