Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA

2022/2023
MAJLIS GRADUASI SK SRI KELANA
2022 / 2023
1. Lagu Negaraku
2. Lagu negeri Selangor

Majlis merakamkan ribuan terima kasih. Para hadirin dan anak-anak sekalian
dijemput untuk duduk.

Hadirin hadirat sekalian,

Hamba bersantun , santunnya pengacara;


Hamba berpantun membuka Bicara.

Pergi ke pekanr membeli papan,


Papan disusun jadikan para;
Sopan santun lafaz ucapan,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillah......................................Alhamdulilahhirabbilalamin..Wasssala
tuwassalamu alaasyarafil ambia iwal mursalin. Waala alihi wasahbihiajmain...

Yang Berusaha Puan Siti Norhafisyah binti Azib ( Guru Besar SK Sri Kelana
), Yang Dihormati Puan Norsuriati Binti Yeop Effendy ( YDP PIBG SK Sri
Kelana ), Yang Berusaha Puan Mona Liza binti Noordin ( Pen. Kanan
Kurikulum ), Yang Berusaha Puan Rosnani binti Mohamed, ( Pen. Kanan
Hal Ehwal Murid ), Yang Berusaha Encik Mohd Zafiran bin Mustafa
( Pen. Kanan Kokurikulum ), Yang Berusaha Puan Suhaili binti Abu
Bakar, ( Pen. Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi / PPKI ) para
AJK PIBG, guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi serta dirahmati sekalian.

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia

Para hadirin yang dihormati .....

RAR 976 Page 1


TEKS PENGACARA
2022/2023
MAJLIS GRADUASI SK SRI KELANA
2022 / 2023
Alhamdulillah. Segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhananhu wa
Ta’ala kerana rahmat dan izinNya jua kita semua dapat berkumpul bagi sama-
sama meraikan suatu majlis iaitu MAJLIS GRADUASI SK SRI KELANA
2022 / 2023..
Untuk makluman semua majlis ini diadakan dua sesi atau dua sidang.
Sidang Satu melibatkan
- Penyampaian Sijil Murid Prasekolah
- Penyampaian Sijil Murid PPKI
- Penyampaian Sijil Murid Kelas 6 Bestari

Sidang 2 melibatkan
- Penyampaian Sijil Murid Kelas 6 Bijak
- Penyampaian Sijil Murid Kelas 6 Budiman

Hadirin hadirat sekalian,

Pak Abu mulia jiwa disemat,


Hidup dirimba saling berpakat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Dengan itu majlis mempersilakan Alfadil Ustaz Hasmadi bin Ghazali untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....
Saya bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada alfadil Ustaz
Hasmadi bin Ghazali atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin dan anak-anak sekalian,

Merpati putih terbang sekawan,


Terbang mencari sedikit suapan;
Leretan senyuman gadis jelitawan,
Ibtissam Chouya beri ucapan.

Hadirin sekalian,

RAR 976 Page 2


TEKS PENGACARA
2022/2023
MAJLIS GRADUASI SK SRI KELANA
2022 / 2023
Majlis dengan sukacitanya menjemput adik Ibtissam Chouya untuk tampil
ke pentas bagi menyampaikan ucapan mewakili rakan-rakan Tahun Enam
sesi 2022/2023. Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ibtissam Chouya atas kesudian dan
keberanian menyampaikan ucapan sebentar tadi. Tahniah Adik Ibtissam.

Hadirin dan anak-anak sekalian,

GB Sri Kelana cantik berseri,


Busana terkini tampak jelitawan;
Sudilah puan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Siti Norhafisyah binti


Azib, Guru Besar SK Sri Kelana untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Siti
Norhafisyah binti Azib, Guru Besar SK Sri Kelana atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Sopannya YDP dijunjung kasih,


Kasih Sri kelana sepenuh jiwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin dan anak-anak sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Dihormati Puan Norsuriati


binti Yeop Effendy, YDP PIBG SK Sri Kelana untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

RAR 976 Page 3


TEKS PENGACARA
2022/2023
MAJLIS GRADUASI SK SRI KELANA
2022 / 2023
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Puan
Norsuriati binti Yeop Effendy, YDP PIBG SK Sri Kelana atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan anak-anak Sri Kelana yang hebat sekalian,

Sebentar lagi, kita akan sama-sama menyaksikan Tayangan Montaj


aktiviti anak-anak graduan SK Sri Kelana sepanjang tahun sesi
2022/2023....Untuk itu, sama-samalah kita saksikan sekarang “Montaj Anak2
Graduan Sri Kelana 2022/2023”.

Demikian tadi Tayangan Montaj aktiviti anak-anak graduan SK Sri Kelana


sepanjang tahun sesi 2022/2023 yang
penuh..................................................................................... . Untuk makluman
semua Montaj ini dihasilkan oleh .......................................

Hadirin sekalian,

Tiga ucapan terlaksana sudah,


Pemberi tanda majlis bermula;
Tidaklah hamba suka bermadah,
Sidang pertama akan dimula.

Hadirin dan anak-anak sekalian....

Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh para graduan cilik dan anak-
anak dari kelas tahun 6 iaitu Penyampaian Anugerah Sijil Graduasi bagi
SIDANG PERTAMA.

Bagi meneruskan majlis, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha Puan Mona Liza binti Noordin, Pen. Kanan Kurikulum
untuk menjemput dan seterusnya mengiringi Yang Berusaha Puan Siti
Norhafisyah binti Azib, Guru Besar SK Sri Kelana, untuk menyampaikan Sijil
Graduasi kepada para penerima. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

RAR 976 Page 4


TEKS PENGACARA
2022/2023
MAJLIS GRADUASI SK SRI KELANA
2022 / 2023
Mendahului senarai penerima sijil. Dimulakan dengan kategori Graduasi Pra
Sekolah . Untuk itu dijemput ________________________

***** Check List


***** Rujuk Senarai Nama
1. Graduasi Pra Sekolah
2. Graduasi Tahun PPKI
3. Graduasi Tahun 6 Bestari

Hadirin dan anak-anak Sri Kelana sekalian,


Majlis kita akan berehat seketika.
Sidang Hadirian sekalian,

Montaj berlalu penceritaan berakhir,


Tontonan tetamu raikan majlis;
Persembahan kita belum berakhir,
Lontaran nyanyian penyeri majlis.

Majlis kita diteruskan lagi dengan persembahan yang kedua iaitu


Nyanyian Duet daripada adik Hazra Hafruziyad dan Alisya Adawiyah dari
Kelas 4A dengan lagunya “Hanya Rindu”. Dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan Nyanyian Hanya Rindu


daripada Hazra Hafruziyad dan Alisya Adawiyah yang sememangnya
menghiburkan dan pasti anak-anak semua akan merindui rakan-rakan dan guru-
guru di SK Sri Kelana selepas ini, kerana sepanjang kamu semua berada di SK
Sri kelana pasti ada detik2 atau moment2 yang indah pernah kamu alami
bersama rakan2 dan guru2 kamu. Simpanlah detik2 rakaman indah itu dalam
memori kamu dan dijadikan ia sebagai satu kenangan terindah.

Sidang majlis sekalian,

Sekarang tibalah pula masa yang dinanti-nantikan oleh para penerima


bagi MAJLIS GRADUASI SK SRI KELANA 2022 / 2023.., SIDANG
KEDUA iaitu Penyampaian Sijil Graduasi. Bagi meneruskan majlis, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Siti
Norhafisyah binti Azib, Guru Besar SK Sri Kelana untuk menjemput dan

RAR 976 Page 5


TEKS PENGACARA
2022/2023
MAJLIS GRADUASI SK SRI KELANA
2022 / 2023
seterusnya mengiringi Yang Dihormati Puan Norsuriati Binti Yeop Effendy
( YDP PIBG SK Sri Kelana ), untuk ke atas pentas bagi menyampaikan Sijil
kepada para pengawas. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Mendahului senarai penerima sijil, untuk itu dijemput:

***** Rujuk Senarai Nama


1. Kelas 6 Bijak
2. Kelas 6 Budiman

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati Puan


Norsuriati Binti Yeop Effendy ( YDP PIBG SK Sri Kelana ) atas kesudian
menyampaikan Sijil kepada para penerima.

Diminta YDP Puan Norsuriati dan Guru Besar Puan Siti Norhafisyah untuk
setia di atas pentas.

Sidang majlis sekalian,

Majlis dengan sukacitanya, mempersilakan Puan Guru Besar sekali lagi untuk
menyampaikan “Bouquet” atau jambangan bunga kepada barisan pentadbir.
Untuk itu majlis dengan sukacitanya mempersilakan :

1. Puan Mona Liza binti Nordin


2. Puan Rosnani binti Mohamed
3. Encik Mohd Zafiran bin Mustafa
4. Puan Suhaili binti Abu Bakar

Seterusnya,

Majlis mempersilakan Puan Siti Norhafisyah binti Azib untuk menyampaikan


cenderahati kepada Puan Norsuriati binti Yeop Effendy, YDP PIBG SK SRI
Kelana atas kesudian hadir dan seterusnya menyampaikan Sijil Graduasi
kepada para penerima. Dipersilakan.

Seterusnya,
RAR 976 Page 6
TEKS PENGACARA
2022/2023
MAJLIS GRADUASI SK SRI KELANA
2022 / 2023
Majlis mempersilakan pula Puan Norsuriati binti Yeop Effendy, untuk
menyampaikan “Bouquet” atau Jambangan Bunga kepada Puan Siti
Norhafisyah binti Azib, Guru Besar SK Sri Kelana sebagai teraju utama bagi
Majlis Graduasi kali ini. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Siti Norhafisyah dan Puan
Norsuriati atas kesudian menyampaikan Sijil Graduasi kepada para penerima.

Sidang majlis sekalian,

Pentingnya acara beratkan masa,


Masa diikut mohon ditepati;
Hatinya sentiasa debar terasa,
Persembahan ketiga menyusul nanti.

Majlis kita akan memberi laluan kepada persembahan terakhir. Jika


sebentar tadi, kita disajikan dengan persembahan Nyanyian Duet. Maka
untuk persembahan kali adalah dalam bentuk tarian , tetapi lebih kepada
bentuk tarian moden.Untuk itu tanpa melengahkan masa, kita tampilkan
sekarang “_________________”.

Demikianlah tadi persembahan ........................................ Untuk


makluman semua kareografer bagi tarian ini ialah Puan Caroline dan Cik
Nurul Arifah.

Baiklah untuk anak-anak semua dan sidang hadirin, dengarkan


kata-kata hikmah ini.

Disaat kita hilang semangat untuk berusaha,


fikirkan semula kenapa kita memulakannya dulu.
Jadi, jangan cepat putus asa.

Huraikan ........................................

RAR 976 Page 7


TEKS PENGACARA
2022/2023
MAJLIS GRADUASI SK SRI KELANA
2022 / 2023
Gantungkan azam dan semangatmu
setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu
serendah mutiara di lautan.

Huraikan.......................................

Di mana ada buku, di situ ada penandanya,


Di mana ada hulu, di situ ada hilirnya,
Di mana ada mula, di situ ada akhirnya.

Dari Dewan Sri Budiman, MAJLIS GRADUASI SK SRI KELANA


2022 / 2023 melabuhkan tirai. Maka dengan itu berakhirlah majlis kita
pada hari ini.

Akhir kata daripada saya, Yang buruk itu datang daripada saya, manakala
yang baik itu datang daripada Yang Maha Esa.

DENGAN LAFAZ MULIA.....

Wabilahitaufik Wal Hidayah, Wasalamualaikum WBT.

RAR 976 Page 8

Anda mungkin juga menyukai