Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS HI TEA MERAIKAN BINTANG DAN GURU

BERPINDAH 2022

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.
 
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

1.    Yang berusaha, Puan Saridah bt Adzim


Guru Besar SK Selandar
 
2.   Yang Diraikan Puan Idanoraini Binti Safee
Guru yang akan berpindah ke SK Batang Melaka mulai 5/12/2022

3.    Yang berusaha, Puan Amaliah bt Khamis,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
 
5.    Yang berusaha, Puan Nor Azah bt Md Had
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 
6.    Yang Berusaha , Puan Rosidah bt Abdul Rahman
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
 
7. Seterusnya rakan-rakan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana Sekollah
(AKP)

8. Serta Ahli Keluarga SKS yang turut serta bersama majlis kita pada hari ini.

Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya maka dapatlah kita
bersama-sama menghadirkan diri di Moonbar, Ames Hotel ini untuk meraikan Majlis Hi Tea
Meraikan Bintang Dan Guru Berpindah 2022, majlis 2 dalam 1 iaitu Majlis Hi Tea
Meraikan Bintang serta Majlis Perpisahan Puan Idanoraini Binti Safee yang akan mula
berkhidmat di SK Batang Melaka mulai 5 Disember 2022.

Hadirin yang dihormati sekalian,


 
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, En Muhammad Adam Bin Rosali
untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.
 
( Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa
itu tadi )

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pengerusi Kelab Guru & AKP 2022, untuk itu, pihak
majlis menjemput dan mempersilakan En Arman Bin Ahmad selaku Pengerusi Kelab Guru
& AKP 2022 untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan...

( Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi )

Hadirin yang dihormati sekalian,


Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Dengan itu majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Saridah bt
Adzim, Guru Besar SK Selandar untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan…

( Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi )

Hadirin yang dihormati sekalian,


Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang perpisahan.
Sedih rasanya. Begitulah yang kami rasakan ketika ini atas perpindahan salah seorang rakan
seperjuangan kami yang akan meneruskan perkhidmatan di SK Batang Melaka mulai 5
Disember 2022 nanti.
Dengan itu tanpa melengahkan masa majlis mempersilakan Puan Idanoraini Binti Safee
untuk menyampaikan ucapan ….

Dengan segala hormatnya dipersilakan...


( Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Doa kami semoga Cikgu Idanoraini Binti Safee
akan meneruskan kecemerlangan di sekolah baharu nanti,InsyaAllah )

Hadirin yang dihormati sekalian,


Seterusnya kita akan meneruskan acara dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan
kepada guru yang berpindah. Dengan ini majlis mempersilakan Puan Guru Besar, Puan
Saridah bt Adzim diiringi oleh para pentadbir untuk menyampaikan cenderahati,

Dijemput Puan Idanoraini Binti Safee tampil ke hadapan untuk menerima hadiah yang akan
disampaikan

-Dimulakan dengan penyampaian Cenderahati dari Para Pentadbir SK Selandar


-Dijemput Puan Puan Saridah bt Adzim GB SK Selandar Diiringi Para Pentadbir SK
Selandar untuk menyampaikan cenderahati

-Seterusnya cenderahati dari Kelab Guru & AKP 2022

-Seterusnya cenderahati dari Panitia

Dijemput Panitia…..

-Seterusnya cenderahti dari individu

Dijemput….

(Tengok Kertas Hadiah Guru Berpindah)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Puan Saridah bt Adzim dan para
pentadbir SK Selandar atas penyampaian cenderahati sebentar tadi.

Hadirin Sekalian,
Majlis kita dihentikan seketika selama lebih kurang 1 jam untuk menikmati jamuan yang
disediakan. Untuk itu, tuan puan dipersilakan menjamu selera di ruangan makan yang
disediakan.
( Kita akan sambung semula majlis kita ini pada jam 11.15 nanti.. Harap maklum )

MAJLIS DISAMBUNG SEMULA


Mohon kerjasama semua hadirin mengambil semula tempat masing-masing kerana majlis kita
akan disambung sebentar lagi.
Sidang hadirin yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah & cenderahati majlis sekali lagi
mempersilakan Puan Guru Besar, Puan Saridah bt Adzim dengan diiringi oleh para pentadbir
untuk menyampaikan hadiah & cenderahati

-Dimulakan dengan penyampaian hadiah sempena melangsungkan perkahwinan

Dijemput Pn. Nur Farah Atika Bt Roslee untuk menerima hadiah

-Seterusnya penyampaian hadiah sempena melahirkan anak semasa berkhidmat di SK


Selandar

Dijemput Pn. Syarifah Munirah Bt Tuan Baru untuk menerima hadiah

-Seterusnya Penyampaian Hadiah Kelab,Hadiah Cabutan Bertuah & Hadiah Tukar-Menukar

Dijemput…..(Rujuk Senarai Nama)

- Seterusnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk Anugerah ‘Groovy Retro Star’
kategori Kanda dan Dinda, berdasarkan undian yang telah dijalankan untuk memilih 2 orang
dari kalangan ahli Kelab Guru & AKP dari kategori Kanda dan 4 orang dari kategori Dinda,
baik semua adakah anda sudah bersedia…

-Dimulakan dengan 2 orang Pemenang untuk anugerah ‘Groovy Retro Star’ Kategori Kanda
jatuh kepada:

1.

2.

Tahniah Diucapkan kepada Pemenang untuk Anugerah ‘Groovy Retro Star’ Kategori Kanda

-Seterusnya 4 orang para pemenang untuk anugerah ‘Groovy Retro Star’ Kategori Dinda
jatuh kepada:

1.

2.

3.

4.
Tahniah Diucapkan kepada para pemenang untuk Anugerah ‘Groovy Retro Star’ Kategori
Dinda

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Puan Saridah bt Adzim dan barisan
pentadbir, menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dengan berakhirnya Penyampaian Hadiah sebentar tadi maka berakhirlah majlis kita pada
hari ini, majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang
terlibat dalam menyempurnakan majlis kita pada hari ini. Ampun dan maaf sekiranya
terdapat kesilapan kami sepanjang mengacarakan majlis kita pada hari ini. Sesungguhnya
yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu daripada kesilapan kami sendiri.

Sekian, assalamualaikum wbt.. Majlis kita bersurai

Anda mungkin juga menyukai