Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN CIKGU WAN NURUL HUSNA BINTI

WAN ISMAIL

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.
 
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

1. Yang berusaha, Puan Saridah bt Adzim


Guru Besar SK Selandar
 
2. Yang Cikgu Wan Nurul Husna Binti Wan Ismail
Guru yang akan berpindah ke SK Felda Cherul

3. Yang Dihormati barisan Guru-Guru Penolong Kanan SK Selandar,

4. Guru-Guru & AKP yang dikasihi sekalian…

Alhamdulilah, wasolatuwasalm…. bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya maka
dapatlah kita bersama-sama menghadirkan diri dalam Majlis Perpisahan Cikgu Wan Nurul
Husna Binti Wan Ismail yang akan berpindah ke SK Felda Cherul di negeri kelahiran beliau
di Negeri Terengganu Darul Iman.

Hadirin yang dihormati sekalian,


 
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Al- Fadhil Ustaz
Tuan Hj. Zainal Abidin Bin Ahmad untuk memimpin bacaan doa.
Bal Tafadhol Mashkura.
 
( Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Jazakallahu khoiran jaza’diucapkan di atas bacaan doa
sebentar )

hadirin yang dihormati sekalian,


Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Dengan itu majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Saridah bt
Adzim, Guru Besar SK Selandar untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan…

( Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi )

Hadirin yang dihormati sekalian,


Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang perpisahan..

Dengan itu tanpa melengahkan masa majlis mempersilakan Cikgu Wan Nurul Husna Binti
Wan Ismail untuk menyampaikan ucapan beliau
Dengan segala hormatnya dipersilakan…

( Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Doa kami semoga Cikgu Wan Nurul Husna
Binti Wan Ismail akan meneruskan kecemerlangan walau dimana sahaja berada,aminn,
InsyaAllah

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Cenderahati kepada yang diraikan iaitu Cikgu
Wan Nurul Husna Binti Wan Ismail
Dijemput Puan Saridah bt Adzim selaku Guru Besar SK Selandar diiringi Guru-Guru
Penolong Kanan SK Selandar untuk menyampaikan cenderahati

Dijemput Cikgu Wan Nurul Husna Binti Wan Ismail tampil kehadapan untuk menerima
cenderahti yang akan disampaikan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Puan Saridah bt Adzim dan barisan
pentadbir SK Selandar, menyampaikan hadiah sebentar tadi.

hadirin yang dihormati sekalian

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf diminta

Dengan ini berakhirlah Majlis Perpisahan Cikgu Wan Nurul Husna Binti Wan Ismail pada
hari ini, saya mewakili pihak SK Selandar memohon maaf sekiranya ada sebarang kesalahan
atau terkasar bahasa sepanjang Cikgu Wan Nurul Husna Binti Wan Ismail berkhidmat di
SK Selandar ini.

Sekian Wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dijemput kepada hadirin sekalian untuk menjamu selera di ruangan makan yang disediakan,
sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai