Anda di halaman 1dari 32

JUN

15

Era Kegemilangan Rock di Malaysia - Rock 80an & 90an

Kegemilangan era muzik rock mencapai kemuncaknya pada penghujung tahun 80an sehingga
pertengahan 90an. Tahun 70an hingga awal 80an muzik pop lebih menguasai persada muzik
tanahair. Artis seperti Jamal Abdillah, kumpulan Alleycats, kumpulan Gingerbread, kumpulan
Sweet September, Goodman Brothers, Atomic Power, Kembara dll amat popular dengan irama
pop
pada
awal
80an
sehingga
penghujung
80an.
Kumpulan Blues Gang merupakan satu lagi kumpulan yang diminati pada ketika itu. Kumpulan
yang mengetengahkan muzik blues & balada itu popular dengan lagu seperti Apo Nak Dikato,
Khatulistiwa
dll.
Kumpulan yang mengetengahkan muzik rock pada ketika itu adalah kumpulan Sweet Charity
yang mula menghasilkan album pada penghujung tahun 70an. Sweet Charity mengetengahkan
muzik slow rock & hard rock. Lagu-lagu seperti Sejuta Wajah, Kamelia, Jangan Tunggu Lamalama, Batu dll antara lagu yang diminati ramai dari kumpulan Sweet Charity yang dianggotai
Ramli Sarip (vokal), Rosli Mohalim (gitar utama), Ahmad Jaafar (keyboard), Rahman Sarbani
(drum),
Syed
Hasan
(bass)
dll.

Kumpulan Kembara juga pada tahun 1985 menampilkan irama yang lebih heavy dalam album
Duit. Disamping itu, kumpulan Headwind yang tampil pada awal 80an juga menampilkan irama
yang
ke
arah
rock
n
roll.
Irama rock mula digilai golongan muda bermula tahun 1985. Sebelum itu, pada tahun 1984
kumpulan Sweet Charity menampilkan album Berita Gempa yang mengetengahkan muzik hard
rock. Pada tahun 1985, bekas vokalis Sweet Charity, Ramli Sarip tampil dengan album solo
pertamanya berjudul Panah Beracun yang menjadi salah satu pencetus irama rock pada ketika
itu. Kumpulan Search yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan irama rock di Malaysia
tampil dengan album pertamanya berjudul Cinta Buatan Malaysia pada tahun 1985. Search pada
ketika itu dianggotai oleh Amy (vokalis), Yazit (drum), Yan (bass), Man Kidal (gitar utama) dan Din

(gitar kedua). Album Cinta Buatan Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan dari
peminat
dan
berjaya
mencapai
jualan
pada
tahap
gold
disc.
Pada tahun 1985 juga, siri konsert Battle of The Bands yang dianjurkan oleh Box Office yang
menampilkan kumpulan-kumpulan yang menjadi juara dalam siri pertandingan Battle of The
Bands telah diadakan. Siri konsert jelajah Battle of The Bands menampilkan kumpulan
Lefthanded (Johor), Bloodshed (Selangor), Ella & The Boys, SYJ (Ipoh) & Rahim Maarof &
Whitesteel. Lagu-lagu seperti Debunga Wangi & Lanun (Lefthanded), Dua Insan Bercinta (Ella &
The Boys), Ilusi Sebuah Mimpi (Bloodshed), Orang Timur & Debu Hayalan (SYJ) & Jumpa Sekali
Lagi & Sengketa (Rahim Maarof & Whitesteel) menjadi siulan peminat rock pada ketika itu.
Guitaris-guitaris, drummer & vokalis-vokalis hebat juga muncul dari siri Battle of The Bands
seperti Nash (vokalis) & Man Kidal (guitarist) dari kumpulan Lefthanded, Roshdan (vocal) &
Hamdan Reko (guitarist) dari kumpulan Bloodshed, Ella (vokalis) dan Lord (gitar utama) dari Ella
& The Boys, Amir (vokalis), Zamri (guitarist) & Eduat (drummer) dari kumpulan SYJ menjadi
terkenal
pada
ketika
itu.
Siri Battle of The Bands juga diterbitkan dalam bentuk album iaitu Battle of The Bands 1 & 2 yang
dihasilkan pada tahun 1985 & 1986. Malang menimpa bagi kumpulan-kumpulan rock pada tahun
1986. Pada salah satu siri konsert Battle of The Bands di Tapak Pesta Pulau Pinang, penonton
menjadi tidak terkawal akibat jumlah kehadiran peminat yang terlalu ramai sehingga
menyebabkan peminat merusuh memaksa pihak FRU dikerah untuk mengawal suasana.
Ekoran kejadian tersebut, konsert rock diharamkan oleh kerajaan pada ketika itu. Susulan itu
muzik rock dipandang negatif dan dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.
Pada tahun 1986 juga telah muncul siri album Juara-juara Rock I. Siri Juara-juara Rock di barisi
oleh juara-juara siri pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat rakaman Warnada. Antara
kumpulan rock yang membarisi album Juara-Juara Rock adalah kumpulan M.A.Y, kumpulan
Burnmarks, kumpulan D'Febian, kumpulan Metalian dan kumpulan Scandals. Siri Juara-juara
Rock kemudian tampil dengan album kedua pada tahun 1987, Juara-Juara Rock 2.
Sementara itu, syarikat Life Records telah menghasilkan album Clash of The Bands yang
menampilkan kumpulan TZ (Twilight Zone), Trashed, Handy Black, Last Minute & Helter Skelter
(Singapura).

Tahun 1986, kumpulan Search muncul dengan album kedua, Langit dan Bumi. Search pada
waktu itu menampilkan Amy (vokalis), Hillary Ang (lead guitar), Nordin (Rythm Guitar), Nasir
(bass) & Yazit (drum). Lagu-lagu seperti Kejora, Bisa, Kau Pergi menjadi kegemaran ramai. Pada
masa yang sama, ikon rock Ramli Sarip tampil dengan album solo kedua, Bukan Kerana Nama.

Pada tahun 1986 juga, kumpulan Lefthanded muncul dengan album pertama mereka 'Keadilan'
yang memuatkan lagu-lagu popular seperti Tiada Lagi Kidungmu, Lagenda Cinta, Ku Kehilangan
Cinta 3 Dimensi dan Debunga Wangi. Anggota Lefthanded semasa album tersebut adalah Man
Kidal (lead guitar), Nash (Vokal), Yan (bass) & Man Dayak (drum). Pada tahun yang sama
kumpulan heavy metal terkenal dari Singapura, Rusty Blades tampil dengan album EP, 786 Ikrar
Perwira bersama kumpulan Pelangi. Rusty Blades pada ketika itu dianggotai oleh Yantzen
(vokal), Khalid Mobin (gitar utama), Mamat (gitar kedua), Razak (bass) & Zizan (drum).

Ella & The Boys turut menghasilkan album pertama mereka, Ella & The Boys 1 pada tahun 1986.
Antara lagu hits dari album tersebut adalah Dua Insan Bercinta, Pesanan Terakhir dll. Kemudian
disusuli
album
kedua
Ella
&
The
Boys
2
pada
tahun
yang
sama.

Bermula tahun 1987, muzik rock mula melonjak dan menjadi irama kegemaran golongan muda.
Kumpulan SYJ (dikenali Sofea) tampil dengan album pertama mereka, 'Kembali' yang
menampilkan semula lagu hits mereka dari album Battle of The Bands seperti Orang Timur &
Debu
Hayalan.
Lain-lain
lagu
hits
adalah
Kembali.
Kumpulan Lefthanded pula tampil dengan album kedua mereka, Seruan yang diterbitkan oleh
Ramli Sarip. Lagu-lagu hits dari album tersebut seperti Ku Di halaman Rindu, Kenangan
Bersamamu & Sentuhan Kidal. Kumpulan Search turut tampil dengan album ke-3 mereka,
Mentari Merah Di Ufuk Timur yang melonjakkan populariti mereka. Lagu hebat mereka, Fantasia
Bulan Madu memonopoli carta hits pada ketika itu. Ella & The Boys tampil dengan album ketiga
mereka berjudul 'Anak Merdeka' yang menampilkan lagu diminati ramai seperti Catatan Tika
Rindu
&
Ku
Tak
Lagi
Kesunyian.
Manakala kumpulan Bloodshed yang terlibat dalam siri album Battle of The Bands 1 & 2 (19851986) tampil dengan album sulung mereka juga pada tahun 1987 berjudul Illusi Sebuah Mimpi
yang juga menjadi lagu hits dalam album tersebut. Lain-lain lagu yang diminati adalah Memori
Biru.

Tahun 1987 menyaksikan kumpulan-kumpulan rock muncul dengan banyaknya. Kumpulan Wings
tampil dengan album sulung mereka berjudul Belenggu Irama pada tahun 1987. Lagu kontroversi
tersebut menyebabkan kumpulan Wings digam oleh pihak RTM pada ketika itu. Wings diwaktu itu
dianggotai oleh Awie (vokalis), Syam (gitar utama), Eddie (bass) dan Black (drum). Walaupun
digam oleh pihak RTM, album tersebut mendapat sambutan yang hebat dari peminat rock. Lagulagu yang menjadi pilihan dalam album tersebut adalah Belenggu Irama, Intanku Kesepian,
Inspirasi Tamingsari, Peronda Jaket Biru & Biarkan Berlalu. Selepas album dikeluarkan, Syam
telah
berundur
dari
kumpulan Wings.
Tempat
Syam digantikan oleh Tam.
Ramli Sarip pula muncul dengan album ketiga solonya berjudul Perjalanan Hidup pada tahun
1987. Lagu-lagu seperti Perjalanan Hidup, Awas Dadah Merbahaya antara lagu kegemaran ramai
dari
album
tersebut.
Kumpulan Bumiputra Rockers (BPR) juga tampil dengan album sulung mereka, Selamat Pagi
Malaysia pada tahun 1987 di bawah naungan ITO Production. BPR pada waktu itu dianggotai
oleh Joey (vokalis), Awang (gitar utama), Yem C (gitar kedua), Yem Bai (bass) dan Zainal (drum).
Lagu popular dari album tersebut adalah Maghrib, Hilang & Istilah Cinta.
Kumpulan heavy metal dari Singapura, Rusty Blade, tampil dengan album kedua mereka
Rintangan Hidup Dunia. Lagu-lagu seperti Penantian, Kehilangan merupakan lagu hits dari album
tersebut. Sebuah lagi kumpulan dari Singapura The Unwanted juga muncul dengan lagu popular
mereka
Terperangkap
Dalam
Sinaran.
Kumpulan Belantara muncul dengan album sulungnya berjudul Belantara pada tahun 1987.
Kumpulan yang dianggotai oleh penuntut universiti di luar negeri itu tampil tanpa mendedahkan
identiti
mereka.
Lagu
seperti
Sutra
menjadi
lagu
hits
mereka.
Hattan turut tampil dengan album pertama beliau pada tahun 1987. Kumpulan Wizards juga
tampil dengan album pertama & terakhir mereka yang berjudul Pencarian. Sons of Adam yang
mengetengahkan irama pop rock turut tampil dengan lagu hits mereka Memori Luka.
Kumpulan D'Episodes dari Singapura juga tampil dengan album sulung mereka Kekejaman Cinta
yang
juga
menjadi
lagu
hits
mereka.

Tahun 1988 merupakan kemuncak pada kumpulan-kumpulan rock. Banyak kumpulan rock baru
muncul pada tahun 1988 selepas era kegemilangan rock bermula tahun 1987. Antara kumpulankumpulan rock baru yang muncul pada tahun 1988 adalah Kumpulan Desire, Junction, Urgent,
Putra, Medicine, Gersang, Lagenda, Misteri, Justice, Stripes, Loving Born, Victim, Handy Black,
Ruhil,
Wizards
dll.
Manakala kumpulan yang pernah bergabung dalam album Juara-juara rock seperti kumpulan
MAY, D'Febians yang kemudian dikenali sebagai Febians, Metalian, Burnmark juga telah muncul
dengan
album
penuh
pertama
masing-masing.
Kumpulan Wings yang berjaya mendapat sambutan ramai dengan album sulung mereka
Belenggu Irama pula tampil dengan album kedua berjudul Hukum Karma yang terus melonjakkan
nama Wings di persada muzik Malaysia & Singapura. Lagu hits yang menjadi kesukaan ramai
sehingga kini yang terdapat album tersebut adalah Taman Rasyidah Utama, Misteri Mimpi
Syakilla, Hukum Karma & Opera Hidup. Gitaris baru Wings, Joe (bekas gitaris kumpulan
Scandals) membuat penampilan sulung dalam album ini menggantikan Syam & Tam yang
mengundur
diri
dari
kumpulan
Wings.
Search pada tahun 1988 menghadapi sedikit masalah disebabkan tindakan mereka yang ingin
keluar dari syarikat rakaman Polygram yang pada ketika itu dalam proses melancarkan album ke4 Search. Album yang diberi judul Berpaling muncul juga walaupun tanpa kehadiran Search.
Album tersebut mengandungi lagu seperti Setelah Hujan dan Berpaling. Dalam tahun tersebut
juga, 2 anggota Search ditahan pihak polis disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, tetapi
kemudian
dibebaskan.
Kumpulan Sofea (SYJ) pula tampil dengan album kedua mereka yang berjudul Anak Liar. Album
yang diterbitkan dan dipasarkan oleh syarikat rakaman Warnada dan diterbitkan oleh Thomas
Ham menampilkan lagu-lagu hits seperti Bunga Padang Pasir dan Suratan Perpisahan yang
dinyanyikan oleh Man Rani (pemain bass). Album tersebut juga mendapat sambutan yang hebat
daripeminat rock. Sofea menampilkan Amir, Man Rani dan dua anggota baru iaitu Fancy (gitar
utama)
dan
Ujang
drum)
menggantikan
tempat
Zam
dan
Nahar.

Lefthanded pula tampil dengan album ketiga mereka iaitu Qabul. Lagu-lagu dari album ini adalah
Maya Persada, Hidup dan Perjuangan dan Restu Yang Abadi. Album tersebut masih
menampilkan
Ramli
Sarip
selaku
penerbit
seperti
album
sebelumnya.
Bekas penyanyi The Boys, Ella pula tampil dengan album solo pertamanya berjudul Dunia
Kehidupan. Album tersebut diterbitkan oleh Ramli Sarip. Lagu-lagu popular dari album tersebut
adalah
Pengemis
Cinta.
Manakala The Boys telah tampil dengan penyanyi baru, Shima dan dikenali Shima & The Boys.

Ramli Sarip pula muncul dengan album solo keempatnya berjudul Istilah. Lagu Istilah Bercinta
merupakan
lagu
hits
dari
album
tersebut.
Kumpulan Rusty Blade turut muncul dengan ketiga mereka Berat. Album tersebut menampilkan
lagu-lagu heavy metal seperti Berat, Jarum Yang Halus, Jasa Tok Janggut dan lagu slow rock hit
mereka Tercipta Kasihku. Album tersebut diterbitkan sendiri oleh Rusty Blade.

Syarikat Box Office di bawah Ali Bakar turut tampil dengan album kompilasi juara-juara rock
dalam album Hikayat Rok. Album tersebut menampilkan kumpulan Angel Hearts, Steeler,
Trooper, Saxo, Rythm Machine, D'Riyadh, Hydra, A.S.K, Laser Ray & Sweet Inspiration. Lagulagu hits dari album tersebut adalah Ku Kehilanganmu (Angel Hearts) & Dunia Perhitungan
(D'Riyadh).

Satu lagi album gabungan kumpulan-kumpulan rock adalah Pancakara di Cakerawala. Album ini
menampilkan
D'Riyadh,
Sallam,
Manakala album Batu-batu Perjuangan menampilkan kumpulan Sallam, Nuzzantara, Firestarter,
Figures
&
Garhana.
Album gabungan War Rock pula menampilkan kumpulan Black City Rockers, Kejora, Stroyer &
Dewanga.
Kumpulan Bumiputra Rockers pula muncul dengan album kedua mereka yang diberi judul Bisa.
Album tersebut memuatkan banyak lagu hits mereka seperti Seribu Tahun Takkan Mungkin, Aku
Hanya Serangga dan Harum Subur di Hati. Dalam album ini Haron menyertai BPR menggantikan
Yem
C
sebagai
gitaris
kedua.
Pada tahun 1988 juga kumpulan heavy metal terkenal dari Singapura, Rockers tampil dengan
album sulung mereka Kekejaman. Album tersebut mengetengahkan rentak heavy metal. Lagulagu hits dari album tersebut adalah Memori, Kenangan Cinta Pertama dan Pengorbanan Cinta.

Posted 15th June 2013 by Miezan


1

View comments
1.
abu semahJune 12, 2015 at 9:34 AM
bos..kumpulan teras ngan cobra x de ke??
Reply

Ceritaku

Classic

Flipcard

Magazine

Mosaic

Sidebar

Snapshot

Timeslide

1.
APR

24

Lagenda Rock - Kumpulan Lefthanded

Kumpulan Lefthanded merupakan salah satu kumpulan rock yang mula muncul ketika era rock
baru bermula. Lefthanded ditubuhkan pada awal tahun 80-an dan seangkatan kumpulan Search.
Lefthanded diasaskan oleh Man Kidal dan Yan. Pada awal penubuhannya kumpulan Lefthanded
banyak terlibat sebagai kumpulan pengiring kepada Ramli Sarip & Rahim Maarof. Anggota
Lefthanded pada awal penubuhannya adalah Man Kidal (gitar utama), Yan (bass), Man Dayak
(drum),
Samad
(gitar
kedua)
dan
Roy
selaku
penyanyi
awal.
Lefthanded kemudian menyertai pertandingan Juara Rock pada tahun 1983. Selepas menyertai
pertandingan Juara Rock, kumpulan Lefthanded mula dikenali. Mereka banyak mengadakan
persembahan di sekitar Johor. Roy kemudian mengundurkan diri dari kumpulan Lefthanded.
Nash
masuk
menggantikan
Roy
selaku
vokalis
utama.
Bermula tahun 1985, kumpulan Lefthanded mula aktif mengadakan persembahan disekitar
Johor. Pada tahu tersebut juga, pengasas Lefthanded iaitu saudara Man Kidal dan Yan dijemput
untuk menjadi pemuzik untuk album pertama Search, Cinta Buatan Malaysia menggantikan
tempat Hillary Ang (gitar utama) dan Nasir Daud (bass) yang mengundur diri sebelum album
pertama
Search
diterbitkan.
Pada tahun 1986 kumpulan Lefthanded menyertai siri Konsert Battle of The Bands anjuran Box
Office yang dikendalikan oleh saudara Ali Bakar. Lefthanded bersama kumpulan Bloodshed, SYJ,
Rahim Maarof & Whitesteel & Ella & The Boys telah berkolaborasi menghasilkan album Battle of
The Bands 1 & 2 pada tahun 1986.
Posted 24th April 2015 by Miezan
0

Add a comment

2.
DEC

25

Kumpulan Rock Lagenda - Search

Kumpulan Search merupakan satu nama yang tidak asing di persada muzik tanahair. Kumpulan
Search merupakan kumpulan pelopor pada zaman kegemilangan muzik rock pada pertengahan
tahun 80-an. Search ditubuhkan pada tahun 1981. Anggota asal Search semasa awal
penubuhannya adalah Zainal Rampa (penyanyi), Yazit (drum), Hillary (guitar) dan Nasir (bass).
Amy kemudian menjadi vokalis Search selepas Zainal Rampa mengundurkan diri. Search pada
awal penubuhannya banyak mengadakan persembahan di kelab-kelab malam sekitar Kuala
Lumpur. Bakat nyanyian Search mula mendapat minat komposer lagu terkenal, M Nasir. Pada
tahun 1985, Search mendapat tawaran untuk merakamkan album sulung pertama mereka oleh
syarikat rakaman Polygram. Album yang diberi judul Cinta Buatan Malaysia tersebut merupakan
satu-satunya album yang mula menampilkan irama rock yang berkonsep rock n roll, hard rock
dan slow rock. M Nasir merupakan penerbit album tersebut disamping turut menyumbangkan
lagu-lagu
dalam
album
ini.
Semasa album Cinta Buatan Malaysia, anggota Search yang asal adalah Amy (vokal), Din (gitar
kedua) dan Yazit selaku pemain drum. Manakala anggota Lefthanded iaitu Man Keedal (gitaris
utama) dan Yan (bass) diundang untuk menjayakan album tersebut. Album yang mendapat
sentuhan M Nasir menampilkan lagu-lagu seperti Kejora, Isi dan Kulit, Cinta Sepi, Balada
Pemuzik Jalanan & Cinta Buatan Malaysia. Album terebut berjaya mencapai tahap jualan
melebihi
25,000
unit
dan
melayakkan
Search
menerima
Cakera
Emas.
Album kedua Search, Langit dan Bumi diterbitkan pada tahun 1986 setelah kejayaan album
sulung mereka. Langit dan Bumi turut diterbitkan oleh M Nasir dan kebanyakan lagu dalam album
ini adalah sumbangan beliau. Album yang menampilkan rentak rock yang lebih 'heavy' dari album
pertama menampilkan anggota Search yang asal iaitu Amy (vokalis), Hillary Ang (gitar utama),
Din (gitar kedua), Nasir (bass) dan Yazit selaku pemain drum. Lagu-lagu hits dari album Langit
dan Bumi adalah Meniti Titian Usang, Rozana, Pasti, Bisa dan Kau Pergi. Search masih
bernaung
di
bawah
syarikat
rakaman
Polygram
untuk
album
tersebut.
Langit dan Bumi berjaya terjual melebihi 45,000 unit dan melayakkan Search menerima Cakera
Platinum. Search juga mula mengadakan konsert samada di tapak pesta, ekspo dan di
televisyen. Antara konsert live yang disertai Search adalah konsert di Panggung Anniversary.
Pakaian Search turut menjadi ikutan para rockers dan menjadi trend kebanyakan kumpulan rock
era 80-an dan 90-an. Gitaris Search, Hillary Ang juga merupakan salah seorang pelopor gitar
hero dan merupakan salah seorang gitaris terbaik di Malaysia pada ketika itu selain Man Kidal
dari kumpulan Lefthanded, Lord dari Kumpulan Ella & The Boys dan Hamdan Reko dari
kumpulan
Bloodshed.
Album ketiga Search Mentari Mentari Merah Di Ufuk Timur berjaya meletakkan nama kumpulan
Search sebagai kumpulan rock paling popular pada ketika itu. Mentari Merah Di UfukTimur
dihasilkan pada tahun 1987 di bawah syarikat rakaman Polygram Record. Album yang diterbitkan
oleh M Nasir tersebut mengandungi lagu-lagu hits evergreen Search seperti Fantasia Bulan
Madu, Mentari Merah di Ufuk Timur, Gadisku, Sebatang Tongkat Untuk Berdiri dan lain-lain lagu.
Mentari Merah di Ufuk Timur berjaya dijual melebihi 100,000 unit dan menjadikan Search sebagai

kumpulan rock no.1 di Malaysia. Search turut mendapat banyak undangan pertunjukan pentasdi
seluruh
Malaysia
dan
Singapura
dan
rakaman
televisyen.
Manakala lagu berentak slow rock Fantasia Bulan Madu menjuarai kebanyakan carta popular
pada
ketika
itu.
Tahun 1988 merupakan tahun yang sukar buat kumpulan Search. Pada tahun tersebut kumpulan
Search menghadapi konflik dengan syarikat rakaman Polygram. Ini berikutan Search tidak
berpuashati dengan kontrak mereka bersama Polygram yang dikatakan tidak adil. Pertelagahan
antara Search dan pihak Polygram berlarutan sehingga ke mahkamah. Album Search yang
dilancarkan oleh Polygram pada tahun tersebut juga tidak mendapat kerjasama dari kumpulan
Search.
Album yang berjudul Di Pintu Sepi tersebut mengadungi 5 lagu baru dan lima lagu dari album
Search terdahulu. Antara lagu baru dalam album tersebut adalah Di Pintu Sepi, Gadis Ayu,
Setelah Hujan, Kau Akan Tahu dan Pasti. Pada tahun yang sama 2 anggota kumpulan Search
iaitu Hillary Ang dan Nordin ditahan pihak berkuasa atas tuduhan penyalahgunaan dadah tetapi
dibebaskan kemudian. Kumpulan Search akhirnya menang kes tuntutan mereka untuk keluar dari
Syarikat
Rakaman
Polygram.
Tahun 1989 merupakan tahun yang paling gemilang buat kumpulan Search. Pada tahun tersebut
Search telah menghasilkan album kelima (keempat secara rasmi) bersama syarikat PMC (Pacific
Music Corporation) yang kemudian dikenali sebagai BMG. Tahun tersebut juga kumpulan Search
telah menubuhkan syarikat mereka sendiri iaitu Go-Search yang bertanggungjawab menerbitkan
album Fenomena. Album tersebut merupakan album Search yang paling berjaya dan
mengandungi lagu hits Search, Isabella. Isabella berjaya menjulang nama kumpulan Search di
persada muzik di Malaysia, Singapura, Brunei dan turut mendapat sambutan menakjubkan di
Indonesia. Isabella turut menobatkan Search sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 1989.
Dalam album tersebut turut mengandungi lagu-lagu hits lain seperti Gadis Misteri, Fenomena,
Pawana, Kutaklukkan Dunia, Bencana, Derap Komando dan lain-lain. Album yang diterbitkan
oleh M Nasir dan dirakamkan di Jakarta itu berjaya mencatatkan jualan melebihi 200,000 unit di
Malaysia. Manakala sambutan yang hebat terhadap album Fenomena di Indonesia menyaksikan
jualan melebihi 2 juta unit. Search turut mengadakan konsert bergerak ke seluruh Indonesia
berikutan
sambutan
yang
hebat
dari
peminat
di
sana.
Selepas kejayaan besar album Fenomena pada tahun 1989, Search kemudian menghasilkan
album kelima mereka yang diberi judul Karisma pada tahun 1990. Album tersebut diterbitkan oleh
Go-Search dan diedarkan oleh syarikat BMG. Album yang diterbitkan oleh M Nasir tersebut
menampilkan lagu-lagu seperti Teguh, Sutra atau Rayon, Melayar Bahtera, Manusia Reptilia,
Paranoid dan lain-lain lagu. Dalam album Karisma, Search cuba melakukan sedikit perubahan
pada rentak muzik yang ditampilkan dengan menampilkan rentak rock yang lebih heavy dari
album
terdahulu.
Walaupun tidak mendapat sambutan yang hebat seperti album Fenomena, jualan bagi album
Karisma berjaya mencapai lebih 100,000 unit.Dalam masa yang sama Search juga banyak
mengadakan
konsert
bergerak
ke
seluruh
tanahair
anjuran
Salem.

Penghujung 1991 kumpulan Search buat julung kalinya berkolaborasi bersama kumpulan Wings
untuk menghasilkan album Double Trouble. Album yang diterbitkan oleh M Nasir tersebut
mengandungi lima lagu dari Kumpulan Search dan lima lagu dari Wings. Lagu hits dari album
tersebut adalah Gemuruh dan Ikutkan Saja yang dinyanyikan bersama oleh Search & Wings dan
hasil
ciptaan
M
Nasir.
Selepas penghasilan album Double Trouble, Search & Wings turut mengadakan siri konsert
Jelajah Double Trouble ke seluruh bandar besar di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan
Singapura.
Posted 25th December 2014 by Miezan
0

Add a comment

3.
DEC

16

Zaman Kegemilangan Rock - Tahun 1992

Tahun 1992 menyaksikan irama rock masih diminati ramai. Namun kebanyakan kumpulankumpulan rock terkenal telah berpecah seperti Lefthanded, Bumiputra Rockers, Rockers dan lainlain
nama
besar.
Tidak kurang juga kumpulan yang bertukar anggota seperti kumpulan M.A.Y. yang mendapat
vokalis baru, Yantzen (bekas vokalis Rusty Blade). Manakala kumpula Sofea / S.Y.J muncul
dengan album baru bersama penyanyi baru. Album yang diberi judul Mimpi dan Airmata itu
menampilkan Zan selaku vokalis dan kemasukan semula pemain drum asal SYJ iaitu Eduat dan
gitaris baru, Atanka menggantikan Fancy. Manakala Man Rani merupakan satu-satunya anggota
asal yang kekal. Antara lagu hits dari album Mimpi & Airmata adalah Bersama Mimpi & Airmata
nyanyian
Man
Rani.
Satu lagu kumpulan rock popular yang masih bertahan pada tahun 1992 adalah kumpulan M.A.Y.
Kumpulan M.A.Y. yang pada ketika itu kehilangan penyanyi utama mereka, Mus telah
mendapatkan penyanyi rock yang tidak asing lagi, J Yantzen (bekas vokalis Rusty Blades).
Kumpulan M.A.Y telah berhijrah ke syarikat rakaman Suria Record dan menghasilkan album
yang diberi judul Zeit Geist pada tahun 1992. Line-up M.A.Y. masih mengekalkan Man (drum),
Abu
(gitaris
utama),
Yus
(bass)
dan
Yantzen
(vokalis).
Dalam album Zeit Geist, lagu Meniti Suratan ciptaan Saari Amri merupakan lagu hits M.A.Y dan
berjaya menduduki carta lagu popular. Album tersebut berjaya mencatat lebih 100,000 unit dan
menaikkan
semula
nama
kumpulan
M.A.Y.
Manakala Ratu Rock Ella turut muncul dengan album baru pada tahun 1992. Album yang diberi
judul 30110 itu menampilkan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah sebagai lagu hits. Kumpulan
rock popular, Wings pula muncul dengan album koleksi mereka Best of Wings. Album tersebut

mengandungi lagu-lagu Wings dari album Belenggu Irama, Hukum Karma dan Teori Domino
yang dirakamkan semula disamping sebuah lagu baru diberi judul Hutan Simpan.
Kumpulan rock paling popular, Search turut muncul dengan album terbaru mereka Rampage
pada tahun tersebut. Kebanyakan lagu dalam album Rampage merupakan ciptaan Search yang
juga bertindak selaku penerbit album. Lagu-lagu hits dari album Rampage adalah Asli & Tulus,
Berbagai Wajah, Nirmala dan Nigina. Album Rampage mengembalikan semula rentak hard rock
& slow rock seperti album-album awal Search. Yan bekas pemain bass Lefthanded bertindak
selaku
bassist
Search.
Kumpulan XPDC yang mula mencipta nama dengan album pertama mereka Darjah Satu pada
tahun 1990 , muncul dengan album kedua mereka yang berjudul Timur Barat. Album yang masih
diterbitkan oleh Syarikat Life Record ini menampilkan lagu seperti CT Cinta Kenangan Silam dan
Impian Seroja. J.S. Kevin masih menjadi penerbit untuk album tersebut. Album tersebut berjaya
terjual
melebihi
100,000
unit.
Tahun 1992 juga menyaksikan kemunculan irama rock yang lebih keras, Thrash Metal. Kumpulan
seperti Cromok, FTG, Silkhannaz dan lain-lain. Cromok dan FTG (Freedom That's Gone)
merupakan pelopor era Thrash Metal. Cromok muncul dengan EP pertama mereka yang diberi
judul Image of Purity keluaran VSP manakala FTG turut muncul dengan EP pertama mereka
dengan judul Freedom That's Gone keluaran syarikat FGM. Lain-lain kumpulan Thrash Metal
yang muncul pada tahun tersebut adalah Silkhannaz, Suffercation & Silent Death.
Dalam tahun yang sama juga satu lagi irama baru muncul iaitu irama alternatif. Kumpulan seperti
The Pilgrims merupakan kumpulan terawal yang membawa irama alternatif. Pilgrims tampil
dengan
album
sulung
Perfume
Garden
pada
1992.
Kumpulan Springs yang menghasilkan album pertama pada 1991 turut muncul dengan album
kedua mereka, Sampai Hati. Album tersebut melonjakkan kumpulan Spring dengan lagu hits
Sampai Hati. Album tersebut berjaya mencatatkan jualan melebihi 100,000 unit.
Antara kumpulan baru yang muncul pada tahun 1992 seperti Kumpulan Qiara dengan lagu
Hanya Padamu, Kumpulan Panji dengan lagu Semilir, kumpulan Zabarjad (Karam), Lestari (Cinta
Itu
Ketawa
&
Airmata).

Posted 16th December 2014 by Miezan


0

Add a comment

4.
OCT

22

Kumpulan Rock Lagenda - Wings

Kumpulan Wings merupakan salah satu kumpulan rock yang paling berpengaruh di Malaysia,
Brunei & Singapura. Kumpulan Wings merupakan salah satu kumpulan rock yang bertuah kerana
muncul
ketika
irama
rock
sedang
menjadi
kegilaan.
Pada awal penubuhannya, Wings dianggotai oleh empat orang remaja yang baru menamatkan
alam persekolahan. Anggota asal kumpulan Wings pada awal penubuhannya adalah Awie
(vokal), Jojet (drum), Sham (gitar utama) dan Zul (gitar bass). Pada tahun 1985 Jojet telah
meninggalkan kumpulan Wings untuk menyertai Gersang dan Zul juga turut berundur. Tempat
Jojet
telah
digantikan
oleh
Black,
manakala
Eddie
menggantikan
Zul.
Mereka juga bertuah kerana mendapat tawaran menghasilkan album sulung mereka pada tahun
1987 tanpa menyertai sebarang pertandingan antara band-band rock pada ketika itu seperti
Juara-juara Rock dan lain-lain. Disamping itu kumpulan Wings turut mendapat khidmat penerbit
tersohor, M Nasir untuk album sulung mereka, Belenggu Irama yang diterbitkan oleh Syarikat
ASP (Antartic Sound Production). Album Belenggu Irama mendapat sambutan hangat dari
peminat irama rock tanahair walaupun digam oleh Kementerian Penerangan menerusi saluran
televisyen dan radio RTM. Hanya pihat TV3 menerusi rancangan muzik-muzik yang menyiarkan
lagu dari Wings. Lagu-lagu yang mendapat sambutan hangat dari album Belenggu Irama adalah
Belenggu Irama, Intanku Kesepian, Peronda Jaket Biru, Dari Tuhan, Biarkan Berlalu dan Inspirasi
Tamingsari. Dalam album pertama Wings juga nama pencipta J.S. Kevin mula dikenali menerusi
lagu
Biarkan
Berlalu.
Wings banyak mengadakan konsert di ekspo-ekspo dan pesta di seluruh Semenanjung Malaysia
selepas menghasilkan album Belenggu Irama. Tidak lama selepas album Belenggu Irama, gitaris
utama Wings, Sham telah mengundurkan diri. Tempat Sham selaku gitaris digantikan oleh Tham.
Tidak lama selepas menyertai Wings, Tham turut berundur. Bekas gitaris kumpulan Scandals dari
siri Juara-juara Rock, Joe telah menggantikan tempat Tham. Album Belenggu Irama berjaya
mendapat anugerah platinum selepas jualan album tersebut melebihi 50,000 unit.
Selepas kejayaan album Belenggu Irama, Wings muncul dengan album kedua mereka, Hukum
Karma pada tahun 1988. Album Hukum Karma merupakan salah satu album terbaik dan
melonjakkan nama Wings di persada muzik terutamanya muzik rock. Album yang masih
diterbitkan oleh M Nasir tersebut mengandungi banyak lagu-lagu hits Wings. Antara lagu popular
Wings dalam album Hukum Karma adalah Misteri Mimpi Syakilla yang berjaya melonjakkan nama
JS Kevin sebagai pencipta lagu terkenal, Taman Rasyidah Utama, Hukum Karma, Opera Hidup,
Anugerah dan lain-lain. Album Hukum Karma berjaya terjual melebihi 100,000 unit. Kumpulan
Wings juga banyak mendapat jemputan untuk mengadakan konsert di seluruh Malaysia,
Singapura dan Brunei. Lagu Misteri Mimpi Syakilla dan Taman Rasyidah Utama turut berjaya
memasuki peringkat akhir Juara Lagu 1989. Bob Lokman merupakan pengurus Wings pada
waktu
itu.
Selepas kejayaan besar album Hukum Karma, Wings muncul dengan album ketiga mereka
berjudul Teori Domino pada tahun 1990. Album Teori Domino turut di terbitkan oleh M Nasir.
Album yang berubah sedikit rentak muzik rock ini menampilkan lagu hits Sejati yang dicipta oleh
M Nasir. Lain-lain lagu adalah Harapan, Bujang Senang, Teori Domino, Rantai, Midnight Blues

dan Potret Monalisa. Walaupun tidak sehebat album Hukum Karma, album Teori Domino turut
terjual melebihi 100,000 unit. Lagu Sejati turut berjaya memasuki peringkat akhir Juara Lagu
1990. Album Teori Domino menyaksikan Wings mula menubuhkan syarikat sendiri iaitu Fly-Wings
dan
menyertai
syarikat
rakaman
BMG
Music.
Selepas album Teori Domino, drummer kumpulan Wings, Black telah mengundurkan diri. Tempat
Black telah digantikan oleh Jojet bekas drummer kumpulan Gersang. Pada tahun 1991, Wings
muncul dengan album keempat mereka, Jerangkung Dalam Almari. Album Jerangkung Dalam
Almari turut diterbitkan oleh M Nasir. Album tersebut agak tenggelam disebabkan ketiadaan lagu
killer song. Lagu yang diminati dari album tersebut adalah Aku Pun Tahu, Dalam Kehadiran Sofia,
Rock n Roll Lu Punya Suka dan lain-lain lagi. Wings turut terlibat dalam konsert bergerak secara
besar-besaran
anjuran
Salem
bersama
Search
dan
Ella
pada
ketika
itu.
Kumpulan Wings banyak mengadakan siri konsert bergerak berskala besar antara tahun 1991 1992. Antaranya Konsert Wings di Stadium Negara. Wings turut muncul dengan album Best of
Wings pada tahun 1992. Album tersebut merupakan himpunan lagu-lagu terbaik Wings yang
dirakamkan semula dari album Belenggu Irama, Hukum Karma, Teori Domino dan Jerangkung
Dalam Almari. Satu lagu baru diselitkan dalam album tersebut berjudul Hutan Simpan.
Pada bulan Disember 1992, kumpulan Wings telah bergabung tenaga dengan kumpulan Search
untuk menghasilkan album gabungan pertama mereka yang diberi judul Double Trouble. Album
tersebut diterbitkan oleh M Nasir. Kumpulan Search dan Wings merupakan kumpulan rock paling
popular pada ketika itu. Lagu-lagu hits dari album Double Trouble adalah Gemuruh dan Ikutkan
Saja. Search dan Wings turut mengadakan konsert jelajah Double Trouble ke seluruh pelosok
tanahair. Konsert berskala besar tersebut mendapat sambutan yang hebat dari peminat rock.
Bermula tahun 1993, anggota kumpulan Wings mula melibatkan diri dengan bidang lakonan
terutamanya vokalis mereka, Awie. Filem pertama lakonan Awie adalah Pemburu Bayang
bergandingan dengan ratu rock Ella. Filem tersebut berjaya mencatatkan rekod box-office.
Berbalik kepada kumpulan Wings. Pada tahun 1993, Wings muncul dengan album kelima mereka
yang diberi judul Bazooka Penaka. Album Bazooka Penaka dirakamkan di Sydney Australia dan
diterbitkan oleh M Nasir. Album tersebut merupakan album terbaik bagi kumpulan Wings dari segi
kualiti rakaman, muzik dan susunan lagu. Lagu-lagu hits dari album Bazooka Penaka adalah
Pengabdian Ku Kekasih, Di Ambang Wati, Bernafas Dalam Lumpur. Album Bazooka Penaka juga
menyaksikan kumpulan Wings berada di persimpangan antara karier nyanyian dan lakonan.
Wings turut berada diambang perpecahan disebabkan komitmen lakonan dan nyanyian oleh
anggota Wings yang menyaksikan Wings jarang dapat bergabung untuk konsert-konsert.
Akibat tiada persefahaman, Awie telah megundurkan diri dari Wings untuk memberi tumpuan
terhadap bidang lakonan dan nyanyian solo. Awie muncul dengan album solo pertama beliau,
Tragedi Oktober pada tahun 1995. Manakala kumpulan Wings yang kehilangan vokalis utamanya
telah melancarkan album projek, Wings & Superfriends yang menggabungkan Wings dan artisartis terkenal terutamanya dalam muzik rock di samping usaha mencari vokalis utama yang baru
bagi menggantikan Awie. Wings pada ketika itu berada dalam kedudukan yang hampir-hampir
menyebabkan
perpecahan.

Album yang diberi judul Opera Dalam Kenangan itu diterbitkan pada tahun 1994 dan
mengandungi 2 bahagian, iaitu bahagian I & II. Album Opera Dalam Kenangan Bahagian I
diterbitkan pada pertengahan 1994 manakala album bahagian II pada hujung 1994. Antara
penyanyi terkenal yang terbabit dalam album tersebut adalah Ramli Sarip, Amy Search, Yantzen,
Sahara Yaakop, Andy McLean (penyanyi rock dari Australia), Ito, Hattan, penyanyi baru Azul
(diura-urakan bakal menggantikan Awie), M Nasir, Mus M.A.Y., A Romzi & Nike Ardilla dari
Indonesia.
Lagu-lagu dalam album Opera Dalam Kenangan Part I & II mengabungkan lagu-lagu popular
Wings dari album terdahulu yang dinyanyikan semula oleh artis-artis jemputan dan lagu-lagu
baru seperti Dia (nyanyian Hattan), Kiblat Laser & Serati Tidak Bisa Jadi Undan (Amy Search)
dan Tepian Gelanggang (Ito), On My Side (Andy McLean), Ekspo Imaginasi (M Nasir) & Kembara
Terasing
(Nike
Ardilla).
Pada masa yang sama Wings terus giat mencari vokalis utama menerusi sesi ujibakat. Akhirnya
pada pertengahan 1995, kumpulan Wings mendapat vokalis utama yang baru, Mel. Pada tahun
yang sama kumpulan Wings turut menerbitkan album terbaru mereka bersama vokalis baru, Mel.
Album tersebut diterbitkan oleh Joe Wings dan diberi judul Orang Asing. Lagu-lagu hits dari
album Orang Asing adalah Lena Diulit Intan & Ranjang Mawar. Album tersebut mendapat
sambutan
yang
hebat
dan
berjaya
dijual
melebihi
100,000
unit.
Sekali lagi krisis berlaku dalam Wings apabila penyanyi utama baru mereka Mel berpisah dari
Wings selepas merakamkan album Orang Asing. Wings kemudian mendapatkan khidmat Mus
M.A.Y. sebagai vokalis. Wings merakamkan album Biru Mata Hitamku pada tahun 1996 bersama
Mus selaku vokalis. Album tersebut popular dengan lagu Biru Mata Hitamku.
Kumpulan Wings & Search kembali bergabung untuk menghasilkan album Double Trouble II
pada tahun 1997. Album tersebut tidaklah sehebat album DoubleTrouble I.
Tahun 1998, kumpulan Wings kembali dengan album baru mereka yang berjudul Mencari Asal
Usul. Dalam album Mencari Asal Usul Wings cuba mengembalikan rentak rock ketika mula-mula
kemunculan mereka, Hard Rock diselit dengan slow rock. Lagu-lagu hits dari album tersebut
seperti Hati Sulam Lain, Bukan Kerana Matahari dan Dilailah (Hidup Mati, Damai Perang). Album
tersebut
berjaya
terjual
melebihi
100,00
unit.
Wings

juga

aktif

mengadakan

konsert

selepas

album

Mencari

Asal

Usul.

Wings mengambil masa yang agak lama merakamkan album terbaru mereka yang diberi judul Mr
Barbarik yang dipasarkan pada tahun 2000. Album yang diterbitkan oleh Joe Wings turut
mendapat sentuhan dari J.S Kevin. J.S Kevin menyumbangkan lagu susulan Misteri Mimpi
Syakilla yang diberi judul Inspirasi Syakilla. Album Mr Barbarik turut mendapat sentuhan dari M
Nasir. Wings juga cuba mengembalikan rentak muzik di era kegemilangan muzik mereka
menerusi
rentak
heavy
metal
dan
slow
rock
menerusi
album
ini.
Album tersebut juga merupakan album terakhir Mus bersama kumpulan Wings. Selepas

kehilangan Mus selaku vokalis, kumpulan Wings menyepi seketika. Ketika itu juga timbul khabar
angin yang bekas vokalis Wings, Awie akan menyertai Wings semula. Akhirnya pada tahun 2002,
Awie secara rasmi kembali menyertai Wings. Wings kembali menghangatkan industri muzik
tanahair terutama pengikut setia irama rock dengan line-up asal mereka. Mereka juga banyak
mengadakan
persembahan
samada
di
TV
atau
konsert-konsert.

Posted 22nd October 2014 by Miezan


0

Add a comment

5.
MAY

23

Lagenda Rock - Ratu Rock Ella

Ella merupakan satu nama besar dalam arena rock di Malaysia, Singapura, Brunei & Indonesia.
Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin mula terlibat dalam muzik rock pada awal tahun
80an. Ella pada mulanya terlibat sebagai penyanyi di kelab malam di sekitar Lembah Kelang
pada
tahun
1985.
Semasa menyanyi di kelab malam, Ella bertemu kumpulan The Boys yang pada ketika itu turut
bermain di kelab malam. The Boys kemudian memilih Ella sebagai penyanyi utama mereka.
Mereka bermula di kelab-kelab malam pada ketika itu. Anggota The Boys adalah Lord (ketua
kumpulan
gitaris),
Ayie
(bass),
Mie
(drum)
&
Satiman
(keyboard).
Pada tahun 1985 juga Box Office milik Ali Bakar mencari kumpulan-kumpulan rock baru untuk
terlibat dalam siri album Battle of The Bands I anjuran Box Office yang diterbitkan oleh syarikat
rakaman Warnada. Siri konsert bergerak Battle of The Bands turut dianjurkan di seluruh Malaysia
pada tahun yang sama. Konsert Battle of The Bands mula menjadi kegilaan peminat muzik rock
pada ketika itu dengan mendapat sambutan yang hebat pada setiap konsert. Selain Ella & The
Boys kumpulan-kumpulan lain yang menyertai siri album Battle of The Bands adalah Lefthanded,
Rahim
Maarof
&
Whitesteel,
S.Y.J
&
Bloodshed.
Album Battle of The Bands dan siri Konsert Battle of The Bands menjadi pencetus era muzik rock
pada ketika itu. Pada waktu yang sama kumpulan Search turut muncul dengan album pertama
mereka
Cinta
Buatan
Malaysia
pada
tahun
1985.
Selepas kejayaan Battle of The Bands I, Ella & The Boys muncul dengan album Battle of The
Bands II pada tahun 1986. Ella & Boys popular dengan lagu Cinta Berakhir & Dua Insan Bercinta
melalui album Battle of The Bands. Ella & The Boys pada ketika itu selain dari Ella sebagai

vokalis turut dianggotai Lord (gitar utama / ketua kumpulan), Ayie (bass), Mie (drum) dan Satiman
(keyboard).
Kumpulan Ella & The Boys turut popular semasa konsert Battle of The Bands dengan aksi-aksi
seperti pemain gitar utama menghempas gitar semasa konsert. Kumpulan rock pada ketika itu
dipandang negatif disebabkan kegilaan peminat semasa konsert dan dikaitkan dengan
penyalahgunaan
dadah.
Selepas kejayaan album Battle of The Bands I & II, Ella & The Boys muncul dengan album
pertama penuh mereka pada tahun 1986, Ella & The Boys I keluaran Warnada. Menerusi album
tersebut lagu-lagu popular mereka adalah Dua Insan Bercinta, Pesanan Terakhir, Hanya Secebis
Jawapan
&
Orang
Tuamu.
Pada tahun 1987, Ella & The Boys muncul dengan album kedua mereka yng berjudul Anak
Merdeka. Antara lagu hits dari album Anak Merdeka adalah Catatan Tika Rindu, Menanti Musim
Berbunga & Tak Lagi Kesunyian. Selepas album Anak Merdeka, Ella telah keluar dari The Boys.
Selepas album Anak Merdeka, Ella telah keluar dari kumpulan The Boys. Ella kemudian dilamar
oleh syarikat rakaman WEA (Warner Music). Pada tahun 1988, Ella muncul dengan album
sulungnya yang diberi judul Pengemis Cinta. Album keluaran syarikat WEA (Warner Music) itu
diterbitkan oleh Ramli Sarip. Ramli Sarip juga turut mencipta lagu dan terlibat dalam susunan
muzik
album
Pengemis
Cinta.
Album Pengemis Cinta mendapat sambutan hebat dari peminat dan terjual melebihi 100,000 unit
yang melayakkan Ella menerima cakera platinum berkembar. Lagu-lagu hits dari album Pengemis
Cinta adalah Pengemis Cinta, Misteri Seorang Kekasih, Kemudian, Permata Biru. Album
Pengemis Cinta turut menaikkan nama Ella dalam industri muzik. Ella turut mengadakan konsert
bergerak dengan diiringi pemuzik undangan dan menyertai konsert besar seperti Konsert
Kotaraya bersama kumpulan rock lain seperti M.A.Y, Wings, Sofea di Stadium Negara pada
tahun 1989. Pada tahun yang sama juga Ella turut terlibat dalam Konsert Seni & Suara bersama
Ramli
Sarip
&
Kumpulan
Lefthanded
di
Stadium
Negara.
Album kedua Ella, Puteri Kota diterbitkan pada tahun 1989. Puteri Kota masih mengekalkan
Ramli Sarip sebagai penerbit dan masih di bawah Syarikat WEA (Warner Music). Album yang
masih mengekalkan konsep yang sama seperti album Pengemis Cinta tersebut menampilkan
lagu seperti Tiada Tangis Lagi, Sangkar Kerinduan, Kembara Kita dll. Album tersebut turut
mendapat sambutan baik dari peminat dan berjaya menerima platinum. Ella juga aktif
mengadakan konsert bergerak seperti siri Konsert Kotaraya & Konsert Seni & Suara.
Pada tahun 1990, Ella muncul dengan album ketiganya, Identiti. Lagu hits dari album Identiti
seperti Cinta Selembut Sutera, Diperlumbaan Ini, Kasih dan Sepi Sekuntum Mawar Merah. Lagu
Sepi Sekuntum Mawar Merah turut menjuarai beberapa carta muzik seperti Pujaan 10 dan
berjaya memasuki pertandingan akhir Juara Lagu 1991. Album tersebut juga berjaya
melonjakkan Ella selaku penyanyi rock wanita terbaik. Pada tahun 1990 juga Ella mula terlibat
dalam konsert tajaan Salem yang diberi judul Konsert Evolusi Salem bersama kumpulan Search
& Wings. Konsert Evolusi Salem diadakan disemua bandar-bandar besar di Semenanjung

Malaysia,

Sabah

&

Sarawak

dan

Singapura.

Ella seterusnya muncul dengan album kolaborasi bersama penyanyi rock dari Indonesia, Deddy
Dores dalam album Mendung Tak Bererti Hujan. Album tersebut untuk tujuan dipasarkan di
Malaysia
dan
Indonesia.
Ella turut muncul dengan album video pertama beliau yang diberi judul Ella Mood pada tahun
1991. Pada tahun 1992 Ella telah menyertai syarikat rakaman EMI dan muncul dengan album
kompilasi lagu-lagu Ella yang diberi judul Unggul pada 1992. Ella kemudian muncul dengan
album solo keempat yang diberi judul 30110 bersama EMI pada tahun 1992. Lagu-lagu hits dari
album 30110 adalah Sembilu, Layar Impian & Kabus & Sirna. Album 30110 diterbitkan oleh Man
Kidal
&
M
Nasir.
Selepas album 30110 satu siri konsert berskala besar yang diberi judul Konsert 30110 diadakan.
Konsert 30110 menjelajah seluruh bandar besar di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak &
Singapura.
Pada tahun 1992, Ella turut muncul dengan album koleksi lagu-lagu terbaik yang diberi judul
Kesal. Pada tahun 1993 Ella terus aktif mengadakan konsert bergerak tajaan Salem. Ella turut
muncul dengan album koleksi yang diberi judul 100% Remix yang mengandungi lagu-lagu
popular
Ella
dari
album
terdahulu.
Ella muncul dengan album solo kelima yang diberi judul Ella USA. Album yang dirakam di USA
tersebut merupakan album penyanyi wanita solo yang terlaris. Album Ella USA berjaya dijual
melebihi 350,000 unit. Album yang diterbitkan oleh Kyoji Yamamoto bersama Ella mengandungi
lagu-lagu hits seperti Mungkin, Menanti, Penawar, Nuri, P.P.P dan banyak lagi lagu hits.

Posted 23rd May 2014 by Miezan


0

Add a comment

6.
FEB

23

Kumpulan Rock Lagenda - M.A.Y.

Kumpulan M.A.Y merupakan sebuah kumpulan rock yang boleh dianggap sebagai lagenda rock
sebaris dengan kumpulan Search & Wings. Kumpulan yang berasal dari Manjoi, Ipoh ini
ditubuhkan
pada
bulan
Mei
1986.
Sejarah

Awal

kumpulan

M.A.Y.

Kumpulan M.A.Y merupakan pangkal nama anggota kumpulan di mana M untuk Man / Mus, A
untuk Abu dan Y untuk Yus. M.A.Y. mula menyertai pertandingan Battle of Rock peringkat negeri
Perak pada tahun 1986 di mana mereka muncul sebagai juara. Kemudian kumpulan
M.A.Y.menyertai pertandingan Battle of Rock Malaysia pada tahun yang sama. Dalam
pertandingan Battle of Rock Malaysia 86 anjuran Lokman Junit dan Dewi Suhana Studio, Johor
Bharu tersebut, kumpulan M.A.Y. muncul sebagai juara. Manakala penyanyi utama kumpulan
M.A.Y.,
Mus
telah
muncul
sebagai
vokalis
terbaik.
Selepas kejayaan pada pertandingan Battle of Rock 1986, kumpulan M.A.Y. telah muncul dalam
satu album bersama empat lagi kumpulan rock dari siri pertandingan Battle of Rock. Album yang
berjudul Juara-Juara Rock 1 tersebut menampilkan kumpulan M.A.Y., Burnmarks (Johor),
D'Febians (Johor), Scandals (Kuala Lumpur) & Metalian (Selangor). Album yang diterbitkan pada
Januari
1987
itu
menampilkan
2
lagu
dari
setiap
kumpulan.
Selepas kejayaan album Juara-juara Rock 1, pihak syarikat rakaman Warnada telah menerbitkan
album Juara-Juara Rock 2 pada bulan Mei 1987 dengan konsep yang sama. Album Juara-juara
Rock
3
pula
diterbitkan
pada
Disember
1987.
Antara lagu-lagu popular dari album Juara-Juara Rock adalah Derita Bangsa, Sketsa Sebuah
Cinta
dan
Bayangan
Hidup.
Album-album

M.A.Y.

M.A.Y muncul dengan album penuh pertama pada tahun 1988 selepas kejayaan album JuaraJuara Rock 1, 2 & 3 pada tahun 1987. Album pertama kumpulan M.A.Y diberi judul Dilema
diterbitkan pada Februari 1988. Semua lagu dalam album Dilema dicipta dan diolah sendiri oleh
anggota kumpulan M.A.Y. Album tersebut diterbitkan oleh Raymond Lim di bawah penerbitan
Syarikat
Warnada.
Antara lagu-lagu hits dari album tersebut adalah Sketsa Sebuah Cinta, Ku Dalam Dilema, Kau
Masih Lena dan Tiada Lagi Engkau. Album Dilema berjaya dijual melebihi 25,000 unit dan
melayakkan kumpulan M.A.Y menerima Cakera Emas. M.A.Y. juga banyak menerima undangan
pertunjukan pentas selepas kejayaan album Dilema.

Album kedua kumpulan M.A.Y., Hakikat menyusul pada Januari 1989. Album Hakikat diterbitkan
oleh Thomas Ham di bawah Syarikat Warnada. Lagu-lagu dalam album tersebut kebanyakannya
dicipta oleh anggota M.A.Y. sendiri. Antara lagu-lagu hits dari album Hakikat adalah Sendiri,
Cintamu
Mekar
Dihatiku,
Dalam
Kembara
&
Cintaku
Sewangi
Kasihku.
Album Hakikat berjaya dijual melebihi 200,000 unit dan melayakkan kumpulan M.A.Y.
dianugerahkan Cakera Platinum Kembar Empat. Album Hakikat juga berjaya memasuki pasaran
Indonesia dan memasuki peringkat akhir Juara Lagu 89 dan menjuarai beberapa carta lagu
popular seperti Pujaan 10 Nescafe.

Kumpulan M.A.Y. juga terlibat dengan konsert berskala besar seperti Konsert Kotaraya.
Album ketiga M.A.Y., Rahsia diterbitkan pada Ogos 1990. Album yang menampilkan irama heavy
metal itu mengandungi lagu-lagu hits seperti Gadis Bertudung Putih, Diari Cinta Pertama &
Terukir Janji. Album yang diterbitkan oleh Thomas Ham tersebut menampilkan lagu-lagu ciptaan
komposer lain seperti J.S. Kevin. Rahsia berjaya dijual melebihi 100,000 unit dan melayakkan
M.A.Y. menerima cakera platinum berkembar dua.

Selepas album ketiga, Rahsia, M.A.Y. meninggalkan Syarikat Rakaman Warnada dan menyertai
syarikat rakaman yang baru, Syarikat Muzik Antares. M.A.Y. menghasilkan album keempat
berjudul Strategi bersama Music Antares pada tahun 1991. Album Strategi diterbitkan oleh M.A.Y.
dan Adeeb Abdullah selaku penerbit eksekutif, manakala Nan (Saturnine) bertindak sebagai
penolong
penerbit.
Lagu-lagu dari album Strategi antaranya Abadi, Empat Sudut Berdiri & Sendiri Untuk Kemana.
Album Strategi kurang mendapat sambutan seperti album Hakikat & Rahsia.
Kumpulan M.A.Y berpecah selepas kegagalan album keempat mereka tersebut. Mus
menubuhkan kumpulan Strangers bersama Nan (ex-Saturnine - guitar), Bad (ex-Handy Black Bass) & Black (ex-Wings - drum). Kumpulan Strangers sempat menghasilkan sebuah album
bertajuk Strangers pada tahun 1992. Lagu-lagu dari album Stangers seperti Satu Pengertian,
Mahligai Impian & Bukit Sunyi. Album terbitan Warnada itu merupakan album pertama & terakhir

Strangers

sebelum

berpecah.

Manakala anggota kumpulan M.A.Y. yang lain berjaya mendapatkan bekas vokalis Rusty Blades,
saudara
J
Yantzen
sebagai
vokalis
baru
M.A.Y.
Bersama Yantzen, kumpulan M.A.Y. menghasilkan album Zeit Geist pada tahun 1992. Album
terbitan syarikat rakaman SRC dengan Allahyarham Samad Mean (ex-guitarist Lefthanded)
bertindak sebagai penerbit album itu menampilkan irama heavy metal. Album tersebut
mengembalikan era kegemilangan kumpulan M.A.Y. Album tersebut mendapat sambutan hebat
dan berjaya dijual melebihi 100,000 unit. Kumpulan M.A.Y. juga kembali mendapat undangan
mengadakan
konsert
live
di
tapak
pesta,
ekspo
&
konsert
bergerak.
Berikutan kejayaan album Zeit Geist, kumpulan M.A.Y. yang masih mengekalkan Yantzen
sebagai penyanyi utama, muncul dengan album ke-6 mereka, Wira Cyborg pada tahun 1994.
Album Wira Cyborg masih mengekalkan Samad Mean selaku penerbit dan diterbitkan oleh
Syarikat Suria Record. Lagu-lagu popular dari album Wira Cyborg adalah Suci & Hasrat Cinta &
Tuhan.
Album Wira Cyborg turut mendapat sambutan baik dari peminat. Album tersebut berjaya dijual
melebihi 100,000 unit. Selepas album Wira Cyborg, kumpulan M.A.Y. sempat merakamkan
semula lagu-lagu popular mereka dari album terdahulu disamping lagu-lagu baru. Album yang
diberi judul Layar dipasarkan oleh Suria Rekod pada tahun 1995, walaupun kumpulan M.A.Y.
telah berhijrah ke Syarikat BMG pada ketika itu. Album Layar diterbitkan oleh saudara Samad
Mean. Album Layar mengandungi lima lagu hits M.A.Y. yang dirakamkan semula dan dinyayikan
oleh Yantzen dan lima lagu baru yang belum dirakamkan seperti Layar, Membantah Kata,
Dimana
Harga
Dirimu,
Jauh
Rasanya
dan
Arca
Kehidupan.
Pada tahun 1995 kumpulan M.A.Y. telah menghasilkan album studio ke tujuh mereka, Ideologi
bersama Syarikat Rakaman BMG Music. Album yang diterbitkan oleh Samad Mean itu masih
mengekalkan rentak hard rock di sulami dengan lagu slow rock. Antara lagu-lagu menarik dalam
album Ideologi adalah Janji, Ikhlas, Trajis Impi dan Cinta Yang Tersia. Album Ideologi tidak
mendapat sambutan sehebat album Zeit Geist dan Wira Cyborg walaupun dari segi kualiti lagu
lebih
baik
dari
album
terdahulu.
Selepas album Ideologi, Yantzen telah mengundurkan diri dari kumpulan M.A.Y. Kumpulan M.A.Y.
terpaksa menguji penyanyi baru untuk mengggantikan tempat Yantzen. Akhirnya bekas penyanyi
kumpulan
Lipanbara,
Oney
dipilih
sebagai
penyanyi
utama
M.A.Y.
Bersama Oney, kumpulan M.A.Y telah menghasilkan sebuah album baru, Penaklukan pada
tahun 1996. Album yang diterbitkan oleh saudara Salman Shariff itu mengandungi lagu hit Jemu.
Pada tahun 1997 kumpulan M.A.Y. bersama Oney merakamkan semula lagu-lagu 60-an yang
diberi
nafas
rock
disamping
2
lagu
baru.

Posted 23rd February 2014 by Miezan

Add a comment

7.
FEB

13

Ramli Sarip - Satu Perjalanan Seni

Papa Rock Ramli Sarip merupakan salah seorang perintis muzik rock di Malaysia & Singapura.
Beliau merupakan salah seorang pengasas kumpulan Sweet Charity yang ditubuhkan pada
penghujung tahun 1969. Bersama Sweet Charity beliau sempat menghasilkan 7 album sebelum
berpisah pada tahun 1985 selepas menghasilkan album terakhir mereka, Berita Gempa.
Selepas kumpulan Sweet Charity berpecah pada tahun 1985, Ramli Sarip mula bergerak secara
solo. Ramli Sarip menghasilkan album pertama beliau yang diberi judul Panah Beracun pada
tahun 1985. Antara lagu hits beliau dari album tersebut adalah Jikalau Berkasih & Panah
Beracun.
Album solo kedua Ramli Sarip diterbitkan pada tahun 1986. Album yang diberi judul Bukan
Kerana Nama itu diterbitkan sendiri oleh Ramli Sarip. Antara lagu hits adalah Bukan Kerana
Nama yang dinyanyikan secara duet oleh Ramli Sarip & A Romzi. Tahun tersebut juga Ramli
Sarip terlibat menghasilkan album pertama Lefthanded berjudul Keadilan. Ramli Sarip
merupakan orang yang bertanggungjawab mencorak muzik kumpulan Lefthanded. Sebuah lagi
kumpulan didikan Ramli Sarip adalah kumpulan dari Singapura, Lovehunters. Kumpulan
Lovehunters yang dianggotai Yazid, Moliano dan Saha muncul dengan album pertama mereka
diberi
tajuk
Sehari
Dalam
Hidup
pada
tahun
1987.
Tahun 1987, album ketiga Ramli Sarip menyusul. Album yang berjudul Awas Dadah Merbahaya
tersebut turut diterbitkan oleh Ramli Sarip. Antara lagu-lagu popular dari album tersebut adalah
Perjalanan Hidup, Kau Yang Satu dan lain-lain. Album Perjalanan Hidup juga antara album yang
mendapat sambutan hebat dari peminat Ramli Sarip. Pada tahun tersebut juga Ramli Sarip
banyak mengadakan konsert jelajah samada di funfair atau ekspo di Malaysia & Singapura.
Ramli Sarip muncul dengan album keempat beliau yang berjudul Istilah pada tahun 1988. Album
tersebut mengandungi lagu hits Istilah Bercinta. Lagu tersebut juga menduduki beberapa carta
muzik
pada
ketika
itu.
Tahun yang sama juga Ramli Sarip menerbitkan album solo pertama Ratu Rock Ella, Pengemis
Cinta. Ramli Sarip banyak menyumbang lagu dan terlibat dalam susunan muzik album Pengemis
Cinta. Seorang lagi artis baru yang dibimbing oleh Ramli Sarip pada ketika itu adalah Ruhil
Amani
Hussein
yang
popular
dengan
lagu
Kawan.
Album kelima Ramli Sarip, Warisan muncul pada tahun 1989. Lagu-lagu hits dari album Warisan
adalah Warisan Alam & Ramadan. Tahun 1989 juga Ramli Sarip muncul dengan album kompilasi
sempena pembabitan beliau bersama WEA selama 20 tahun iaitu Koleksi Terbaik 79-89, Seni &

Suara

yang

mengandungi

sebuah

lagu

baru

berjudul

Apa

Mungkin.

Tahun 1990, Ramli Sarip muncul dengan album ketujuh beliau, Ihsan. Album yang berentak
nusantara
itu
memuatkan
lagu
popular
seperti
Ihsan
Mulia.
Kemudian menyusul album Rentak Hidup pada tahun 1991. Album Rentak Hidup mengandungi
lagu seperti Blues Felda Blues. Pada tahun 1991 juga Ramli Sarip muncul bersama kumpulan
Lefthanded menghasilkan album kelima Lefthanded bersama WEA Record setelah Nash
meninggalkan Lefthanded. Album tersebut diberi judul Fanatisme dan mengandungi lagu-lagi
seperti
Satu
Tidur
Panjang
dan
Impian
Setaman.
Ramli Sarip muncul dengan album Lagu Zaman pada tahun 1992. Lagu Zaman dinyanyikan
secara
Duet
bersama
Dato'
S.M
Salim.
Pihak Warner Muzik kemudian menerbitkan album kompilasi Ramli Sarip yang bertajuk Ziarah
Seni pada tahun 1994. Album Ziarah Seni mengandungi 4 volume yang diberi judul Muzik Jalan
Terus,
Litar
Api
Rock,
Asli
&
Tulus
&
Muzik
Jelata.
Album Syair Timur dihasilkan pada tahun 1997. Album Syair Timur berunsur nasyid dan
ketuhanan menampilkan irama Timur Tengah. Ramli Sarip sekali lagi muncul dengan album live
pada tahun 1999. Album yang diberi judul Ramli Sarip Alive itu menampilkan lagu-lagu lama
Ramli Sarip yang dinyanyikan secara live dari Synchrosound Studio diringi oleh pemuzik latar
seperti Samad Mean (Lefthanded), Tom (ex-Headwind), Hamid (Black Dog Bone) dan lain-lain.
Ramli Sarip muncul semula dengan album baru pada tahun 2002. Album yang diberi judul Kalam
Kasturi itu masih mengekalkan lagu berunsur ketuhanan & lagu berunsur nasyid.

Posted 13th February 2014 by Miezan


0

Add a comment

8.
JAN

Lagenda Blues Malaysia - Kumpulan Blues Gang

Blues Gang merupakan salah sebuah kumpulan blues yang boleh dikategorikan sebagai lagenda
blues. Kumpulan yang diasaskan pada tahun 1973 oleh saudara Shaik Karim, Jim Madasamy &
Ahmad Abdullah @ Mat Dollah yang juga merupakan teman sekampung di Kampung Pasir, Johor
Bahru. Pada mulanya mereka menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Changing Times.
Kumpulan Changing Times pada ketika itu bermula di Woodlands, Singapura. Mereka kemudian
menyertai pertandingan Juara Kugiran anjuran RTM pada tahun 1972. Bagaimanapun kumpulan
mereka
gagal
pada
peringkat
awal
pertandingan.

Muzik mereka pada ketika itu dipengaruhi oleh penyanyi blues dari British seperti John Mayall's
BluesBreakers, Alexis Korner & Fleetwood Mac yang diadunkan dengan sentuhan rock & irama
etnik. Mereka kemudian menubuhkan kumpulan Messenger From Hell. Nama Blues Gang
tercetus dari nama artis blues dari barat pada ketika itu, James Gang dan membawa imej Rolling
Stones. Blues Gang kemudian membawa masuk pemain gitar rhythm, Hatta.
Kumpulan Blues Gang kemudian bermain di Anzuk Club yang merupakan pangkalan tentera bagi
tentera Australia, British & New Zealand di Singapura. Blues Gang kemudian kembali ke Johor
Bahru pada tahun 1974. Disebabkan kurangnya udangan untuk pertunjukan pentas di Johor,
pada tahun 1976, Blues Gang mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka
kemudian mengambil Ito & Ghani sebagai anggota Blues Gang. Ito pada ketika itu merupakan
graduan
ITM
(UiTM)
pada
ketika
itu.
Pengurus Blues Gang pada ketika itu adalah saudara Zainal Ariffin. Nama Blues Gang mula
dikenali selepas menyertai Rhythm & Blues Festival di Stadium Negara pada November 1976.
Pada tahun 1977 Blues Gang telah menghadiri audition untuk rakaman album. Pihak syarikat
rakaman pada ketika itu mencadangkan Blues Gang menukarkan nama kepada 15 Shillings
untuk menjadikan nama mereka lebih komersial dan diminta mengubah muzik mereka kepada
muzik
yang
lebih
komersial
seperti
disko.
Blues Gang kemudian membuat persembahan selama setahun di A&Z Pub di Bukit Damansara.
Pada tahun 1978, syarikat rakaman Warner Elektra Atlantic (WEA) telah ditubuhkan di Malaysia.
Blues Gang menjadi antara artis terawalyang menandatangani kontrak dengan WEA. Mereka
menandatangani kontrak selama 5 tahun dengan disaksikan oleh Pengarah Urusan WEA, Paul
Ewing.
Album pertama Blues Gang bersama WEA diterbitkan pada 1979. Album Inggeris yang diberi
judul Anytime, Anyday merupakan koleksi lagu-lagu Inggeris yang ditulis oleh Mat Dollah. Album
tersebut berjaya dijual melebihi 20,000 unit. Mat Dollah kemudian berhijrah ke Australia dan
tempatnya
sebagai
gitaris
digantikan
oleh
Julian
Mokhtar.
Pada tahun 1980, Blues Gang menjadi artis residen di Club-Med Cherating. Pada tahun 1980
juga, Blues Gang turut melahirkan album melayu pertama mereka yang diberi judul .Blues Gang.
Album kedua mereka berjudul Ada Lagi diterbitkan pada tahun 1981. Album ketiga Blues Gang
yang diberi judul Apo Nak Dikato diterbitkan pada tahun 1982. Album tersebut berjaya dijual
melebihi 15,000 unit hanya dalam seminggu selepas dipasarkan. Lagu berdialek minang yang
ditulis oleh Ito semasa percubaan tour di Australia, Apo Nak Dikato telah menaikkan nama Blues
Gang sehingga menjadi kumpulan yang paling diminati pada ketika itu. Album tersebut berjaya
dijual melebihi 50,000 unit. Pada tahun 1982 juga, Blues Gang telah diundang sebagai artis
pembuka
tirai
bagi
kumpulan
bertaraf
antarabangsa,
Ian
Gillian
Band.
Blues Gang mengadakan konsert bergerak mereka untuk mempromosikan album Apo Nak
Dikato keseluruh pelosok Malaysia dan Singapura. Konsert yang diberi nama Konsert Merentas
Desa Tour (Januari -March 1983) tersebut berjaya menjelajah 25 bandar di Malaysia seperti
Muar, Kluang, Teluk Intan, Dungun, Batu Pahat, Kangar dan lain-lain. Album Khatulistiwa turut

diterbitkan pada tahun 1983. Lagu Khatulistiwa telah diharamkan oleh pihak RTM pada ketika itu
disebabkan
lirik
yang
tidak
sesuai.
Disamping itu Blues Gang turut diundang untuk mengadakan persembahan di tapak-tapak ekspo
dan funfair di seluruh negara pada ketika itu. Blues Gang sekali lagi diundang sebagai kumpulan
pembuka tirai bagi persembahan kumpulan bertaraf antarabangsa, Climax Blues Band pada
1983.
Awal tahun 1984 menyaksikan Blues Gang muncul dengan album Inggeris keduanya berjudul
Livin' It Up. Pada penghujung tahun 1984, Blues Gang selaku kumpulan paling popular dari
Malaysia berganding bahu bersama Sweet Charity yang merupakan kumpulan paling popular dari
Singapura untuk mengadakan konsert bergerak keseluruh Malaysia. Konsert gabungan Blues
Gang dan Sweet Charity tersebut diberi nama Konsert Raksaksa. Konsert Raksaksa menjelajah
hampir di setiap bandar utama seluruh negara seperti Kuala Lumpur, Machang, Teluk Intan,
Kangar, Muar, Kluang, Besut, Batu Pahat, Ipoh, Alor Setar dan bandar-bandar utama lain.
Konsert tersebut turut ditaja oleh Bata-Northstar. Untuk konsert pembuka tirai Konsert Raksaksa
di Stadium Merdeka, lebih 15,000 penonton hadir. Semasa konsert di Arau lebih seratus ribu
penonton sehingga menyebabkan segelintir penonton tercedera semasa berhimpit-himpit.
Semasa konsert kumpulan antarabangsa Uriah Heep di Kuala Lumpur, Blues Gang Sekali lagi
diundang
sebagai
artis
pembuka
tirai.
Masalah cetak rompak yang berleluasa pada ketika itu menyebabkan Blues Gang banyak
bergantung pada persembahan live dan konsert Tour sebagai punca pendapatan utama mereka.
Tahun 1985, Blues Gang menerbitkan album kelapan mereka yang berjudul Sakit, Sakit, Sakit.
Kemudian pada tahun 1986 album kesembilan Blues Gang, Zaman Berubah dihasilkan. Blues
Gang turut mengadakan konsert jelajah Sabah, Sarawak & Brunei pada tahun tersebut. Pada
masa yang sama khabar angin turut bertiup kencang tentang krisis dalam Blues Gang pada
tahun tersebut. Mereka kemudian menghasilkan album Oh Inikah Dia! pada penghujung 1986.
Blues Gang akhirnya berpisah pada awal tahun 1987. Ito dan Ghani mengundurkan diri dari
Blues Gang. Shaik Karim, Jim dan Julian meneruskan perjuangan Blues Gang pada ketika itu.
Manakala Ito dan Ghani menubuhkan Ito Production dan melancarkan album solo pertama beliau
berjudul
Aku.
Trio Blues Gang (Karim, Jim & Julian) turut menghasilkan album pada tahun 1988. Album yang
bertajuk Mencari Penyelesaian merupakan album terakhir Blues Gang bersama WEA Record.
Untuk memastikan kesinambungan kumpulan Blues Gang, Shaik Abdullah yang merupakan adik
kepada Shaik Karim diambil untuk bermain drum, manakalan Sheik Karim pula bertindak sebagai
penyanyi. Disamping itu, Blues Gang turut menambah pemain gitar kedua, Azizi Ithnin. Manakala
Ito
muncul
dengan
album
kedua
diberi
judul
Perempuan.
Pada tahun 1990, Kumpulan Blues Gang (Karim, Jim & Julian, Sheik Abdullah & Azizi Ithnin)
telah menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman SCS (Suara Cipta Sempurna) untuk
penerbitan tiga buah album. Blues Gang kemudiannya menghasilkan album Esok Hari bersama
SCS pada tahun 1993. Lagu Mak Siti dari album tersebut berjaya memasuki peringkat separuh
akhir
pertandingan
Muzik-Muzik.
Tahun 1993 juga, Julian Mokhtar bertindak meninggalkan kumpulan Blues Gang.
Ito sempat menyertai Sheik Karim & Jim seketika untuk mengadakan persembahan di kelab

malam

dengan

menggunakan

nama

Purple

Haze.

Pada tahun 1994, Ghani menyertai kembali kumpulan Blues Gang. Pada tahun 1998 Blues Gang
yang dianggotai semula oleh Ito dan Ghani menyertai Shaik Karim & Jim Madasamy disamping
pemain gitar baru, Ian Anderson telah menghasilkan album Ribut Pendamai yang merupakan
album
studio
terakhir
mereka
sehingga
kini.
Konsert 2 Raksaksa Reunion gabungan Blues Gang & Sweet Charity diadakan semula pada
tahun 2011. Konsert tersebut yang mendapat sambutan hebat dari peminat Blues Gang & Sweet
Charity di mana lebih 15,000 peminat membanjiri Stadium Merdeka untuk menyaksikan Konsert
Dua
Raksaksa.
Kumpulan Blues Gang turut dijemput untukmenjayakan persembahan pada majlis mengumpul
dana dari Persatuan Wartawan Kebangsaan pada tahun 2013. Disamping itu sempena genap
usia 40 tahun penubuhan Blues Gang pada tahun 2013, anggota Blues Gang membayangkan
hasrat mereka untuk menghasilkan album baru.
Posted 6th January 2014 by Miezan
0

Add a comment

9.
DEC

Kegemilangan Muzik Rock - Tahun 1991

Muzik rock masih lagi mendominasi dunia hiburan di Malaysia dan Singapura pada tahun 1991.
Bagaimanapun kemunculan kumpulan-kumpulan rock baru agak perlahan berbanding tahun
1988-1990. Antara kumpulan-kumpulan rock terkenal yang masih bertahan pada tahun 1991
adalah
seperti
kumpulan
Search,
Wings,
MAY,
Febians,
Iklim,
BPR
dll.
Kumpulan Wings misalnya tampil dengan album keempat mereka yang berjudul Jerangkung
Dalam Almari. Album tersebut masih menampilkan M Nasir selaku penerbit. Anggota Wings
semasa album tersebut adalah Awie (vokal), Joe (gitar utama), Eddie (bass) dan bekas drummer
kumpulan Gersang, Jojet yang menggantikan Black yang telah keluar dari Wings untuk menyertai
kumpulan Strangers. Lagu-lagi hits dari album tersebut adalah Aku Pun Tahu dan Dalam
Kehadiran
Sofiah.
Kumpulan MAY turut muncul dengan album keempat mereka Generasi. Album tersebut
diterbitkan oleh Syarikat Antarecs selepas MAY meninggalkan syarikat rakaman Warnada. Album
tersebut mempertaruhkan lagu-lagu seperti Empat Sudut Berdiri, Sendiri Untuk Kemana dll.
Album tersebut merupakan album terakhir Mus bersama MAY sebelum menubuhkan kumpulan
Strangers
bersama
Nan,
Black
dan
Bad.
Kumpulan Febians muncul dengan album ketiga mereka yang bertajuk Satu Antara Sejuta. lagu

hits dari album tersebut adalah Penantian dan Kesan. Kumpulan dari Terengganu, Iklim muncul
dengan album kedua mereka yang diberi judul Bulan Jatuh ke Riba pada 1991. Album tersebut
menampilkan lagu-lagu hits seperti Gerhana Cinta Luka, Selamat Tinggal Penderitaan dan Bulan
Jatuh
ke
Riba.
Manakala kumpulan Bumiputra Rockers (BPR) muncul dengan album keempat mereka berjudul
Hidup Era 90an. Album tersebut mengandungi lagu-lagu hits seperti Air Mata Jernih dan
Silaturrahim. Album tersebut merupakan album terakhir BPR sebelum berpecah.
Kumpulan Metafora yang muncul pada 1990, muncul dengan album kedua mereka, Imaginasi
Optimistik pada tahun 1991. Album tersebut merupakan album terakhir mereka sebelum
berpecah.
Lagu
hits
album
tersebut
adalah
Setanggi
Impian
Kasturi.
Kumpulan Figures yang muncul dengan album solo pertama mereka pada 1989 telah muncul
semula pada 1991 dengan menggunakan nama Gravity. Album pertama Gravity diberi judul
Inspirasi dan menampilkan lagu-lagu hits seperti Sinambungan Cinta dan Kau Salju Cintaku.
Antara kumpulan rock popular yang kembali merakamkan album pada tahun 1991 adalah
kumpulan Lefthanded. Lefthanded kembali bergabung dengan menampilkan Ramli Sarip sebagai
penyanyi utama. Album tersebut diberi judul Fanatisme dan menampilkan lagu-lagu hits seperti
Impian
Setaman
dan
Satu
Tidur
Panjang.
Satu lagi kumpulan heavy metal terkenal dari Singapura, Rockers tampil semula dengan album
keempat mereka. Kali ini mereka menukar sedikit nama kepada Rockerz dan menampilkan
saudara Jumaat sebagai vokalis menggantikan tempat Johan. Album tersebut diberi judul Dukun
dan
mengandungi
lagu
hits
seperti
Cinta
Di
Alam
Fantasi.
Ramli Sarip turut muncul dengan album solo ketujuh beliau yang diberi judul Rentak Hidup.
Antara lagu yang terkandung dalam album tersebut adalah Blues Felda Blues. Manakala Ratu
Rock, Ella turut muncul dengan dua album pada 1991. Album Mendung Tak Bererti Hujan
merupakan album kombinasi bersama Deddy Dores untuk pasaran Indonesia dan Malaysia.
Album koleksi yang diselitkan dengan lagu baru yang berjudul Kesal turut muncul pada tahun
tersebut.
Manakala Kumpulan SYJ membuat penampilan semula dengan line-up baru setelah SYJ (Sofea)
& SYJ (Ariwatan) berpecah. Syed Yusuf Jamallullail telah mengasaskan Kumpulan SYJ line-up
ketiga pada 1990. Album SYJ pada 1991 diberi judul Khudrat dan mengandungi lagu hits seperti
Senjakala. SYJ ketiga menampilkan Alang (vokal), Amir (gitar), Addy (bass) dan Jun (drum).
Manakala kumpulan-kumpulan rock baru yang muncul pada tahun 1991 seperti kumpulan Positif
yang popular dengan lagu Rindu Terhenti, Kumpulan Dinamik (Antara Gadis), Kumpulan Vagrant
(Kerana Takdir), Kumpulan Brainwash (Menanti Kepastian), Damasutra (Umpama Mimpi Dalam
Mimpi), Kumpulan Kris (Tiara), Kumpulan Sera (Dibadai Asmara), Kumpulan Lipan Bara dengan
One (kemudian menyertai MAY 96) selaku vokalis (Moga Sempurna), Kumpulan Garuda yang
dianggotai oleh Isa Rahman sebagai vokalis (Rahsia Tapi Nyata), Kumpulan Gerimis dengan
Rahmat selaku vokalis (Kenangan Lalu), Kumpulan Teras (Ku Kehilangan Diana), Kumpulan Panji

(Kasih Yang Tak Pasti & Sayap Terluka), Terra Rossa (Gering), Kumpulan UG14 yang dianggotai
oleh Wom selaku vokalis (Bunga Larangan), Kumpulan G.E.T (Gabungan Empat Tenaga) yang
dianggotai oleh bekas penyanyi Ababil/Bill Ajid & bekas guitaris Sofea, Fancy dengan lagu
popular mereka Pertama & Terakhir, Kumpulan Alfa (Wajah Seribu Erti), Kumpulan Aryan
(Bayangan Baiduri), Kumpulan Springs (Sejiwa), Kumpulan Laksamana (Gugurnya Bunga Cinta),
Kumpulan Analisa dengan Amir UK's selaku vokalis (Hamparan Kasih), Kumpulan WOW yang
dianggotai Adi selaku vokalis (Engkau Yang Satu), Kumpulan Slam (Kembali Terjalin), Kumpulan
Arena (Selamat Tinggal Cinta), Kumpulan Axthara yang kemudian dikenali sebagai Kumpulan
Samudera (Dialunan Rindu), Kumpulan Ozon (Bunga Lalang), Kumpulan Nobat yang dianggotai
bekas anggota kumpulan Desire (Kepangkal Impian)
Posted 5th December 2013 by Miezan
0

Add a comment

10.
NOV

Irama 60an - Pop Yeh Yeh

Irama Pop Yeh Yeh bermula sekitar tahun 1964. Irama Pop Yeh Yeh banyak dipengaruhi oleh
kumpulan pop terkemuka British pada ketika itu, The Beatles. Pop Yeh Yeh merupakan gabungan
gitar elektrik, drum dan irama Melayu oleh kumpulan yang kebiasaannya dianggotai oleh 4
anggota (gitar I & II, bass dan drum) atau lebih dikenali sebagai Kumpulan Gitar Rancak
(kugiran). Perkataan Pop Yeh Yeh dipercayai dipetik dari lagu kumpulan The Beatles yang
berjudul
'She
Loves
You'
yang
mengandungi
baris
lagu
'Yeh
Yeh
Yeh.
Era kegemilangan pop yeh yeh banyak dipelopori oleh kugiran-kugiran dari Johor Bahru dan
Singapura. Pada awal tahun 60an banyak pertandingan-pertandingan untuk mencari kugirankugiran baru diadakan di Johor dan menyaksikan banyak kugiran dan artis-artis pop yeh yeh
muncul dari Johor. Di samping itu, banyak pertunjukan pentas diadakan di sekitar Johor seperti
Johor
Bahru,
Muar
dan
Batu
Pahat.
Kebanyakan artis-artis pop yeh yeh berasal dari Singapura disamping artis-artis dari Malaysia
terutamanya
dari
Johor.
Pusat bagi rakaman album artis-artis pop yeh yeh adalah di Singapura (EMI Studio di Orchard
Road).
Lagu pertama yang dikategorikan sebagai lagu pop yeh yeh adalah Suzanna nyanyian M Osman
pada
tahun
1964.
Artis-artis utama irama pop yeh yeh adalah A Ramlee, Jeffrydin, A Rahman Hassan, L Ramlee,
Eddie Ahmad, A Halim, Adnan Othman, Kassim Selamat & The Swallows, S Mariam & The
Rythm Boys, Rickieno Badjuri & The Cliffters, Halim Yatim, S Jibeng, Hussien Ismail, M Ishak, M
Osman, Zam Zam, A Karim Jais, J Sham, Jaafar O, Roziah Latiff & The Jayhawkers, Orkes

Nirwana, Hasnah Haron, J Kamisah, Fatimah M Amin, The Siglap Five, Asmah Atan, Afida Es,
Anida, Azizah Mohamad, S Ajim Tjan, Rachmat Sabirin, A Rahman Onn, Rudya Al-Haj, A Romzie
&
The
Hooks,
M
Fadzil,
J
Mizan,
Les
Flinger
&
Zaino
Mum.
Penyanyi pop yeh yeh yang paling diminati pada ketika itu adalah A Ramlie diikuti oleh Jefrydin.
Antara lagu-lagu popular nyanyian A Ramlie adalah Mencari Bahagia, Kenangan Mengusik Jiwa,
Oh Fatimah, Kasih Impian & Harapanku Padamu. Manakala lagu-lagu nyanyian Jefrydin pula
seperti
Termenung,
Seruling
Anak
Gembala
&
Kenanganku.
Era kegemilangan pop yeh yeh menuju ke penghujungnya bermula pada tahun 1971. Antara artis
yang muncul pada era penghujung pop yeh yeh adalah M Shariff & The Zurah yang mula tampil
pada tahun 1970.
Posted 5th November 2013 by Miezan
0

Add a comment

Loading
Dynamic Views template. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai