Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN TAHUN 6

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.
 
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

1.    Yang berusaha, Puan Saridah bt Adzim


Guru Besar SK Selandar
 
2.    Yang berusaha, Puan Amaliah bt Khamis,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
 
3.    Yang berusaha, Puan Nor Azah bt Md Had
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 
4.    Yang Berusaha , Puan Rosidah bt Abdul Rahman
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
 
5. Seterusnya Guru-Guru Sk Selandar yang berdedikasi dan rakan-rakan Tahun 6 yang
dikasihi sekalian

Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya maka dapatlah kita
bersama-sama menghadirkan diri ke Majlis Jamuan Tahun 6 SK Selandar 2022/2023.
Majlis ini diadakan ialah untuk meraikan murid-murid Tahun 6 yang berjaya menamatkan
alam persekolahan, seterusnya meraikan guru-guru yang telah mengajar murid-murid Tahun
6 dan akhir sekali ialah untuk memberi pengalaman kepada murid-murid Tahun 6
mengendalikan majlis.

Hadirin yang dihormati sekalian,


 
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Muhammad Khairul Haziq Bin
Zahari untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.
 
( Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Muhammad Khairul Haziq Bin Zahari atas bacaan doa sebentar tadi)
Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan Ucapan Murid sempena Majlis Jamuan Tahun 6 SK Selandar
2022/2023,dengan ini majlis menjemput
…………………………………………………………………………………………………..
untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.
 

Terima kasih diucapkan kepada


………………………………………………………………………………………. atas
ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan Ucapan Guru sempena Majlis Jamuan Tahun 6 SK Selandar
2022/2023,dengan ini majlis menjemput
…………………………………………………………………………………………………..
untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.
 

Terima kasih diucapkan kepada


………………………………………………………………………………………. atas
ucapan sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Dengan itu majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Saridah bt
Adzim, Guru Besar SK Selandar untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

( Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi )

Sidang hadirin sekalian,


Sudah teradat si anak lelaki,
Mati berjuang berundur jangan,
Berani kami menjunjung adat,
Bukan memberi kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan,
Buat kenangan sepanjang hayat.

Dengan itu marilah sama-sama kita menyaksikan Persembahan Tayangan Video yang telah
disediakan. Dipersilakan

( Terima kasih diucapkan kepada AJK Multimedia atas Tayangan Video sebentar tadi)

Sidang hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil Dan Hadiah

Dengan ini dijemput barisan Pentadbir SK Selandar mengiringi Yang Berusaha Pn.Saridah
Binti Adzim,Guru Besar SK Selandar untuk menyampaikan Sijil Dan Hadiah.

Majlis mempersilakan

Dimulakan dengan penyampaian Hadiah dan Sijil kepada murid 6 Zamrud dijemput
1. Akmal Iskandar Bin Mohd Shahril
2. Dahlia Damia Binti Rozazuan
3. Damia Alesya Binti Zainuddin
4. Dinie Adriana Binti Mohd Izarul
5. Eqmal Haiqal Bin Shafrizal
6. Iman Batrisyia Binti Mohd Zainal Abidin
7. Innaashra Binti Zaidi
8. Luqman Zulhakimi Bin Abdullah
9. Mazli Bin Zaiful Bahari
10. Muhammad Alif Fahmi Bin Mohd Azari
11. Muhammad Hafizullah Bin Khairul Amali
12. Wafa Nazihah Binti Fahrurrazi
13. Nur Aina Natasya Binti Abdullah
14. Nur Alya Nabilah Binti So'alehin
15. Nur Alya Zahirah Binti Mohd Zahir
16. Nur Faizatul Nadia Binti Abdullah
17. Nur Hisha Amani Qaseh Binti Ali Famedi
18. Putri Nur Alya Binti Mohd Hilme
19. Raja Danish Zharfan Bin R.Faidil Adzman
20. Siti Salwa Syafiah Binti Mohammad Riduan
21. Muhammad Qayyum Bin Abdul Halim

Seterusnya murid dari 6 Delima dijemput:

1. Abdul Firas Hadi Bin Ab Ghani


2. Aliff Shazrein Bin Charizan
3. Muhammad Aiemeer Bin Elias
4. Muhammad Aiman Iqram Bin Abdullah
5. Vegathiswaran A/L Kalydass
6. Muhammad Ikram Bin Mohd Saiful
7. Muhammad Khairul Haziq Bin Zahari
8. Nafi Hafizul
9. Nittish A/L Kalaivanan
10. Nur Safira Binti Isnin
11. Putri Jannahtul Raudah Binti Ghazali
12. Ria Suhaila Anak Ronie
13. Sapina Asyikin Anak Sari
14. Sharul Nizam Anak Paulus
15. Suhaila Anak Kasim
16. Muhammad Danish Bin Mazlan

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian kepada Guru-Guru yang mengajar Tahun 6,
dijemput:

1. Pn. Saridah Binti Adzim


2. Pn. Amaliah Binti Khamis
3. Pn. Nor Azah Binti Md Had
4. Pn. Rossidah Binti Abdul Raman
5. En. Zurainee Bin Abdul Wahid
6. Pn. Roshafiza Binti Md Ali
7. Pn. Norhida Binti Mohd Johan
8. En. Mohd Zainal Abidin Bin Ahmad
9. Pn. Siti Roseshahida Binti Roslan
10. Pn. Siti Zubaidah Bte Husin
11. En. Nik Abdul Malik Bin Nik Ibrahim
12. Pn. Norhayati Binti Mohd Yusof
13. En. Azizi Bin Ishak
14. En. Mohd Fadzil Bin Abdul Ghapar
15. Pn. Fara Zuhainy Binti Md Jelan
16. En. Muhammad Adam Bin Rosali
17. Pn. Mazrina Binti Abdullah
18. Pn. Norrahimah Binti Abu Hassan
19. En. Arman Bin Ahmad
20. Pn. Azizah Binti Wahab

Majlis merakamkan ucapan Terima Kasih kepada Yang Berusaha Pn.Saridah Binti
Adzim,Guru Besar SK Selandar atas menyampaikan Sijil Dan Hadiah sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian

Dengan berakhirnya Penyampaian Sijil Dan Hadiah kepada Murid Tahun 6 itu tadi, maka
berakhirlah majlis kita pada hari ini. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menyempurnakan Majlis Jamuan Tahun 6 SK
Selandar 2022/2023 kita pada hari ini. Ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan saya
sepanjang mengacarakan majlis kita pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya
daripada Allah dan yang buruk itu daripada kesilapan kami sendiri.

Sekian, assalamualaikum wbt..

Sebelum hadirin semua dijemput menjamu selera sekali lagi dijemput Muhammad Khairul
Haziq Bin Zahari untuk membaca Doa makan

Dengan segala hormatnya dijemput…

Amin Ya Robbal Alamin

Hadirin dijemput menjamu selera

Anda mungkin juga menyukai