Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN TAHUN 6

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu Ilahi.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.


Yang berusaha Puan Salina Bt Abu Talib, Guru Besar SK
Pengkalan Aur,yang dihormati Puan Norazah Bt Zainol Abidin,
PK Pentadbiran, Encik Muhammad Suhaimi Bin Idris, PK
Hem,Encik Abdullah Bin Md Azanan, PK Kokurikulum, barisan
guru Tahun 6 dan murid-murid Tahun 6 yang dirai.

Bersyukur kita kepada Ilahi kerana pada petang yang


berbahagia ini, kita dapat berkumpul di tempat yang selesa
dalam majlis yang bermakna iaitu Majlis Perpisahan Murid-
murid Tahun 6 Sesi 2022/2023.Selamat datang dan terima
kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang sudi
meluangkan masa bersama-sama bagi meraikan murid-murid
dan guru Tahun 6.

Baiklah,kita teruskan majlis ini dengan bacaan doa oleh Al Fadil


Ustaz Azmi Bin Abd Ghani,di persilakan ustaz.

.............Bacaan doa..................................

Majlis diteruskan dengan bacaan surah Taranum oleh adik


Muhammad Umar Farouq Bin Ramlan, dipersilakan.
...............................................................................................................

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih,
Tampillah puan yang sedia ayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Majlis berbesar hati menjemput Puan Guru Besar, Puan Salina


Bt Abu Talib untuk menyampaikan ucapan.

Terima kasih puan di atas ucapan itu tadi.

Seterusnya di jemput adik Jaheed Naufal Bin Mohd Jamil


Untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid Tahun
6.

Terima kasih adik Jaheed Naufal atas ucapan sebentar tadi.

.....................................................................................................................
Majlis diteruskan dengan persembahan syair oleh adik
Muhammad Umar Farouq dan Muhammad Iyad, dipersilakan.

Kini, tibalah masa untuk penyerahan Sijil dan cenderahati


kepada murid Tahun 6. Dijemput PK Pentadbiran, Puan Norazah
untuk naik ke pentas.

Kelas 6 Al- Farabi......................(senarai nama murid)


Kelas 6 AL- Khawarizmi....................(senarai nama murid)
Terima kasih kepada Puan Norazah.

Majlis diteruskan dengan menjemput Guru Besar, Puan Salina


Bt Abu Talib untuk menyampaikan sijil dan cenderahati kepada
murid Tahun 6.

Kelas 6 Ibnu Khaldun...........(senarai nama murid)


Kelas 6 Ibnu Sina .................(senarai nama murid)

Terima kasih Puan Guru Besar.

Seterusnya dijemput Ustaz Rafaii untuk membaca doa makan.

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah semua jamu selera,
Hidangan mesra penuh kasih.

Dipersilakan semua untuk menjamu selera.....................

Berakhirlah Majlis Lambaian Perpisahan Tahun 6 pada hari ini.


Semoga semua murid terus cemerlang walau di mana jua kamu
berada. Kami para guru sentiasa mendoakan kalian. Kita akhiri
majlis dengan bacaan surah Al-Asr.

Sesi bergambar....

Anda mungkin juga menyukai