Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS KEJOHANAN MERENTAS DESA

Assalamu’alaikum w.b.k, salam sejahtera, salam Sekolahku Sejahtera, dan salam Keluarga
Malaysia.

Pohon meranti tumbuh di lurah,


Terbang terkukur ke tengah bendang,
Merentas desa berakhir sudah,
Penutup majlis tetamu diundang,

Anak raja pergi berdagang,


Pengikut sekeliling berdiri teguh,
Sukan umpama satu gelanggang,
Tempat bertarung mencari jaguh.

Yang Berusaha, En. Eu Teng Huat,


Guru Besar SK La Salle 2 Jinjang,
Yang dihormati, Pn. Najihah binti Ibrahim,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
En. Ridhauddin bin Hasbullah,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Nik Zuraidee bin Nik Mohamed,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang Dihormati, Ahli Jawatankuasa Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah
Guru-guru, Tuan-tuan, puan-puan, dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamduillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. kerana,
dengan limpah kurnia, taufik dan keizinanNya jua, majlis yang direncanakan telah dapat sama-
sama kita jayakan pada hari ini .

Saya bagi pihak majlis, terlebih dahulu mengalu-alu dan merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas kesudian tuan2 dan puan2, para ibu bapa kerana telah sudi
meluangkan masa untuk bersama-sama dengan kami dalam majlis pada hari ini.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat
Pihak majlis dengan segala hormat, menjemput Encik Ahmad Khairudin bin Azam untuk
memimpin bacaan doa’.

BACAAN DOA

Terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Khairudin bin Azam atas kesudian memimpin
bacaan doa’.

Nyiur manis lebat setandan,


Santannya lemak dimasak pengat,
Sudilah tuan tampil ke depan,
Mengatur bicara menyampai amanat,

Majlis dengan sukacitnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, En. Eu Teng Huat,
Guru Besar SK La Salle 2 Jinjang, untuk menyampaikan ucapan.

Baju kebaya kerongsangnya lima,


Dipakai oleh si dara sunti,
Senarai pemenang sudah kuterima,
Kalungan pingat dinanti-nanti.

Kini tibalah masanya untuk MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Oleh itu, Majlis dengan segala hormat menjemput Yang Berusaha, Yang Berusaha, En. Eu Teng
Huat,
Guru Besar SK La Salle 2 Jinjang, untuk mengalungkan pingat kepada para pemenang.

Anda mungkin juga menyukai