Anda di halaman 1dari 7

Maj Apresiasi PSS SKGM 2021

MAJLIS APRESIASI PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH


SK GUA MUSANG
22 FEBRUARI 2022

CUE ANN
Tetamu, Pengawas Pusat Sumber dan penerima anugerah memgambil
tempat duduk masing-masing.
***Salutasi Yang Berusaha
Encik Wan Azli bin Wan Yusoff
Guru Besar SK Gua Musang

Yang Berusaha,
Encik Che Yusof bin Che Lah
Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang dihormati, guru-guru, dan rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi


sekalian.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Semoga majlis bertambah berseri.

Selamat Datang ke Majlis Apresiasi Pengawas Pusat Sumber Sekolah SK


Gua Musang 2021.

Bacaan doa Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Tetamu jemputan dan hadirin sekalian,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, dengan limpah
kurnianya, marilah kita sama-sama bermunajat menadah tangan memohon

1
Maj Apresiasi PSS SKGM 2021

taufik dan hidayah agar perjalanan Majlis Apresiasi Pengawas Pusat Sumber
Sekolah SK Gua Musang 2021diberkahi yang Maha Esa. Jesteru, Majlis
mempersilakan sahabat kita,………………………………………………………………….
untuk menerajui doa sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita
diberkati hendaknya. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

*** Bacaan doa***

Amin amin ya rabbal `alamin.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada …………………………………………..
atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita pada pagi ini beroleh
perlindungan, dilimpahkan dengan seribu keberkatan, ditambahkan
dengan tautan kemesraan serta berpisahnya kita nanti diiringi kenangan
yang mencuit perasaan.

Ucapan Aluan Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur
Pengerusi Majlis kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat sama-sama berhimpun
pada pagi ini untuk meraikan tanda penghargaan kepada barisan
Pengawas Pusat Sumber Sekolah SKoGuM bagi sesi 2021.

Sesungguhnya khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh barisan


Pengawas Pusat Sumber Sekolah membuktikan bahawa pengorbanan,
kesungguhan dan iltizam yang tinggi daripada barisan pengawas
memberi impak yang bermakna demi membangunkan Pusat Sumber Al-
Wazzan.

Jutaan terima kasih diucapkan atas kesudian semua meluangkan masa


bagi sama-sama memeriahkan Hari Apresiasi Pengawas Pusat Sumber
Sekolah sesi 2021.

Ucapan Guru Tetamu Kehormat dan hadirin sekalian,


Besar

Pencak silat cantik berseni,


Tersadung kaki langkah tersasar,

2
Maj Apresiasi PSS SKGM 2021

Majlis kita takkan berseri,


Tanpa ucapan Tuan Guru Besar.

Aturcara majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mengikuti ucapan
daripada Yang Berusaha, Encik Wan Azli bin Wan Yusoff, Guru Besar
SK Gua Musang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*** Ucapan GB ***

Begitulah tadi telah sama-sama kita ikuti ucapan daripada tuan Guru
Besar. Majlis merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas ucapan
yang telah dititipkan tadi.
.
Penyampaian Terbang tinggi si burung helang,
hadiah Berkicau kenari sambil berterbangan
pertandingan Insan cemerlang Negara terbilang,
anjuran PSS
Anugerah diberi tanda kecemerlangan

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian;
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Tuan-tuan dan puan-puan, sesungguhnya sekolah bukan sahaja tempat


melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan tetapi juga merupakan
wadah menggilap bakat dan potensi diri anak-anak agar seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan juga sahsiah agar mampu
menerajui negara kita pada masa akan datang.

Tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan majlis pada pagi ini dengan
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan anjuran PSS Al-
Wazzan sepanjang tahun 2021.

Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha,


………………………………………………………………………………………………………

3
Maj Apresiasi PSS SKGM 2021

SK Gua Musang

untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan upacara. Dipersilakan.

Tanpa membuang masa lagi, kita mulakan dengan penyampaian hadiah


bagi Aktiviti Rak Maya Blink yang pertama iaitu Treasure Hunt.
Pemilihan pemenang dibuat berdasarkan beberapa kriteria yang telah
ditetapkan oleh pihak BLINK.
Pemenang-pemenang bagi Aktiviti Treasure Hunt adalah:

Seterusnya, kita beralih kepada penyampaian hadiah kepada pemenang-


pemenang Aktiviti Rak Maya Blink yang kedua, Kuiz PdPR.
Pemenang-pemenang nya adalah:
Dijemput, ………………………………………………………………………..

Ativiti Rak Maya Blink yang ketiga merupakan aktiviti khusus yang
dianjurkan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan tahun 2021 yang lalu.
Aktiviti yang dimaksudkan adalah Cabaran Kira Jalur Gemilang.
Pemenangnya adalah …………………………………………………………………………..

Aktiviti Rak Maya Blink yang terakhir merupakan aktiviti yang menguji
penguasaan kosa kata peserta yang mengambil bahagian.
Penerima hadiah bagi aktiviti Bina Kata adalah
………………………………………………………………………………………………………..
Terima kasih diucapkan kepada atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.
Penyampaian Kita teruskan majlis dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada
sijil dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang telah menyertai Karnival Pusat
cenderahati Sumber Peringkat Negeri Johor.

Dimulakan dengan ……………………………………………………………………………

Sesungguhnya peluang menyertai karnival maya tersebut merupakan

4
Maj Apresiasi PSS SKGM 2021

pengalaman berharga buat semua peserta.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah. Terima


kasih diucapkan kepada ……………………………………………………………………..
atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.
Pengiktirafan Kelangsungan majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian
Sistem Ganjaran Pengiktirafan Sistem Ganjaran Jauhari.
Jauhari Untuk itu, majlis menjemput Yang berusaha Encik Wan Azli bin Wan
Yusoff, Guru Besar SK Gua Musang untuk tampil ke pentas bagi
menyempurnakan upacara. Dipersilakan.

Dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada penerima pengiktirafan


Jauhari Gangsa dengan jumlah buku yang dibaca adalah di antara 90 ke
179 buah.
Bagi Tahun 1, penerima nya adalah …………………………………………………
Manakala, bagi Tahun 2 pula, dijemput ……………………………………………..
Seterusnya, bagi Tahun 3, penerimanya adalah …………………………………….
Bagi Tahun 4 pula, dijemput …………………………………………………………………
Seterusnya, bagi Tahun 5, pengiktirafan ini diberi kepada
…………………………………………………………………..
Dan, bagi Tahun 6, dijemput …………………………………………………………………

Seterusnya, kita beralih kepada pengitirafan Jauhari Perak. Jumlah buku


yang dibaca adalah di antara 180 ke 269 buah buku.
Penerima pingat PERAK dari kelas Tahun 3 adalah
…………………………………………………………………………………………
Seterusnya, penerima pingat Jauhari PERAK dri kelas Tahun 5 adalah
…………………………………………………………………………………………

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian pengiktirafan Jauhari NILAM


kepada murid yang telah Berjaya membaca 359 buah buku dan lebih.
Penerima pengiktirafan Jauhari NILAM dari kelas Tahun 3adalah
1.

5
Maj Apresiasi PSS SKGM 2021

2.

Manakala, bagi Tahun 6 pula, penerimanya adalah


……………………………………………………………………………………………

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima. Diharapkan


kejayaan murid-murid ini akan menjadi sumber inspirasi dan pendorong
murid lain untuk turut berjaya pada masa akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas kesudian


menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Penyampaian Kita telah pun sampai ke anugerah yang pastinya ditunggu-tunggu oleh
Anugerah Khas semua.
Kita teruskan pula dengan penyampaian anugerah Ikon NILAM bagi
Tahap 1 dan Tokoh NILAM 2021 bagi Tahap 2. Penerima tleah
mencatatkan jumlah bacaan tertinggi sepanjang sesi persekolahan 2021.
Penerima anugerah Ikon NILAM dan Tokoh NILAM akan menerima sijil,
sebuah scooter dan plak.

Dimulakan dengan penerima IKON NILAM 2021, dijemput NUR AMIRAH


HUSNA BINTI MOHD FAIZUL dari kelas 3 AL-MALIKI. Untuk makluman
hadirin, Nur Amirah Husna telah berjaya membaca 417 buah buku.

Seterusnya, penerima anugerah TOKOH NILAM 2021 yang merupakan


murid dari Kelas 6 Al-Farabi. Dijemput, Nur Qistina Zahra binti
Noresafendy untuk tampil menerima hadiah. Beliau telah Berjaya
membaca365 buah buku yang telah melayakkan beliau untuk
dianugerahkan TOKOH NILAM SK Gua Musang 2021.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ikon dan Tokoh NILAM kita.
Semoga pencapaian cemerlang yang ditunjukkan oleh rakan-rakan kita
dapat menjadi pendorong untuk kita sama-sama mengikut jejak langkah

6
Maj Apresiasi PSS SKGM 2021

mereka pada masa akan datang.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Setinggi-tinggi


penghargaan juga diucapkan kepada tuan Guru Besar atas kesudian
menyampaikan hadiah.

Penutup Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah


sudah majlis kita pada hari ini.

Kami bagi pihak AJK Pelaksana Majlis, mengucapkan setinggi tahniah dan
syabas kepada semuapemenang dan penerima anugerah. Sesungguhnya
tiada kejayaan tanpa iltizam yang padu.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya sampaikan kepada semua
warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Saya, juga ingin
menyusun jari sepuluh, memohon kemaafan jika terdapat sebarang
kesilapan dan keterlanjuran kata sepanjang majlis ini berlangsung.

Wabillahi taufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai