Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARAAN MAJLIS RESTU ILMU SPM 2023

TARIKH: 26 JANUARI 2023 (JUMAAT)


TEMPAT: DEWAN JUBLI EMAS SMKAA
BIL PERKARA CATATAN

1. KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Bismillahhirrahmanirrahim..

Yang Berusaha,
Puan Nor Azizah binti Abdul Hadi
Pengetua Cemerlang
SMK Alor Akar

Yang Hormat,
Prof. Dato’ Dr. Shankar Sayapathi
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Alor Akar

Yang Dihormati,
Puan Azora binti Mohamed Jabar@Alwi,
Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Shireen binti Abdul Latif,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Shahril bin Hashim,


Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Penyelaras Pendidikan


Khas, guru-guru serta anak-anak calon SPM 2023 yang
dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh dan Salam


Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan


limpahan kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang
berbahagia ini dalam Majlis Restu Ilmu SPM 2023.

SMKAA – MAJLIS RESTU ILMU SPM 2023


Majlis Restu Ilmu ini merupakan langkah dan persediaan
terakhir calon SPM untuk menghadapi peperiksaan sebenar.
Rasionalnya Majlis Restu Ilmu kerana restu ibu bapa dan guru
serta bimbingan dan motivasi mampu menjadi kekuatan
kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan di samping
sokongan berterusan daripada pihak sekolah.

2. BACAAN DOA

Salam disua pembuka madah


Disulam dengan alunan tingkah
Salam dibawa ke majlis indah
Disulam kalimah penuh barakah

Bersama kita menadah tangan, memanjatkan doa kepadanya


agar majlis yang indah ini akan diberkati dan lancar
sebagaimana yang telah direncanakan.
Majlis mempersilakan
Saudara Muhammad Zarif Daniel bin Zulkefli bagi memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.
***
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara
Muhammad Zarif Daniel atas pimpinan bacaan doa sebentar
tadi.

3. UCAPAN WAKIL MURID

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Saudara Addam


Mukhriez bin Rizzuddin, Ketua Murid SMK Alor Akar
mewakili calon-calon SPM 2023 untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
***
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan mewakili pelajar-
pelajar Tingkatan 5 itu tadi.

SMKAA – MAJLIS RESTU ILMU SPM 2023


4. UCAPAN YDP PIBG

Keris disarung bertatah berlian


Senjata keramat pahlawan terbilang
Seuntai bicaramu kami nantikan
Sebagai pedoman di hari mendatang

Hadirin,

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Hormat, Prof.


Dato’ Dr. Shankar Sayapathi, Yang Dipertua, Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SMK Alor Akar untuk menyampaikan titipan
mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru buat calon-calon SPM
2023. Dipersilakan.

***
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Hormat
Dato’ atas ucapan yang telah disampaikan itu tadi.

5. UCAPAN PENGETUA

Hadirin yang dihormati,

Segak bentara berantakesuma


Di dalam kota bersama panglima
Susunan bicara bakal bergema
Alunan kata anggun berkarisma

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha,


Puan Nor Azizah binti Abdul Hadi, Pengetua Cemerlang,
SMK Alor Akar untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

***
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan
Pengetua atas ucapan yang telus dan suntikan semangat buat
semua calon SPM 2023.

SMKAA – MAJLIS RESTU ILMU SPM 2023


6. PENYERAHAN DAN PENERIMAAN ILMU

Dari hatinya terbit seberkas kasih


Dari jiwanya mengalir sebutir mutiara ilmu
Dalam rohnya muncul segugus kerdipan kemuliaan
Buat anak-anak didik tercinta
Yang dambakan satu harapan
Meniti jambatan ilmu
Dunia dan akhirat

Hadirin,

Majlis diteruskan dengan acara penyerahan dan penerimaan


ilmu. Simbolik penyerahan dan penerimaan ini akan
disempurnakan oleh wakil guru Puan Aisyatun binti
Mohamed Rusli dan Saudari Puteri Nur Syiham binti
Norsam dari kelas 5 Cerdas . Majlis mempersilakan.

***
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

7. BACAAN IKRAR

Perjalanan yang panjang,


Usaha yang berterusan,
Tawakal dan doa tak terbilang
Janji dipatri untuk menggapai kejayaan
Ikrar dilafaz untuk mencapai kegemilangan

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini mempersilakan


Saudara Chua Chi Shen untuk mengetuai bacaan ikrar.
Mohon semua calon SPM 2022 untuk bersedia.

(LAFAZ IKRAR)

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Chua Chi Shen yang


mengetuai lafaz ikrar sebentar tadi. Semoga dengan ikrar yang
dilafazkan dapat menyuntik azam dan semnagat dalam diri
SMKAA – MAJLIS RESTU ILMU SPM 2023
calon-calon SPM 2023 untuk berusaha sebaik mungkin di
dewan peperiksaan nanti.

8. PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA MURID


MENGIKUT KELAS

Hadirin yang dihormati,

Bagi menyempurnakan acara seterusnya, dijemput Yang


Berusaha, Puan Nor Azizah binti Abdul Hadi, Pengetua
Cemerlang SMK Alor Akar untuk mengiringi Yang Hormat,
Prof. Dato’ Dr. Shankar Sayapathi, Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Alor Akar untuk
menyampaikan cenderahati kepada calon-calon SPM 2023.

Dijemput Ketua Kelas 5 Canggih, _______________________


untuk menerima cenderahati.

Seterusnya, dipersilakan Ketua Kelas 5 Cekal,


_________________________

Ketua Kelas 5 Cekap, ________________________________


Ketua Kelas 5 Cerdas, ________________________________
Dan Ketua Kelas 5 Cerdik, _____________________________

***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Hormat


Dato’ atas kesudian menyampaikan cenderahati kepada bakal
graduan Roots 2023. Semoga hadiah kecil dari pihak sekolah
menjadi bekal yang berguna untuk anda gunakan di dewan
peperiksaan nanti. Mudah-mudahan ia menjadi perangsang
kepada kejayaan anda.

SMKAA – MAJLIS RESTU ILMU SPM 2023


9. SESI BERSALAMAN

Hadirin yang dikasihi,

Suria bersinar tampak berseri


Indah awan disulam pelangi
Selamat berjuang putera dan puteri
Restu gurumu sentiasa mengiringi

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu sesi bersalaman


bersama guru-guru.

Dalam kesempatan ini, di pertemuan yang penuh bermakna ini


marilah sama-sama kita melapangkan dada, saling memaafkan
dan merelakan antara guru dan anak-anak pelajar. Semoga
keberkatannya menjadi manfaat bersama bagi mencari
landasan hidup yang sempurna demi beroleh kecemerlangan di
dunia dan di akhirat.

Cium tangan mereka. Mohonlah keampunan mereka. Andai


ada terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon diampunkan dosa,
minta direstukan segala ilmu yang diberi. Mungkin semalam
anda melawan guru anda, tidak menyiapkan tugasan yang
diberi dan sering menyakiti hati guru…mohonlah kemaafan dari
mereka.
Kerana restu mereka adalah keramat, ilmu mereka adalah
azimat!

Cikgu-cikgu, berikanlah restumu….doakanlah kejayaan


mereka!

Guru-guru dijemput untuk berdiri di bahagian hadapan dewan.


Murid-murid Tingkatan 5 dipersilakan berdiri dan bergerak
dalam barisan untuk bersalaman dengan guru-guru anda.

SMKAA – MAJLIS RESTU ILMU SPM 2023


10. PENUTUP

Hadirin yang dihormati,

Berakhirlah sudah Majlis Restu Ilmu SPM 2023 pada pagi ini.
Bagi seluruh jawatankuasa majlis, kami merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Kami juga memohon kemaafan jika terdapat sebarang


kekurangan dan kepincangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Burung tekukur terbang rendah,


Terbang bersama si burung murai;
Saat ini saat penyudah,
Tanda majlis melabuhkan tirai.

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Assalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

SMKAA – MAJLIS RESTU ILMU SPM 2023

Anda mungkin juga menyukai