Anda di halaman 1dari 15

TEKS PENGACARA MAJLIS (EMCEE) SEMPENA

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 2023/2024


SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAD DATU II

PENGUMUMAN PERINGATAN

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,


Ini adalah pengumuman peringatan tentang
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi
semasa majlis graduasi berlangsung.

1. Para hadirin adalah dilarang mengambil


gambar atau video semasa majlis sedang
berlangsung.
2. Para hadirin adalah dilarang berdiri dan
bergerak sekitar Dewan Kiranasari semasa
majlis sedang berlangsung.
3. Mohon kerjasama para hadirin memastikan
telefon pintar peribadi adalah dalam mod
senyap / silent dan yang terakhir,
4. Mohon kerjasama para hadirin
meminimumkan nada perbualan atau
percakapan semasa majlis sedang
berlangsung.

Perhatian dan kerjasama tuan-tuan dan puan-


puan adalah amat dihargai. Sebarang
pertanyaan atau bantuan, sila rujuk dengan
para petugas kami. Kami berbesar hati untuk
membantu anda.
*Majlis graduasi bermula

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, para hadirin


sekalian, upacara membawa masuk, Cokmar
Majlis Graduasi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan
Lahad Datu 2 oleh Sir Mackenzzie Sahni.

*Sir Mackenzzie selesai meletakan cokmar di


dalam Dewan Kiranasari

* Ketibaan Perasmi dan Perarakan Masuk

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, mengumumkan


ketibaan Tuan Perasmi -

Yang Dihormati, Encik Abdul Aziz Bin Abdul


Rashid (Pegawai Pendidikan Daerah Lahad
Datu) diiringi perarakan masuk Murid-Murid
dan Guru-Guru Tahun 6, Para Pentadbir dan
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Lahad
Datu II, majlis mohon berdiri.

*Perasmi bersama graduan berarak masuk


sehingga selesai mengambil tempat

Para hadirin yang dihormati, sekarang kita akan


menyanyikan tiga buah lagu iaitu:
 Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ dan
 Lagu ‘Sabah Tanah Airku’
 Lagu ‘Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II’

*3 buah lagu diatas selesai dimainkan

Para Hadirin dipersilakan duduk


Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera,
Salam Malaysia MADANI dan Salam SK Lahad
Datu II berMATLAMAT kepada tuan perasmi,
tetamu kehormat, guru-guru, tuan-tuan dan
puan-puan serta para pelajar sekalian ke Majlis
Graduasi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Lahad
Datu II bagi sesi 2023/2024

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah pohon cerama,
Salam sejahtera mulanya kata,
Kami sembah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Majlis bermula tirai dibuka,
Selamat datang untuk semua.

Yang Dihormati
Encik Abdul Aziz Bin Abdul Rashid
(Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu)

Yang Dihormati,
Encik Roslan Bin Kiling,
(Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II)

Yang Berusaha,
Encik Alimin Bin Sarip
(Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II)
Yang Berusaha, Barisan Pentadbir Sekolah,

Puan Alizah Binti Abdul Hamid,


(Guru Penolong Kanan Pentadbiran) *cuti sakit

Encik Kautih Bin Abdul Binang,


(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid),

Puan Armah Binti Haji Buntak,


(Guru Penolong Kanan Kokurikulum), dan,

Encik Joseph Bin Jamil,


(Guru Penolong Kanan Petang),

Yang Dihormati,
Para Ibu Bapa dan Penjaga serta

Yang Diraikan!, dan Dikasihi !


Murid-Murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan
Lahad Datu II

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran


dipanjatkan kehadrat Ilahi di atas limpah kurnia
dan izinNya dapat kita bersama-sama meraikan
Majlis Graduasi Tahun 6 bagi sesi 2023/2024
pada hari ini.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari;
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.
Ucapan terima kasih juga dikhaskan kepada
semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa
untuk memberi sokongan kepada anak-anak
dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua
diberkati Allah.

Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Bagi memberkati majlis pada malam ini,


dengan segala hormatnya dijemput, adik
Mohammad Syukran Naqib Bin Ahmad Salleh,
untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.

*Doa selesai dibacakan

Amiin, Amiin, Ya Rabballalamin, Terima kasih


adik Mohammad Syukran Naqib Bin Ahmad
Salleh, atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga
dengan doa yang dipinta, majlis ini diberkati
oleh Allah Yang Maha Esa.

Para Hadirin yang dihormati,

Terbang di awan burung Jentayu,


Di atas papan batang selasih,
Tampilah Tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput,
Yang Berusaha, Encik Alimin Bin Sarip, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II, untuk
memberikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

*Guru Besar selesai memberikan ucapan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada, Encik


Alimin Bin Sarip atas ucapan yang penuh
bermakna sebentar tadi.

Daun semulur di pekan sari


Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami

Majlis dengan berbesar hati menjemput Tuan


Abdul Aziz Bin Abdul Rashid (Pegawai
Pendidikan Daerah Lahad Datu) untuk
memberikan ucapan dan merasmikan Majlis
Graduasi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Lahad
Datu II bagi sesi 2023/2024. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

*Perasmi selesai memberikan ucapan

Ribuan terima kasih diucapan kepada Tuan


Abdul Aziz Bin Abdul Rashid atas kesudian
beliau merasmikan Majlis Graduasi Tahun 6
sebentar tadi.
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Ucapan aluan selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Justeru, majlis mohon perhatian tuan-tuan dan


puan-puan ke arah pentas dewan bagi
menyaksikan persembahan tarian Limbai dan
Kuda Pasu oleh para pelajar Pra Sekolah
Kebangsaan Lahad Datu II

*Persembahan tarian bermula sehingga selesai.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada para pelajar Pra Sekolah Kebangsaan
Lahad Datu II atas persembahan yang penuh
berirama sebentar tadi. Untuk makluman
semua, para pelajar Pra Sekolah sebentar tadi
telah berjaya meraih tempat kedua kategori
tarian etnik Sabah dan memenangi Busana
Terbaik dalam Program Kecemerlangan
Pendidikan Pra Sekolah peringkat Daerah Lahad
Datu tahun 2023. Persembahan tarian itu juga
adalah dibawah bimbingan dan latihan Cikgu
Hellemen Bin Asin dan Cikgu Fadzil Bin Noen.

Seterusnya, mari kita sama-sama saksikan


tayangan slaid video ‘imbauan masa’ para
pelajar tahun 6 sepanjang mereka bersekolah
di SK Lahad Datu II.
PENYAMPAIAN SIJIL GRADUASI SIDANG
PERTAMA (6 FOLDER & 6 ACCESS)

Para Hadirin yang dihormati,

Bicara Bukan Sebarang Bicara


Bicara Beralun Santapan Puisi
Gembira Bukan Sebarang Gembira
Gembira Menyambut Hari Graduasi
Salam Pembuka Dihulur Sudah
Ayuh Segera Ke Sidang Pertama

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya


menjemput, Yang Berusaha, Encik Joseph Bin
Jamil, Penolong Kanan Petang Sekolah
Kebangsaan Lahad Datu II diiringi oleh Puan
Sa’diah Binti Usman bagi menyempurnakan
acara penyampaian sijil sidang pertama kepada
para graduan dari kelas 6 Folder, dipersilakan.

Dipersilakan graduan (sebut nama) pelajar 6


Folder

*PK Petang selesai beri sijil

Majlis merakamkan terima kasih kepada Encik


Joseph Bin Jamil atas kesudian
menyempurnakan upacara tersebut.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil
graduasi sidang pertama kepada kelas 6 Access.
Justeru, dengan segala hormatnya majlis
menjemput, Yang Berusaha, Puan Armah Binti
Haji Buntak, Penolong Kokurikulum Sekolah
Kebangsaan Lahad Datu II, diiringi oleh Puan
Sa’diah Binti Usman bagi menyempurnakan
upacara.

Dipersilakan graduan (sebut nama) pelajar 6


Access

*PK KOKUM selesai beri sijil

Begitulah berakhirnya penyampaian sijil kepada


para graduan sidang pertama. Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan
Armah Binti Haji Buntak atas kesudian
menyempurnakan ucapara tersebut.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati,

Majlis berehat seketika dengan dihiburkan


alunan suara seniman Sekolah Kebangsaan
Lahad Datu II, adik Sham Badrin dengan
lagunya yang bertajuk :
_______________________________________

dipersilakan.

*Sham selesai membuat persembahan.


Demikian tadi persembahan rangkaian
nyanyian lagu merdu dan menusuk jiwa sebagai
halwa telinga kita bersama. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih atas
persembahan beliau.

PENYAMPAIAN SIJIL GRADUASI SIDANG


KEDUA (6 CYBER & 6 BINARY)

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati,

Majlis graduasi Sekolah Kebangsaan Lahad


Datu II diteruskan lagi dengan penyampaian sijil
sidang kedua bagi kelas 6 Cyber dan 6 Binary.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput,


Yang Berusaha, Encik Kautih Bin Abdul Binang,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, diiringi oleh
Puan Armah Binti Haji Buntak bagi
menyempurnakan upacara penyampaian sijil
bagi kelas (6 Cyber dan 6 Binary)

 Dari Kelas 6 Cyber, Dipersilakan graduan


(sebut nama) pelajar 6 Cyber

 Dari Kelas 6 Binary, Dipersilakan graduan


(sebut nama) pelajar 6 Binary

*PK HEM selesai memberi sijil graduasi

Begitulah berakhirnya penyampaian sijil kepada


para graduan sidang kedua. Majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada Encik Kautih Bin
Abdul Binang atas kesudian menyampaikan sijil
gradusi sebentar tadi.
Para hadirin sekalian,

Majlis berehat seketika dan sekali lagi kita


saksikan sekali lagi tayangan slaid kenangan
keluarga tahun 6 bagi sesi 2023/2024

Demikian tadi tayangan slaid keluarga tahun 6.

PENYAMPAIAN SIJIL GRADUASI SIDANG


KETIGA (6 GRAFIK, 6 DATA, 6 EDITOR & 6
HOLOGRAFIK)

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati,

Majlis graduasi Sekolah Kebangsaan Lahad


Datu II diteruskan lagi dengan penyampaian sijil
sidang ketiga iaitu sidang yang terakhir bagi
kelas 6 Grafik, 6 Data, 6 Editor dan 6 Hologafik.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput,


Yang Berusaha Encik Alimin Bin Sarip, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II,
diiringi oleh Encik Joseph Bin Jamil bagi
menyempurnakan upacara penyampaian sijil
kepada graduan kelas 6 Grafik dan 6 Data

Bagi kelas 6 Grafik Dipersilakan graduan (sebut


nama) pelajar 6 Grafik

Bagi kelas 6 Data dipersilakan graduan (sebut


nama) pelajar 6 Data
*GB selesai memberi sijil graduasi

Begitulah berakhirnya penyampaian sijil kepada


para graduan sidang ketiga. Majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada Encik Alimin Bin
Sarip atas kesudian menyempurnakan ucapara
tersebut.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil


graduasi sidang ketiga bagi kelas 6 Editor.
Untuk itu, dengan segala hormatnya dijemput
Encik Roslan Bin Kiling, Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Lahad Datu 2, diiringi oleh Encik
Kautih Bin Abdul Binang bagi menyempurnakan
upacara.

Dipersilakan graduan (sebut nama) pelajar 6


Editor

*YDP PIBG selesai memberi sijil graduasi

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


kepada Encik Roslan Bin Kiling, atas kesudian
menyempurnakan upacara sebentar tadi.

Seterusnya, dengan segala hormatnya, majlis


menjemput Yang Dihormati, Encik Abdul Aziz
Bin Abdul Rashid (Pegawai Pendidikan Daerah
Lahad Datu) diiringi Encik Alimin Bin Sarip
untuk menyempurnakan majlis penyampaian
sijil yang terakhir kepada para graduan dari
kelas 6 Holografik.
Begitulah berakhirnya penyampaian sijil kepada
para graduan sidang ketiga dan terakhir. Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik
Abdul Aziz Bin Abdul Rashid atas kesudian
menyempurnakan ucapara tersebut.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati dan


dikasihi sekalian,

Kita telah hampir ke penghujung upacara


majlis. Sebagai tanda setinggi-tinggi
penghargaan kepada Tuan Perasmi atas
kesudian beliau meluangkan masa bersama
kita, dijemput Yang Berusaha Encik Alimin Bin
Sarip, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lahad
Datu II diiringi oleh Encik Roslan Bin Kiling
untuk memberikan cenderahati penghargaan
dan kenangan kepada Tuan Perasmi Majlis
Graduasi Tahun 6 sesi 2023/2024, Encik Abdul
Aziz Bin Abdul Rashid. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


kepada Encik Alimin Bin Sarip atas kesudian
beliau menyempurnakan upacara tersebut.

Sekarang, buat kali terakhirnya, mari kita


saksikan persembahan tarian penutupan dari
para pelajar 6 Folder Sekolah Kebangsaan
Lahad Datu II. Dipersilakan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, demikian sudah


selesai persembahan tarian dari 6 Folder
Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II. Dengan
berakhirnya tarian tersebut, maka berakhirlah
upacara majlis graduasi kita pada hari ini.

Jesturu, pihak majlis dengan rendah hati


memohon para ibu bapa dan penjaga untuk
berdiri bagi upacara perarakan keluar tuan
perasmi dan tetamu kehormat.

Hujan Turun Badan Pun Tak Basah,


Batang Galah Haluan Perahu,
Niat di hati tak mahu berpisah,
Ketentuan Tuhan siapa yang tahu.

Para Hadirin yang dihormati sekalian,

Kami mewakili pihak Ahli Jawatankuasa Induk


Majlis Graduasi Tahun 6 sesi 2023/2024, ingin
mengambil kesempatan mengucapkan jutaan
terima kasih kepada tetamu kehormat, tuan-
tuan dan puan-puan serta para graduan
sekolah atas kesudian hadir memeriahkan
majlis pada hari ini.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Kami juga ingin menyusun sepuluh jari


memohon maaf atas salah silap tutur bicara
sepanjang majlis ini berlangsung.
Tanam Sirih dalam Taman,
Gali lubang tepi perigi,
Terima kasih hadirin budiman,
Lain kali bersua lagi.

Sekian dari kami, sehingga kita berjumpa lagi


di masa akan datang. Assalamualaikum,
Selamat sejahtera, salam Malaysia Madani dan
Salam SK Lahad Datu II berMATLAMAT.

Anda mungkin juga menyukai