Anda di halaman 1dari 19

Penghargaan

Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa terhutang budi kepada mata pelajaran sejarah saya, Puan Shuhana yang telah banyak membantu memberi penerangan dan memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan projek ini dan juga Puan Guru Besar, Puan Hajah Norsham kerana memberi saya menyiapkan projek ini di luar waktu persekolahan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan kecil saya iaitu Sheena, Izzati, Atiq, Firdaus dan Aqilah yang telah bekerjasama, memberi dorongan, tunjuk ajar, serta inspirasi dalam menyiapkan projeck ini terutamanya Sheena yang telah meluangkan masa untuk menemani saya ke Perpustakaan Negeri. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah menolong saya dari segi kewangan dan pengangkutan semata-mata untuk projek ini. Dia juga telah menyumbangkan beberapa idea dalam projek ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan folio ini sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Dengan adanya tugasan seperti ini, ia dapat menolong pelajar seperti saya untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai tokoh dan sejarah mereka. Oleh itu, tugasan ini sememangnya memberi banyak kebaikan yang tersendiri dalam memahami sejarah tokoh-tokoh kita. Sekian, terima kasih.

top

Objektif Kajian
Objektif Penilaian Kerja Kursus Sejarah ini adalah untuk mencari dan mengumpul data dari sumber yang sahih. Selain itu juga, pelajar dapat mengelas, menganalisis, mentafsir dan merumus fakta sejarah secara rasional. Pelajar juga dapat merekod fakta sejarah yang telah dianalisis mengikut format kajian yang betul. Di samping itu, pelajar dapat mengenali sejarah diri, keluarga, persekitaran tempat tinggal dan negara. Selain daripada itu, pelajar dapat mengamal nilai murni dan unsure patriotisme. Selain itu, pelajar dapat mengenali dan menghargai jasa dan sumbangan tokoh kepada bangsa dan Negara. Kajian ini diharapkan dapat memupukan perasaan cinta dan bangga terhadap tokoh negara kita.

top

Kaedah Kajian
Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat.

Saya telah menjalankan kaedah temu ramah dengan mengadakan beberapa sesi temu ramah dengan pegawai bertugas yang mengetahui serba sedikit sejarah tentang Dato' Onn Jaafar di Perpustakaan Tun Uda (Negeri). Semasa sesi temu ramah dijalankan, saya telah mengemukakan beberapa soalan tentang latar belakang dan sejarah yang telah kami sediakan. Saya telah merakamkan sesi temu-ramah itu dengan menggunakan pita rakaman. Kemudian, saya mencatat butir-butir penting yang telah dirakamkan itu untuk digunakan semasa menulis laporan. Selain menemu ramah, saya telah membuat pemerhatian dengan melayari internet untuk mengkaji tentang tokoh. Kemudian saya menganalisis buku milik ayah saya yang berkenaan dengan tokoh. Saya juga telah membentuk satu kumpulan kecil dengan rakanrakan saya, Sheena, Fatin, Aqilah, dan Aliah untuk bersama-sama membincangkan tentang tokoh ini dan bekerjasam untuk menyiapkan kajian ini.

top

Laporan Kajian
Dato' Onn Jaafar Nama penuh: Dato' Onn Jaafar Gelaran: Bapa Kemerdekaan, Order of British Empire (Sir)

top

Latar Belakang Tokoh

Dato' Onn Jaafar dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru pada 3 Februari 1895. Beliau ialah anak Dato' Jaafar Hj. Muhammad, Menteri BEsar Johor yang pertama (1838-1919). Abangabangnya, Dato' Abdullah dan Dato' Mustapha juga dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Dato' Abdullah menjadi Menteri Besar yang ketiga (1925-1928) dan Dato' Mustapha menjadi Menteri Besar yang keempat (1929-1931). Onn pula menjadi Menteri Besar yang ketujuh dari tahun 1946 hinggan 1949. Rumahnya di Jalan Larkin, Johor Bahru. Beliau telah berkahwin dengan 4 orang wanita iaitu, Rafeah Abdullah (empat orang anak), Cik Jamilah (anaknya meninggal dunia), Rafeah Abdullah (empat orang anak), dan Halimah Hussein (tujuh orang anak). Dato' Onn sejak kecil dipelihara oleh Sultan Ibrahim. Beliau mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran ke England. Dato' Onn pernah bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930. Pada tahun 1934, Dato' Onn menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga. Disamping itu, Dato' Onn juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Sebagai Menteri Besar Johor Dato' Onn menjadi anggota MPP sebagai wakil dari Johor dari tahun 1948 sehingga akhir tahun 1949. Dato' Onn menjadi anggota rasmi MPP. Beliau

menghadiri mesyuarat MPP bagi pertama kalinya pada bulan Februari 1948, iaitu persidangan pertama MPP selepas Persekutuan 1948 dibentuk. Semasa Zaman Pendudukan Jepun, Dato' Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor. Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 persatuan Melayu menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman. Hasil daripada mesyuarat, sebuah badan yang mewakili orang Melayu menentang Malayan Union akan ditubuhkan. Kongres Melayu Ketiga kemudiannya diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei, 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai president yang pertama. Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn Datuk Jaafar dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Sebagai Menteri Besar Johor Dato' Onn menjadi anggota MPP sebagai wakil dari Johor dari tahun 1948 sehingga akhir tahun 1949. Dato' Onn menjadi anggota rasmi MPP. Beliau menghadiri mesyuarat MPP bagi pertama kalinya pada bulan Februari 1948, iaitu persidangan pertama MPP selepas Persekutuan 1948 dibentuk. Tiga tahun kemudian, Datuk Onn meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO. Di bawah kepimpinana Dato' Onn, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan British membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan dan memberi hak istimewa Melayu. Penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di Johor Bahru itu melibatkan Dato' Onn secara peribadi. Dato' Onn telah mencadangkan Kongres 1946 melalui sepucuk suratnya bertarikh 23 Januari 1946 di Utusan Melayu, sebuah akhbar Melayu yang terbesar pada masa itu. Dalam suratnya itu, Dato' Onn mengesyorkan penubuhan sebuah badan kebangsaan bagi menentang Malayan Union dan badan itu dinamakan United Malays Organization (UMO). Ia kemudiannya menjadi UMNO, melalui cadangan Za'ba, pengerusi Jawatankuasa Kongres 1946. UMNO ditubuhkan dengan rasmi pada 11 Mei 1946 bagi menggantikan Kongres 1946. Mesyuarat agung yang kedua diadakan di Ipoh pada 29 Jun dan 30 Jun 1946. Mesyuarat agung yang ketiga di Pulau Pinang pada 27 dan 28 Julai 1946. Dalam mesyuarat inilah bendera UMNO dikibarkan pada pertam kali oleh Sultan Kedah, Sultan Badlisyah. Mesyuarat agung keempat diadakan di Balai Besar, Alor Setar pada 10, 11 dan 12 Januari 1947. Mesyuarat agung yang kelima diadakan di Seremban pada 1 dan 2 Mac 1947. Mesyuarat agung keenam di Kota Bharupada 10 Mei dan mesyuarat agung ketujuh di Johor Bahru pada 2, 3 dan 4 September 1947. Dato' Onn bercadangan bahawa membuka keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira kaum. Cadangan tersebut ditentangan. Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai president UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951. Namun begitu, UMNO telah menggabungkan partiparti yang dianggotai ole kaum lain iaitu MCA dan MIC menjadi parti Perikatan pada tahun 1955. Natijahnya, Dato' Onn mempunyai pandangan yang berbeza dengan ahli-ahli UMNO yang lain. Beliau ingin membuka pintu UMNO kepada kaum-kaum lain menyertainya tetapi ahliahli UMNO menggangap tindakan ini sebagai satu ancaman. Walau bagaimanapun, Dato'

Onn tetap merupakan seorang yang berani dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi negara dan bangsa. Dato' Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya selepas meninggalkan UMNO. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954m beliau menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. Sekali lagi, partinya gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya umum. Walau bagaimanapun, beliau masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan 1959. Pada tahun 1961, kesihatan Dato' Onn terganggu. Beliau terpaksa ditempatkan di wad hospital. In menghalang beliau menjalankan. Menjelang tahun 1961, kesihatan beliau semakin teruk. Penyakit kencing manisnya tidak dapat diubati. Beliau juga tidak boleh berjalan dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda. Namun, penglihatannya tetap terang dan selera makannya tetap ada. Beliau tetap meminati buah laici bersirap, walaupun itu menambahkan kesihatannya. Isterinya, Datin Halimah menjadi teman setia sepanjang masa. Pada malam 18 Januari 1962, dengan dikelilingi oleh isteri, anak-anaknya dan sanak saudaranya, Dato' Onn menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan begitu tenang dalam usia 67 tahun. Kematian Dato' Onn diisytiharkan di Radio Malaya pada pagi 19 Januari 1962. Orang ramai terutamanya orang Melayu menerima kematiannya dengan terharu sekali. Kepada mereka, Dato' Onn ialah seorang tokoh yang tidak asing dan sangat rapat dengan mereka sejak tahun 1930-an. Tidak siapa pun yang dapat melupakan jasa Dato' Onn kepada negara dan bangsa. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri PTM, dalam ucapan takziahnya mengatakan: "Allahyarhum adalah seorang pejuang, seorang pahlawan yang tidak ada tolok bandingannya. Kehilangannya sangatlah menyedihkan hati, kerana Allahyarhum telah meninggalkan jasa-jasa yang sangat besar kepada orang-orang Melayu dan Persekutuan Tanah Melayu. Kalau rakyat Indonesia bangga dengan Soekarnonya, maka kita di sini juga merasa bangga denga Dato' Onn." Kerajaan PTM memberi pengebumian negara kepada Dato' Onn. Tunku Abdul Rahman melaksanakan janjinya kepada Dato' onn yang dibuatnya pada Disember 1960. Keluarga Dato' Onn yang ada pada mulanya menolak, kemudiannya menerima atas desakan Sultan Ismail, kawan rapat Dato' Onn. Baginda juga memberi Datin Halimah $2000.00 bagi menguruskan pengebumian Dato' Onn. Jenazah Dato' Onn dibawa ke Istana Lama Johor Bahru dari rumahnya di Jalan Larkin. Jenazahnya ditutup dengan bendera Johor sebagai tanda penghormatan negeri Johor kepadanya. Maka tamatlah perjalanan hidup seorang pemimpin Melayu yang terbilang.

top Keluarga

Dengan hasil perkahwinan Dato' Jaafar dan ibunya, Rugayah, Onn Jaafar emempunyai darah keturunan bangsawan Melayu. Moyangnya berasal dari kerabat diraja Melaka yang merupakan para bendahara yang terkenal di Melaka dan Johor. Nenek moyang Onn bergerak mengikut keturunan Raja-raja Melaka ke Sumatera, Johor, Riau-Lingga, dan Singapura. Hasilnya Tok Abdul Jabar, moyang Onn mempunyai keturunan yang ramai hasil daripada perkahwinan di tempat yang menjadi jajahan Melaka. Ini membolehkan Onn Jaafar mempunyai hubungan darah dan hampir kebanyakan pembesar Johor pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim. Onn dipelihara dengan penuh kasih sayang dan kemewahan oleh ayahnya. Seorang pengasuh yant bernama Kuntum ditugaskan bagi menjaga dan menguruskan makan minum serta pakaian beliau. Ini memang kebiasaan Dato' Onn Jaafar yang memperuntukkan seorang pengasuh bagi tiap-tiap orang anaknya. Pengasuh ini menjadi sebahagian daripada kakitangan Dato' Onn Jaafar. Mereka tinggal di rumah papan yang didirikan di belakang rumah Dato' Jaafar di Buit Gambir, Johor. Onn membesar sebagai seorang kanak-kanak yang cergas dan ihat serta jarang sekali dihinggapi penyakit. Beliau seorang kanak-kanak yang lasak. Beliau juga kerap menimbulkan kemarahan ibunya. Bagaimanapun ini merapatkan lagi hubungan mereka. Ayahnya mendidk Onn dengan kawalan ketat. Walaupun sibutk dengan tugas-tugasnya, Dato' Jaafar tetap tegas mendidik anak-anaknya dengan nilai kebudayaan dan adat resam Melayu. Dalam hal ini, beliau memberi lebih perhatian terhadap Onn, yang agak degil daripda adik-beradiknya yant lain. Onn tidak suka mengikut peraturan ayahnya yang dianggap lapuk. Akibatnya, Onn sering dimarahi ayahnya. Onn tidak menjawab, tetapi sebagai tanda bantahannya, beliau akan menghilangkan diri buat beberapa lama. Kadangkadanga sehingga senja baru beliau pulang ke rumah. Selalunya beliau menghabiskan masanya merayau-rayau dalam hutan di belakang rumah. Walaupun begitu, Onn tetap sayang dan hormatnya kepada ayahnya, kerana ayahnya akan membentuk sikap dan peribadi yang tidak sombong. Dato Onn Jaafar sering bercerita kepada anak-anaknya yang dapat memberi kesedaran dengan kemewahan yang dinikmati itu datang daripada usaha dan kesungguhan bekerja bapanya.

Onn kerap menghabiskan masa di istana Sultan Ibrahim. Beliau selalu bermain dengan putera-putera Sultan Ibrahim iaitu Tengku Ismail (Tengku Mahkota), Tengku Abu Bakar (Tengku Bendahara) dan Tengku Ahmad (Tengku Temenggong Johor). Daripada pergaulannya dengan kerabat diraja itu, Onn mengenali adat-istiadat istana, sehingga beliau tidak berasa canggung dalam pergaulannya dengan golongan diraja negeri-negeri Melayu. Kebiasaannya itu menyebabkan beliau sangat terbuka terhadap golongan ini dalam perkembangan politik Tanah Melayu. Pada pertengahan tahun 1902, sewaktu Onn berusia 8 tahun, ibunya meninggal dunia. Ini memberi kesan kepada Onn yang agak manja dan rapat dengan ibunya. Beliau menjadi murung dan kerap bersendirian selepas kematian ibunya. Walaupun beberapa bulan kemudian Onn mendapat seorang ibu tiri bernama Salmah, isteri Dato' Onn Jaafar yang terakhir, kesedihannya tatap ada. Beliau kemudiannya bertunang dengan Rafeah Abdullah, anak angkat Dato' Jaafar. Mereka berkahwin pada akhir tahun 1911, sewaktu berusia 16 tahun. Namun, usia perkahwin tidak lama kerana kematian isterinya setelah mendapat empat orang anak. Pada tahun 1915, Onn berkahwin dengan anak saudara ibunya, Cik Jamilah tetapi hanya bertahan selama dua tahun sahaja kerana kesihatan isterinya tergangu dan anaknya meninggal dunia. Kemudiannya, beliau berkahwin dengan seorang seri panggung bernama Che' Kah yang mendapat tentangan daripada keluarganya. Akhirnya, beliau berkahwin bagi kali keempat dengan Halimah Hussein, janda adiknya Muhammad. Perkahwinan mereka adalah paling lama sehingga beliau dikurniakan tujuh orang anak. Anaknya yang tua ialah Hussein (Tun), Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.

top Pekerjaan
Sebaik sahaja tamat daripada MMKK, Onn diterima bekerja sebagai kerani percubaan dalam Perkhidmatan Awam Johor pada tahun 1911. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dengan gaji $180.00. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Penasihat British (Pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan dan dalam bulan Julai, 1912 beliau kembali ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pembantu Kerani Besari. British Advisor). Menjelang akhir tahun itu, beliau dilantik sebagai kerani penuh. Sehingga tahun 1917, Onn telah bekerja di tujuh buah jabatan. Perpindahannya ke jabatan itu memberi pengalaman pentadbiran yang berguna kepadanya, terutama sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Johor tiga puluh tahun kemudian. 1 hb. Ogos, 1913 Datuk Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-Undang Johor, kemudian dalam bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat Imigresen Bahagian India dan pada tahun yang berikutnya; bekerja di Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor. Atas perintah Sultan Ibrahim Datuk Onn berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera Johor pada bulan Julai, 1917, berakhir dengan pangkat Leftenan. Dari Bukit Timbalan Johor Bahru beliau dipindahkan ke Pejabat General Advisor. Di sini juga, beliau tidak lama berkhidmat kerana diberhentikan pada 31hb. Januari, 1920 oleh Sultan Ibrahim disebabkan perselisihan faham dengan Baginda.

Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di sana beliau berniaga kecil-kecilan termasuk kain, perkakas perak, tembaga, barang makanan seperti keropok dan sebagainya. Pada tahun 1922 beliau balik bekerja dengan Kerajaan Johor sebagai pegawai tambah sementara dalam pejabat tanah. Pada 1 hb. Januari, 1923 beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan/Sekatan Getah di Muar. Tahun berikutnya dilantik sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dan kemudiannya berpindah ke Johor Bahru. Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan Syed Husin Alsagof, dari tahun 1930 hingga 1933. Kemudiannya dalam tahun 1934, beberapa orang dari Syarikat Warta Malaya menerbitkan mingguan Lembaga Malaya dan harian Lembaga. Datuk Onn bertindak sebagai pengarangnya.

top Pendidikan
Seperti anak-anak Melayu yang lain, Onn mendapat pendidikan sekolah vernacular Melayu di Johor Bahru. Pada sebelah petangnya, Onn belajar bahasa Inggeris di istana Johor, bersama-sama dengan putera-putera Sultan Ibrahim daripada seorang wanita Inggeris. Ini adalah persediaan asas putera-putera Sultan Ibrahim sebelum dihantar ke England, untuk mendapat pendidikan sebenar. Pada tahun 1903, Onn yang berusia lebih kurang 9 tahun, dihantar sebagai pengiring putera-putera Sultan Ibrahim ke sebuah sekolah persediaan, Alderbugh Lodge School, di Suffolk England. Di sekolah Onn banyak sekali membaca buku sejarah dan sastera Inggeris dari Eropah. Beliau juga meminati biografi, terutama tentang tokoh-tokoh sarjana Barat. Kerana kegemaraannya itu, Onn dikatakan dapat menguasai bahasa Inggeris, Perancis dan Latin sehingga menjadi pemidato terbaik di sekolahnya. Di bidang sukan pula, beliau seorang pemain bola sepak, kriket, pedang dan penunggang kuda yang baik. Onn, bole dikatakan seorang penuntut yang cerdik dan cergas di sekolahnya. Onn kembali ke Johor pada 25 Mac 1910, dengan membawa bersamanya sifat kebaratannya. Beliau tidak fasih berbahasa Melayu dan lebih gemar makan roti daripada nasi serta suka mengejek orang yang membaca akhar Melayu. Ini diakui ole Onn sendiri dengan mengatakan "I found myself more English than Malay". Oleh itu, selama 2 tahun Onn dihantar belajar bahasa Melayu di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MMKK), sebuah sekolah yang dibina khas bagi anak kaum bangsawan. Pendidikan di MMKK benar-benar berkesan kepada Onn. Perasaan cinta terhadap kebudayaan Melayu tersemai semula di jiwanya.Akhar dan hikayat Melayu lama yang memang dikumpul oleh ayahnya, menjad tumpuan beliau. Kadang-kadang, dia akan memasak lauk kari kegemarannya.

top Bidang yang Diceburi


Bidang kewartawaan telah menarik perhatian Onn sejak 1927 lagi. Tulisannya di dalam Sunday Mirror yang membidas Sultan Ibrahim, telah menonjolkan kebolehannya. Pengalamannya di Johor pula menyakinkan beliau tentang kebebasan bersuara yang

menjadi pegangan dan bidang tugas utama seorang wartawan. Seorang wartawan boleh membincangkan dan mengutarakan pendapat dan bidasannya secara terus keapda masyarakatnya. Bagi Onn, yang mempunyai sikap berani yang jitu, bidang ini sangat sesuai dengan sikapnya. Disebabkan hubungan antara Onn dengan keluarga Alsagoff, Syed Abdullah dan sepupunya, Sharifah Amaniah, mendirikan Warta Malaya. Onn memulakan tugasnya sebagai pengarang utama Warta Malaya pada Januari 1930, dengan dibantu oleh dua orang penolong kanan yang berkebolehan dalam bidang masing-masing. Ismail Abu Kadir dan Hasyim yang berasal dari Singapura, ditugaskan untuk mengendalikan hal-hal pertanian dan agama Islam. Soal politik, sosial dan pentadbiran dipegang oleh Onn. Yusof Ishak yang kemudiannya mengusahakan Utusan Melayu pada tahun 1939 telah dilantik sebagai pengurus Warta Malay. Penglibatan Onn dan penerbitan Warta Malaya memulakan peringkat kedua akhbar Melayu. Pada peringkat ini kesuburan akhar Melayu lebih baik daripada peringkat pertam, yang bermula pada akhir kurun ke-19. Pada peringkat ini pengedaran akhbar Melayu sangat kecil. Pada kedua-dua peringkat ini, Singapura menjadi pusat penerbitan akhbar-akhbar Melayu yang paling cergas jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dan negeri-negeri Melayu lain. Onn juga seorang penerbit akhbar. Beliau cuba memulakan satu detik baru dalam dunia persuratkhabaran Melayu. Beliau mahu memecahkan tradisi monopoli Arab selama ini. Dengan itu, Onn telah cuba meninggikan maruah masyarakat Melayu. Beliau juga cuba membezakan dirinya daripada wartawan-wartawan lain yang seazaman dengannya. Jika mereka hanya menjad pengarang, tetapi Onn adalah kedua-dua sekali, pengarang dan penerbit akhbar. Beliau mengetuai angkatan wartawan dan nasionalis tahun 1930-an. Onn juga menceburi bidang politik, ekonomi dan sosial. Persatuan-persatuan di Tanah Melayu kebanyakannya dipimpin oleh beliau. Penglibatan beliau dalam bidang ini, telah memberi kesan jangka panjang yang sangat penting kepada kepimpinan politiknya. Ia menjadi tapak yang padu untuk Onn diterima sebagai pemimpin politik oleh masyarakat Melayu Semenanjung pada tahun 1940-an. Melalui tulisannya dan idea yang diutarakannya yang menyentuh secara langsung permasalahan masyarakat Melayu, Onn dilihat sebagai pembela nasib atau pemimpin yang sanggup bekerja untuk mereka. Oleh itu, mereka denga mudah menerima Onn apabila keadaan terdesak. Maka, kemunculan Onn sebagai pemimpin Melayu pada tahun 1940-an bukanlah sesuatu yang berakar. Beliau bukan orang asing dalam kegiatan politik orang Melayu Semanjung. Sebagai seorang pejuang, pendukung keamanan beliau mempunyai pendirian politiknya yang tersendiri. Kepintaran dan kegigihannya tidak ada tolok banding di waktu beliau berada di mercu politik UMNO dan tanahair sehingga diperakui oleh semua kalangan. Beliau seorang tokoh politk nasionalis dengan keupayaan intelektual yang tinggi walaupun tidak menjejak kaki di Universiti. Beliau juga pemidato dan pengarang yang terkenal dengan kebolehan bahasa yang menakjubkan. Dalam lima tahun yang intensif sewaktu pergolakan politik tanahair paling muncak beliau wujud untuk memegang teraju pimpinan orang-orang Melayu dan membentuk corak politik yang akan diikuti kemudian.

top

Anugerah dan Pengiktirafan

Tunku Abdul Rahman sering disanjungi sebagai 'Bapa Kemerdekaan' negara. Rakyat Malaysia tidak menyedari ataupun seolah-olah tidak mengakui bahawa Datuk Onn adalah orang yang bertanggungjawab membawa negara kearah kmerdekaan. Beliau adalah orang pertama yang menyedari serta menyeru akan pentingnya perpaduan dikalangan rakyat untuk mencapai kemerdekaan. Tunku hanya muncul setelah Datuk Onn berjaya mendirikan asas-asas untuk mencapai kemerdekaan. Datuk Onn jugalah yang betanggungjawab merancang penentangan terhapada Malayan Union. Jikalau tiada tentangan tersebut, nescaya Malayasia tidak akan wujud seperti mana yang ada pada hari nin. Jikalay Malayan Union tidak dihapuskan, hak istimewa orang Melayu dan kedaulatan Kesultanan Melayu telah lama hilang. Oleh itu, segala jasa dan sumbangan Datuk Onn tidak patut dilupakan, sebaliknya harus disanjyng seperti Tunku juga. Walaupun apa jua telah berlaku ke atas diri Datu Onn, beliau masih lagi disanjungi sebagai orang pertama yang menyatukan orang Melayu. Beliau menubuhkan UMNO dan kepimpinana beliau telah menjadikan UMNO sebuat parti politik yang utama di Malaysia hingga kini. Kemasyuran nama beliau dimalapkan oleh Tunku Abdul Rahman yang berjaya mendapatkan kemerdekaan kepada persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Sebelum dihantar ke England beliau diasuh oleh wanita Inggeris bersam Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dand Tunku Ahmad. Kemudian belajar di sekolah Aldeburg Lodge di England selama enam tahun. Setelah tamat pelajaran di England beliau melanjutkan lagi pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada 1hb. September , 1911 beliau mula berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Penasihat British (British Advisor).

Pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan dan dalam bulan Julai, 1912 beliau kembali ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pembantu Kerani Besar. 1 hb. Ogos, 1912 Datuk Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-Undang Johor, kemudian dalam bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat Imigresen Bahagian India dan pada tahun yang berikutnya; bekerja di Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor. Atas perintah Sultan Ibrahim Datuk Onn berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera Johor pada bulan Julai, 1917, berakhir dengan pangkat Leftenan. Pada Mac 1918, Onn telah dilantik menjadi leftenan dalam Johore Voluntary Forces (JVF). Tetapi ini tidak menggembirakan Dato' Onn. Kehidupan baru itu sangat membosankan kerana tidak ada tugas-tugas tertentu kecuali berbaris pada tiap-tiap pagi. Pada 26 Oktober 1953, Dato' Onn, sebagai pengerusi RIDA dapat bertemu dengan Richard Nixon, Naib Presiden Amerika yang melawat Tanah Melayu atas jemputan Sir Gerald Templer, Pesuruhanjaya Tinggi PTM, Dato' Onn dapat beramah mesra dan berbincang mengenai peranan RIDA dalam memajukan orang Melayu, selama setengah jam di King's House, Kuala Lumpur. Richard Nixon melihat RIDA sebagai tanda hubungan baik British dan orang Melayu. Bagi Dato' Onn pula, ini ialah satu pengalaman yang menarik. Ia satu pengiktirafan kepada kepentingannya sebagai pemimpin Melayu, oleh dunia luar. Dari Bukit Timbalan Johor Bahru beliau dipindahkah ke Pejabat General Advisor. Di sini juga, beliau tidak lama berkhidmat kerana diberhentikan pada 31 hb. Januari, 1920 oleh Sultan Ibrahim disebabkan perselisihan faham dengan baginda. Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di sana beliau berniaga kecil-kecilan termasuk kain, perkakas perak, tembaga, barang makanan seperti keropok dan sebagainya. Pada tahun 1922 beliau balik bekerja dengan Kerajaan Johor sebagai pegawai tambah sementara dalam pejabat tanah. Pada 1hb. Januari, 1923 beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan/Sekatan Getah di Muar. Tahun berikutnya dilantik sebagai Penologn Pemungut Hasil Tanah Muar dan kemudiannya berpindah ke Johor Bahru. Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan Syed Husin Alsagof, dari tahun 1930 hingga 1933. Kemudiannya dalam tahun 1934, beberap orang dari Syarikat Warta Malaya menerbitkan mingguan Lembaga Malaya dan harian Lembaga. Datuk Onn bertindak sebagai pengarangnya. Pada tahun 1936 Datuk Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Walau bagaimanapun, Datuk Onn telah menerima dengan syarat beliau bebas mengeluarkan pendapat. Pada 1hb. Jun 1938, beliau dilantik pula sebagai Setiausaha sulit kepada Tunku Mahkota Johor, membuat kerja yang dititah oleh Sultan sama ada peribadi, kerja istana atau kerajaan. Oleh kerana sumbangan dan rapatnya hubungan Datuk Onn dengan Sultan, kedudukan Datuk Onn sangat penting kepada Sultan. Apabila meletuskan Perang Dunia dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Datuk Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor mulai 1hb. Januari, 1942 hingga tahun 1945

Pada awal thaun 1946, beliau telah menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor yang beliau sebagai Yang Dipertuannya. Dalam bulan Mac 1946, perwakilan-perwakilan dari sebagai persatuan Melayu bertemu dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur mencapai keputusan akan menubuhkan satu badan yang mewakili orang Melayu menentang Malayan Union. Kongres Melayu Ketiga kemudiannya diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei, 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai Yag Dipertuanya yang pertama. Dalam tahun ini juga iaitu pada 1hb. Oktober, 1946 Sultan Ibrahim melantik Datuk Onn Datuk Jaafar sebagai Menteri Besar Johor. Saudara-saudaranya, Datuk Abdullah dan Datuk Mustafa pernah dilantik ke jawatan tersebut. Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Datuk Onn meletakkan jawatan itu untuk menumpukan sepenuh masa kepada UMNO selepas Sultan Ibrahim memberi amaran kepadanya sama ada mahu memilih berkhidmat dengan kerajaan atau memimpin UMNO. Datuk Onn memilih untuk terus berkhidmat sebagai Yang Dipertua UMNO. Tahun 1946 merupakan era kebangkitan orang-orang Melayu menentang penjajahan secara "politik" melalui sasaran terhadap Malayan Union. Waktu inilah menampakkan kepimpinan Datuk Onn sehingga tumbangnya Malayan Union dan tertubuh Persekutuan Tanah Melayu. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memelihara semula kedudukan Raja-Raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan bagi orang-orang asing dan memberi beberapa hak istimewa kepada orang-orang Melayu. Dengan usaha-usaha Datuk Onn itulah kedudukan orang-orang Melayu dapat dikembalikan setelah hampir-hampir dihanyutkan oleh Malayan Union. Setelah mendapat tempat di kalangan orang-orang Melayu, Datuk Onn mengemukakan cadangan membuka keahlian UMNO kepada lain-lain kaum. Saranan Datuk Onn ini mendapat tentangan dikalangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO disebabkan suasana kebangsaan Melayu ketika itu tidak sanggup menerima perubahan radikal seperti ini. Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 25 dan 26 Ogos 1951 Datuk Onn melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO. Berbagai-bagai tafsiran boleh diberi terhadap syor-syor Datuk Onn dan ia sendiri pernah dituduh sebagai tidak berkepentingan Melayu. Sebenarnya Datuk Onn telah mendahului zamannya; orang-orang Melayu masih tidak dapat bersetuju UMNO menerima keahilian semua kaum kerana menghendaki UMNO dianggotai oleh orang-orang Melayu sahaja. Begitu juga kelonggaran dalam syarat-syarat kerakyatan untuk kaum-kaum lain masih belum dapat diterima walaupun kemudiannya dan dalam penggubalan perlembagaan Malaya Merdeka syarat-syarat lebih longgar diberi kepada kaum-kaum lain. Malah UMNO sendiri sebelum Merdeka telah bekerjasama dengan kaum-kaum lain melalui parti Perikatan (yang bagaimanapun mengekalkan identiti parti-parti di dalamnya). Datuk Onn yang telah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah dapat melihat dari dalam masalah-masalah pentadbiran dan politik negara. Mungkin kerana itu, merasakan perlu kerjasama secara lebih rapat dengan kaum-kaum lain dan mempercayai bahawa bimbingan dari British adalah perlu bagi memajukan orang-orang Melayu sebelum mencapai kemerdekaan. Beliau dituduh sebagai orang pro-British kerana duduk dalam kabinet kerajaan penjajah, tetapi kemudiannya UMNO juga membenarkan seorang wakilnya menerima tempat dalam kabinet itu. Sewaktu dalam kabinet kerajaan penjajah, Datuk Onn telah dilantik menjadi

Pengerusi RIDA, sebuah badan yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu dalam bidang pelajaran, nama Datuk Onn terkenal dengan minatnya terhadap kemajuan anak-anak Melayu yang membuahkan antara lain 'Biasiswa UMNO' sewaktu beliau dalam parti ini. Setelah meninggalkan UMNO Datuk Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya tetapi tidak berjaya mendapat sokongan orang-orang Melayu. Pada tahun 1954, beliayu menubuhkan pula Parti Negara sebagai membuat persediaan menghadapi pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955, Datuk Onn dan partinya tidak berjaya dalam pilihanraya itu, namun tidak berputus asa bagi mendapatkan tempat dalam politik tanahair. Beliau berjaya juga mendapat kerusi, mewakili kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihanraya Persekutuan dalam tahun 1959. Dengan seorang diri mewakili partinya beliau cuba menyampaikan pendapat-pendapat politiknya dalam sebuah Dewan yang mengandungi ahli-ahli dari UMNO/Perikatan dan parti-parti lain.

top Sumbangan
Dato Onn Jaafar, riwayat beliau ini penuh dengan jasa dan sumbangan. Dari segi kewangan, negara dan peribadi. Antara sumbangan-sumbangan beliau adalah seperti berikuti:

Masalah kemunduran ekonomi dan kemiskinan orang Melayu telah disedari oleh Dato Onn sejak tahun 1920-an. Walaupun beliau berasal daripada keluarga ternama dan hidup mewah, namun beliau dapat memahami masalah itu, daripada pengalaman dan penelitiannya. Kehidupannya yang serba kekurangan, tanpa pekerjaan dan tinggal di kawasan sesak di Siglap, Singapra, pada tahun 1927, mengajar Dato Onn erti kemiskinan secara tegas. Beliau mencadangkan bantuan kewangan diberikan kepada orang Melayu sebagai usaha untuk mengatasi masalah kemunduran itu. Dengan bantuan kewangan itu, Dato Onn percaya British bukan sahaja dapat membaiki ekonomi orang Melayu tetapi akan mendapat semula kepercayaan dan membaiki hubungan yang telah rosak kerana pelaksanaan Malayan Union. Sokong orang Melayu kerana membantu British menentang PKM semasa darurat juga patut diambil kira. Bagaimanapun, Dato Onn gagal. British enggan memenuhinya kerana perbelangaan Tanah Melayu telah pun berjumlah $61 500 000 pada tahun 1949. Penambahan peruntukkan kepada Tanah Melayu akan mengeringkan perbendaharaan British. Selain itu, Dato Onn telah memimpin orang-orang Melayu berjuang menentang Malayan Union dan akhirnya berjaya memansuhkan rancangan tersebut. Menyatukan orang-orang Melayu dari seluruh negara di baway PEKEMBAR. Dato Onn juga menjadi wakil orang-orang Melayu bersemuka dengan Sultan untuk menggagalkan Malayan Union.

Dato Onn telah berjaya menubuhkan UMNO pada 11. 5. 1946. Dato Onn telah mengutarakan perjuangan politik bukan perkauman. Di mana beliau ingin membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu, iaitu dari United Malay National Organisation keapda United Malayan National Organisation. Dato Onn juga telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada thaun 1951. Dato Onn juga telah menubuhkan Parti Negara pada tahun 1954. Menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan keapda British tentang bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union. Dato Onn berjaya memujuk raja-raja Melayu memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union.

top Sifat-Sifat Istimewa Dato Onn Jaafar


Dato' Onn diingati kerana budinya yang besar kepada orang Melayu dan peripadi luhurnya yang berasal daripada keturunan keluarga menteri di Johor. Sebagai seorang nationalis, dengan wataknya yang tenang tetapi tegas Onn Jaafar telah membangkitkan kesedaran ke arah memerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang Melayu. Banyak babak menarik dalam sejarah hidupnya. Salah satu yang penting ialah apabila beliau berselisih faham dengan istana. Insiden ini jelas memperlihatkan keperibadiannya yang tinggi yang sentiasa mementingkan Sultan.

Dato' Onn berkhidmat dengan Kerajaan Johor antara 1911-49, bermula sebagai seorang kerani dan menamatkan perkhidmatannya sebagai Menteri Besar Johor. Beliau pernah dua kali dibuang kerja. Kali pertama pada 1920 dan sekali lagi pada 1926. Bahkan beliau pernah dibuang negeri oleh Sultan Ibrahim. Kesukaran hidup yang dialaminya bersama rakyat jelata lebih ketara apabila pada suatu ketika semasa pemerintahan Jepun, beliau bersembunyi di hutan Kempas dan menjalani hidup yang sukar. Kehidupannya di hutan bersama orang kampung ini telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutam semasa kesusahn dilanda perperangan. Beliau sepatutnya berada dengan selesa bersama Sultan Johor diiringi tentera Jepun menyelamatkan diri ke Batu Pahat. Apabila perang tamat beliau menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke arah mendapatkan kemerdekaan daripada pnejajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat menubuhkan Malayan Union. Dato' Onn dikenali juga kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan selurah rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideology politik. Namun demikian, sikapnya yant anti perkauman itu kemudiannya telah meminggirkan beliau daripada pentas politik negara ini. Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam mendapatkan kemerdekaan ini telah digunakan oleh saingan politiknya yang sering meniupkan semangat kemerdeaan dengan mengangkat senjata. Dato' Onn seorang Menteri Besar yang tidak merelakan negeri-negeri Melayu kehilangan kebebasan pentadbirannya. Beliau, walaupun bertanggungjawab menghilangkan 'kebebasan' Johor, tetapi tidak mahu menjadi 'yes man'

kepada British. Beliau sanggup bersuar keras, menolak tekanan British, walaupun kerananya, beliau tidak disukai British. Dalam kesibukan mentadbir Johor, beliau ditimpa kesedihan. Beliau kehilangan dua orang saudara dalam jarak masa seminggu. Kakaknya, Datin Fatimah Jaafar, isteri Dato' Baba, bekas Ketua Jabatan Candu Johor, meninggal dunia pada 7 Mei 1949 kerana sakit tua. Seminggu kemudian, adiknya yang bongsu, Yahya, meninggal dunia kerana sakit jantung. Anaknya, Rogayah dijaga oleh Dato' Onn sebagai tanda kasih sayangnya. Dato' Onn ialah seorang anggota MPP yang cergas. Beliau memberikan pendapatnya hampir keatas semua perkara. Ini termasuklah soal pelajaran, ekonomi, kedudukan kuasa British dan hal-hal kebajikan Tanah Melayu. Beliau kadang-kadang menyokong dan kadang-kadang menolak cadangan rang undang-undang MPP. Misalnya pada 17 Februari 1949, beliau menolak rang undang-undang yang menjadikan Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas. Bagi Dato' Onn, ini akan meluaskan jurang kekayaan antara negeri-negeri Tanah Melayu. Tetapi dalam rang undang-undang mengadakan Universiti Malaya pada bulan Mac 1949, beliau menyokongnya. Beliau adalah seorang anggota MPP yang seimbang. Pada Oktober 1948, beliau telah dihantar ke England oleh Sultan Ibrahim, untuk berbincang dengan British tentang tekanan British. Dato' Onn telah mendesak penubuhan satu pasukan tentera kebangsaan Tanah Melayu dengan orang Melayu sebagai anggotanya. Bagi Dato' Onn hanya orang Melayu sahaja yang boleh bertanggungjawab kepada pertahanan Tanah Melayu. Desakan itu memperlihatkan perhatian Dato' Onn yang mendalam terhadap kepentingan kedudukan politik orang Melayu. Dalam berbincangannya, Dato' Onn tetap mengkritik British dengan cara yang beterus-terang dan pdas. Kadang-kadang beliau tidak dapat menahan marah, sehinnga, hujahnya tersekat-sekat. Namun, beliau akan membangkitkannya semula apabila ada peluang, sama ada dalam jamuan atau bertemuan separuh rasmi. Walaupun sikapnya itu tidak disukai oleh pegawai-pegawai tersebut, mereka tetap memberi layanan baik kepadanya. Dato' Onn juga dipuji sebagai seorang pemimpin yang bijak oleh Lord Earl Listowel, Ahli Parlimen 'Conservative Party di House of Commons, England'. Sebagai balasannya, Dato' Onn mengadakan jamuan makan malam di Grosvenor House tempat menginapnya, pada 21 November 1948. Dato' Onn ialah seorang pemimpin yang degil. Sikap ini sangat sesuai untuk menjadi pemimpin UMNO pada tahun 1946, kerana tugas menentang Malayan Union adalah tugas yang besar. Beliau juga sentiasa mempunyai idea dan cadangan yang berguna kepada UMNO. Beliau sentiasa memikirkan langkah-langkah bagi memajukan UMNO. Sikapnya ini menjadikan UMNO dapat bergerak dengan cergas.

Dato' Onn juga merupakan seorang yang cerewet dalam menjalankan tugastugasnya sebagai pengerusi. Beliau terpaksa melakukan demikian kerana bimbang dengan sikap pegawai British yang mungkin tidak bersungguhsungguh menjalankan rancangan RIDA. Sebagai seorang yang benar-benar ingin memajukan orang Melayu, Dato' Onn mahu menentukan rancangan RIDA dijalankan dengan sempurna, sesuai seperti yang dirancangkan. Beliau tidak yakin dengan keikhlasan pegawai British yang dilihatnya, seperti juga kerajaan British, memandang ringan kepada kemiskinan penduduk luar Bandar. Bagi Dato' Onn, hanya orang tempatan yang benar-benar faham dengan masalah penduduk Bandar dan dapat melihat kepentingan RIDA kepada mereka. Oleh itu, tidak hairanlah beliau bersikap keras dan cemburu dengan pegawai Inggeris itu.

top

Rumusan
Secara kesimpulannya, saya dapat merumuskan bahawa Dato Onn Jaafar adalah seorang pemimpin yang harus diingati oleh generasi hari ini dan generasi akan dating dalam memupuk semangat patriotisme. Di sini saya menyusulkan beberapa cadangan dalam usaha ini. Antarannya mengadakan hari memperingati beliau dan jasa-jasa beliau. Mengefilemkan sejarah perjuangan beliau dalam memerdekakan Malaysia dan memberikan pendekatan tentang pemimpin negara seperti beliau kepada murid-murid di sekolah. Semasa menjalankan proses mencari maklumat, banyak pengalaman yang saya laui. Antaranya terpaksa berjalam dalam keadaan hujan rintik-rintik ke Perpustakaan Negeri. Pengalaman ini amat menarik kerana saya tidak pernah bersungguh-sungguh dalam mencari maklumat tentang seorang tokoh. Saya juga mendapat unsure-unsur patriotisme seperti; i) Berbangga Sebagai Rakya Malaysia - menghormati raja dan pemimpin negara - menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara - menghormati lambing-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, jata negara) - menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara - berbangga dengan sejarah negara ii) Bersemangat Setia Negara - cinta akan bangsa dan negara - taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara - sedia berkorban untuk bangsa dan negara

iii)

iv)

v)

bertanggungjawab kepada bangsa dan negara berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara - peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara - bersyukur sebagai warganegara Malaysia Bersemangat Kekitaan - bersatu padu dan berharmoni - bertolak ansur dan bertoleransi - bekerjasama dan tolong-menolong - hormat-menghormati - bersefahaman dan bermuafakat - munibah atua semangat bermasyarakat Berdisplin - Berakhlak dan berbudi pekerti mulia - Mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara - Mematuhi peraturan dan undang-undang - Bersifat amanah dan jujur Berusaha dan Produktif - rajin dan gigih - berdikari - tabah menghadapi cabaran - berilmu dan berketerampilan

Terdapat banyak iktibar dan pengajaran yang saya dapat setelah menyiapkan folio ini. Antaranya cara-cara mencari maklumat. Saya juga dapat mengenali beliau dengan lebih dekat. Saya dapat mengetahui jasajasa beliau. Ia juga memberi saya pengajaran iaitu kita perlu rajin dalam mencari ilmu seperti beliau walaupun telah berusia 40 an tetap meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang. Selain daripada itu, Dato Onn Jaafar adalah seorang pemimpin yang berkaliber. Melalui beliau, saya dapat mengetahui antara ciri-ciri pemimpin ialah menjadi contoh kepada orang bawahan mereka dan dapat menerima kelemahan diri sendiri. Iktibar lain ialah untuk mencapai sesuatu kita haruslah mencari ikthiar atau jalan supaya kita dapat mencapai apa yang dikehendaki. Melalui aktiviti seperti ini, saya rasa masa saya tidak terbuang begitu sahaja. Antara faedah lain ialah saya dapat mengenali tokoh yang disanjungi, saya dapat memupuk saying kepada negara selain perassan bangga menjadi anak Malaysia. Ia juga memberi saya pengetahuan tentang pengorbanan dan jasa-jasa beliau dalam kemerdekaan negara. Saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja saya ini kerana saya menyiapkannya tanpa memerlukan bantuan orang lain. Saya juga berasa amat gembira kerana telah berjaya menghasilkan folio ini.

Anda mungkin juga menyukai