Anda di halaman 1dari 4

Kajian Kes Sejarah

Tajuk : Penentangan masyarakat tempatan

Pernyataan Masalah : Kedatangan kuasa Barat telah membawa perubahan dalam pentadbiran di
negara kita hingga memberi kesan kepada penduduk tempatan di negara kita.
Peraturan baharu yang diwujudkan oleh British telah menyusahkan penduduk
tempatan dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk
tempatan. Hal ini telah membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan
penduduk bagi menentang pentadbiran British. Bincangkan

Objektif :

- Untuk mengetahui faktor-faktor penentangan masyarakat tempatan.


- Untuk mengkaji perjuangan penentangan yang dilakukan oleh (tokoh 1) dan (tokoh 2).
- Menjelaskan kesan kegagalan kebangkitan penduduk tempatan.
- Mengambil iktibar peristiwa penentangan tersebut.

Persoalan :

1. Mengapakah penduduk tempatan menentang penjajahan terhadap Kuasa Barat di negara


kita?
2. Huraikan perjuangan yang telah dilakukan oleh (tokoh 1) dan (tokoh 2).
3. Mengapakah penentangan masyarakat tempatan menemui kegagalan?
4. Terangkan iktibar dan nilai yang boleh diambil daripada perjuangan tokoh tersebut.

Tokoh yang dipilh

1. Sharif Masahor
2. Yamtuan Antah
1.0 isi kandungan

2.0 penghargaan

3.0 pendahuluan/pengenalan

4.0 pernyataan masalah

5.0 objektif kajian

6.0 kaedah kajian

7.0 tokoh 1

7.1 latar belakang

7.2 sebab penentangan

7.3 cara penentangan

7.4 kesan penentangan

7.5 sebab kegagalan

8.0 tokoh 2

8.1 latar belakang

8.2 sebab "

8.3 cara "

8.4 kesan "

8.5 sebab kegagalan

9.0 rumusan (iktibar, apa yg dipelajari, etc)

10.0 rujukan (optional)

11.0 lampiran (optional)


Tokoh : Sharif Masahor

1. Latar Belakang
- Nama sebenar : Syarif Masahor bin Muhammad Al-Shabab
- Tahun kelahiran : 1860
- Tahun kematian : 1890
- Tempat kematian : Kerling, Selangor
- Keturunan : Sarikei, Sarawak

2. Sebab Penentangan
- Kewibawaan tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke.
- Mahu mengembalikan kuasa pembesar tempatan yang terjejas.

3. Cara Menentang
- 1860, mengadakan pakatan sulit dengan Dato’ Patinggi Abdul Gapur dan Pengiran
Temenggung Hashim Jalil dari Sadong untuk menggulingkan Dinasti Brooke di Kuching.
- Mengajak orang Melayu dan Dayak menertai pakatan.
- Sharif Masahor menyerang dari arah barat menggunakan jalan laut.
- Dato’ Patinggi Abdul Gapur menyerang dari arah timur.
- Kedua-dua tokoh tersebut gagal dan dibuang negeri oleh Brooke.

4. Kesan Penentangan
- Syarif Masahor berundur ke Brunei.
- James Brooke memaksa Sultan Brunei membuang Syarif Masahor ke negeri Selangor.
- Syarif Masahor tiba di Klang, Selangor dan menjadi penasihat Sultan Abdul Samad.

5. Sebab Kegagalan
- Kerana British menggunakan kapal perang dan senjata yang moden.
- Kerana Charles Brooke berjaya menyerang hendap dan memusnahkan kesemua kapal Syarif
Masahor.
Tokoh : Yamtuan Antah

1. Latar Belakang
- Nama sebenar : Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin
- Tahun kelahiran : 1812
- Tahun kematian : 1888
- Tempat kematian : Seri Menanti, Negeri Sembilan
- Anak kepada Raja Radin Yamtuan Besar negeri Sembilan.
- Merupakan Yang di-Pertuan besar Negeri Sembilan ke-6.

2. Sebab Penentangan
- British menggugat kedaulatan bangsa di Sungai Ujong.
- Bimbang British meluaskan kuasa ke wilayah persekitaran.
- Dato’ Kelana meminta seorang residen menasihatinya dalam pentadbiran, iaitu PJ Murray.

3. Cara Menentang
- Memimpin 4000 pengikutnya menentang Dato’ Kelana yang disokong pasukan tentera
British.
- Disember 1875, berjaya menawan Paroi.
- British terpaksa melarikan diri apabila diserang terlebih dahulu oleh penduduk Paroi yang
menggunakan senapang.
- Yamtuan Antah berundur ke Johor selepas mengetahui Seri Menanti akan diserang. Sultan
Johor, Sultan Abu Bakar, menasihatinya agar berdamai dengan British.
- 1876, rundingan antara Yamtuan Antah dan Gabenor Negeri Selat, William Jervouis, dapat
melantik Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

4. Kesan Penentangan
- British berdamai dengan penduduk tempatan dan menyerahkan daerah Negeri Sembilan
kepada Ketua Daerah masing-masing manakala Sungai Ujong di bawah penguasaan British.
- Yamtuan Antah telah berundur ke Johor untuk 2 tahun dan kembali ke Seri Menanti dan
tinggal di situ selama 11 tahun sehingga baginda meninggal dunia.

5. Sebab Kegagalan
- British telah meminta bantuan ketenteraan daripada Melaka serta PJ Murray yang meminta
bantuan daripada Negeri Selat, iaitu Pulau Pinang.
- British menyerang menggunakan meriam yang menggegarkan tanah Paroi.

Anda mungkin juga menyukai