Anda di halaman 1dari 2

Skrip Lakonan

Pembaca: Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke sedang menandatangani Perjanjian
Pangkor.

Sir Andrew Clarke: J.W.W Birch telah dilantik untuk menjadi Residen Perak.

Sultan Abdullah: Saya setuju.

(mereka menandatangani, berjabat tangan dan keluar.)

………

J.W.W Birch: Saya mengisytiharkan bahawa amalan mengguna orang suruhan telah
dihapuskan.

Dato Maharaja Lela dan pengikut-pengikut: Kami tidak setuju!

Pembaca: Namun, pengisytiharan ini tetap dilaksanakan. Seterusnya, Dato Maharaja Lela
membina kubu di Pasir Salak.

………

Pembaca: Dato Maharaja Lela, Sultan Abdullah dan pembesar lain mengadakan mesyuarat.

Dato Maharaja Lela: Cukai ini terlalu tinggi.

Pembesar 1: Ya, kami tidak mampu menanggung cukai tersebut.

Pembesar 2: Hak kami telah dihapuskan. Penguasaan British terhadap kawasan kami
keterlaluan.

Pembesar 3: Lagipun, Birch langsung tidak menghormati adat kami. Orang suruhan saya
telah dihapuskan!

Sultan Abdullah: Kami sudah tak boleh tahan, kami haruslah bunuhkan Birch!

Pembesar-pembesar 1,2dan3 serta Dato Maharaja Lela: Saya setuju!

(Naik tangan bersama-sama)

Dato Maharaja Lela: Saya sanggup menanggung tugas ini!

………

Pembaca: Mat Arshad sedang menampal poster kenaikan cukai di Pasir Salak.

(Mat Arshad tampal poster)

(Penduduk 1 dan 2 pergi bunuh Mat Arshad)


Penduduk 1 dan 2: Kenapa kamu nak bantu British?! (marah)

(Mat Arshad mati)

………

Dato Maharaja Lela: Seputum, Pandak Lam dan Sagor, kamu pergi bunuh Birch!

Seputum, Pandak Lam, Sagor: Ya, tuan! (hormat)

Pembaca: J.W.W. Birch sedang mandi di Sungai Perak, Pasir Salak.

(Seputum, Pandak Lam dan Sagor menyembunyikan diri dan bersedia untuk bunuh Birch)

Seputum, Pandak Lam, Sagor: Satu, dua, tiga, bunuh! (lari untuk bunuh Birch)

(Birch mati)

………

Pembaca: Pada 13 November 1876, pihak British dengan 500 tentera telah menyerang
Pasor Salak.

(Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor lari kerana dikejar oleh askar British)

Askar British 1: Stop!

Askar British 2: Don’t run!

Pembaca: Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor larikan diri ke Kota Lama.

………

(Semua orang berdiri sebaris)

Pembaca: Perbicaraan diadakan di Matang, Perak. Raja Idris mengisytiharkan bahawa Dato
Maharaja Lela, Seputum, Dato Sagor dan lain-lain telah dijatuhi hukuman gantung sampai
mati. Sultan Abdullah dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Perak telah dikuasai oleh British
dengan sepenuhnya.

Dato Maharaja Lela: Walaupun kami telah berkorban, namun semangat perjuangan kami
patut dicontohi supaya negara kita tidak dijajah lagi.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai