Anda di halaman 1dari 2

Pengembara Arab Dengan Untanya

Selamat sejahtera kepada guru-guru dan muridmurid sekalian. Pada hari ini, saya hendak
menyampaikan sebuah cerita bertajuk Pengembara
Arab Dengan Untanya.
Seorang pengembara arab sedang melintasi
padang pasir bersama untanya. Tidak lama kemudian,
hari pun malam. Pengembara Arab itu mendirikan
sebuah khemah di padang pasir tersebut. Ia
menambatkan untanya di luar khemah itu.
Apabila tengah malam, unta itu berasa sejuk. Dia
minta kebenaran tuannya untuk meletakkan hidungnya
ke dalam khemah. Tidak lama kemudian, unta itu
meminta kebenaran tuannya untuk memasukkan
kepalanya. Pengembara Arab itu berasa kasihan
terhadap unta lalu membenarkannya memasukkan
kepalanya.
Beberapa jam kemudian, unta itu menggigil
kesejukan. Kali ini dia meminta supaya dapat
memasukkan separuh daripada badannya. Khemah
yang kecil itu sudah cukup padat. Tetapi unta itu masih
kesejukan. Tanpa kebenaran lagi, dia memasukkan
seluruh badannya ke dalam khemah. Perbuatan unta
itu menyebabkan tuannya tertolak keluar dari khemah.
Pengembara Arab itu berasa marah dan berusaha
menghalau unta itu keluar dari khemahnya tetapi tidak
berjaya. Akhirnya pengembara itu terpaksa tidur di luar
khemah dalam kesejukan manakala unta itu tidur
nyenyak di dalam khemah.

Rakan-rakan sekalian, cerita ini mengingatkan kita


bahawa ketika kita berbuat baik kepada orang
lain,janganlah kita lupa mengawasi perangai orang
yang selalu suka meminta sesuatu yang lebih dan
keterlaluan daripada kita. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai