Anda di halaman 1dari 7

SERIGALA DENGAN KAMBING

Pada suatu hari, seekor serigala jatuh ke dalam perigi.Dia tidak dapat keluar dari
perigi itu. Tidak lama kemudian, seekor kambing berasa haus dan datang ke tepi
perigi. Dia melihat serigala dan bertanya adakah air ini rasanya enak?

“Ya. Air ini sangat lazat dan manis. Adakah awak ingin turun untuk minum air ini?
tanya serigala. Kambing itu tidak berfikir dan terus melompat masuk ke dalam perigi
untuk minum air. “Ini tidak begitu lazat seperti yang awak beritahu”, kata kambing.
Selepas itu serigala mengatakan kepadanya bahawa mereka terjebak dalam perigi.

Serigala memberi idea kepada kambing. Serigala meminta kambing untuk


meletakkan kaki di depan dan tekuk kepala supaya boleh keluar dari perigi.

“ Lalu saya boleh keluar dari perigi selepas itu saya akan membantu awak
keluar”, kata serigala. Kambing setuju dan menolong serigala untuk keluar dari
perigi.Serigala meninggalkan kambing dalam perigi . Kambing itu berteriak minta
tolong tetapi serigala tidak membantunya dan dia hanya ketawa.
SANG ANGSA DENGAN TELUR EMAS

Pada suatu hari seorang petani miskin menemukan sebutir telur emas
di sarang angsa peliharaannya. Petani ini tidak percaya dengan apa yang
dilihatnya, lalu dibawanya telur itu pulang untuk diperiksa.

Ternyata telur itu emas murni. Petani ini semakin keliru lagi kerana
keesokan harinya ia menemukan lagi sebutir telur emas di sarang yang
sama. Begitu terus setiap hari dan dikumpulkannya telur-telur emas itu lalu
dijualnya hingga ia menjadi kaya raya.

Pada suatu waktu dengan perasaan sangat berkecukupan timbul rasa


tamak dan tidak sabar pada dirinya. Ia berfikir kenapa harus menunggu
seharian untuk mendapatkan satu telur emas lagi. Kalau saja ia bisa
langsung mendapatkan banyak telur emas dalam sehari sehingga bisa lebih
kaya lagi dalam waktu yang singkat.

Maka ia memutuskan untuk membunuh angsa itu dan mencari telur-telur


emas dalam perut angsa tersebut. Tapi ternyata tidak ada satu pun telur
emas dalam perut angsa tersebut. Dan kini tidak ada lagi angsa yang dapat
memberinya telur emas.
SANG ARNAB DAN SANG KURA-KURA

Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu
sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk
mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas.
Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai
pemenang.

Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia
memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab
pun berehat dibawah pokok dan tertidur.

Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan
muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa
yang terjadi.

Pengajaran : Perlahan-lahan dan konsisten membawa kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai