Anda di halaman 1dari 4

Selamat pagi, saya mengucapkan kepada guru-guru dan rakan-rakan

yang saya kasihi sekalian. Nama saya, Thandawadee dari kelas 6H.
Hari ini, tajuk cerita yang saya ingin sampaikan ialah “Angsa yang
bertelur emas”.

Seorang petani dan isterinya hidup gembira di sebuah ladang kecil,


menternak sekawan angsa dan menjual telurnya di pasar. Mereka tidak
kaya namun mereka hidup dengan gembira.

Pada suatu hari, seekor angsa terbang masuk menyertai kawanan


angsa-angsa mereka. Keesokan harinya, pasangan itu terperanjat
apabila mendapati sebiji telur emas berkilauan di sarang kawanan angsa
mereka. Setiap hari selepas itu, angsa itu akan mengeluarkan telur
emas! “Hahaha, kami akan menjadi orang yang paling kaya” kata petani
dengan nada yang gembira.

Tidak lama selepas itu, pasangan itu menjadi semakin kaya. Namun
bagitu, mereka tidak gembira. Mereka tidak puas dengan hanya sebiji
telur emas sehari. Petani itu berkata kepada isterinya “Angsa itu tentu
penuh dengan emas. Kenapa kita perlu tunggu untuk mendapatkan
lebih banyak emas?”. “Jika kita membelahkan badannya, tentu kita
boleh mendapatkan semua telur sekali gus” setuju isterinya.

Oleh itu, mereka pun membunuhkan angsa itu tetapi mereka mendapati
badannya sama sahaja seperti angsa-angsa lain. “Aduhai, saya amat
menyesal membunuh angsa ini!” kata petani. Mereka menyesal atas
perbuatan mereka kerana mereka tidak akan memperolehi telur emas
lagi!

Itu saja cerita saya sampai sini. Sekian, terima kasih.


Selamat pagi, saya mengucapkan kepada guru-guru dan rakan-rakan
yang saya kasihi sekalian. Nama saya, Tow Jia Xin dari kelas 6H. Hari
ini, tajuk cerita yang saya ingin sampaikan ialah “Singa dan Arnab”.

Pada suatu masa, seekor singa sudah beberapa hari berburu tanpa
berjaya menangkap apa-apa untuk dimakan. “Nampaknya saya akan
kelaparan lagi!” fikirnya. Tiba-tiba, dia ternampak seekor arnab sedang
tidur di bawah pokok. Dia bergerak dengan senyap ke arah arnab
sambal berfikir, “Akhirnya ada hidangan lazat menunggu saya”.

Dia hampir menangkap arnab itu. Tiba-tiba, seekor anak rusa lalu
menghampirinya. Singa itu berfikir “Ini hidangan malam yang lebih
menyelerakan!” Dia menoleh lalu mengejar rusa itu. Bunyi bising
mengejutkan arnab yang segera bangun dan melompat pergi.

Setelah lama mengejar, singa gagal menangkap rusa. keletihan dia


Kembali untuk mencari arnab tetapi mendapati arnab sudah pun
melarikan diri. “Alangkah bodohnya saya!” kata singa dengan perut yang
berbunyi. “Padan mukaku kerana kehilangan makanan yang hampir
menjadi habuanku, hanya kerana peluang untuk mendapat lebih!”.

Itu saja cerita saya sampai sini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai