Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENTOMEN KEMERDEKAAN “ MAT KILAU”

SCENE 1
Muzik 1 : (muzik perlahan dalam 5 ke 6 saat suasana kampung)
Cg Anuar : Bacaan syair 2 rangkap
(Sambil orang kampung melakukan rutin harian. Main congkak, dodoi anak,
tampi padi)
(Tentera British berjalan masuk ke tengah pentas)
British : Hey orang kampung. Orang Melayu sekarang sudah pandai
melawan. Sudah berani mengganggu urusan British. Apa kamu
tidak takut? Tanah Melayu ini kami punya kuasa. Kerana bangsa
kamu mudah dijajah. Orang kamu sendiri yang khianat. Bangsa
sendiri yang bodoh.

Muzik 2 : (muzik bagi semangat untuk orang kampung


mempertahankan tanah air)
Org Kampung : Hey, ini bumi kami. Tanah Melayu, Tanah warisan. Adat nenek
moyang kami. Kami ada hak nak meniaga di sini. Dan kami
takkan bagi seduitpun. Diam British. British dengar. Ini tanah
nenek moyang kami. British berambus.
British : Bunuh mereka semua. Berani mereka melawan British.

(Ketua Tentera British menunjuk isyarat bunuh semua org kampung)


Muzik 3 : (bunyi 8 das tembakan dilepaskan mengorbankan
semua isteri dan baby)
British : Siapa lagi yang berani melawan British?

(Suasana sunyi sepi selepas adegan pembunuhan British)

SCENE 2
Muzik 4 : (muzik semerah padi semasa afifi, hafriz dan izzul
berjalan masuk )
Mat Kilau : Tak guna British. Hanya orang yang bacul saja, membunuh
orang yang lemah hanya kerana jiwa dirobek dengan kata yang pedih.

British : Siapa kamu anak muda yang berani-berani masuk campur dalam
urusan ini? Kamu tidak takut mati?
Mat Kilau : Islam Agamaku, Melayu Bangsaku, takkan aku duduk berdiam
melihat apa yang kau buat pada bangsaku.
Mat Kilau : Keris yang menyilau, aku dipanggil Mat Kilau.
British : Bunuh mereka.

Muzik 5 : (muzik silat)


(Afifi berlawan dengan Fitri Hakim, Hafriz berlawan dengan nahizul) Mat kilau dan Ketua
British melihat pertempuran. Selepas melihat konco british hampir tewas, Ketua British
bertindak menembak Afifi dan Hafriz sehingga cedera.
Selepas itu,
( Berlaku pertempuran antara Mat Kilau dengan Ketua British. Akhirnya, Ketua
Askar British berada dalam genggaman Mat Kilau. Dadanya dihunus dengan keris
lalu rebah di tangan Mat Kilau )

(masa Cg Hakim dihunus keris, Cg Izzul cakap)


Mat Kilau : Tanah Melayu ini bumi berdaulat. Jangan barang
sesiapa orang asing berani membuat onar di tanah Melayu. Kami tidak
gentar mempertahankan bumi Melayu biarpun jasad menyembah
tanah hingga ketitisan darah yang terakhir.
( Cg Izzul menikam Cg Hakim)
SCENE 3
Seorang penduduk kampung yg terselamat turun membawa kotak berisi
bendera dan memberi kepada cg izzul, cg izzul menyerahkan kpd Guru
Besar. Guru Besar membuka kotak dan mengambil bendera jalur gemilang.
Emcee meminta guru besar naik ke pentas dan memasang bendera pada
kayu terus mengibarkannya.
Muzik 6 : (muzik lagu “Tanggal 31”)
Para pelakon bangun, dan naik ke pentas sambal mengambil bendera kecil
Bersama Guru Besar menyanyi dan mengibarkan jalur gemilang bersama.

Habis lagu, semua orang tunduk hormat kepada penonton. Sekian.

Alert
Kuning, Cg Khairul
Hijau, Cg Elika
Merah, Ustaz Fazli

Anda mungkin juga menyukai