Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

KEM DOGHEH NGAPAL SURAH LAZIM


KELAS DOGHEH NGAJI TAMAN ALAMANDA SENAWANG
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

1.0 TUJUAN

Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk memohon sumbangan daripada pihak


tuan/puan bagi menampung perbelanjaan ”Program Dogheh Ngapal Surah
Lazim” di Kelas Dogheh Ngaji Taman Alamanda Senawang, Negeri Sembilan.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Kelas Dogheh Ngaji merupakan tempat menimba ilmu dari segi belajar al-
Quran, Fardhu Ain dan sebagainya. Ia juga berfungsi sebagai salah satu
pusat yang boleh diadakan pelbagai program motivasi dan aktiviti masyarakat
untuk semua lapisan selaras dengan program atau aktiviti-aktiviti yang telah
diaturkan.
2.2 Permohonan sumbangan program ini dimohon adalah untuk mengajak
golongan remaja dan kanak-kanak serta golongan dewasa untuk dekat
dengan majlis-majlis ilmu. Disamping menambah ilmu dengan pelbagai
program dan aktiviti yang diadakan serta mengisi masa dengan perkara yang
berfaedah. Program sebegini juga dapat mendidik golongan remaja dan
kanak-kanak menjadi insan yang bertaqwa.

3.0 JUSTIFIKASI PERMOHONAN

3.1 Kelas Dogheh Ngaji sebagai pusat pembelajaran serta menyumbang


khidmat kepada masyarakat secara amnya dalam membantu masyarakat
mempelajari ilmu Al-Quran dan sebagainya.

3.2 Membantu mereka dalam menyebarkan ilmu Al-Quran dan khusus kepada
mereka yang berminat.
3.3 Aktiviti yang dijalankan merangkumi Kelas Talaqqi Al-Quran, Kelas Asas
Qiraati, Kelas Hafazan Al-Quran, Fardhu Ain, Kelas Tajwid, Ceramah
Motivasi, Kursus Umrah dan sebagainya.

4.0 PENGLIBATAN AGENSI DAN KERJASAMA

4.1 Kerjasama Konsultan yang layak dan terpilih

5.0 TARIKH PROGRAM

Tarikh bagi program ini diadakan pada cuti sekolah Bulan Mac Tahun 2020.
 16 hingga 19 Mac 2020

6.0 TEMPAT

Kelas Dogheh Ngaji Taman Alamanda Senawang dan kawasan sekitar Senawang
dan Seremban, Negeri Sembilan

7.0 KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

Sasaran penyertaan : 50 orang

8.0 YURAN PENYERTAAN

8.1 Pihak pengurusan DOGHEH NGAJI mencadangkan Kos yuran penyertaan


adalah sebanyak RM100.00 (termasuk makan/minum, bahan ilmiah, bayaran
kepada fasilitator)
9.0 PENGISIAN PROGRAM
Pengisian program adalah seperti berikut :
 Solat dhuha
 Hafazan al- Quran
 Ceramah Motivasi
 Teori dan Praktikal Wudhuk dan Solat
 Sukan Sunnah (Memanah)

10.0 ATURCARA PROGRAM

TENTATIF PROGRAM KEM DOGHEH NGAPAL SURAH LAZIM

MASA AKTIVITI

HARI PERTAMA (16/3/2020)

8.00 pg – 8.30 pg Pendaftaran & Taklimat Program


Terapi Diri : ”Sapo Den Disisi Tuhan”
8.30 pg – 10.00pg
Oleh : Imam Muda Fattah
10.00 pg – 10.30 pg Minum Pagi & Dogheh Dhuha Sosamo

10.30 pg -11.00 pg Ice Breaking & ”Dogheh Jawab 1”

11.00 pg – 12.00 tgh Kalamullah & Dogheh Ngapal 1

12.00 tgh Beghambuih La Kito

HARI KEDUA (17/3/2020)

8.00 pg – 8.30 pg Checking Your Memory 1

8.30 pg – 9.30 pg Dogheh Ngapal 2

9.30 pg – 10.00 pg Minum Pagi & Dogheh Dhuha Sosamo

10.00 pg – 11.30 pg Dogheh Memanah

11.30 pagi – 12.00 tgh Dogheh Ngapal 3

12.00 tgh Beghambuih La Kito

MASA AKTIVITI
HARI KETIGA (18/3/2020)

8.00 pg – 8.30 pg Checking Your Memory 2

8.30 pg – 9.30 pg Dogheh Ngapal 4

9.30 pg – 10.00 pg Minum Pagi & Dogheh Dhuha Sosamo

10.00 pg – 11.00 pg Apo Sobab Kito Solat?

11.00 pagi – 12.00 tgh Praktikal Wudhuk & Solat

12.00 tgh Beghambuih La Kito

HARI KEEMPAT (19/3/2020)

8.00 pg – 8.30 pg Checking Your Memory 3

8.30 pg – 9.30 pg Dogheh Ngapal 5

9.30 pg – 10.00 pg Minum Pagi & Dogheh Dhuha Sosamo

10.00 pg – 10.30 pg ”Dogheh Jawab 2”

10.30 pagi – 11.30 pg Sosamo Membaco Surah Lazim (Halaqoh)


Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil & Cenderahati
11.30 pg – 12.30 tgh
(IbuBapa dijemput hadir)
Makan Tengahari & Beghambuih La Kito

11.0 IMPLIKASI KEWANGAN


BIL. PERKARA ANGGARAN JUMLAH

Kem Dogheh Ngapal Surah


Lazim

1. Jamuan Makan/Minum RM 10.00 x 60 org x 4 hari RM 2,400.00


(Peserta & Fasilitator)
2. Banner RM 50.00 x 3 unit RM 150.00

3. Bayaran Penceramah RM 500.00 x 1 org RM 500.00

4. Bayaran Fasilitator RM 150.00 x 5 org x 4 hari RM 3,000.00


Sewaan Alat Memanah
5. RM 10.00 x 60 org RM 600.00
(Peserta & Fasilitator)
6. Bahan Modul :

i. File RM 2.00 x 50 unit RM 100.00


ii. Alat tulis RM 5.00 x 30 kotak RM 150.00
iii. Photostat nota RM 0.30 x 10 helai x 50 org RM 150.00
iv. Kertas Sijil RM 5.00 x 10 bundle RM 50.00

JUMLAH RM 7,100.00

12.0 PENUTUP

Berdasarkan cadangan dan justifikasi serta perkiraan yang tersebut di atas,


adalah dipohon pihak tuan/puan dapat memberikan sumbangan bagi
menjayakan program yang telah dirancang.

Anda mungkin juga menyukai