Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM
PERKHEMAHAN
SYABABUL ISLAMI
SEKOLAH AGAMA
SERI PULEH

HARI : Khamis hingga Jumaat


TARIKH : 20 Oktober 2022 - 21 Oktober 2022
MASA : 2.00 petang hingga 11.00 pagi
TEMPAT : Dewan Al-Hidayah, SA Seri Puleh
PROGRAM PERKHEMAHAN SYABABUL ISLAMI
SEKOLAH AGAMA SERI PULEH
TAHUN 2022

PENDAHULUAN
Program Perkhemahan Syababul Islami merupakan salah satu program
yang diadakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Badan
Kebajikan Sekolah. Program ini telah mendapat persetujuan bersama untuk
dilaksanakan di peringkat sekolah.

OBJEKTIF
1) Memberikan pendedahan kaedah sembelihan secara praktikal
2) Memberikan pendedahan kaedah pengurusan jenazah secara praktikal
3) Meningkatkan kesedaran untuk menduduki peperiksaan
4) Melatih murid-murid untuk menguasai kaedah pelaksanaan haji dan
umrah secara praktikal
5) Mengeratkan silaturrahim dikalangan murid, guru dan AJK BKS
6) Melatih murid-murid untuk berdisiplin dan mengamalkan jaga hidup
yang baik

BUTIRAN PROGRAM
1) HARI : Khamis hingga Jumaat
2) TARIKH : 20 Oktober 2022 - 21 Oktober 2022
3) MASA : 2.00 petang hingga 11.00 pagi
4) TEMPAT : Dewan Al-Hidayah, SA Seri Puleh

SASARAN
1) Darjah 5
2) Darjah 6
3) Darjah Khas
ATURCARA PROGRAM
CATATAN /
MASA AKTIVITI
TINDAKAN
20 OKTOBER 2022 (KHAMIS)
2.00ptg – 2.15ptg Pendaftaran peserta
2.15ptg – 2.30ptg Taklimat program
SLOT 1 :
2.30ptg – 4.00ptg Ustaz Ainnur Aiman
Amali sembelihan
4.00ptg – 4.30ptg Solat Asar
SLOT 2
4.30ptg – 6.00ptg Guru-guru
Pengurusan Jenazah
6.00ptg – 7.00ptg Makan malam & kemas diri
7.00ptg – 9.00ptg Solat dan pengisian rohani
SLOT 3:
9.00ptg – 10.30ptg Ustaz Nooriszuwan
Motivasi peperiksaan
10.30ptg – 11.00ptg Surah Al-Mulk & persiapan tidur
21 OKTOBER 2022 (JUMAAT)
5.00pg – 6.30pg Qiamullail & Solat Subuh
SLOT 4 :
6.30pg – 8.00pg Ust Affandi
Kawad
8.00pg – 8.30pg Sarapan
SLOT 5 :
8.30pg – 10.00pg Al-Fajr Travel
Amali Haji
10.00pg – 11.00pg Majlis penutup Ust Azimah
11.00pg Bersurai

ALIRAN KEWANGAN PROGRAM


PENERIMAAN PERBELANJAAN
BUTIRAN RM BUTIRAN RM
Yuran (RM 30.00 peserta) 3 600.00 Makanan 1 500.00
Kokurikulum 1 000.00 Banner 90.00
Cenderahati penceramah 700.00
RELA 160.00
Hadiah peserta 650.00
Peralatan 600.00
Cenderahati mutawif 600.00
Sijil 50.00
Ayam sembelihan 250.00
JUMLAH 4 600.00 JUMLAH 4 600.00
JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : Ustaz Mohd Saadon bin Dollah


(Pegawai Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat)
Pengerusi : Ustazah Hanipah binti Abd Hamid
(Guru Besar)
Tim. Pengerusi : Ustazah Ruhainiza binti Jais
(GPK Akademik)
Setiausaha : Ustazah Badariah binti Md Nor
(GPK Kokurikulum)
Bendahari : Ustaz Muhammad Affandi bin Shahrin
(GPK Hal Ehwal Murid)

Persiapan tempat : Ustaz Muhammad Fared bin Melan


Kawalan murid : Ustazah Hasnah binti Jafri
Peralatan : Ustazah Nor Azimah binti Pakir

PENUTUP
Diharapkan guru-guru, murid-murid dan AJK Badan Kebajikan Sekolah
dapat bersama-sama menjayakan program ini demi memberikan manfaat kepada
anak-anak didik SA Seri Puleh. Semoga program yang dicadangkan ini dapat
berjalan dengan lancar dan diberkati.

Disediakan oleh,

(USTAZAH BADARIAH BINTI MD NOR)


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Agama Seri Puleh
Disediakan oleh,

(USTAZAH RUHAINIZA BINTI JAIS)


Guru Penolong Kanan Akademik
Sekolah Agama Seri Puleh

Disediakan oleh,

(USTAZAH HANIPAH BINTI ABD HAMID)


Guru Besar
Sekolah Agama Seri Puleh

Anda mungkin juga menyukai