Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PETALING

57100 KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN

KEM BESTARI SOLAT PENDIDIKAN KHAS


BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS
DAN MURID PEMULIHAN KHAS
SIRI 1 TAHUN 2018

DIKEMUKAKAN OLEH:

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


(PPKI) SK DESA PETALING,
WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR
1.0 PENDAHULUAN
Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada Program j-QAF yang wajib dilaksanakan
di sekolah rendah termasuk di Program Pendidikan Khas. Kem Bestari Solat merupakan
satu bentuk aktiviti kokurikulum, di mana setiap sekolah perlu melaksanakannya seperti
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelaksanaan Kem
Bestari Solat Pendidikan Khas bagi Murid Berkeperluan Khas dan Murid Pemulihan Khas
ini dijalankan di Masjid Al-Khasyi’in Taman Desa Petaling, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Aspek solat ditekankan dalam sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
Pendidikan Islam. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut
kesesuaian sesebuah sekolah yang melibatkan semua murid beragama Islam Tahap Satu
(Tahun 1, 2 dan 3) termasuk Murid Berkeperluan Khas.

2.0 TUJUAN

Aktiviti INI bertujuan untuk mengadakan Kem Bestari Solat Pendidikan Khas bagi Murid
Berkeperluan Khas dan Murid Pemulihan Khas Tahun 2018 di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur. Kem Bestari Solat ini adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan
murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.
Elemen Bestari Solat dimasukkan dalam Pengajaran Ulum Syariah bertujuan untuk
mengukuhkan kefahaman dan amalan solat dalam kehidupan murid khususnya MBK
secara berterusan.

3.0 RASIONAL
Rasional Kem Bestari Solat ini dilaksanakan dapat memberikan kesan positif dalam
meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab,untuk melaksanakan
aspek fardhu ain yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dalam kehidupan harian.

4.0 OBJEKTIF
Terdapat 4 objektif Kem Bestari Solat ini dilaksanakan iaitu:
 Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
 Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi perlakuan.
 Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
 Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah dengan
sempurna.

5.0 BILANGAN PESERTA


160 murid (3 orang MBK PPKI dan 1 orang Murid Pemulihan Khas Tahun 3) dari
40 buah sekolah rendah PPKI
60 AJK Kem Bestari Solat

6.0 TARIKH/ HARI PELAKSANAAN

2
Siri 1 14 – 15 Mei 2018 - 8.00 pagi hingga 5.00 petang

7.0 CADANGAN TEMPAT


Masjid Al-Khasyi’in Taman Desa Petaling

8.0 JAWATANKUASA KERJA

: Pn. Noor Azizah binti Abd. Ghani


Penasihat Guru Besar SK Desa Petaling

Pengerusi : Pn. Syahida binti Mohamed Mokhtar


Guru penolong Kanan Pendidikan Khas
SK Desa Petaling

Setiausaha : Nurul Ashikin binti Shaari

: Nurul Saadah binti Mat Zian


Bendahari
Buku Program /Sijil/ Hadiah : Hanizawaty binti Abdullah
Pendaftaran & Pengurusan Peserta : Suriani binti Kasim
Makanan & Minuman
: Faridah binti Abuu Kasim
VIP/AJK dan Peserta
Kebersihan/ Disiplin/Sumbangan/Tajaan : Saifuddin bin Mohamad
Siaraya / Pengacaraan
: Noor Akidah binti Abdullah
Perasmian & Protokol
Urus setia Aktiviti : LDK 1
1. SK Taman Maluri

LDK 2
1. SK Dato’ Abu Bakar

LDK 3
1. SK Desa Petaling

LDK 4
1. SK Seri Permaisuri

LDK 5
1. SK Taman Tun Dr Ismail 2

Persiapan Tempat/ Peralatan / Banner : Nurhazwani binti Rahim

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

3
Kos perbelanjaan sebanyak RM 5000.00 di bawah OS42000 untuk Pelaksanaan
Sukan, Kokurikulum dan Ko-Akademik Pendidikan Khas (Januari - Jun) Tahun 2018.

Bil /
Bil Perkara Nilai (RM) Hari Jumlah
Unit
Makanan Peserta 160 10.00 2 3200.00
1
Makanan AJK 80 10.00 2 1600.00
2 Dokumentasi 2 20.00 30.00
4 Cenderahati VIP 40.00
5 Hadiah Murid Terbaik 3 10.00 30.00
6 Banner 1 80.00 70.00
7 Lain- lain Keperluan (Plastik sampah , hiasan meja dan lain-lain) 30.00

JUMLAH 5000.00

10.0 TENTATIF PROGRAM

14 MEI 2018 (ISNIN)


7.30 pagi : Pendaftaran.
08.30- 9.30 : Perasmian Kem Bestari Solat
9.30- 10.30 : Sesi taklimat pengenalan Program KBS
: LDK 1 - Amali wuduk dan doa selepas wuduk (Kump 1-5)
: LDK 2 - Lafaz Azan dan Iqamah (Kump 6-10)
10.30-11.00 : Rehat 1
11.00- 11.30 : LDK 1 - Amali wuduk dan doa selepas wuduk (Kump 1-5)
: LDK 2 -Lafaz Azan dan Iqamah (Kump 6-10)
(sambungan)
11.30-1.00 :Pertukaran Kumpulan LDK
: LDK 1 - Amali wuduk dan doa selepas wuduk (Kump 6-10)
: LDK 2 –Lafaz Azan dan Iqamah (Kump 1-5)
1.00- 2.00 : Rehat - Makan tengah hari / Solat Zohor

2.00 petang : Bersurai

15 MEI 2018 (SELASA)


7.30 pagi : Pendaftaran.

4
8.00 – 9..30 pagi : LDK 3 -Ibadah Niat Solat Fardhu, Bacaan Doa Iftitah Bacaan
Surah Pendek , Bacaan Rukuk, Iqtidal dan Sujud.
9.30 – 10.00 pagi : LDK 4 -Bacaan Tahiyat Awal Tahiyat Akhir,Doa Qunut

10.00-10.30 pagi Rehat 1

10.30- 11.30 : LDK 4 -Bacaan Tahiyat Awal Tahiyat Akhir,Doa Qunut


(Sambungan)
11.30pagi -1.00 : LDK 5 -Bacaan Surah terpilih, serta pengertian bacaan dalam
petang solat
1.00- 2.00 : Rehat - Makan tengah hari / Solat zohor berjemaah

2.00 petang : Penyampaian Hadiah Kepada peserta Kem Terbaik

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN

14 MEI 2018 (ISNIN)


7.30 - 8.00 pagi : Ketibaan Murid dan Guru
08.15 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat
8.30 pagi : Bacaan Doa
Ucapan Pengerusi Pengelola
Ucapan Perasmian
Penyampaian Cenderahati
9.30 pagi : Jamuan VIP
Kem Bestari Solat bermula

11.0 KELULUSAN YANG DIPOHON


Sk Desa Petaling memohon kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur untuk mengadakan Kem Bestari Solat Pendidikan Khas bagi
Murid Berkeperluan Khas dan Murid Pemulihan Khas Tahun 2018 di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.

12.0 PENUTUP
Permohonan yang dikemukakan melalui kertas cadangan ini untuk melaksanakan Kem
Bestari Solat Pendidikan Khas bagi Murid Berkeperluan Khas dan Murid Pemulihan Khas
Tahun 2018 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diharapkan mendapat perhatian dan
pertimbangan yang sewajarnya. Ini adalah demi kelancaran tugas dan tanggungjawab

5
yang akan dilaksanakan bagi memenuhi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang telah
ditetapkan. Diharap, guru-guru juga dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan
semoga pelaksanaan kurikulum ini akan mencapai hasrat dan matlamat menghasilkan
MBK yang mampu berdikari, bersosialisasi dan menjalani kehidupan bermakna seperti
murid di arus perdana.

Disediakan oleh:

19 Mac 2018

Disediakan oleh:

................................................. Tarikh:
(NURUL ASHIKIN BINTI SHAARI)
Setiausaha
Kem Bestari Solat Pendidikan Khas
bagi Murid Berkeperluan Khas
Dan Murid Pemulihan Khas
Siri 1 tahun 2018

Disemak oleh:

...................................................... Tarikh:
(SYAHIDA BINTI MOHAMAD MOKHTAR)

Disahkan oleh,

……………………………

6
7

Anda mungkin juga menyukai