Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT


BERUNIFORM

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM


SK KUBANG KERIAN 3 2017

RASIONAL

Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui


aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan
para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia
seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan
kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga
mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara
langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping
memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti
mereka dalam menyelesaikan masalah.

Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu,


secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan
kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti
perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada
pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara.

MATLAMAT PROGRAM

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha
berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan
kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi


peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya
dari segi kepimpinan dan kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat
kejasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.

Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan


perkhemahan ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan,
mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu
menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta


memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi
kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam
sekitar, membina sahsiah yang berdya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi.

OBJEKTIF

Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat :

1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.

2. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.

3. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara


teratur dan berdisiplin.

4. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam


suasana semula jadi yang kondusif.

5. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-


masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

6. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun


beragama dan kehidupun bermoral.

KUMPULAN SASAR

Semua pelajar tahap 2 iaitu semua ahli Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pandu
Puteri dan Puteri Islam dan semua guru pemimpin Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3.

JANGKA MASA PERKHEMAHAN

Perkhemahan ini akan diadakan pada :

Tarikh : 3 April 2017 5 April 2017


Hari : Khamis hingga Sabtu

Tempat : Tapak Perkhemahan SK Kubang Kerian 3(Camping Ground)

JAWATANKUASA PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SK KUBANG


KERIAN( 3) TAHUN 2014

Penasihat : Pn. Seri Dewi Binti Mohd Ibrahim

Pengerusi : En. Nik Zamri Bin Nik Husin

Setiausaha : En. Rijalman Bin Ghani

Bendahari : Pn. Jamani Binti Jusoh

JAWATANKUASA KERJA

Kem Komanden : En. Mohd Zaid Bin Abdullah

Pen. Kem Komanden : En. Rawi Bin Hamid

Urusetia : En. Wan Norhamfandi bin Wan Yusof (Ketua)

: En. Kharami Bin Awang (Pengakap)

: En. Wan Rosmadi Bin Wan Salleh (PBSM)

: En. Mohd Adri B. Nor Din (TKRS)

: Pn. Hjh Habsah Bt Abdul Kadir (PPIM)

: Pn. Zakiah Bt Mustapha (Pandu Puteri Tunas)

: En. Mohd Sukri Bin Ibrahim

: En. Rozman Bin Mat Zin

Pendaftaran Peserta : Unit masing-masing


Persiapan Tempat : En. Kharami Bin Awang

Aktiviti /Pertandingan : En Wan Rosmadi Bin Wan Salleh

Persegaran/ Masakan : Pn Hjh. Habsah bt Ab Kadir

: Pn. Noor Azizah bt Abdullah

Keselamatan / kecemasan: En. Mohd Adri Bin Nor Din

Perasmian / Penutup : Pn. Zakiah Binti Mustapha

Hadiah&cenderahati : Pn. Norini Binti Mohd. Nawi

Alatan : En. Ramli Bin Ab. Kadir

Kerohanian dan : Ust. Muhamad Shah Bin Yasin

Keagamaan

Siaraya : En. Zaharude Bin Ismail

Jurugambar / kain rentang : En. Mat Razali Bin Hassan

Dan dokumentasi

Tugas-tugas Khas : En. Mohd Sukri Bin Ibrahim

BAJET/ PERBELANJAAN:

1. Sumber Kewangan.

Peruntukan sekolah

Yuran penyertaan pelajar RM 5.00 X 85 = RM 425.00

2. Kos.

BIL. PERKARA KOS JUMLAH

1. Hadiah
1. Pertandingan memasak RM 8.00 X 3 RM 24.00
2. Pertandingan kawasan perkhemah
RM 10.00 X 7 RM 70.00
3. Malam kebudayaan
4. Pertandingan kawad kaki RM 10.00 X 3 RM 30.00
5. Mencari Jejak
RM 20.00 X 3 RM 60.00
6. Peserta terbaik ( Lelaki )
( Perempuan ) RM 10.00 X 3 RM 30.00

7. Kumpulan terbaik keseluruhan RM 15.00 X 1 RM 15.00

RM 15.00 X 1 RM 15.00

RM 25.00 X 1 RM 25.00

2. Bahan basah

1. Ayam RM 12.00 X 7 RM 84.00


2. Telur
RM 7.00 X 3 RM 21.00

3. Bahan-bahan lain

1. Tali rapia (besar) RM 10.00 X 3 RM 30.00


2. Belerang
RM 5.00 X 2 RM 10.00
3.
4.
5.
6.
Jumlah RM 414.00

JADUAL AKTIVITI PERKHEMAHAN


S3K3 TAHUN 2012

TARIKH/MASA AKTIVITI TINDAKAN & CATATAN

03.04.2017
KHAMIS
2.30 pm 3.00 pm Pendaftaranpeserta (dewan) Mengikut unit
Mengikut unit
3.00 pm 4.30 pm Mendirikankhemah AJK Kerohanian&
Sembahyang dansolat asar Keagamaan
berjemaah. AJK Persegaran
Urusetia/ K.Kom/P.K.Kom
4.30 pm 5.30 pm Minum petang AJK Persegaran
Taklimat kem AK kerohanian&
Keagamaan
5.30 pm 6.30 pm Makan malam
6.30 pm 7.00 pm Urusdiri, solat maghrib, yassin, Urusetia
7.00 pm 9.00 pm kerohanian dan solat isyak AJK Persegaran
berjemaah Mengikut unit

9.00 pm 10.30 pm LDK

10.30 pm 11.00 pm Minum malam

11.00 pm 12.00 pm Kerja lapangan

12.00 pm 6.30 pm Lampu padam (tidur)

04.04.2017
JUMAAT

5.30 am Urus diri, solat subuh & tazkirah AJK Keagamaan

6.30 am Senaman pagi /aktiviti AJK Persegaran


berhalangan Urusetia
7.30 am Urusetia
Sarapan pagi
8.00 am Urusetia
Pemeriksaan khemah
8.30 am Urusetia
Pertandingan kawad kaki
10.00 am Mengikut unit
Minum pagi Urusetia
10.30 am
Pertandingan simpulan dan Urusetia
12.00 pm ikatan
AJK Keagamaan
1.00 pm Urusdiri&makan tengahari
Urusetia
Peserta lelaki solat jumaat
2.45 pm Peserta perempuan solat
zohor

4.15 pm Demo pertolongan cemas dan


pertandingan pertolongan
5.00 pm cemas

6.30 pm Solat asar dan minum petang

7.00 pm Pertandingan memasak

9.00 pm Makan malam

11.00 pm Urus diri dan solat maghrib,


tazkirah dan solat isyak
12.00 pm
Pertandingan kebudayaan
12.00 am
Minum malam

Kerja lapangan

Lampu padam (tidur)

TARIKH/MASA AKTIVITI TINDAKAN & CATATAN

05.04.2017
SABTU

5.30 Urusdiri, solatsubuh&tazkirah AJK Keagamaan

7.00am Senaman pagi/aktiviti AJK Persegaran


berhalangan Urusetia
8.00 am
Sarapan pagi
9.30 am
Pemeriksaan khemah Urusetia
10.00 am
Kawad pagi ( renungan ) Mengikut unit
10.30 am
Raptai perasmian & penutup
11.00 am
Minum pagi
11.30 am
Majlis perasmian penutup &
12.30 pm penyampaian hadiah

Tutup khemah dan bersih


kawasan perkhemahan

Bersurai

Nota : sila pastikan alatan perkhemahan cukup.

Sila bawa alas / tikar lipat 3 untuk dijadikan alas khemah


Setiap unit sekurang-kurangnya 5 biji.

Peralatan yang perlu dibawa semasa perkhemahan.

INDIVIDU

1. Uniform pengakap / puteri islam 11. Beras 3 pot setiap orang


2. Pakaian sembahyang / sejadah 12. Tuala
3. Pakaian sukan 13. Pakaian mandi
4. Selimut 14. Sardin 1 tin kecil
5. Kasut dan selipar 15. Telur 2 biji
6. Ubat dan berus gigi dan sabun mandi
7. Pakaian untuk 2 hari
8. Pinggan dan gelas 2 biji
9. Sudu
10. Barang-barang lain yang difikirkan perlu
KUMPULAN

1. Kuali
2. Periuk untuk memasak nasi
3. Senduk atau sodek
4. Pisau
5. Baldi dan besen kecil
6. Cerek / kendi
7. Jug besar
8. Parang dan gergaji
9. Tikar
10. Minyak , bawang merah dan bawang putih
11. Gula dan garam
12. Lampu suluh
13. Kopi / teh / milo / susu
14. Kayu api dan mancis
15. Barang-barang lain yang difikirkan perlu
Peralatan yang diperlukan

1. Buluh
2. Kabel Letrik
3. Mentol
4. Tong Air
5. Khemah Jalur
6. Bendera P.Islam

PENUTUP

Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi


menerapkan dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang mantap
dan disiplin yang kuat. Program ini juga berperanan untuk memupuk semangat setia
kawan dan saling tolong-menolong dan bantu-membantu serta mengekalkan
hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar supaya ia disemai dan dipupuk sejak
mereka kecil dan menjadi sebati bila mereka meningkat remaja dan dewasa kelak.
Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak.
Demikian juga sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan secara langsung
turut menyumbang kepada kejayaan itu. Sokongan dan bantuan dari semua pihak
yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini
adalah diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

__________________
(RIJALMAN B. GHANI)
SETIASUSAHA

Anda mungkin juga menyukai