Anda di halaman 1dari 4

RAKAN MUDA

( SHOWCASE OF TALENT )

Festival belia negara peringkat negeri kedah


NAMA PROGRAM : PROGRAM “ TOWARDS 1st CLASS “
1. TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan untuk memohon peruntukkan bagi menjalankan aktiviti
Rakan Muda Showcase of Talent

2. LATAR BELAKANG

Aktiviti persembahan bakat diri ataupun persembahan didalam kumpulan semakin


diminati golongan belia oleh kerana pengalaman dan ilmu yg ditimba amat berlainan
dari dalam bilik darjah. Program ini dapat membantu golongan belia dalam membina
keyakinan diri disamping memupuk nilai serta sikap kerjasama antara mereka.
Melalui program ini juga golongan belia akan memupuk sifat kepimpinan, keyakinan
diri, keberanian, toleransi, ketahanan fizikal, mental dan kebijaksanaan mengolah
sesuatu aktiviti menjadi lebih menonjol dan berpengaruh kepada golongan belia
yang lain.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Memberi pendedahan yang baru kepada gologan belia mengenai kebaikan
aktiviti pertunjukan bakat
3.2 Dapat memberi satu hobi baru yang berfaedah kepada golongan belia
setempat.
3.3 Dapat mengembangkan minda belia-belia berkaitan kemahiran dalam
pelbagai aktiviti yang mampu menonjolkan bakat kerana hobi ini memerlukan
skill individu mengolah mengikut kreativiti masing-masing.
3.4 Menguasai kemahiran – kemahiran asas kegiatan luar mengikut kemampuan
diri.
3.5 Memupuk sikap pemikiran positif, persaingan yang sihat, dan kesedaran sivik
kepada golongan belia.

4. BUTIRAN PROGRAM:

4.1 Bilangan Peserta

Menganggarkan penyertaan seramai 200 orang peserta daripada golongan


belia sekitar negeri kedah.

4.2 Tarikh Cadangan

18, 19 & 20 Mei 2017

4.3 Tempat Pelaksanaan

Tasik Darulaman Jitra

4.4 Kumpulan Sasaran

4.4.1 Pelajar sekolah / Pelajar Ipt dan ahli Kelab Rakan Muda
4.5 Senarai Aktiviti Showcase of Talent

1- Street Dance
2- Street Buskers
3- Batik Drawing
4- Bboys Dance
5- KTM Stunt Show
6- Petting Zoo

4.6 Aturcara Program

HARI PERTAMA (KHAMIS)

8.00 pg - 12.00 ptg : Pendaftaran peserta


Sarapan Pagi
12.00 ptg : Aktiviti Bermula
Sarapan Tengahari
4.30 ptg - 5.30 ptg : Perasmian Oleh YAB MB

5.30 ptg - 6.30 ptg : Walkabout Bersama Yab MB


Makan Petang

7.00 ptg : Majlis Bersurai


HARI KEDUA (JUMAAT)

8.30 pg - 12.30 ptg : Senaman Pagi


Makan Pagi
Aktiviti Explorace
Showcase of Talent
12.30 pg - 2.30 pg : Makan Tengahari
Solat
2.30 ptg - 7.00 ptg : Semua Aktiviti Berjalan

5. Kewangan
Anggaran Perbelanjaan
Bil. Perkara Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)
1. Khemah Arabian X 10 X 2hari RM 250/hari X 10 X 2hari RM 5,000
2. Makan/Minum X 200 X 2hari RM 20 X 200 X 2hari RM 8,000
3. Generator set X 2 X 2hari RM 200 X 2 X 2hari RM 800
4. PA System X 1 X 2hari RM 300 X 1 X 2hari RM 600
5.
JUMLAH RM14,400

6. PENUTUP

Dengan ini adalah dipohon pihak tuan dapat mempertimbangkan kertas kerja ini
untuk pihak kami dapat melaksanakan aktiviti ini dengan jayanya dan dapat menarik
minat belia serta beliawanis dalam aktiviti persembahan bakat diri yang mampu
mempengaruhi lebih ramai anak muda untuk turut serta didalam aktiviti yang
memberi impak positif ini.

Anda mungkin juga menyukai