Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KUALA KRAI,

18000 KUALA KRAI,


KELANTAN

LAPORAN
PERKHEMAHAN AGUNG
KO-KURIKULUM

TEMPAT:
KEM PERMATA RIMBA KUALA KRAI.

TARIKH :
27,28 & 29 APRIL 2017

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KUALA KRAI
1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan Bersepadu ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh
Unit Beruniform SK. Bandar Kuala Krai. Program ini disertai oleh pelajar yang menjadi
ahli daripada setiap badan-badan unit beruniform SK Bandar Kuala Krai seramai lebih
kurang 80 orang peserta. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang
kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk
menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih
mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal
diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan
disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan
diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun
dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat
diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan
dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar
dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara
yang mampan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan


3.2 Melatih para peserta berkomunikasi diantara satu sama lain.
3.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara
teratur dan berdisiplin.
3.4 Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
3.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan
mencabar.
3.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-
masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
3.7 Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun
beragama dan kehidupan bermoral.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh pelaksanaan ialah pada 27,28 dan 29 April 2017.


4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2malam (Khamis, Jumaat dan Sabtu).
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

5.1 Jumlah peserta : 80 orang

6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : HAJI MOHAMAD BIN JUSOH (GURU BESAR SEDAR)


Pengerusi : PN. HUSZAIMA BT MAT HASSAN (PK KOKURIKULUM)
Naib Pengerusi 1 : PN. NOR ASMA BT MAT DAM (PK PENTADBIRAN)
Naib Pengerusi 2 : PN. AZIZAH BT MOHD ZAIN (PK HAL EHWALMURID)
Kem Komandan : EN. MOHAMAD DASUKI BIN NAZIR
Pen. Kem Komandan : PN. NAZIRAH BT ABDUL AZIZ
Setiausaha : ENCIK NOR HISHAM BIN ABDUL MANAF
Pen. Setiausaha : PN. SUZANA BINTI DAUD
Bendahari : CIK ROSHAIZAN BT ROSLAN
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Urus setia Perkhemahan

AJK Persegaran
CIK ROSHAIZAN BT ROSLAN (K)
PN. NIK MAZNI AZURA BT NIK YAHYA
USTZ. AZIZAH BT ZAKARIA
PN. SABRINA BT HASSAN
PN. ROSMAININ BT IBRAHIM

AJK Pendaftaran
PN. ZURAIDA BT HAJI ALI (K)
PN. ANIES YUSLEEN BT SAARI

FOTO/DOKUMENTASI
EN. MUHAMAD BIN MOHD NOOR
EN. SARIMI BIN ISMAIL

Juruacara
PN. NOR AZREENA

AJK Hadiah Pertandingan


PN. NIK SURIA BT HUSSIN (K)
PN. SUZILA BT ABDUL GHANI

AJK Buku Program


PN. NIK ARIEANI BT NIK MAN
AJK Kerohanian
USTAZ ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH (K)
USTAZ ROSLI BIN IBRAHIM
USTZ. NORASIAH BT ISMAIL
USTZ. NOR AZZYATIE BT ABD AZIZ

AJK Siaraya
EN. SARIMI BIN ISMAIL (K)
EN. ZAWANI BT ZAWAWI

AJK Keselamatan
UST. NORHISHAM B. ABDUL MANAF (K)
PN. NAZIRAH BT ABDUL AZIZ
PN. SUZANA BT DAUD

AJK Peralatan
EN. ROSLI BIN IBRAHIM (K)
Semua Ketua Penasihat
Semua Ahli-ahli Pasukan

JUNGLE TRACKING
EN. NOR HISHAM B. ABDUL MANAF (K)
EN. ABDULLAH BIN JUSOH
EN. ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH
PN. SUZANA BT DAUD

AJK Kebersihan
PN. CHE AZIZAH BT CHE ISA
PEKERJA SEKOLAH

Senaman Pagi & Senamrobik


EN. MOHD. ZAWANI BIN ZAWAWI
8.0 TENTATIF PROGRAM

27 APRIL 2017

11.00 pagi : Pendaftaran


11.30 pagi : Bertolak dengan menaiki bas ke Kem Permata Rimba
12.00 tengah hari : Persiapan diri dan makan tengahari
1.00 tengah hari : Solat Zohor berjemaah
2.30 petang : Aktiviti 1 (Simpulan & Ikatan)
4.00 petang : Minum petang dan Solat Asar berjemaah
5.00 petang : Aktiviti 2
7.00 malam : Persiapan diri, makan malam, Solat Maghrib dan Isyak
berjemaah serta bacaan Yaasin
8.45 malam : Aktiviti 3
11.00 malam : Minum
11.30malam : Tidur

28 APRIL 2017

5.00 pagi : Bangun dan persiapan diri serta Solat Subuh berjemaah dan
kuliah Subuh
6.45 pagi : Senamrobik
7.15 pagi : Sarapan pagi
8.00 pagi : Pertandingan Pertolongan Cemas, Masakan dan Gubahan
12.00 tengah hari : Persiapan diri, makan tengahari dan Solat Zohor/Jumaat
2.30 petang : Jungle Tracking
4.00 petang : Minum petang
4.30 petang : Persiapan diri untuk Solat Asar
5.00 petang : Pertandingan lima jenis anyaman daun
7.00 malam : Persiapan diri, makan malam, Solat Maghrib dan Isyak
berjemaah & tazkirah.
9.00 malam : (BBQ)
12.30 malam : Tidur

29 APRIL 2017

5.00 pagi : Bangun dan persiapan diri serta Solat Subuh berjemaah dan
kuliah Subuh
6.45 pagi : Senamrobik
7.15 pagi : Sarapan pagi
8.45 pagi : Minum pagi
10.00 pagi : Membersih kawasan / tapak perkhemahan
11.00 pagi : Perasmian penutup
12.30 tengah hari : Pulang

10.0 PENUTUP

Alhamdulillah segala perancangan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti
perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi
untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pakat-pakat Sedar

Disediakan oleh,

.
(Nazirah Bt Abdul Aziz)
Penyelaras Kokurikulum ,
SK. Bandar Kuala Krai

Disemak oleh, Disahkan oleh,


................................................ .....................................................
(Puan Huszaima Bt Mat Hassan) (Haji Mohamad Bin Jusoh)
PK Kokurikulum, Guru Besar
Sk Bandar Kuala Krai Sk Bandar Kuala Krai.

Anda mungkin juga menyukai