Anda di halaman 1dari 14

Etika dan moral yang diutarakan oleh Agama Islam dan Kristian.

Etika dan moral Agama Islam.


Etika merupakan perkataan Yunani kuno yang mmbawa maksud ethosyang
membawa erti kebiasaan ,adat,akhlak,keperibadian dan watak.Dalam Bahasa melayu ,etika
bermaksud kepercayaan atau tanggapan terhadap sesuatu perkara sama ada ianya
benar,salah ,baik ataupun buruk.Manakala etika dalam Islam lebih merujuk kepada nilai
akhlak yang baik dan sekiranya diamalkan akan mendapat pahala bagi si pelaku tersebut.
Etika dan moral agama Islam yang dianuti oleh majoriti rakyat Malaysia adalah lebih
kepada aturan hidup sebagai manusia sesama manusia. Umumnya pengamalan agama Islam
ini adalah berkaitan aturan hidup yang mengaitkan dua komponen utama iaitu
Habluminallah iaitu hubungan dengan tuhan (Allah) dan Habluminannas yang membawa
maksud hubungan sesama manusia. Penganut agama Islam meyakini bahawa apabila
sesorang Islam itu menjaga hubungannya dengan tuhan maka dia juga secara natural akan
menjaga hubungan sesama manusia. Seseorang yang menganut agama Islam bermula dengan
mengenal tuhan (Allah) dan melaksanakan lima rukun Islam (amalan sebagai perjanjian
amalan ibadat wajib dilaksanakan sebagai penganut Islam). Selain daripada rukun Islam
terdapat pula rukun Iman (perjanjian wajib keyakinan agar tidak terpesong sebagai penganut
Islam). Sebagai rakyat Malaysia kita juga mempunyai Rukun Negara agar layak diiktiraf
sebagai warganegara negara ini. Jika kita mencari satu persamaan, rukun-rukun ini
sebenarnya menyumbang kepada pembentukan ketamadunan manusia yang menganuti agama
agar mempunyai peradaban ketika menjalani kehidupan seharian.
Rukun Islam
Mengucap dua kalimah Shahadah.
Sembanhyang lima waktu sehari semalam.
Berpuasa pada bulan Ramadhan.
Membayar zakat .
Menunuaikan Haji di Kota Mekah.

Rukun Iman
Percaya keujudan Allah (tuhan)
Percaya kepada keujudan malaikat-malaikat.
Percaya kepada kitab suci Al-Quran.
Percaya kepada Nabi
Percaya Qada dan Qadar (ketentuan takdir)
Percaya kepada hari kiamat.

Agama Islam meletakkan syarat wajib bagi penganutnya agar menghayati dan
mengamalkan rukun berkenaan. Apabila seseorang Islam itu cuba melaksanakan kedua-dua
rukun tersebut, mereka terikat dengan tatacara dan peraturan agama. Sebagai contoh
seseorang yang menghayati rukun Iman itu hendaklah mengakui bahawa Allah itu tuhan dan
Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah yang terakhir. Walaubbagaimanapun seorang
Islam tidak boleh memaksa orang lain bukan beragama Islam agar mengikut keyakinan
tersebut. Islam ini adalah bersifat akhlak terpuji (etika) seseorang penganutnya yang
memberikan kesan kepada kehidupan seharian sesama manusia tanpa melupakan Allah.
Agama ini juga bersesuaian untuk tinggal setempat dengan agama lain kerana pengamalan
agama Islam sebenarnya tidak mengganggu penganut agama lain. Jika kita perhalusi
penganut agama Islam ini boleh dilihat kebaikan-kebaikan akhlaknya sesama Islam mahupun
bukan Islam. Apabila seseorang itu memeluk Islam barulah dia akan mengenal bagaimana
untuk mencapaian ketinggian budi dan keseimbangan untuk mengejar kejayaan dunia dan
akhirat. Seorang muslim akan tahu apa yang tuhan dan nabi suka mahupun sebaliknya setelah
mempelajari asas akhlak (etika) dan adab (cara bersosial). Setelah memeluk Islam barulah
mereka dapat melihat apakah perkaitan Islam dan undang-undang dunia ciptaan manusia
yang diperakui malahan di sokong seratus peratus oleh semua golongan.
Islam amat melarang keras umtnya dari menghampiri perkara yang boleh merosakkan
diri Saya ambil contoh kes-kes penagihan dadah dan arak adalah dilarang keras dalam Islam
(Sifat mazmumah) kerana seorang penagih dadah adalah orang yang mencampakkan dirinya
ke dalam kebinasaan. Kesan buruk kepada seorang Islam yang menagih dadah akan

menyusahkan diri, keluarga dan negara. Kerosakan ini jika merebak akan merosakkan
ketamadunan sesuatu masyarakat yang dibina. Contoh lain, merokok juga telah diharamkan
kerana Islam mengiktiraf ilmu perubatan moden iaitu rokok boleh memudaratkan kesihatan
dan berlaku pembaziran. Jika kita perhatikan istilah nikotin, marijuana, extacy, heroin tidak
terdapat dalam Al-Quran tetapi pakar agama Islam dan pengkajinya berjaya menemui
perkaitan daripada Al-Quran iaitu orang yang melakukan kerosakan kepada diri dan dunia ini
dalah sifat-sifat dilarang. Kajian doktor pengubatan moden disokong oleh para mufti dan
ulama yang membuat keputusan pengharamannya kerana boleh menyebakan kemudaratan
dalam jangkamasa panjang kerana ketagihan. Manusia ini didapati telah mencampakkan
dirinya ke dalam kebinasaan kerana memilih gaya hidup tidak sihat sebagai amalan seharian.
Islam adalah satu gaya hidup sihat dimana seseorang Islam itu perlukan hidup yang sihat
untuk melaksanakan perintah tuhan dan nabi. Perkaitan Islam dan etika serta moral dalam
kehidupan adalah bermula dengan seorang individu dengan keluarga, jiran dan pembentukan
negara. Etika dan moral diperlukan oleh seorang penganut Islam untuk memperbaiki dirinya
yang sentiasa dituntut untuk mencari kabaikan demi kebaikan. Umum mengetahui etika dan
moral ini menjurus kepada kebaikan tetapi untuk mencapai kualiti hidup beretika dan moral
tinggi memerlukan tempoh masa tertentu. Undang-undang ciptaan manusia memanglah tidak
sempurna namun jika diteliti perkara tersebut boleh meningkatkan kualiti akhlak masyarakat
oleh kerana itulah etika dunia ini diterima pakai dalam Islam. Sebagai seorang Islam
seseorang penganut itu perlu bertanggungjawab dan beretika kepada dirinya dahulu.
Seseorang yang menganut agama Islam sebanarnya perlu memastikan dirinya tidak kontra
dengan tuntutan umum masyarakat. Sebagai contoh seseorang yang sedang berjalan
berseorangan di kampung,bandar dan tempat-tempat umum masyarakat yang lain adalah
bertanggungjawab untuk memelihara etika dan imej Islamnya. Ketika di tempat umum
khasnya, seorang Islam yang beretika ini juga perlu mematuhi peraturan-peraturan mahupun
ianya adalah ciptaan manussia selama mana peraturan itu tidak membawa kerosakan kepada
manusia (dirinya) dan orang lain. Kempen menjaga kebersihan oleh semua manusia yang
juga terdiri daripada agama lain turut di implementasikan oleh penganut agama Islam. Islam
menyeru agar penganutnya menjaga kebersihan kerana ianya melambangkan keimanan
seseorang. Jika dia pengotor dan tidak menjaga kebersihan dengan membuang sampah
merata-rata, orang sepeerti ini hanya berpakaian dan mengaku seperti seorang Islam tetapi
gagal menjaga dan membawa imej yang baik sebagai penganutnya. Individu dan keluarga
dalam Islam juga ada etikanya yang tersendiri. Terdapat begitu banyak etika antara seseorang
dan ahli keluarganya, antaranya ialah etika pertuturan, etika berpakaian, etika antara hak

peribadi yang perlu dan tidak perlu ahli keluarga ketahui dan etika pengurusan harta
(perkongsian kepenggunaan). Di dalam pengurusan kekeluargaan Islam, terdapat batas-batas
dari segi pertuturan antara anak, ibu dan bapa serta adik beradik. Contohnya, tatacara seorang
anak berrtutur dengan kedua ibu bapanya adalah tidak sama dengan tatacara sesama adikberadik. Penerapan dan pengalaman hidup Islam juga berlaku di luar rumah apabila sebagai
serorang Islam, individu itu perlu menjaga bagaimana untuk bertutur dengan orang lain
dengan cara yang paling sopan. Sebagai seorang yang beragama Islam, perkara yang sama
juga disentuh bagaimana tatacara berpakaian ketika bersama-sama ahli keluarga. Pakaian
yang terlalu menjolok mata adalah tidak dibenarkan di dalam keluarga. Begitu juga apabila
seseorang Islam yang tinggal bersama orang yang beragama lain terdapat tatacara berpakaian
yang ditentukan panduannya supaya etika sebagai seorang Islam itu terjaga ketika bersama
orang yang bukan ahli keluarga. Islam juga meletakkan etika bagaimana seseorang itu tidak
berkongsi semua hal dengan ahli keluarganya. Perkara ini berubah mengikut kesesuaian umur
dan didikan yang diberikan kepada ahli keluarga. Sebagai contoh tidak semua perbualan
anak-anak yang masih kanak-kanak perlu dicampuri oleh kedua orang tuanya. Begitu juga
apabila anak-anak melangkaui usia remaja. Islam meletakkan etika agar mereka mempunyai
apa yang di panggil peribadi dan sulit. Ada beberapa kes tertentu sahaja ibu bapa perlu
mancampuri urusan anakanaknya kerana sebagai seorang Islam mereka telah dididik
bagaimana untuk hidup beretika sebagai kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang
beragama Islam. Etika tidak jauh lari dengan etika nilai-nilai murni yang diamalkan oleh
semua manusia. Di dalam Islam itu sendiri keperibadian tinggi dan nilai murni adalah sangat
dititikberatkan. Penggunaan harta dalam sesebuah keluarga Islam juga ada hak-hak yang
membolehkan dan membataskan seseorang Islam itu sebagai individu untuk menggunakan
sebarang harta yang dimiliki atau diberikan kepada ahli keluarga yang lain. Islam
menggalakkan perkongsian harta dari segi kepenggunaan. Walaubagaimanaupun, etika untuk
menggunakan sesuatu kemudahan harta itu perlu mendapat keizinan dan restu daripada si
pemilik harta. Sebaggai contoh, seorang abang tidak boleh menggunakan pakaian atau
basikal kepunyaan adik sewenang-wenangnya melainkan dengan pengetahun adik (pemilik)
tanpa perlu mendapat keizinan ibu dan ayah. Ini kerana Islam telah mendidik tentang hak
kepenggunaan, perkongisn bersama serta bertanggungjawab kepada harta yang di amanahkan
daripada ibu dan bapa. Etika meminjam dan memulangkan kembali harta dalam keluarga
serta menggunakan dengan cermat adalah diberi penekanan yang sangat dalam bagi
mengelakkan pembaziran dan menghargai seseuatu kemudahan. Islam sangat cintakan rasa
bersyukur, menghargai serta berjimat cermat dalam berurusan

Etika waktu bangun pagi dan tidur.


Etika makan dan minum (kudapan).
Etika berpakaian.
Etika pengurusan kendiri (pakaian/keperluan persekolahan/hiburan).
Etika bersosial sesama ahli keluarga.
Etika perkara peribadi dan sulit.
Etika beriadah bersama keluarga.
Etika keluar masuk rumah.
Etika menziarahi rakan dan diziarahi.
Etika meminjam dan memulang barangan.
Etika tegur-menegur sesama ahli keluarga.
Etika mengikuti program-program keluarga (kematian / perkahwinan / aktiviti
keagamaan).
Etika di tempat tidur.
Kesimpulannya etika dan moral individu Islam dan keluarganya adalah diacukan
sejak dari awal zaman bayi, kanak-kanak, remaja, alam dewasa dan alam perkahwinan. Jika
kita mendalami lagi etika moral individu dan keluarga terdapat juga etika dan moral ketika
menangani konflik rumahtangga.
Sebagai seorang Islam, saya meyakini pembentukan keluarga yang beretika dan
moral Islam boleh menyumbang kepada masyarakat yang kondsif. Jika terlalu banyak
pelanggaran etika dan moral antara individu dan keluarganya lama-kelamaan hubung sesama
ahli keluarga akan berjauhan lalu merosakkan isntitusi keluarga yang mungkin menjadi
keluarga bermasalah. Sebagai seorang Islam seseorang itu adalah beretika jika dia mampu
menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa terlalu bergantung kepada ahli keluarga. Terdapat

hal-hal peribadi yang boleh diselesaikan sendiri oleh individu itu jika menghadapai masalah
yang kecil. Jika telalu kerap mengadu domba kepada ahli keluarga individu ini telah
melanggar etika dan moral masa ahli keluarga yang sepatutnya diluangkan untuk perkara
yang lebih penting dalam institusi keluarga. Di sini kita dapat lihat pengamalan etika dan
moral dalam Islam boleh melahirkan masyrakat yang kurang nilai kebergantungan kepada
keluarga semata-mata dan mampu berdikari. Tetapi dalam soal-soal tertentu etika untuk
memberitahu atau mengambil pandangan ahli keluarga adalah sangat penting contohnya
individu yang ingin mendirikan rumahtangga. Etika dan moralnya ialah kedua orang tua dan
ahli keluarga perlu tahu serta mendapat keizinan dan restu agar etika dan moral Islam dalam
keluarga itu terjaga. Mungkin setelah mendalami apa itu Islam barulah manusia akan lebih
faham apakah etika-etika dan moral ini yang boleh diterimapakai oleh semua manusia di
muka bumi.
Etika dan moral sesama jiran
Di dalam subtopik sebelum ini ada dinyatakan etika dan moral individu sesama
keluarga. Kini saya akan membawa signifikan antara etika dan moral dalam keluarga yang
diimplementasikan dalam konteks hubungan dengan jiran. Ia bermula dengan mengenali jiran
anda yang terhampir dengan anda. Seorang muslim yang beretika dan bermoral tinggi tahu
bagaimana untuk membina hubungan dengan jiran yang terdiri daripada pelbagai agama
sambil mempraktikkan etika dan moral sesama manusia (jiran).
Ada persamaan antara etika dan moral individu dalam keluarga dan jiran. Sebagai
seorang Islam ada garis panduan dan etika ketika mengamalkan gaya hidup berjiran. Etika
dan moral sesama jiran adalah seperti berikut :
Etika berkenalan secara bermoral.
Etika hidup berjiran secara bermoral (ziarah/bantu-membantu).
Etika bekerjasama dengan peraturan kejiranan secara bermoral.
Etika ketika berurusan dengan hak jiran (harta).
Etika peribadi dan sulit jiran.
Etika beriadah sesama jiran.
Etika dan moral menghormati agama jiran.

Etika memahami budaya jiran-jiran.

Etika dan moral sesama jiran melalui perkenalan yang bermoral adalah dituntut dalam
Islam. Sesorang yang beragama Islam pastinya tahu bagaimana cara untuk mengucap salam
kepada semua jiran walaupun berlainan agama. Perkenalan ditempat yang baik dengan cara
yang baik itu adalah cara yang terbaik dalam gaya hidup etika dan bermoral Islam. Sebagai
contoh, sambutan hari raya dan mengadakan rumah terbuka adalah satu platform terbaik
sebagai permulaan untuk mengenali jiran yang ada secara beretika dan bermoral. Dari situ,
kesemua ahli keluarga jiran dapat dikenali dan hubungan yang baik akan terbina. Perkenalan
akan membawa seseorang individu itu mengamalkan etika dan moral serta memelihara
hakhak peribbadi dan sulit agar tidak kesemuanya hal keluarga diberitahu kepada jiran. Selain
daripada itu juga terdapat waktu yang dibenarkan dan dilarang untuk menziarahi rumah jiran.
Antara waktu yang dilarang untuk berkunjung ke rumah jiran ialah senja dan waktu malam
kerana ini agak melanggar etika agama Islam dan juga tidak bersesuaian dengan penganut
agama yang lain. Waktu malam adalah waktu seserorang itu berehat bersama keluarga dan
bersosial. Begitu juga waktu senja, waktu ini didapati boleh menggangu etika seseoarang
yang beragama Islam kerana masa tersebut tidak digalakkan berada di luar rumah. Mungkin
ini juga sesuai dengan agama lain kerana waktu ini adalah waktu untuk kita membersihkan
diri setelah seharian bekerja ataupun belajar. Waktu senjalah yang sesuai agar semua orang
berada di rumah untuk meluangkan masa di malam hari bersama keluarga ataupun rakan
serumah. Setiap orang diberi tempoh waktu bekerja bermula di pagi hari dan berakhir di
waktu petang. Mengikut satu sumber waktu bekerja yang paling efisyen adalah di siang hari
jadi waktu senja ini adalah sangat beretika dan bermoral jika digunakan untuk pembersihan
diri serta rehat fizikal dan spiritual. Perkaitan Islam dengan gaya hidup betetika dan berjiran
juga dapat dilihat dari segi kaeakuran dengan ketetepan undang-undang kejiranan yang telah
dipersetujui. Umumnya dalam satu kejiranan yang terdiri daripada pelbagai agama terdapat
beberapa ketua yang di amanahkan untuk mungurus tadbir satu sistem kejiranan itu.
Contohnya, etika dan moral berkenaan kutipan bayaran utiliti bulanan dan peraturan menjaga
kebersihan kawasan kejiranan serta tanggungjawab terhadap keselamatan setempat. Sebagai
seorang Islam, jika sesuatu ketetepan itu telah diputuskan bersama ianya haruslah dipatuhi
walaupun ianya hanya undang-undang ciptaan manusia.

c) Etika dan moral kepada negara.


Dalam perenggan seterusnya saya akan mengulas apakah perkaitan etika dan moral
serta nilai patroitisme dengan agama Islam. Semua negara Islam mempunyai identiti
nasionalismenya sendiri. Bagi masyarakat Islam di Malaysia khasnya, mereka juga terdapat
perkaitan bagi mengamalkan etika dan moral agama dalam konteks kenegaraan. Sebagai
rakyat Malaysia, semua rakyat yang beragama Islam juga perlu menghayati rukun negara.
Rukun negara yang dicipta manusia oleh pemimpin-pemimpin terdahulu ternyata tidak
memesongkan akidah penganut agama Islam. Menghayati rukun negara juga sebenarnya
mencerminkan seorang penganut agama Islam yang beretika dan bermoral
Sebagai seorang yang beragama Islam, seseorang itu wajib mempercayai bahawa
adanya tuhan. Allah S.WT adalah tuhan bagi penganut agama Islam sepertimana yang
terdapat didalam Rukun Iman yang pertama. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang
mempercayai tuhan mereka juga didapati mengamalkan etika dan moral ketika akur kepada
ajaran Islam yang meyakini Allah itu adalah tuhan dan tidak menyangkal keujudannya. Ini
tidak bermakna penganut agama Islam tidak menghormati penganut agama-agama lain yang
juga mempercayai tuhan-tuhan mereka. Umat Islam sebenarnya tidak boleh menghina
kepercayaan penganut agama lain khasnya yang berada di negara Malaysia. Sebagai contoh,
di Malaysia penganut agama Islam mengamalkan etika dan moral tinggi terhadap penganut
agama lain dengan tidak malakukan apa-apa provokasi atau unsur-unsur menghalang
penganut agama lain ketika menjalankan aktiviti keagamaan mereka. Malahan seorang rakyat
beragama Islam yang beretika dan bermoral tinggi juga dibolehkan untuk turut sama berada
di majlis keagamaan berkenaan hanya sebagai tanda menghormati kepercayaan agama-agama
lain. Sebagai contoh, hadir sebagai tetamu pada hari terbuka perayaan Krismas di rumah
jiran. Kehadiran tersebut hanya melambangkan satu hubungan muhibah tanpa menghina
ataupun terdapat apa-apa unsur dakwah dari kedua-dua pihak.
Etika dan moral Agama Kristian.
Negara kita Malaysia juga terdiri daripada penganut agama Kristian. Etika dan moral
penganut agama ini juga terdapat beberapa persemaan yang boleh dikupas dalam konteks
undang-undang dunia mahupun pembentukan negara. Agama Kristian adalah agama terbesar

di dunia, kira-kiran 2.1 bilion penganut keseluruhannya, atau sepertiga jumlah penduduk
dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan
ajaranajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para
pengikutnya dalam
Perjanjian Baru.Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang utama
yang setelah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu seperti:
Katolik Roma
Ortodoks
Protestan
Penganut-penganut agama kristian yang juga mempercayai tuhan sebenarnya
menggunakan beberapa kitab sebagai rujukan dan panduan untuk hidup. Di sini mereka
belajar tentang apa yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh mereka yang menganut agama
Kristian. Di antara kitab-kitab yang digunakan oleh penganut agama Kristian adalah seperti :
Wasiat Lama
Wasiat Baru
Gospel
Kanun
Kitab
Apokrifa
Setelah mendalami serba sedikit berkenaan agama Kristian ini mereka sebenarnya
mempunyai nilai-nilai murni dalam kehidupan dan selari dengan pembentukan diri, kejiranan
dan negara. Penganut agama Kristian tidak menolak seseuatu perkara yang baik asalkan tidak
mengganggu pengamalan agama mereka. Penganut agama Kristian ini bermula sejak dari
mereka dibaptiskan lagi sehinggalah mereka tua dan mati terikat dengan undang-undang dan
ketetapan kitab mereka khasnya Injil di Malaysia. Etika dan Moral Penganut agam Kristian
kepada diri. Agama ini sebenarnya melahirkan pembentukan diri yang lebih berkualiti dan
kehidupan yang lebih teratur dengan mempelajarari apa yang patut dibuat dan apa yang tidak
patut dibuat. Sebagai penganut agama Kristian mereka dilarang untuk melakukan sesuatu

yang boleh merosakkan diri. Mereka percaya individu yang menganut dan mempelajari
agama ini dengan mendalam akan mencapai satu tahap keimanan dengan mempercayai tuhan
sentiasa ada bersama mereka . Individu yang gagal patuh kepada ajaran agama biasanya akan
menemui kegagalan hidup. Dari situlah paderi-paderi memainkan peranan dengan
memperbaiki kembali kualiti hidup penganut agam Kristian yang tidak beretika dan bermoral
melalui upacara taubat (confession) yang banyak dilakukan di gereja-gereja di bilik-bilik
khas. Kristian mendakwa kehidupan adalah suci dan tidak boleh dikotorkan dengan
melanggar etika dan moral mengikut norma kehidupan manusia biasa.

Di antara ajaran agama Kristian kepada diri ialah :


Menyayangi diri dan keluarga
Membunuh diri dilarang sama sekali
Pengguguran dilarang sama sekali

Berdasarkan item di atas di sini menunjukkan Kristian mengamalkan gaya hidup sihat
dan tidak menyokong mana-mana aktiviti-aktiviti negatif seperti perlakuan seks sumbang,
keganasan, pengambilan dadah dan pengguran. Umum mengetahui bahawa agama Kristian
adalah aturan hidup dan panduan kepada pengikutnya agar menjalani kehidupan yang normal
dan berkualiti. Aktiviti membunuh diri sebagai langkah penyelesaian kepada permasalahan
yang dihadapi juga turut ditegah dan dihina kerana ianya membawa kepada keburukan. Ianya
membuktikan betapa ketinggian kualiti hidup amat dituntut supaya penganut agama Kristian
dapat dijadikan contoh kepada manusia yang lain. Dalam konteks undang-undang sivil dan
perlembagaan juga, agama Kristian adalah sangat signifikan dengan etika umum moden
dalam konteks pembinaan tamadun kawasan tersebut. Undang-undang ciptaan manusia
tidaklah bertentangan dengan ajaran agama Kristian kepada penganutnya
Etika dan moral agama Kristian kepada Masyarakat.
Setelah melalui proses pembaptisan dari zaman kanak-kanak penganut agama Kristian
ini akan mendalami lagi bagaimana untuk melalui kehidupan seharian mereka. Mereka diajar
tatacara untuk hidup dengna jiran-jiran sama ada sesama Kristian mahupun dengan

agamaagama yang lain. Antara ajaran-ajaran agama Kristian yang patut diamalkan oleh
seseorang penganutnya ialah
Membunuh dilarang sama sekali.
Menyayangi rakan dan jiran.
Perhubungan baik sesama manusia.
Euthanasia dilarang sama sekali.:
Dalam kehidupan moden yang disusun oleh sesuatu kerajaan memerintah penganut
agama Kristian tidak dapat lari daripada keperluan untuk patuh kepada undang-undang
tersebut. Mengikut apa yang dipelajari oleh penganutnya, mereka tidak boleh mendatangkan
mudarat kepada mana-mana manusia seperti mencederakan atau membunuh orang. Penganut
agama Kristian juga perlu akur dengan undang-undang tersebut malahan mereka juga adalah
masyarakat yang peka dengan isu-isu keselamatan sesuatu kejiranan. Sebagai contoh, dalam
isu keselamatan setempat ada penganut agama Kristian yang memberi kerjasama agar semua
penduduk mahupun mereka terdiri daripada pelbagai agama dapat hidup dengan aman untuk
mengamalkan agama masingmasing. Etika dan moral penganut agama Kristian ini juga
sebenarnya telah ditunjukkan melalui kehidupan muhibah yang diamalkan di Malaysia
apabila mereka saling hormat-menghormati dan mengamalkan hubungan yang baik sesama
jiran. Penganut agama Kritian juga menunjukkan etika dan moral tinggi apabila berlaku satu
wabak penyakit yang tidak dapat dikawal dengan cara menyelamatkan mereka dan tidak
mengamalkan ethunasia (pembunuhan kerana wabak) sebagai langkah keselamatan. Hal ini,
jelas bahawa etika dan moral penganut agama Kristian ini dituntut untuk diamalkan oleh
penganutnya dengan menunjukkan contoh-contoh yang baik sebagai panduan hidup tanpa
melakukan kekejaman dengan membunuh.

Etika dan moral agama Kristian kepada Sosial, Ekonomi, Perubatan dan Alam
Sekitar.
Agama

Kristian

menekankan

pembentukan

kemahiran

interpersonal

dan

intrapersonal. Para penganutnya diajar bagaimana membina kekuatan ketika bersosial sesame
manusia untuk mencapai ketinggian budi pekerti. Berbuat baik kepada semua golongan

manusia tidak kira apa pun keturunan mereka adalah satu contoh cara hidup yang diajar oleh
agama Kristian. Mereka dituntut untuk berkelakuan baik dan bersedia membantu ketika
manusia yang lain memerlukannya. Penganut agama ini juga tidak memandang rendah
kepada mereka yang memusuhinya dengan cara yang kasar kerana peradaban mereka adalah
menjadi ukuran utama ketika bergelar penganut agama Kristian. Sebagai contoh, kita dapat
lihat moral tinggi mereka dengan menggunakan saluran perundangan dan menghormati
sistem perundangan negara sebagai satu cara untuk menyelesaikan permasalahan. Etika dan
moral penganut agama ini dipelihara dengan tidak melakukan sesauatu yang menyalahi
norma kehidpan manusia setempat. Mereka tidak meletakkan emosi marah jika berlaku
sebarang konflik ataupun apa jua masalah kemasyarakatan.
Agama Kristian menitikberatkan prinsip-prinssip berkenaan agar pembangunan
ekonomimereka lebih berakauntibilit dan tidaklah mementingkan keuntungan serta kekayaan
sematamata.Mereka perlu beretika dan bermoral ketika menjalankan aktiviti perniagaan agar
tidak menzalimi mana-mana manusia khasnya orang miskin. Berniaga sebagai hamba tuhan
membuatkan mereka berniaga secara berhemah agar tidak membebankan mereka yang lain
seagama dengan mereka. Kejujuran dalam perniagaan adalah sangat dituntut oleh pegangan
agama mereka kerana tanpa kejujuran pembangunan ekonomi dan ketamadunan itu akan
rosak dengan korupsi dan ketamakan individu
Dalam konteks perubatan dan pengamalan gaya hidup sihat, penganut agama Kristian
mengamalkan nilai etika dan moral tinggi dengan menjauhi penzinaan agar tidak dijangkiti
penyakit-penyakit seperti AIDS melalui virus HIV. Namun begitu mereka mencipta dan
melakukan kajian untuk manghasilkan vaksin agar Euthanasia (pembunuhan kerana
wabak) tidak dilakukan kepada mana-mana pesakit yang dijangkiti virus tersebut. Oleh itu
mereka memilih untuk tidak melakukan seks luar nikah yang dianggap zina dan
menggunakan kemudahan-kemudahan awam untuk bersenam bagi mengamalkan gaya hidup
sihat. Ada juga pengubatan moden yang dilarang mengikut ajaran agama Kristian seperti
persenyawaan buatan yang menggunakan sperma penderma dilarang kerana ia disamakan
dengan berzina. Namun persenyawaan buatan melalui si suami dibenarkan kerana ia tidak
melanggar batasan perkahwinan. Manakala ibu tumpang di mana si bayi tidak memiliki
perhubungan genetik kepada si ibu tumpang dianggap sebagai amalan yang tidak beretika
kerana akan timbul masalah dalam menentukan ibu sebenar bayi tersebut. Disini tidak semua
perubatan moden diterima pakai oleh penganut agama Kristian kerana ianya didapati
bertentangan dengan ajaran asal agama berkenaan.

Penganut agama Kristian juga dituntut untuk menjalani kehidupan dengan meletakkan
rasa cinta kepada alam sekitar. Mereka bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dan
memuliharanya untuk generasi akan datang. Penganut agama Kristian mempercayai bahawa
manusia tidak berhak menuntut hak pemilikan ke atas mana-mana ciptaan Tuhan. Oleh itu
mereka tidak boleh melakukan sebarang keorsakan kepada alam sekitar sewenangwenangnya.
Manusia tidak berhak mengeksploitasi alam sekitar sehingga ia terjejas demi mengaut
keuntungan dan mengejar kekayaan individu. Manusia juga patut berkembang dan
menggunakan alam ini dengan sebaik mungkin agar ekosistem terjaga dan kehidupan
manusia yang bersifat simbiosis terhadap alam yang membekalkan oksigen kepada manusia
untuk terus hidup perlulah dijaga..
Secara keseluruhannya, agama Kristian ini mengamalkan etika dan moral kehidupan
bersesuaian dengan tuntutan umum sesmua golongan masyarakat agar tidak berlaku sebarang
kemudaratan. Mereka juga boleh menimbangtara berkenaan undang-undang ciptaan manusia
yang dirasakan tidak lagi relevan untuk kehidupan sesuatu golongan masyarakat itu agar
dimansuhkan.

Kesimpulan
Rumusan kepada tugasan yang diberikan, saya telah membuat satu penelitian
berkenaan dengan peranan etika dalam pendidikan serta perkaitannya dengan dua agama
yang dipilihsaya dapati etika dan moral sejagat adalah tidak bertentangan dengan pengamalan
kedua-dua agama tersebut iaitu Islam dan Kristian. Walaubagaimanapun jika diperhalusi bagi
kedua-dua agama tersebut etika-etika umum masyarakat bolehlah diamalkan agar keakuran
kepada undang-undang dapat diimplementasikan. Jika dikupas lebih dalam sudah tentu
terdapat etika-etika yang juga boleh mendatangkan kemudaratan dalam beragama. Sebagai
rakyat yang bermoral, apa sahaja etika mahupun peraturan yang dicipta manusia bagi
memastikan ketamadunan lebih teratur dan tidak memesongkan akidah boleh saya
persetujuinya untuk diterimapakai oleh semua rakyat yang berbeza anutan agama.

Rujukan.
1. Modul Pembelajaran Aeu, Pengenalan Kepada Pendidikan Moral, Akhlak Islamiah,
Bab 3, 1-5
2. Dato Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2009) Indanhya Hidup
Bersyariat, Bab 3 Syariat Berkaitan Remaja, Akhlak, 49-57
3. Dato Dr Haron Din & Ishak Din & Abu Hassan Din (2013) Menjawab Persoalan
Fikah Harian Bab 29 Masalah Umum, 267-272
27

Anda mungkin juga menyukai