Anda di halaman 1dari 28

1

TUGASAN EEM 421

TUGASAN
SEMESTER MAY 2016

KOD KURSUS
NAMA KURSUS
PROGRAM

EEM 421
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

MUHAMMAD B MOHD NOOR

NO. MATRIK

E 30209130028

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUAN NARITA BT MOHD NOOR

PUSAT
PEMBELAJARAN

KOTA BHARU, KELANTAN.

TUGASAN EEM 421

BAHAGIAN A
Secara amnya diketahui bahawa beberapa kajian telah dibuat dan mendapati
bahawa pendidikan Etika, Moral dan Integriti penting bagi memudahkan organisasi
atau pengurus mempengaruhi minda atau pemikiran, sikap, tingkah laku atau
kelakuan dan tindakan anggota organisasi kea rah menghasilkan modal insan yang
berkualiti , menghasilkan output yang berkualiti, mengelakkan daripada berlakunya
sikap yang menyimpang atau bercanggah dengan kepentingan awam disamping dapat
mengekalkan imej, kredibiliti dan reputasi organisasi sama ada dalam organisasi
sektor awam mahupun organisasi sektor swasta.
(Mc Nair & Milam 1993; Bampton dan Maclagan 2005. Pendidikan etika,
moral dan integrity bertujuan membantu anggota ke arah kematangan moral dan
supaya pembangunan kognitif moral anggota organisasi terarah kepada apa yang
betul (Oddo 1997; Weber 2007).
Pendidikan etika, moral dan integritia boleh meningkatkan pemahaman dan
keedaran tentang pentingnya etika, moral dan integrity dan kompleksitinya,
membangun kemahiran analitikal bagi mewujudkan perbuatan keputusan yang
beretika, meningkatkan sensitivity dan akauntabiliti di kalangan anggota organisasi
dan mempengaruhi atau mengubah kelakuan pekerja ke tahap yang diinginkan.
Pembangunan dan pemantapan etika, moral dan integrity anggota organisasi
dibuat dengan pendekatan berasaskan pematuhan melalui aplikasi peraturan dan
undang-undang menghukum dan memberi pengajaran kepada anggota organisasi
seterusnya bagi meningkatkan etika nilai-nilai, norma-norma, prinsip-prinsip etika
kemuliaan dan prinsip-prinsip moral dalam mempengaruhi pemikiran , tingkahlaku
dan tindakan anggota organisasi dan seterusnya meningkatkan integrity anggota
organisasi (Dubnick 2006; Menzel 2005, Sekerka 2005., Stasbury dan Barry 2007.)
Oleh sebab itu, organisasi boleh mengaplikasi beberapa instrument seperti
kepimpinan dan pengurusan atasan organisasi, penyelia, rakan sekerja, dasar etika dan
integrity, kod etika atau kod tata kelakuan, whistle-blower policy, latihan dan
pendidikan etika dan integrity, system dan saluran komunikasi mengenai etika, moral
dan integrity, dasar penempatan anggota, system ganjaran, faedah dan intensif, ujian
terhadap etika dan integrity anggota, pengisytiharan harta dan tanggungan dan
sebagainya.

TUGASAN EEM 421

Antara langkah yang dicadangkan oleh Gross Schaefer et. al. (2008)
ialah meningkatkan keberkesanan pembangunan dan pemantapan etika, moral dan
integrity anggota organisasi ialah pencegahan terhadap potensi kelakuan yang tidak
beretika dan keluarkan dari system organisasi melalui temubual, semakan kredit,
ujian tentang kejujuran dan ujian poligraf. Langkah seterusnya ialah melalui
pemantauan dan mengesan salah laku contoh melalui kawalan kewangan, penyediaan
salur aduan, pengauditan ke atas prestasi, kewangan dan pematuhan, whistle-blower
policy dan yang terakhir ialah melalui penguatkuasaan dan pengawalan melalui
tindakan disiplin dan pendakwaan di mahkamah bagi kes-kes yang melibatkan salah
laku atau percanggahan kepentingan awam dan jenayah.
Pelbagai factor yang mempengaruhi tahap etika, moral dan integrity.
Antaranya factor kepimpinan dan pengurusan organisasi, penyelia, rakan sekerja,
rangka kerja peraturan dan perundangan, rangka kerja nilai atau normative, latihan
dan pendidikan mengenai etika, moral dan integrity, system komunikasi mengenai
etika, moral dan integrity individu dan proses pembangunan moral dan sebagainya.
Secara amnya, dapatlah dirumuskan sebagai persekitaran organisasi yang ada
pengaruh kuat keatas tahap pembangunan moral individu dan tingkahlaku serta
keupayaan individu (anggota organisasi) dalam perbuatan membuat sesuatu keputusan
sama ada keputusan tersebut beretika atau sebaliknya. Beberapa faktor seperti
pengaruh globalisasi yang memberi impak kepada kawal selia dan tadbir urus institusi
diambil kira dalam melaksanakan pendidikan etika, moral dan integriti dalam
organisasi. Skandal korporat yang berlaku memberi kesan kepada imej dan reputasi
organisasi, anjakan peranan dan tanggungjawab institusi kerajaan yang memberi
kuasa yang lebih kepada pengurusan organisasi sector awam dan kesedaran kepada
pembangunan masyarakat sivil yang menekankan kepada peningkatan moral dan
integrity dalam system masyarakat . Menurut (rag 1997; Lind 2002) menyatakan
pembangunan moral individu perlu dipupuk ketika di alam persekolahan lagi dan
sukar untuk mendidik individu yang telah dewasa tentang nilai-nilai, norma-norma
dan prinsip-prinsip etika dan moral, namun ramai juga pengkaji berpendapat bahawa
konsep etika, moral dan integrity perlu juga diajar kepada anggota organisasi
memandangkan organisasi perlu meningkatkan sensitivity pekerja tentang
kepentingan etika kerja, kepentingan pemikiran bermoral ddan kepentingan

TUGASAN EEM 421

tingkahlaku atau kelakuan yang beretika bagi meningkatkan imej dan reputasi
organisasi.
Dasar etika, kod etika atau kod tata kelakuan atau peraturan tata kelakuan serta
nilai-nilai teras menerangkan tentang perbuatan yang digalakkan atau perbuatan yang
ditegah dan penyimpangan daripadanya boleh dikenakan tindakan disiplin atau
tindakan tatatertib. Ia merupakan garis panduan tentang identity professional pekerja
dan ianya penting untuk meningkatkan keyakinan pelanggan dan orang awam
terhadap kredibiliti organisasi dan menunjukkan komitmen organisasi terhadap
pembangunan dan pemantapan imej dan reputasi organisasi.
Organisasi perlulah menganjurkan program latihan secara berkala bagi
menerang dan menjelaskan secara panjang lebar berkenaan prinsip-prinsip,
kepentingan dan isu etika dan integrity perkhidmatan awam kepada semua anggota
organisasi. Kandungan program latihan mengenai etika, moral dan integrity perlu
mengandungi komponen-komponen seperti konsep etika, etika kemuliaan, tingkah
laku yang beretika, integrity individu, integrity organisasi dan integrity kerajaan dan
kepentingannya kepada organisasi, punca yang menyebabkan wujudnya kelakuan
yang menyimpang dan kesannya ke atas organisasi, bagaimana menghadapi dilemma
etika dalam organisasi dan bagaiman membuat keputusan yang beretika , bagaimana
melapurkan kegiatan salah laku dan tanggungjawab individu dalam meningkatkan
etika dan integriti.
Segala maklumat tentang prinsip-prinsip, kepentingan dan isu etika dan
integritiperkhidmatan awam boleh disebarkan secara bertulis atau lisan. Antara cara
yang boleh digunakan untuk menyebarkan tentang prinsip-prinsip, kepentingan dan
isu etika dan integrity perkhidmatan awam ialah melalui surat, memo dan pekeliling.
Seterusnya, boleh juga disalurkan melalui penerbitan majalah, bulletin, jurnal artikel
dan sebagainya, melalui penyediaan brosur atau risalah dan mellaui penyediaan
slogan, kata-kata hikmat atau bestari, perumpaan, bidalan, pepatah dan sebagainya
dan maklumat ini hendaklah dipaparkan di tempat-tempat yang mudah dilihat seperti
di papan notis, dinding pejabat, kaunter perkhidmatan, pelanggan, bilik mesyuarat ,
laman web dan sebagainya.
Penyaluran maklumat secara lisan pula boleh dibuat melalui syarahan atau
kuliah dalam sesi latihan, ceramah, ucapan pengurusan atasan organisasi dalam
majlis rasmi, jabatan seperti perhimpunan bulanan dan mesyuarat, perbincangan

TUGASAN EEM 421

diantara sesame pengurus dan perbincangan diantara pengurus dengan subordinat atau
anggota organisasi.
Dapatan kajian menunjukkan perancangan strategic pendidikan etika, moral
dan integrity adalah pelan komprehensif dan bersistematik bagi memudahkan
organisasi (pengurus) mengaplikasikan pendekatan dan strategi yang sesuai dalam
mencapai matlamat yang ditetapkan. Kajian juga mendapati agensi-agensi kerajaan
tidak ada perancangan strategik pendidikan etika, moral dan integrity yang
komprehensif dan bersistematik. Ini menyebabkan agensi-agensi kerajaan tidak dapat
merangka pelan operasi pendidkan etika, moral dan integrity bagi mencapai matlamat
yang ditetapkan. Ketiadaan pelan strategic ini juga menyebabkan agensi-agensi
kerajaan tidak dapat melaksankan program atau aktiviti pembangunan dan
pemantapan etika danintegriti dengan lebih teratur.dan menyebabkan berlakunya
jurang dalam pelaksanaan etika, moral dan integrity diperingkat agensi.
Matlamat yang jelas tentang pendidikan etika, moral dan integrity penting
unutk memudahkan organisasi menentukan pendekatan, strategi yang bersesuaian kea
rah pencapaian matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Matlamat yang jelas
memudahkan organisasi membuat tindakan pembetulan dengan secepat mungkin
sekiranya ada sisihan terhadap pencapaian sebenar atau sasaran yang telah
diharapkan. Matlamat dan objek yang tidak jelas berkenaan dengan pendidikan etika,
moral dan integriti menyebabkan usaha-usaha atau langkah-langkah atau tindakan
kearah pembangunan etika, moral dan integriti anggota organisasi kurang diberi
perhatian dan tumpuan oleh pihak pengurusan.
Dari segi penggubalan operasi pendidikan etika, moral dan integrity pula,
ianya amat penting untuk memudahkan agensi atau organisasi melaksana,memantau,
menilai dan melaporkan program-program etika, moral dan integrity diperingkat
agensi. Jika tiada pelan operasi ini maka organisasi atau agensi tidak dapat
melaksanakan pendekatan dan strategi yang bersesuaian untuk mempengaruhi
pemikiran , sikap dan tingkahlaku anggota organisasi kearah piawaian yang
ditetapkan. Maklum balas yang diperolehi daripada anggota organisasi mendapati
kerajaan mempunyai pelan latihan jangka pendek. Walau bagaimanapun, kursus yang
dirancang lebih kepada kursus kemahiran teknikal dan kemahiran fungsional. Antara
kursus yang kuang diberi perhatian ialah latihan khusus berkenaan subjek etika, moral
dan integrity dalam perancangan latihan jangka pendek diperingkat agensi.

TUGASAN EEM 421

Penyediaan garis panduan atau blue print tentang pengurusan


pendidikan etika, moral dan integrity penting sebagai panduan atau rujukan kepada
pengurus organisasi, memudahkan organisasi(Pengurus) merancang dan
melaksanakan program pendidikan etika, moral dan integrity secara terancang, teratur
bagi memudahkan tindakan pembetulan dilakukan sekiranya terdapat sisihan terhadap
sasaran yang telah ditetapkan. Ketiadaan garis panduan ini menyebabkan usaha-usaha
kea rah pembangunan dan pemantapan etika, moral dan integrity anggota organisasi
kurang diberi penekanan oleh pengurus-pengurus organisasi sektor awam.
Penyaluran maklumat kepada pengurus tentang pendekatan dan strategi
pendidikan etika, moral dan integrity akan memberi peningkatan dalam pengetahuan
dan kemahiran dikalangan pengurus boleh dibuat dengan penganjuran dan
pelaksanaan program latihan seperti kursus, bengkel, seminar dan persidangan atau
symposium. Melalui program latihan pelbagai pendekatan dan strategi tentang sesuatu
tugasan dbincang dengan lebih mendalam . Temubual dengan informan mendapati
pengurus-pengurus tidak didedahkan dengan sewajarnya bagi membantu pengurus
melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan berkenaan dengan pengurusan
pendidikan etika, moral dan integrity.
Kajian ini melihat kepada amanat dan falsafah pihak pengurusan, sejauhmana
pengurus memikul tanggungjawab sebagai role model, komunikasi antara pengurus
dan komunikasi antara pengurus dengan subordinat, penganjuran program latihan dan
sejauhmana pengetahuan pengurus tentang pendidikan etika dan mora.
Masalah pertama ialah amanat oleh pengurusan atasan agensi. Isu ini acapkali
dibangkitkan khususnya dalam ucapan pengurusan atasan di majlis perhimpunan
bulanna agensi. Kajian mendapati pengurus-pengurus diperingkat bahagian,
cawangan dan unit tidak memainkan peranan sewajarnya dalam mepromosi
mengenai kepentingan etika danintegriti perkhidmatan awam, kesan negative
percanggahan kepentingan ke atas organisasi, kerajaan dan negara serta keperluan
mempraktikkan nilai-nilai murni dan pematuhan terhadap peraturan dan undangundang dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab kepada anggota organisasi.
Falsafah atau ideology pengurusan atasan penting kerana prinsip nilai yang
dipegang oleh pengurusan atasan akan menjadi panduan kepada semua anggota
organisasi. Falsafah pengurusan atasan agensi merupakan salah satu instrument
pendidikan etika, moral dan integrity yan gberkesan bagi memandu minda , kelakuan

TUGASAN EEM 421

dan tindakan anggota organisasi kea rah ekspektasi yang digaris oleh pengurusan
atasan organisasi. Jika pihak pengurusan atasan tidak ada falsafah yang jelas maka
anggota organisasi tidak mempunyai penanda aras atau piawaian yang boleh dijadikan
ukuran dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Pengurus sebagai role model dapat dilihat melalui konsep kepimpinan melalui
teladan yang merupakan satu kaedah idealistic dan berkesan dalam mempengaruhi
minda sikap, tingkahlaku atau kelakuan dan tindakan anggota organisasi kea rah
sasaran yang ditetapkan.disamping memantapkan etika, moral dan integrity anggota
organisasi. Dari segi praktisnya kajian ini mendapati konsep kepimpinan melalui
teladan tidak dipraktikkan sepenuhnya, Jurang yang wujud dari segi apa yang
diperkata dan ditegaskan berbanding dengan apa yang dilakukan oleh pengurus
memberi impak dan kesan yang kurang bagus kepada pengurus kerana wujudnya isu
cakap tidak serupa bikin akan menjejaskan rasa hormat subordinat kepada pengurus
dan ada diantara responden yang menyatakan amalan konsep kepimpinan melalui
teladan.
Kesan daripada dapatan kajian ini terhadap pengajaran pendidikan Moral di
sekolah ialah dapat dilihat pada pihak pentadbiran dan guru serta murid itu sendiri.
Guru harus sedar betapa pentingnya murid-murid di dedahkan dengan pendidikan
etika, moral dan integriti. Malahan, dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah juga, guru perlu sentiasa mewar-warkan pentingnya etika,moral dan integrity
dalam kehidupan kita seharian. Akhlak yang baik melahirkan pelajar yang berwibawa.
Sekaligus mengurangkan kegiatan tidak bermoral dalam masyarakat dan seterusnya
menjadi negara yang bebas dari jenayah.
Melalui pendidikan etika, morla dan integrity sebenarnya dapat
menyelenggarakan modal insan. Guru akan melaksanakan tugas dengan penuh iltizam
dan bertanggungjawab sepenuhnya begitu juga dengan murid-muridnya. Jika
pentadbiran sekolah bermasalah seperti pilih kasih terhadap guru, maka integrity
pihak pentadbir akan dipertikaikan oleh guru-guru dibawahnya. Melalui pengajaran
dan pendedahan dalam pendidikan Moral disekolah khasnya dapat mempengaruhi
minda, pemikiran, sikap , tingkah laku atau kelakuan dalam menghasilkan modal
insan yang berkualiti , menghasilkan output yang berkualiti, mengelakkan daripada
berlakunya sikap yang menyimpang atau bercanggah dengan kepentingan awam
disamping dapat mengekalkan imej, kredibiliti dan reputasi sekolah amnya.

TUGASAN EEM 421

Murid dan guru secara amnya akan dapat membuat sesuatu keputusan secara
lebih beretika. Menurut (ragg 1997, Lind 2002) ketika alam persekolahan lagi perlu
dipupuk dengan pembangunan moral individu kerana apabila dewasa ianya agak
sukar untuk mendidik individu yang telah dewasa tentang nilai, norma dan prisnip
etika dan moral. Kenyataan ini jells menunjukkan pentingnya pendidikan etika, moral
dan integrity diterapkan lebih awla lagi kepada murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Moral di sekolah. Seperti kata pepatah Melentur buluh
biar dari rebungnya.

TUGASAN EEM 421

BAHAGIAN B
TULIS SATU ESEI BERTAJUK CABARAN DALAM DUNIA
PENDIDIKAN MENGHASILKAN INSAN YANG BERETIKA DAN
BERMORAL.
Dalam menuju Wawasan 2020 untuk membina negara Malaysia menjadi sebuah
negara perindustrian, perlu juga ditekankan bahawa konsep maju yang sebenarnya
juga melibatkan maruah dan martabat sesuatu negara bangsa yang dihormati.
Jika dilihat pada hari ini, dinegara-negara maju terutamanya menunjukkan bahawa
semakin maju keupayaan teknologi manusia, maka main lemah daya tahan moralnya.
Semakin maju sesebuah negara, semakin canggih cara penyelewengan dan penipuan
yang berlaku dalam bidang perdagangan atau politik. Menurut Tun Dr Mahathir,
sebenarnya Wawasan 2020 bertujuan mengimbangkan pembangunan material dengan
pembangunan kerohanian.
Tidak dapat dinafikan bahawa sumber negara yang paling penting ialah rakyatnya.
Pembangunan dari sudut sumber tenaga manusia bergantung kepada perubahan nilai
dan sikap dikalangan masyarakatnya. Nilainya yang dikongsi bersama akan
membantu pemupukan budaya dan sekaligus dapat membina bangsa. Oleh itu, nilai
dan sikap positif seharusnya diamalkan. Berdasarkan hakikat inilah negara telah
memberi pnekanan kepada factor pembangunan manusia. Penekanan yang diberi
kepada system keluarga kerana keluarga sejahtera merupakan asas kepada
pembangunan masyarakat yang sejahtera.
Menurut Tun Dr Mahathir lagi, Kita harus sedar betapa pentingnya kita
mengamalkan nilai-nilai dan cara-cara yang boleh menjayakan diri kita. Berjaya atau
tidaknya seseorang atau sesuatu kaum, atau sesuatu bangsa bergantung kepada sifatsifatnya yang ada kepada individu, kaum ataupun bangsanya itu. Jika pihak-pihak ini
tidak rajin, tidak jujur, tidak memppunyai pandangan yang jauh, tidak tertib dan tidak
mempunyai etika yang mulia, mereka tetap akan gagal.
Etika adalah tingkah laku , sikap atau perangai yang boleh dibandingkan dengan
tabiat dan kelakuan manusia. Etika adalah ilmu pengetahuan yang berhubungan
dengan keupayaan menentukan perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh manusia
untuk dikatakan baik atau buruk dalam ertikata lain aturan atau pola-pola dari
tingkahlaku yang dihasilkan oleh akal manusia. Etika bersifat relative atau tidak dapat
berubah-ubah sesuai dengan kemajuan zaman. Etika ditafsir sebagai ilmu yang

TUGASAN EEM 421

10

mempelajari kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia khususnya perbuatan


manusia yang didorong oleh kehendak serta didasari fikiran jernih dengan
pertimbangan perasaan.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua , etika ditakrifkan sebagai prinsip moral atau
nilai-nilai akhlak ( adat sopan santun dan sebagainya) yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Manakala moral pula bermaksud
mempunyai etika atau berpegang kepada etika.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat pula, beretika bermakna mempunyai atau
berpegang kepada etika, berakhlak, bermoral yang membawa makna sama seperti
etika (Ashmore, 1987). Moral adalah satu perkara yang lebih merujuk kepada
tingkahlaku. Moral bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang
memberitahu apakah system moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika
bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik system moral
tersebut. Ini bermaksud moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika
adalah ilmu yang mengkajinya.
Manakala menurut Kamus Oxford Advanced Learners Edisi Keenam, moral
bermaksud kesedaran tingkahlaku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan
ditinggalkan serta bersifat praktikal. Moral juga bermaksud tingkahlaku yang sesuai
dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat dimana masyarakat bertindak
sebagai penentu.
Cabaran pula dalam Kamus Dewan Edisi keempat (2007:232) ditakrifkan sebagai
hasil mencabar iaitu mempersoalkan dan mempertikaikan sesuatu unsur yang
mencabar serta menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesatu organisasi.
Oleh itu, secara lateralnya, cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang
menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah
organisasi. Dalam bidang penguruan, kerjaya guru dalam melaksanakan tugasannya
bukan sahaja dibilik darjah tetapi juga disekolah amnya. Mantan Perdana Menteri
Malaysia Tun Dr Mahathir telah mengesyorkan Wawasan 2020vbagi membolehkan
negara Malaysia menjadi salah satu negara moden pada tahun 2020.
Antara cabarannya ialah mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan
maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, mewujudkan masyarakat dan
membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mewujudkan masyarakat yang
bermoral etika, liberal dan bertolak ansur, saintifik dan progresif, mempunyai daya

TUGASAN EEM 421

11

perubahan tinggi dan memandang ke depan, masyarakat penyayang dan budaya


menyayangi. Oleh sebab itu guru memainkan peranan yang ppenting dalam mencapai
hasrat Wawasan 2020 dalam usaha mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
guru dalam profesion tersebut dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran-cabaran
tersebut.
Dalam era dimana masyarakat pada hari ini sedang mengalami proses
pembangunan yang kian pesat, golongan guru tidak dapat dikecualikan daripada
menghadapi pelbagai cabaran. Antara cabaran yang dihadapi oleh para guru ialah guru
diberikan pelabgai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru atau
mengajar subjek yang tidak berkaitan dengna opsyen yang dpelajari. Hal ini banyak
berlaku pada guru-guru yang mengajar di sekolah rendah. Ada guru opsyen Bahasa
Melayu tidak mengajar Bahasa Melayu tetapi diarahkan mengajar Bahasa Inggeris
kerana tidak ada guru Bahasa Inggeris di sekolah tersebut. Ini menyebabkan kualiti
pengajaran menurun jika guru kurang mahir dalam subjek tersebut.
Selain dari itu, tanggungjawab seseorang guru pada masa kini bukan sahaja
mengajar beberapa subjek tertentu tetapi guru tersebut juga terpaksa memegang
beberapa portfolio dalam sesuatu jawatankuasa atau memegang sesuatu jawatan yang
tidak berkaitan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru juga
perlu membuat kerja-kerja pengkeranian seperti mengisi borang, menaip surat dan
menyediakan minit mesyuarat . Ada guru yang memegang beberapa jawatan
setiausaha dalam kurikulum dan ko kurikulum. Guru juga memegang beberapa
jawatan seperti penyelaras papan notis, penasihat persatuan, kelab , sukan dan
permainan.
Kerja-kerja ini sebenarnya telah memberi tekanan yang amat besar kepada para guru
dan sekaligus menjejaskan kualiti pengajaran seseorang guru. Kesimpulannya, guru
pada masa kini menghadapi pelbagai cabaran dalam memikul tanggungjawab yang
tidak berkaitan dengan pengajaran dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, pihak
sekolah perlulah mengambil langkah dalam mengurangkan beban para guru dengan
mengalihkan kerja-kerja pengkeranian atau jawatan-jawatan dalam sesuatu
jawatankuasa daripada guru-guru. Pihak sekolah perlu mengupah kerani dalam
membantu melaksanakan kerja-kerja pengkeranian. Guru-guru seharusnya diberi
masa dan ruang yang mencukupi agar dapat mengurangkan tekanan dalam pekerjaan
ini. Sekiranya kualiti pengajaran seseorang guru dapat ditingkatkan maka penguasaan

TUGASAN EEM 421

12

seseorang murid dalam sesuatu subjek dapat ditingkatkan. Tegasnya, kerja-kerja yang
tidak berkaitan dengan pengajaran mesti dikurangkan untuk meningkatkan kualiti
pengajaran guru dan menjamin prestasi murid. Malah, melalui kaedah pengajaran
berkesan inilah mampu menghasilkan insan yang lebih bermoral dan beretika.
Cabaran seterusnya ialah guru perlu menyesuaikan diri dalam perkembangan era
globalisasi terutamanya dalam penggunaan alatan yang canggih semasa sesi
pengajaran. Guru-guru perlulah menguasai dan memantapkan diri dengan ilmu
pengetahuan seiring dengan perkembangan era globalisasi. Ramai guru tidak mahir
dalam menggunakan teknologi pada hari ini. Guru perlu mahir dalam penggunaan ict
agar dapat mengekplorasi maklumat terkini untuk mengajar murid dan memudahkan
lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian ICT
perlu menyediakan pelbagai kursus yang berfokus tentang cara penggunaan teknologi
yang berkaitan dengan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Guru perlu menghadiri
kursus-kursus berkaitan ICT supaya mereka dapat memahirkan diri dan menggunakan
kemudahan ICTcyang sedia ada disekolah untuk mengajar. Guru perlu memastikan
sekolah menyediakan keperluan LCD dan computer riba yang mencukupi untuk setiap
guru. Terutamanya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad 21. Murid
perlulah didedahkan dengan isu-isu dan maklumat terkini melalui pengajaran daripada
guru.
Penekanan kepada moral dan nilai telah direalisasikan dengan menjadikan
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran wajib selaras dengan
Wawasan 2020 dimana diharapkan masyarakat Malaysia dalam abad ke 21 akan
mempunyai warga yang bukan sahaja mampu berdaya saing dalam negara
perindustrian, tetapi juga menekankan penerapan nilai-nilai murni melalui pendekatan
pendidikan nilai merentasi kurikulum, termasuk kurikulum tersirat iaitu kegiatan ko
kurikulum dan amalan tingkahlaku di sekolah, yang diharapkan dapat melahirkan
budaya sekolah yang beretika.
Penerapan nilai dan pendidikan Moral mampu membentuk dan mendidik individu
menjadi dan memiliki sifat-sifat yang mulia yang dipersetujui masyarakaat.
Pengajaran dan pembelajaran di sekolah seringkali berhadapan dengan isu
kontroversi dan menyulitkan peranan guru serta peranan sekolah dalam menangani
krisis yang berlaku dalam masyarakat. Ideologi buku teks yang digunakan di sekolah-

TUGASAN EEM 421

13

sekolah di Malaysia begitu kuat dipengaruhi oleh aliran falsafah moral dan
tingkahlaku yang menyebabkan berlakunya tingkahlaku baharu iaitu agresif,
konfrontasi, kecenderungan untuk mencabar dan mengkritik dan sebagainya. Falsafah
moral dapat menolak fahaman kebendaan yang menguasai masyarakat dan
memberikan kesan tertentu kepada dunia pendidikan dan profesion keguruan.
Menurut Atan Long (1980), mentaksirkan guru sebagai satu golongan masyarakat
yang memberikan pendidikan secara formal dan bersistematik kepada generasi muda
dalam masyarkat itu. Guru perlu memiliki akhlak yang mulia agar sifat-sifat mulia itu
dapat diteladani dan diikuti.
Di Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, etnik dan agama, oleh
itu dalam emangani masalah moral, guru perlu menjauhi sikap prejudis. Pelaksanaan
Pendidikan Moral misalnya menuntut sekolah menyempurnakan dua tangungjawab
yang besar dan berat iaitu sekolah terpaksa mengjar nilai-nilai murni kepada muridmurid yang mana nilai-nilai tersebut tidak diajar di rumah dan demi untuk menjamin
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan.
Sekolah berperanan sebagai caring moral communities yan boleh membantu
kanak-kanak terabai dan sugul dari rumah agar mereka dapat dimotivasikan dan
dipupuk minat mereka kepada pelajaran, dapat mengawal perasaan marah dan
kecewa, serta dapat merasai bahawa diri mereka sebenarnya masih disayangi dan
berpotensi menjadi insan yang bertanggungjawab.
Percanggahan tiga pihak turut memainkan peranan. Memang tidak dinafikan
dalam usaha memartabatkan profesion perguruan terdapat isu atau masalah yang
timbul iaitu isu percanggahan antara ibu bapa, guru dan pelajar itu sendiri. Tugas dan
peranan seorang guru bukan sahaja mendidik, membimbing dan mengajar pelajar
tentang ilmu pengetahuan malah berfungsi sebagai pembentuk sahsiah dan peribadi
seseorang sehingga menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Kini, banyak masalah disiplin pelajar diviralkan samada dalam media massa
mahupun media elektronik. Terkini viral tentang kononnya ustazah menampar
seorang murid perempuan keranamencukur kening. Malah terdapat juga kes dimana
sekumpulan pelajar menendang guru diperut kerana menegur seorang murid
perempuan berhubung kelewatan menghantar tugasan yang diberikan.
Kejadian-kejadian seperti ini menimbulkan konflik antara ibu bapa dengan guru
kerana sudah tentuvibu bapa terlampau memanjakan anak merka akan

TUGASAN EEM 421

14

mempertahankan anak mereka walaupun mereka tahu kesalahan itu sebenarnya


berpunca dari anak mereka sendiri. Hal ini di dorong oleh perasaan ibu bapa yang
tidak mahu menerima kritikan bahawa mereka gagal mendidik anak-anak mereka.
Tambahan pula, sikap anak mereka yang memberi keterangan palsu terhadap kes-kes
seperti mendorong ibu bapa untuk lebih mempercayai anak mereka berbanding guru
yang mengajar. Oleh itu, timbullah percanggahan pendapat dan perbahasan antara
guru dan ibu bapa terhadap sikap anak mereka yang tidak tahu menghormati guru.
Walau bagaimanapun, dalam hal ini tidak boleh menyalahkan murid semata-mata
kerana terdapat juga dalam kalangan guru yang bertindak sewenang-wenang seperti
berkelakuan di luar etika perlakuan seorang guru . Ibu bapa yang merupakan
perantara diantara guru dan murid mempunyai alasan tersendiri untuk
mempertahankan anak mereka disebabkan isu yang berlaku dalam profesion
pendidikan. Percanggahan yang berlaku menjadi duri dalam daging kea rah
memartabatkan profesion keguruan.
Kesimpulannya, profesion keguruan kini dianggap sebagai profesion peringkat
pertenghan dibawah profesion lain seperti doctor, peguam, jurutera dan lain-lain.
Seringkali dapat dilihat para guru menjadi sasaran jika berlaku masalah dalam
masyarakat. Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata
kasar. Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh para
pendidik untuk melahirkan bangsa negra yang bermoral, beragama dan beretika tinggi
serta penduduk yang ada psikologikal dan pemikiran yang bebas, yakin, bangga dan
sedar akan potensi kearah mencapai kecemerlangan dan seterusnya masyarakat yang
bersatu padu , berilmu pengetahuan dan berdaya saing.

TUGASAN EEM 421

15

BAHAGIAN C
Etika merupakan perkataan Yunani kuno yang mmbawa maksud ethosyang
membawa erti kebiasaan ,adat,akhlak,keperibadian dan watak.Dalam Bahasa
melayu ,etika bermaksud kepercayaan atau tanggapan terhadap sesuatu perkara sama
ada ianya benar,salah ,baik ataupun buruk.Manakala etika dalam Islam lebih merujuk
kepada nilai akhlak yang baik dan sekiranya diamalkan akan mendapat pahala bagi si
pelaku tersebut.
Etika dan moral agama Islam yang dianuti oleh majoriti rakyat Malaysia
adalah lebih kepada aturan hidup sebagai manusia sesama manusia. Umumnya
pengamalan agama Islam ini adalah berkaitan aturan hidup yang mengaitkan dua
komponen utama iaitu Habluminallah iaitu hubungan dengan tuhan (Allah) dan
Habluminannas yang membawa maksud hubungan sesama manusia. Penganut
agama Islam meyakini bahawa apabila sesorang Islam itu menjaga hubungannya
dengan tuhan maka dia juga secara natural akan menjaga hubungan sesama manusia.
Seseorang yang menganut agama Islam bermula dengan mengenal tuhan (Allah) dan
melaksanakan lima rukun Islam (amalan sebagai perjanjian amalan ibadat wajib
dilaksanakan sebagai penganut Islam). Selain daripada rukun Islam terdapat pula
rukun Iman (perjanjian wajib keyakinan agar tidak terpesong sebagai penganut
Islam). Sebagai rakyat Malaysia kita juga mempunyai Rukun Negara agar layak
diiktiraf sebagai warganegara negara ini. Jika kita mencari satu persamaan, rukunrukun ini sebenarnya menyumbang kepada pembentukan ketamadunan manusia yang
menganuti agama agar mempunyai peradaban ketika menjalani kehidupan seharian.
Rukun Islam
Mengucap dua kalimah Shahadah.
Sembanhyang lima waktu sehari semalam.
Berpuasa pada bulan Ramadhan.
Membayar zakat .
Menunuaikan Haji di Kota Mekah.

TUGASAN EEM 421

16

Rukun Iman
Percaya keujudan Allah (tuhan)
Percaya kepada keujudan malaikat-malaikat.
Percaya kepada kitab suci Al-Quran.
Percaya kepada Nabi
Percaya Qada dan Qadar (ketentuan takdir)
Percaya kepada hari kiamat.
Agama Islam meletakkan syarat wajib bagi penganutnya agar menghayati dan
mengamalkan rukun berkenaan. Apabila seseorang Islam itu cuba melaksanakan
kedua-dua rukun tersebut, mereka terikat dengan tatacara dan peraturan agama.
Sebagai contoh seseorang yang menghayati rukun Iman itu hendaklah mengakui
bahawa Allah itu tuhan dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah yang terakhir.
Walaubbagaimanapun seorang Islam tidak boleh memaksa orang lain bukan beragama
Islam agar mengikut keyakinan tersebut. Islam ini adalah bersifat akhlak terpuji
(etika) seseorang penganutnya yang memberikan kesan kepada kehidupan seharian
sesama manusia tanpa melupakan Allah. Agama ini juga bersesuaian untuk tinggal
setempat dengan agama lain kerana pengamalan agama Islam sebenarnya tidak
mengganggu penganut agama lain. Jika kita perhalusi penganut agama Islam ini boleh
dilihat kebaikan-kebaikan akhlaknya sesama Islam mahupun bukan Islam. Apabila
seseorang itu memeluk Islam barulah dia akan mengenal bagaimana untuk
mencapaian ketinggian budi dan keseimbangan untuk mengejar kejayaan dunia dan
akhirat. Seorang muslim akan tahu apa yang tuhan dan nabi suka mahupun sebaliknya
setelah mempelajari asas akhlak (etika) dan adab (cara bersosial). Setelah memeluk
Islam barulah mereka dapat melihat apakah perkaitan Islam dan undang-undang dunia
ciptaan manusia yang diperakui malahan di sokong seratus peratus oleh semua
golongan.
Islam amat melarang keras umtnya dari menghampiri perkara yang boleh
merosakkan diri Saya ambil contoh kes-kes penagihan dadah dan arak adalah dilarang
keras dalam Islam (Sifat mazmumah) kerana seorang penagih dadah adalah orang

TUGASAN EEM 421

17

yang mencampakkan dirinya ke dalam kebinasaan. Kesan buruk kepada seorang


Islam yang menagih dadah akan menyusahkan diri, keluarga dan negara. Kerosakan
ini jika merebak akan merosakkan ketamadunan sesuatu masyarakat yang dibina.
Contoh lain, merokok juga telah diharamkan kerana Islam mengiktiraf ilmu perubatan
moden iaitu rokok boleh memudaratkan kesihatan dan berlaku pembaziran. Jika kita
perhatikan istilah nikotin, marijuana, extacy, heroin tidak terdapat dalam Al-Quran
tetapi pakar agama Islam dan pengkajinya berjaya menemui perkaitan daripada AlQuran iaitu orang yang melakukan kerosakan kepada diri dan dunia ini dalah sifatsifat dilarang. Kajian doktor pengubatan moden disokong oleh para mufti dan ulama
yang membuat keputusan pengharamannya kerana boleh menyebakan kemudaratan
dalam jangkamasa panjang kerana ketagihan. Manusia ini didapati telah
mencampakkan dirinya ke dalam kebinasaan kerana memilih gaya hidup tidak sihat
sebagai amalan seharian. Islam adalah satu gaya hidup sihat dimana seseorang Islam
itu perlukan hidup yang sihat untuk melaksanakan perintah tuhan dan nabi. Perkaitan
Islam dan etika serta moral dalam kehidupan adalah bermula dengan seorang individu
dengan keluarga, jiran dan pembentukan negara. Etika dan moral diperlukan oleh
seorang penganut Islam untuk memperbaiki dirinya yang sentiasa dituntut untuk
mencari kabaikan demi kebaikan. Umum mengetahui etika dan moral ini menjurus
kepada kebaikan tetapi untuk mencapai kualiti hidup beretika dan moral tinggi
memerlukan tempoh masa tertentu. Undang-undang ciptaan manusia memanglah
tidak sempurna namun jika diteliti perkara tersebut boleh meningkatkan kualiti akhlak
masyarakat oleh kerana itulah etika dunia ini diterima pakai dalam Islam. Sebagai
seorang Islam seseorang penganut itu perlu bertanggungjawab dan beretika kepada
dirinya dahulu. Seseorang yang menganut agama Islam sebanarnya perlu memastikan
dirinya tidak kontra dengan tuntutan umum masyarakat. Sebagai contoh seseorang
yang sedang berjalan berseorangan di kampung,bandar dan tempat-tempat umum
masyarakat yang lain adalah bertanggungjawab untuk memelihara etika dan imej
Islamnya. Ketika di tempat umum khasnya, seorang Islam yang beretika ini juga perlu
mematuhi peraturan-peraturan mahupun ianya adalah ciptaan manussia selama mana
peraturan itu tidak membawa kerosakan kepada manusia (dirinya) dan orang lain.
Kempen menjaga kebersihan oleh semua manusia yang juga terdiri daripada agama
lain turut di implementasikan oleh penganut agama Islam. Islam menyeru agar
penganutnya menjaga kebersihan kerana ianya melambangkan keimanan seseorang.

TUGASAN EEM 421

18

Jika dia pengotor dan tidak menjaga kebersihan dengan membuang sampah meratarata, orang sepeerti ini hanya berpakaian dan mengaku seperti seorang Islam tetapi
gagal menjaga dan membawa imej yang baik sebagai penganutnya. Individu dan
keluarga dalam Islam juga ada etikanya yang tersendiri. Terdapat begitu banyak etika
antara seseorang dan ahli keluarganya, antaranya ialah etika pertuturan, etika
berpakaian, etika antara hak peribadi yang perlu dan tidak perlu ahli keluarga ketahui
dan etika pengurusan harta (perkongsian kepenggunaan). Di dalam pengurusan
kekeluargaan Islam, terdapat batas-batas dari segi pertuturan antara anak, ibu dan
bapa serta adik beradik. Contohnya, tatacara seorang anak berrtutur dengan kedua ibu
bapanya adalah tidak sama dengan tatacara sesama adik-beradik. Penerapan dan
pengalaman hidup Islam juga berlaku di luar rumah apabila sebagai serorang Islam,
individu itu perlu menjaga bagaimana untuk bertutur dengan orang lain dengan cara
yang paling sopan. Sebagai seorang yang beragama Islam, perkara yang sama juga
disentuh bagaimana tatacara berpakaian ketika bersama-sama ahli keluarga. Pakaian
yang terlalu menjolok mata adalah tidak dibenarkan di dalam keluarga. Begitu juga
apabila seseorang Islam yang tinggal bersama orang yang beragama lain terdapat
tatacara berpakaian yang ditentukan panduannya supaya etika sebagai seorang Islam
itu terjaga ketika bersama orang yang bukan ahli keluarga. Islam juga meletakkan
etika bagaimana seseorang itu tidak berkongsi semua hal dengan ahli keluarganya.
Perkara ini berubah mengikut kesesuaian umur dan didikan yang diberikan kepada
ahli keluarga. Sebagai contoh tidak semua perbualan anak-anak yang masih kanakkanak perlu dicampuri oleh kedua orang tuanya. Begitu juga apabila anak-anak
melangkaui usia remaja. Islam meletakkan etika agar mereka mempunyai apa yang di
panggil peribadi dan sulit. Ada beberapa kes tertentu sahaja ibu bapa perlu
mancampuri urusan anakanaknya kerana sebagai seorang Islam mereka telah dididik
bagaimana untuk hidup beretika sebagai kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang
beragama Islam. Etika tidak jauh lari dengan etika nilai-nilai murni yang diamalkan
oleh semua manusia. Di dalam Islam itu sendiri keperibadian tinggi dan nilai murni
adalah sangat dititikberatkan. Penggunaan harta dalam sesebuah keluarga Islam juga
ada hak-hak yang membolehkan dan membataskan seseorang Islam itu sebagai
individu untuk menggunakan sebarang harta yang dimiliki atau diberikan kepada ahli
keluarga yang lain. Islam menggalakkan perkongsian harta dari segi kepenggunaan.
Walaubagaimanaupun, etika untuk menggunakan sesuatu kemudahan harta itu perlu

TUGASAN EEM 421

19

mendapat keizinan dan restu daripada si pemilik harta. Sebaggai contoh, seorang
abang tidak boleh menggunakan pakaian atau basikal kepunyaan adik sewenangwenangnya melainkan dengan pengetahun adik (pemilik) tanpa perlu mendapat
keizinan ibu dan ayah. Ini kerana Islam telah mendidik tentang hak kepenggunaan,
perkongisn bersama serta bertanggungjawab kepada harta yang di amanahkan
daripada ibu dan bapa. Etika meminjam dan memulangkan kembali harta dalam
keluarga serta menggunakan dengan cermat adalah diberi penekanan yang sangat
dalam bagi mengelakkan pembaziran dan menghargai seseuatu kemudahan. Islam
sangat cintakan rasa bersyukur, menghargai serta berjimat cermat dalam berurusan

Etika waktu bangun pagi dan tidur.


Etika makan dan minum (kudapan).
Etika berpakaian.
Etika pengurusan kendiri (pakaian/keperluan persekolahan/hiburan).
Etika bersosial sesama ahli keluarga.
Etika perkara peribadi dan sulit.
Etika beriadah bersama keluarga.
Etika keluar masuk rumah.
Etika menziarahi rakan dan diziarahi.
Etika meminjam dan memulang barangan.
Etika tegur-menegur sesama ahli keluarga.
Etika mengikuti program-program keluarga (kematian / perkahwinan /
aktiviti keagamaan).
Etika di tempat tidur.
Kesimpulannya etika dan moral individu Islam dan keluarganya adalah
diacukan sejak dari awal zaman bayi, kanak-kanak, remaja, alam dewasa dan alam
perkahwinan. Jika kita mendalami lagi etika moral individu dan keluarga terdapat
juga etika dan moral ketika menangani konflik rumahtangga.
Sebagai seorang Islam, saya meyakini pembentukan keluarga yang beretika
dan moral Islam boleh menyumbang kepada masyarakat yang kondsif. Jika terlalu
banyak pelanggaran etika dan moral antara individu dan keluarganya lama-kelamaan

TUGASAN EEM 421

20

hubung sesama ahli keluarga akan berjauhan lalu merosakkan isntitusi keluarga yang
mungkin menjadi keluarga bermasalah. Sebagai seorang Islam seseorang itu adalah
beretika jika dia mampu menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa terlalu bergantung
kepada ahli keluarga. Terdapat hal-hal peribadi yang boleh diselesaikan sendiri oleh
individu itu jika menghadapai masalah yang kecil. Jika telalu kerap mengadu domba
kepada ahli keluarga individu ini telah melanggar etika dan moral masa ahli keluarga
yang sepatutnya diluangkan untuk perkara yang lebih penting dalam institusi
keluarga. Di sini kita dapat lihat pengamalan etika dan moral dalam Islam boleh
melahirkan masyrakat yang kurang nilai kebergantungan kepada keluarga sematamata dan mampu berdikari. Tetapi dalam soal-soal tertentu etika untuk memberitahu
atau mengambil pandangan ahli keluarga adalah sangat penting contohnya individu
yang ingin mendirikan rumahtangga. Etika dan moralnya ialah kedua orang tua dan
ahli keluarga perlu tahu serta mendapat keizinan dan restu agar etika dan moral Islam
dalam keluarga itu terjaga. Mungkin setelah mendalami apa itu Islam barulah manusia
akan lebih faham apakah etika-etika dan moral ini yang boleh diterimapakai oleh
semua manusia di muka bumi.
Etika dan moral sesama jiran
Di dalam subtopik sebelum ini ada dinyatakan etika dan moral individu
sesama keluarga. Kini saya akan membawa signifikan antara etika dan moral dalam
keluarga yang diimplementasikan dalam konteks hubungan dengan jiran. Ia bermula
dengan mengenali jiran anda yang terhampir dengan anda. Seorang muslim yang
beretika dan bermoral tinggi tahu bagaimana untuk membina hubungan dengan jiran
yang terdiri daripada pelbagai agama sambil mempraktikkan etika dan moral sesama
manusia (jiran).
Ada persamaan antara etika dan moral individu dalam keluarga dan jiran.
Sebagai seorang Islam ada garis panduan dan etika ketika mengamalkan gaya hidup
berjiran. Etika dan moral sesama jiran adalah seperti berikut :
Etika berkenalan secara bermoral.
Etika hidup berjiran secara bermoral (ziarah/bantu-membantu).
Etika bekerjasama dengan peraturan kejiranan secara bermoral.
Etika ketika berurusan dengan hak jiran (harta).
Etika peribadi dan sulit jiran.
Etika beriadah sesama jiran.

TUGASAN EEM 421

21

Etika dan moral menghormati agama jiran.


Etika memahami budaya jiran-jiran.
Etika dan moral sesama jiran melalui perkenalan yang bermoral adalah
dituntut dalam Islam. Sesorang yang beragama Islam pastinya tahu bagaimana cara
untuk mengucap salam kepada semua jiran walaupun berlainan agama. Perkenalan
ditempat yang baik dengan cara yang baik itu adalah cara yang terbaik dalam gaya
hidup etika dan bermoral Islam. Sebagai contoh, sambutan hari raya dan mengadakan
rumah terbuka adalah satu platform terbaik sebagai permulaan untuk mengenali jiran
yang ada secara beretika dan bermoral. Dari situ, kesemua ahli keluarga jiran dapat
dikenali dan hubungan yang baik akan terbina. Perkenalan akan membawa seseorang
individu itu mengamalkan etika dan moral serta memelihara hakhak peribbadi dan
sulit agar tidak kesemuanya hal keluarga diberitahu kepada jiran. Selain daripada itu
juga terdapat waktu yang dibenarkan dan dilarang untuk menziarahi rumah jiran.
Antara waktu yang dilarang untuk berkunjung ke rumah jiran ialah senja dan waktu
malam kerana ini agak melanggar etika agama Islam dan juga tidak bersesuaian
dengan penganut agama yang lain. Waktu malam adalah waktu seserorang itu berehat
bersama keluarga dan bersosial. Begitu juga waktu senja, waktu ini didapati boleh
menggangu etika seseoarang yang beragama Islam kerana masa tersebut tidak
digalakkan berada di luar rumah. Mungkin ini juga sesuai dengan agama lain kerana
waktu ini adalah waktu untuk kita membersihkan diri setelah seharian bekerja ataupun
belajar. Waktu senjalah yang sesuai agar semua orang berada di rumah untuk
meluangkan masa di malam hari bersama keluarga ataupun rakan serumah. Setiap
orang diberi tempoh waktu bekerja bermula di pagi hari dan berakhir di waktu petang.
Mengikut satu sumber waktu bekerja yang paling efisyen adalah di siang hari jadi
waktu senja ini adalah sangat beretika dan bermoral jika digunakan untuk
pembersihan diri serta rehat fizikal dan spiritual. Perkaitan Islam dengan gaya hidup
betetika dan berjiran juga dapat dilihat dari segi kaeakuran dengan ketetepan undangundang kejiranan yang telah dipersetujui. Umumnya dalam satu kejiranan yang terdiri
daripada pelbagai agama terdapat beberapa ketua yang di amanahkan untuk mungurus
tadbir satu sistem kejiranan itu. Contohnya, etika dan moral berkenaan kutipan
bayaran utiliti bulanan dan peraturan menjaga kebersihan kawasan kejiranan serta
tanggungjawab terhadap keselamatan setempat. Sebagai seorang Islam, jika sesuatu

TUGASAN EEM 421

22

ketetepan itu telah diputuskan bersama ianya haruslah dipatuhi walaupun ianya hanya
undang-undang ciptaan manusia.

c) Etika dan moral kepada negara.


Dalam perenggan seterusnya saya akan mengulas apakah perkaitan etika dan
moral serta nilai patroitisme dengan agama Islam. Semua negara Islam mempunyai
identiti nasionalismenya sendiri. Bagi masyarakat Islam di Malaysia khasnya, mereka
juga terdapat perkaitan bagi mengamalkan etika dan moral agama dalam konteks
kenegaraan. Sebagai rakyat Malaysia, semua rakyat yang beragama Islam juga perlu
menghayati rukun negara. Rukun negara yang dicipta manusia oleh pemimpinpemimpin terdahulu ternyata tidak memesongkan akidah penganut agama Islam.
Menghayati rukun negara juga sebenarnya mencerminkan seorang penganut agama
Islam yang beretika dan bermoral
Sebagai seorang yang beragama Islam, seseorang itu wajib mempercayai
bahawa adanya tuhan. Allah S.WT adalah tuhan bagi penganut agama Islam
sepertimana yang terdapat didalam Rukun Iman yang pertama. Sebagai seorang
rakyat Malaysia yang mempercayai tuhan mereka juga didapati mengamalkan etika
dan moral ketika akur kepada ajaran Islam yang meyakini Allah itu adalah tuhan dan
tidak menyangkal keujudannya. Ini tidak bermakna penganut agama Islam tidak
menghormati penganut agama-agama lain yang juga mempercayai tuhan-tuhan
mereka. Umat Islam sebenarnya tidak boleh menghina kepercayaan penganut agama
lain khasnya yang berada di negara Malaysia. Sebagai contoh, di Malaysia penganut
agama Islam mengamalkan etika dan moral tinggi terhadap penganut agama lain
dengan tidak malakukan apa-apa provokasi atau unsur-unsur menghalang penganut
agama lain ketika menjalankan aktiviti keagamaan mereka. Malahan seorang rakyat
beragama Islam yang beretika dan bermoral tinggi juga dibolehkan untuk turut sama
berada di majlis keagamaan berkenaan hanya sebagai tanda menghormati
kepercayaan agama-agama lain. Sebagai contoh, hadir sebagai tetamu pada hari
terbuka perayaan Krismas di rumah jiran. Kehadiran tersebut hanya melambangkan
satu hubungan muhibah tanpa menghina ataupun terdapat apa-apa unsur dakwah dari
kedua-dua pihak.

TUGASAN EEM 421

23

Etika dan moral Agama Kristian.


Negara kita Malaysia juga terdiri daripada penganut agama Kristian. Etika dan
moral penganut agama ini juga terdapat beberapa persemaan yang boleh dikupas
dalam konteks undang-undang dunia mahupun pembentukan negara. Agama Kristian
adalah agama terbesar di dunia, kira-kiran 2.1 bilion penganut keseluruhannya, atau
sepertiga jumlah penduduk dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang
berdasarkan kehidupan dan ajaranajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan
dalam karya-karya para pengikutnya dalam
Perjanjian Baru.Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang
utama yang setelah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu seperti:
Katolik Roma
Ortodoks
Protestan
Penganut-penganut agama kristian yang juga mempercayai tuhan sebenarnya
menggunakan beberapa kitab sebagai rujukan dan panduan untuk hidup. Di sini
mereka belajar tentang apa yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh mereka yang
menganut agama Kristian. Di antara kitab-kitab yang digunakan oleh penganut agama
Kristian adalah seperti :
Wasiat Lama
Wasiat Baru
Gospel
Kanun
Kitab
Apokrifa
Setelah mendalami serba sedikit berkenaan agama Kristian ini mereka
sebenarnya mempunyai nilai-nilai murni dalam kehidupan dan selari dengan
pembentukan diri, kejiranan dan negara. Penganut agama Kristian tidak menolak
seseuatu perkara yang baik asalkan tidak mengganggu pengamalan agama mereka.
Penganut agama Kristian ini bermula sejak dari mereka dibaptiskan lagi sehinggalah
mereka tua dan mati terikat dengan undang-undang dan ketetapan kitab mereka
khasnya Injil di Malaysia. Etika dan Moral Penganut agam Kristian kepada diri.
Agama ini sebenarnya melahirkan pembentukan diri yang lebih berkualiti dan

TUGASAN EEM 421

24

kehidupan yang lebih teratur dengan mempelajarari apa yang patut dibuat dan apa
yang tidak patut dibuat. Sebagai penganut agama Kristian mereka dilarang untuk
melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri. Mereka percaya individu yang
menganut dan mempelajari agama ini dengan mendalam akan mencapai satu tahap
keimanan dengan mempercayai tuhan sentiasa ada bersama mereka . Individu yang
gagal patuh kepada ajaran agama biasanya akan menemui kegagalan hidup. Dari
situlah paderi-paderi memainkan peranan dengan memperbaiki kembali kualiti hidup
penganut agam Kristian yang tidak beretika dan bermoral melalui upacara taubat
(confession) yang banyak dilakukan di gereja-gereja di bilik-bilik khas. Kristian
mendakwa kehidupan adalah suci dan tidak boleh dikotorkan dengan melanggar etika
dan moral mengikut norma kehidupan manusia biasa.
Di antara ajaran agama Kristian kepada diri ialah :
Menyayangi diri dan keluarga
Membunuh diri dilarang sama sekali
Pengguguran dilarang sama sekali
Berdasarkan item di atas di sini menunjukkan Kristian mengamalkan gaya
hidup sihat dan tidak menyokong mana-mana aktiviti-aktiviti negatif seperti
perlakuan seks sumbang, keganasan, pengambilan dadah dan pengguran. Umum
mengetahui bahawa agama Kristian adalah aturan hidup dan panduan kepada
pengikutnya agar menjalani kehidupan yang normal dan berkualiti. Aktiviti
membunuh diri sebagai langkah penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi
juga turut ditegah dan dihina kerana ianya membawa kepada keburukan. Ianya
membuktikan betapa ketinggian kualiti hidup amat dituntut supaya penganut agama
Kristian dapat dijadikan contoh kepada manusia yang lain. Dalam konteks undangundang sivil dan perlembagaan juga, agama Kristian adalah sangat signifikan dengan
etika umum moden dalam konteks pembinaan tamadun kawasan tersebut. Undangundang ciptaan manusia tidaklah bertentangan dengan ajaran agama Kristian kepada
penganutnya
Etika dan moral agama Kristian kepada Masyarakat.
Setelah melalui proses pembaptisan dari zaman kanak-kanak penganut agama
Kristian ini akan mendalami lagi bagaimana untuk melalui kehidupan seharian

TUGASAN EEM 421

25

mereka. Mereka diajar tatacara untuk hidup dengna jiran-jiran sama ada sesama
Kristian mahupun dengan agamaagama yang lain. Antara ajaran-ajaran agama
Kristian yang patut diamalkan oleh seseorang penganutnya ialah
Membunuh dilarang sama sekali.
Menyayangi rakan dan jiran.
Perhubungan baik sesama manusia.
Euthanasia dilarang sama sekali.:
Dalam kehidupan moden yang disusun oleh sesuatu kerajaan memerintah
penganut agama Kristian tidak dapat lari daripada keperluan untuk patuh kepada
undang-undang tersebut. Mengikut apa yang dipelajari oleh penganutnya, mereka
tidak boleh mendatangkan mudarat kepada mana-mana manusia seperti mencederakan
atau membunuh orang. Penganut agama Kristian juga perlu akur dengan undangundang tersebut malahan mereka juga adalah masyarakat yang peka dengan isu-isu
keselamatan sesuatu kejiranan. Sebagai contoh, dalam isu keselamatan setempat ada
penganut agama Kristian yang memberi kerjasama agar semua penduduk mahupun
mereka terdiri daripada pelbagai agama dapat hidup dengan aman untuk
mengamalkan agama masingmasing. Etika dan moral penganut agama Kristian ini
juga sebenarnya telah ditunjukkan melalui kehidupan muhibah yang diamalkan di
Malaysia apabila mereka saling hormat-menghormati dan mengamalkan hubungan
yang baik sesama jiran. Penganut agama Kritian juga menunjukkan etika dan moral
tinggi apabila berlaku satu wabak penyakit yang tidak dapat dikawal dengan cara
menyelamatkan mereka dan tidak mengamalkan ethunasia (pembunuhan kerana
wabak) sebagai langkah keselamatan. Hal ini, jelas bahawa etika dan moral penganut
agama Kristian ini dituntut untuk diamalkan oleh penganutnya dengan menunjukkan
contoh-contoh yang baik sebagai panduan hidup tanpa melakukan kekejaman dengan
membunuh.

Etika dan moral agama Kristian kepada Sosial, Ekonomi, Perubatan dan
Alam Sekitar.
Agama Kristian menekankan pembentukan kemahiran interpersonal dan
intrapersonal. Para penganutnya diajar bagaimana membina kekuatan ketika bersosial
sesame manusia untuk mencapai ketinggian budi pekerti. Berbuat baik kepada semua

26

TUGASAN EEM 421

golongan manusia tidak kira apa pun keturunan mereka adalah satu contoh cara hidup
yang diajar oleh agama Kristian. Mereka dituntut untuk berkelakuan baik dan bersedia
membantu ketika manusia yang lain memerlukannya. Penganut agama ini juga tidak
memandang rendah kepada mereka yang memusuhinya dengan cara yang kasar
kerana peradaban mereka adalah menjadi ukuran utama ketika bergelar penganut
agama Kristian. Sebagai contoh, kita dapat lihat moral tinggi mereka dengan
menggunakan saluran perundangan dan menghormati sistem perundangan negara
sebagai satu cara untuk menyelesaikan permasalahan. Etika dan moral penganut
agama ini dipelihara dengan tidak melakukan sesauatu yang menyalahi norma
kehidpan manusia setempat. Mereka tidak meletakkan emosi marah jika berlaku
sebarang konflik ataupun apa jua masalah kemasyarakatan.
Agama

Kristian

menitikberatkan

prinsip-prinssip

berkenaan

agar

pembangunan ekonomimereka lebih berakauntibilit dan tidaklah mementingkan


keuntungan serta kekayaan sematamata.Mereka perlu beretika dan bermoral ketika
menjalankan aktiviti perniagaan agar tidak menzalimi mana-mana manusia khasnya
orang miskin. Berniaga sebagai hamba tuhan membuatkan mereka berniaga secara
berhemah agar tidak membebankan mereka yang lain seagama dengan mereka.
Kejujuran dalam perniagaan adalah sangat dituntut oleh pegangan agama mereka
kerana tanpa kejujuran pembangunan ekonomi dan ketamadunan itu akan rosak
dengan korupsi dan ketamakan individu
Dalam konteks perubatan dan pengamalan gaya hidup sihat, penganut agama
Kristian mengamalkan nilai etika dan moral tinggi dengan menjauhi penzinaan agar
tidak dijangkiti penyakit-penyakit seperti AIDS melalui virus HIV. Namun begitu
mereka mencipta dan melakukan kajian untuk manghasilkan vaksin agar Euthanasia
(pembunuhan kerana wabak) tidak dilakukan kepada mana-mana pesakit yang
dijangkiti virus tersebut. Oleh itu mereka memilih untuk tidak melakukan seks luar
nikah yang dianggap zina dan menggunakan kemudahan-kemudahan awam untuk
bersenam bagi mengamalkan gaya hidup sihat. Ada juga pengubatan moden yang
dilarang mengikut ajaran agama Kristian seperti persenyawaan buatan yang
menggunakan sperma penderma dilarang kerana ia disamakan dengan berzina.
Namun persenyawaan buatan melalui si suami dibenarkan kerana ia tidak melanggar
batasan perkahwinan. Manakala ibu tumpang di mana si bayi tidak memiliki
perhubungan genetik kepada si ibu tumpang dianggap sebagai amalan yang tidak

27

TUGASAN EEM 421

beretika kerana akan timbul masalah dalam menentukan ibu sebenar bayi tersebut.
Disini tidak semua perubatan moden diterima pakai oleh penganut agama Kristian
kerana ianya didapati bertentangan dengan ajaran asal agama berkenaan.
Penganut agama Kristian juga dituntut untuk menjalani kehidupan dengan
meletakkan rasa cinta kepada alam sekitar. Mereka bertanggungjawab untuk menjaga
alam sekitar dan memuliharanya untuk generasi akan datang. Penganut agama
Kristian mempercayai bahawa manusia tidak berhak menuntut hak pemilikan ke atas
mana-mana ciptaan Tuhan. Oleh itu mereka tidak boleh melakukan sebarang
keorsakan kepada alam sekitar sewenang-wenangnya.Manusia tidak berhak
mengeksploitasi alam sekitar sehingga ia terjejas demi mengaut keuntungan dan
mengejar kekayaan individu. Manusia juga patut berkembang dan menggunakan alam
ini dengan sebaik mungkin agar ekosistem terjaga dan kehidupan manusia yang
bersifat simbiosis terhadap alam yang membekalkan oksigen kepada manusia untuk
terus hidup perlulah dijaga..
Secara keseluruhannya, agama Kristian ini mengamalkan etika dan moral
kehidupan bersesuaian dengan tuntutan umum sesmua golongan masyarakat agar
tidak berlaku sebarangkemudaratan. Mereka juga boleh menimbangtara berkenaan
undang-undang ciptaan manusia yang dirasakan tidak lagi relevan untuk kehidupan
sesuatu golongan masyarakat itu agar dimansuhkan.

Kesimpulan
Rumusan kepada tugasan yang diberikan, saya telah membuat satu penelitian
berkenaan dengan peranan etika dalam pendidikan serta perkaitannya dengan dua
agama yang dipilihsaya dapati etika dan moral sejagat adalah tidak bertentangan
dengan

pengamalan

kedua-dua

agama

tersebut

iaitu

Islam dan

Kristian.

Walaubagaimanapun jika diperhalusi bagi kedua-dua agama tersebut etika-etika


umum masyarakat bolehlah diamalkan agar keakuran kepada undang-undang dapat
diimplementasikan. Jika dikupas lebih dalam sudah tentu terdapat etika-etika yang
juga boleh mendatangkan kemudaratan dalam beragama. Sebagai rakyat yang
bermoral, apa sahaja etika mahupun peraturan yang dicipta manusia bagi memastikan

TUGASAN EEM 421

28

ketamadunan lebih teratur dan tidak memesongkan akidah boleh saya persetujuinya
untuk diterimapakai oleh semua rakyat yang berbeza anutan agama.

Rujukan.
1. Modul Pembelajaran Aeu, Pengenalan Kepada Pendidikan Moral, Akhlak
Islamiah,
Bab 3, 1-5
2. Dato Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2009) Indanhya Hidup
Bersyariat, Bab 3 Syariat Berkaitan Remaja, Akhlak, 49-57
3. Dato Dr Haron Din & Ishak Din & Abu Hassan Din (2013) Menjawab Persoalan
Fikah Harian Bab 29 Masalah Umum, 267-272
27

Anda mungkin juga menyukai