Anda di halaman 1dari 24

OUMM3203

<FAKULTI >

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


<SEMESTER / TAHUN >

JANUARI/2013

<KOD KURSUS>

OUMM3203 <TAJUK KURSUS>

PROFESSIONAL ETHICS

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

ZULKARNAIN BIN MD SAID 700706015181002 700706015181 013-6737675 jdl8117@oum.edu.my INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT

OUMM3203

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

LATAR BELAKANG

2.0

KONSEP DAN DEFINISI ETIKA, MORAL & UNDANG-UNDANG

3.0

FAKTOR_FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ETIKA SESEORANG INDIVIDU

4.0

FUNGSI ETIKA DALAM KEHIDUPAN

5.0 6.0

FUNGSI UNDANG-UNDANG DALAM KEHIDUPAN RUMUSAN

7.0

RUJUKAN

OUMM3203 1.0 LATAR BELAKANG

Sudah menjadi sunatullah setiap yang ada didunia ini perlu mengikut peraturan demi mencapai kesejahteraan. Setiap yang dicipta oleh Allah S.W.T dimuka buminya perlu mengikut peraturan yang ditetapkan. Kewujudan bulan, bintang, bumi dan planet-planet diangkasa berputar mengikut peraturan penciptanya. Fenomena ini wujud berjuta tahun yang lalu, dan untuk jangka masa akan datang yang tidak diketahui oleh sesiapapun. Ia berputar mengikut peraturan ini.

Sebagaimana ketetapan Tuhan untuk peraturan bulan, bintang, bumi berputar mengikut aturannya, kehidupan haiwan didarat dan laut juga tertakluk kepada peraturan-peraturan yang sudah ditentukan. Di awangan kelihatan burung-burung bebas berterbangan disana sini mencari makanan, monyet dan kera melompat dari dahan ke dahan, manakala ulat dan cacing hidup didalam lubang dan tanah. Ikan dilaut pula menjadi makanan manusia. Ia adalah sunatullah ditetapkan untuk setiap haiwan ini mengikut kehidupan masing-masing.

Dari kejadian Tuhan yang tidak mempunyai akal fikiran sehinggalah yang dikurniakan akal fikiran untuk menilai buruk baik sesuatu kejadian juga seperti manusia juga tidak terlepas daripada peraturan hidup yang cukup sempurna seperti yang diajar oleh nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. mahupun yang tertulis di dalam Al-Quran itu sendiri. Semuanya telah ditetapkan oleh Allah untuk menjadi panduan manusia bagi menjalani kehidupan dengan lebih lengkap dan sempurna.

Dalam Menjalani kehidupan seharian yang memerlukan kita berhubung sesame manusia, ada peraturan yang perlu diikuti sesama manusia sama ada dengan keluarga, jiran dan masyarakat. Tidak cukup peraturan sesama manusia, malah hubungan dengan binatang dan semua makhluk yang dijadikan oleh Allah ada peraturan-peraturan yang telah diatur dan ditetapkan. Jika ianya dilanggar, maka manusia akan menerima dan menanggung akibatnya.

OUMM3203

Fitrah manusia tidak hidup bersendirian, sebaliknya manusia terpaksa hidup berkumpulan atau berkelompok dan saling memerlukan antara satu sama lain bagi melengkapi kehidupannya. Sejak dari kewujudannnya di dalam rahim ibunya, sehinggalah saat kematiannya, manusia tetap bergantung kepada manusia tidak kira dari segi keperluan makanan, pelajaran, kesihatan dan keselamatan dirinya. Dalam proses kehidupannya sejak kecil sehinggalah dewasa, mereka perlu mengikut peraturan dan fitrah kehidupan manusia yang telah ditetapkan.

Secara keseluruhannya, manusia sentiasa memerlukan orang lain untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Hidup secara berkelompok memerlukan manusia dengan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh agama, bangsa dan masyarakat bagi mencapai matlamat hidup yang harmoni antara satu sama lain. Oleh kerana itulah, perlunya manusia kepada peraturan yang terdiri daripada etika, undangundang dan moral untuk meneruskan kehidupan yang harmoni dalam sesebuah masyarakat.

OUMM3203 2.0 KONSEP DAN DEFINISI ETIKA, MORAL & UNDANG-UNDANG Etika berasal dari perkataan Greek ethos dan ethikos. Ethos bermaksud sifat, watak, kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup & budaya. Manakal Ethikos pula membawa erti tatasusila, adab, kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut Thirox (2001), etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan salah satu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkahlaku manusia.

Tumpuna etika adalah terhadap tingkahlaku individu, bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Ada pendapat mengatakan Etika adalah proses pemikiran tentang yang baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Justeru itu dalam erti kata yang mudah etika ialah sistem yang berdasarkan kepada akhlak dan tingkahlaku manusia terhadap sesuatu yang tindakan yang dilakukan nya.

Teori asal etika berasal daripada teori keperibadian mulia. Aristotle ada mengatakan bahawa adalah suatu keperluan insan untuk menpraktikkan teori keperibadian mulia dalam setiap urusan yang manusia lakukan demi melancarkan urusan sehariannya. Teori ini menekankan konsep yang dipanggill the golden mean yang membawa maksud iaitu mencari kebaikan dalam menyeimbangkan diantara keinginan supaya manusia itu tidak melampaui batasan diatas setiap perilakunya. Sebagai contoh, sikap ingin membantu meringankan beban ibu bapa yang susah adalah sikap yang baik, tapi si anak tidak perlu lah sehingga membawa kepada melakukan jenayah seperti merompak, mencuri dan memeras ugut demi membantu meringankan beban yang dditanggung orang tua mereka. Apa yang perlu si anak lakukan adalah seperti melakukan kerja yang boleh memberikan pulangan atau upah mengikut cara yang betul supaya ianya lebih baik dan membawa erti yang cukup besar bagi kedua ibu bapanya. Moral pula secara umunya bermaksud sebagai nilai jati diri setiap manusia yang sememangnya ada, namun begitu, interpretasi yang pelbagai bagi manusia sering terjadi sehingga berlakunya percanggahan nilai moral mengikut agama, peradaban dan bangsa yang berbilang.

OUMM3203 Sebagai seorang muslim, mari kita lihat dan fahami maksud etika menurut AlQuran. Menurut Dwight M. Donaldson di dalam tulisannya berkaitan Studies in Muslim Ethics. Mari kita kupas satu persatu maksud dari kajian Donaldson didalam bukunya itu. Jika dilihat dari perkataan duty to Allah, ia adalah bermaksud tanggungjawab dan rasa kehambaan kita kepada Allah. Hal ini dijelaskan didalam surah Az-Zariat ayat 56. Moderation, ia merupakan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan. Sikap melampau (ghullu) dalam takallaf (memberat-beratkan) serta taasuf (bermudahmudahkan) kerja kita adalah dilarang. Kita perlu selalu bersikap sederhana dan istiqamah yang berterusan dalam beretika dan menjalankan kerja dengan baik. Islam itu sendiri bukannya agama yang memaksa dan menekan. Islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan. Semuanya telah diajar oleh Nabi Muhammad sejak berjuta tahun dahulu. Forgiveness pula boleh ditafsirkan sebagai setiap kesalahan di dalam Islam ada jalan dan cara untuk memohon keampunan dari Nya iaitu Allah S.W.T. Jika kita ambil contoh kesalahan dalam hidup berorganisasi, manusia pergi kerja bagi mendapatkan rezeki untuk keperluan hidup yang mana mereka yang bekerja dalam sesebuah syarikat, tidak kira samada kecil atau besar organisasi itu, mereka perlu mengikut procuder atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat bagi menjamin operasi syarikat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat dan misi syarikat. Jika pekerja melakukan kesilapan, syarikat telah menetapkan syarat samada kesalahan itu boleh dimaafkan atau pun tidak, dan sudah semestinya ada jalan penyelesaiannya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha mendengar rintihan hambanya. Erti etika menurut kajian Donaldson yang ketiga adalah retallation. Ia membawa maksud pembalasan. Bezanya Islam dan agama sekular adalah kepercayaan kepada hari kebangkitan. Rasulullah itu sendiri bersikap futuristik dalam menilai akibat dan natijah atau kesan diatas segala perilaku yang kita lakukan yang mana ia akan membuat kita lebih berjaga-jaga dalam segala urusan. Mereka yang beragama sekular melihat retallation iaitu pembalasan sebagai mengajar manusia melihat dunia dan kemewahan sebagai matlamat. Manusia yang hilang matlamat pembalasan, akan mula menjadi seorang yang rakus dan tidak peka dengan nilai moral dan mula hilang pertimbangan yang menyebabkan manusia bertindak diluar kesedaran dan boleh mendatangkan kemudaratan ke atas diri mereka sendiri. 6

OUMM3203 Etika dari sudut limited ability bermaksud had pertanggungjawaban. Setiap manusia adalah dipertanggungjawabkan diatas kesalahannya sahaja. Manusia tidak mewarisi kesalahan mak ayah dan nenek moyang mereka. Mereka tidak akan disoal tetang kesilapan orang lain. Perkara ini jelas menafikan sikap sesetengah individu manusia yang sering mengaitkan kepincangan individu disebabkan oleh latar belakangnya yang buruk. Rewards pula membawa erti pembalasan baik dan buruk manusia walaupun sebesar zarah. Hal ini diceritakan didalam surah Al-Zilzal (kegoncangan). Setiap manusia yang berjasa dan melakukan kebaikan berhak dianugerahkan ganjaran dan pengiktirafan . Ini secara tidak langsung memberi motivasi kepada manusia itu untuk terus melakukan kebaikan dan mencapai matlamat hidup mereka. Ianya dapat memberikan impak kepada mereka yang mana ianya akan menjadikan hubungan manusia lebih rapat dan harmonis tidak kira mereka hidup didalam institusi keluarga mereka, pekerja dan majikan atau pun manusia dan masyarakat yang ada disekeliling mereka. Setelah menilai nilai moral di dalam Al-Quran mari kita merenung sejenak pemahaman kita tentang etika menurut Islam. Moral dan etika dalam Islam dibawa pemahaman kepada perkataan akhlak. Akhlak bermaksud Khuluq yang bermaksud tabiat, adab, maruah dan tingkah laku yang baik. Pengertian sifat baik dalam Islam ada yang dinyatakan secara direct dan ada yang diserta dalam ayat-ayat Al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Seorang muslim yang bersikap demikian akan mengarahkan pandangan hidupnya pada spectrum yang sangat luas, tidak berpandangan sempit ataupun eksklusif. Mereka dapat bergaul dengan apa jua masyarakat tanpa sebarang sekatan mahupun halangan. Moral juga ditakrifkan sebagai tingkah laku ataupun amalan yang sejajar dengan tatasusila dan undang-undang masyarakat. Tatasusila dan undang-undang yang ingin dibincangkan dalam masyarakat Malaysia merangkumi segala nilai murni sebagai contoh adil,baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormatmenghormati, sayang-menyayangi, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan bekerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, berfikiran secara rasional dan memupuk semangat kemasyarakatan. Amalan ataupun tindakan yang dikatakan bermoral pula boleh dilihat daripada segi tindak balas atau reaksi individu pada situasi situasi seperti di bawah :

OUMM3203 1. Kawalan ke atas keperluan fizikal yang berdasarkan peraturan-peraturan masyarakat yang diterima secara rasional. 2. Pengawalan diri pada keinginan nafsu mahupun dapat menahan diri daripada melakukan tingkah laku yang dianggap salah. 3. Bertindak secara rasional pada keputusan moral yang melibatkan pentafsiran berkenaan tindakan yang dikatakan betul. Pentafsiran ini dilakukan dengan adanya maklumat ataupun pengetahuan yang mencukupi dan boleh dihurai mengunakan akal fikiran dengan pemikiran secara objektif ataupun kritik. 4. Sentiasa menjaga dan bertindak balas dalam keadaan yang berdisiplin serta menghayati standard hidup yang dicapai oleh sosioekonomi masyakat. Dari maksud yang telah dihuraikan diatas, jelas menunjukkan manusia akan bertindak balas dalam setiap keadaan sekililing mereka samada positif mahupun negative, tapi jika mereka dapat mengawal dan bersikap rasional dan mengawal tingkah laku yang baik dalam setiap tingkah lakunya, maka mudah bagi diri mereka untuk menerima reality kehidupan sosial yang pelbagai dan ia dapat memupuk pergaulan dengan pelbagai kalangan masyarakat tanpa membatasi diri dengan sebarang sekatan agama, adat dan budaya. Hai manusia, sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kami saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa diantara kamu. Sesungguhnya Alllah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal (Surah Al-Hujarat : 49) Ayat diatas jelas mensyaratkan bahawa moral Islam itu sendiri adalah takwa. Tokoh-tokoh sains barat seperti Plato menlihat undang-undang sebagai satu jentera untuk mengawal kehidupan social, suatu alat untuk mengecapi kebahagiaan serta merupakan satu platform untuk menemui gambaran tentang sebuat struktur masyarakat. Aristotle pula melihatnya sebagai rukun tata tertib, satu kontrak dan rukun harmoni. Bagaimana pun Cicero melihat undang-undang adalah sebagai perseimbangan yang harmonis diantara akal dan alam semulajadi, dan juga suatu perbezaan antara keadilan dan ketidakadilan dan ia juga adalah satu perintah atau larangan. 8

OUMM3203 Manakala Aquinas pula menganggap undang-undang sebagai ordinan akal mengenai perkara-perkara yang diisytiharkan baik oleh ketua komoniti. Secara keseluruhannya, takrifan undang-undang merupakan satu peraturan yang diharap dapat menjamin kesejahteraan dan keselamatan dalam meneruskan kehidupan sosial dalam sesebuah masyarakat. Undang-undang itu ialah tatatertib yang dicipta demi mengawasi tingkahlaku masyarakat atau kumpulan agar tidak berlaku kepincangan dan permusuhan yang boleh mengancam manusia untuk hidup secara aman dengan mereka yang disayang dan menyayangi mereka. Pelbagai definisi undang-undang yang diberikan oleh ahli falsafah termasuklah juga oleh Austin, iaitu perintah yang dikeluarkan oleh satu badan berkuasa untuk orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman. Manakala undang-undang dalam politik dan perundangan merupakan satu sistem peraturan atau norna yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Seperti Malaysia, rukun Negara yang 5 (lima) itu dicipta melambangkan bahawa Malaysia mendukung tatasusila yang tersendiri bagi menjamin hidup masyarakat Malaysia yang berteraskan rukun Negara itu sendiri secara tidak langsung. Peraturan-peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah Negara itu sendiri bagi memastikan rakyatnya boleh hidup,bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggarnya boleh dijatuhi hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka sebagai pengajaran untuk mereka agar lebih berdisiplin dan menghormati setiap undang-undang yang telah disyaratkan. Undang-undang bukan dicipta untuk menyusahkan hidup manusia, tetapi sebagai panduan hidup atau garis panduan agar menghormati hak sesama manusia itu sendiri. Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim yang mana dengan bantuan juri atau lay magistrate mendengar pertikaian diantara pihak dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang dibuat itu adil dan saksama. Cara dimana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sesebuah Negara.

OUMM3203 3.0 FAKTOR_FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ETIKA SESEORANG INDIVIDU Terdapat dua kaedah atau pendekatan bagi mengukur gerak laku manusia dalam etika sekular barat iaitu kaedah deontological dan kaedah teleological. Istilah deontologikal diambil daripada barat Yunani deontos yang membawa maksud tugas atau tanggungjawab. Manakala istilah teleological diambil daripada bahasa Yunani juga iaitu telos yang bererti sesudah, selepas ataupun kemudiannya. Teoti etika teleological dan deontologikal berkait rapat dengan prinsip dan peraturan yang memperkatakan apa yang sebaik-baiknya dilakukan oleh manusia dan bukannya apakah jenis manusia yang hendak dibentuk. Dengan ini, didapati para sarjana etika sekular Barat menjelaskan gerak laku manusia pada dua keadaan, iaitu semasa gerak laku itu dilakukan (deontologikal) dan selepas gerak laku itu dilakukan (teleologikal). Etika penting semasa mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam menguruskan inidvidu, keluarga, organisasi, dan masyarakat bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian hidup. Justeru, kepentingan etika dilihat dalam konteks sejagat melalui individu, keluarga, organisasi dan masyarakat. Pembentukan etika seseorang individu itu diperngaruhi oleh banyak faktor. Faktor-faktor tersebut akan dikupas satu-persatu agar lebih mudah difahami. Faktorfaktor tersebut adalah seperti yang dibawah : 1. Pengaruh Keluarga Keluarga merupakan tempat tumbuhnya seseorang individu kerana itu keluarga mempunyai pengaruh penting dalam pembentukan etika seseorang individu. Individu akan menjadikan orang tua mereka sebagai contoh yang paling dekat dan terbaik dalam pembentukan etika diri mereka tidak kira dari segi berpakaian, pemikiran dan mereka akan berperilaku seperti yang disuruh oleh orang tuanya. Etika individu akan dipengaruhi oleh ibu bapa mereka kerana mereka dididik dan dibesarkan oleh ibu bapanya sejak mereka dilahirkan sehinggalah mereka dewasa dan tahu menilai baik buruk mengikut kematangan diri mereka dari semasa ke semasa. Jika mereka dibekalkan dengan akhlak dan moral yang cukup, maka akan lahirkan seorang individu yang beretika dan berakhlak mulia. Jika buruk didikan yang diberika, ia juga mempengaruhi etika dan pemikiran individu itu sehinggalah mereka 10

OUMM3203 sudah cukup untuk menilai mana baik dan buruk setiap tingkah laku mereka terhadap diri sendiri, keluarga, organisasi dan masyarakat. 2. Pengaruh Faktor Persekitaran Persekitaran hidup kita juga mempengaruhi etika dan moral seseorang individu. Contohnya, jika seseorang hidup didalam kelompok masyarakat yang serba daif dan miskin serta serba serbi kekurangan, ini akan mempengaruhi mereka untuk mendesak mereka mencuri untuk memenuhi tuntutan hidup mereka yang sempit. Sikap dan akhlak seperti ini tidak harus berlaku samasekali kerana ia akan memberi kesan hidup yang tidak sihat dan boleh mewujudkan suasana hidup yang tidak selamat dan terancam. Jalan pintas yang diambil seperti mencuri itu tadi tidak harus terjadi kerana manusia telah diajar dan dididik untuk menggunakan akal dan kewarasan yang Allah berikan kerana setiap perilaku yang tidak baik itu akan dibalas dengan hukuman dengan apa yang telah mereka lakukan. Di Malaysia sendiri, institusi kehakiman itu sendiri memainkan peranan yang sangat besar dalam menjamin Negara dalam keadaan terkawal, aman makmur dan masyarakatnya dapat hidup dalam suasana yang selamat dan tenang. Jika kita lihat Negara kita ditadbir dengan penuh demokratik dan harmoni berlandaskan undang-undang yang telah digubal sejajar dengan

perkembangan ekonomi Negara yang membangun dengan pesat. Keharmonian sesebuah Negara sedikit sebanyak memberi kesan kepada tahap kehidupan masyarakat itu sendiri kerana ia akan membuka mata pelabur asing untuk melabur dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat perniagaan yang mampu memberi pulangan yang baik. Dengan adanya pelabur-pelabur dalam mahupun luar Negara ke dalam ekonomi Negara Malaysia, ia dapat menyumbang kepada peningkatan taraf hidup masyarakat ke tahap yang lebih baik. Ini jelas terbukti sejak Negara memperoleh kemerdekaan dari tangan penjajah, taraf hidup masyarakat semakin meningkat dan ia adalah hasil dari masyarakatnya yang mempunyai etika, moral dan tatasusila yang tinggi dalam memajukan hidup mereka tidak kira secara individu, kekeluargaan mahupun dalam sesebuah organisasi.

11

OUMM3203 3. Nilai, moral dan agama Fenomena agama adalah fenomena universal manusia. Hampir semua masyarakat yang bertamadun sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pandangan atau pernah melalui proses orientasi agama dalam sejarah pembentukan dan

pengembangan peradaban masing-masing. Walaupun evolusi sosial telah mengubah orentasi dan pegangan kepada agama yang mengakibatkan pemisahan agama dari pemerintahan yang berlaku dalam sejarah tamadun Barat dan Islam pada satu masa dulu, namun ia tidak sama sekali menidakkan kewujudan dan peranan agama dalam membentuk nilai dalam sebuah masyarakat sehingga kini. Walaupun wujud pemikiran sekular di Barat, nilai-nilai agama masih terus bertahan dan berperanan dalam pembentukan masyarakat. Sekali lagi ingin ditegaskan pembentangan ini bukanlah bertujuan untuk menyanggah atau menyokong mana-mana agama tetapi sekadar mahu menyerlahkan peranan agama dalm pembentukan etika masyarakat baik di Barat mahupun dia Timur. Oleh kerana sifat kesejagatan pengaruh agama dalam membentuk nilai dalam masyarakat, maka kajian tentang masyarakat tidak akan lengkap tanpa melihat agama sebagai salah satu faktor yang menpengaruhi pembentukan nilai individu dan masyarakat sekaligus Negara yang dihuninya. Seringkali kajian penyelidikan tentang politik, ekonomi dan perubahan sosial dalam suatu masyarakat yang mengenepikan peradaban agama sebagai salah satu faktor deteminan tidak dapat menggambarkan realiti sosial lantas pincang dalam mengemukakan gambaran mahupun penyelesaian yang lengkap. Dalam Islam, nilai agama bertunjangkan kepada tauhid dan bersendikan kepada aqidah. Bagi penganut agama Islam, nilai yang mereka pegang berpandukan kepada ajaran dan panduan al-Quran dan Sunnag Rasulullah S.A.W. Oleh kerana sebahagian besar penduduk Negara ini beragama Islam, maka sudah tentulah nilai agama Islam berperanan dalam sejarah dan membentuk masyarakat Malaysia sehingga ke hari ini. Sejarah telah mencatatkan bahawa sejak mempunyai kerajaan, penduduk di Tanah Melayu adalah beragama Islam, Undang-undang kanun Melaka yang wujud dalam pemerintahan kesultanan Melaka jelas dipengaruhi oleh nilai pegangan Islam yang wujud dalam masyarajat Melayu pada ketika itu.

12

OUMM3203 Kedatangan penjajah Barat yang menakluki Tanah Melayu walaupun telah mengubah struktur politik Negara ini pada waktu itu, namun sehingga kepada penjajahan British, pengaruh dan nilai Islam tidak pernah terpinggir sepenuhnya dalam pembentukan sistem masyarakat yang membentuk struktur pemerintahan penjajah pada waktu itu. Kuasa-kuasa tertentu khususnya yang melibatkan adat resam dan amalan agama Islam terus diberikan kepada Raja-Raja yang mereka iktiraf. Begitu juga dengan keadaannya apabila kemerdekaan dirundingkan dengan pihak British sebelum Negara memperolehi kemerdekaan. Islam tetap menjadi keutamaan dalam pembentukan keputusan masyarakat Islam dan ianya diiktiraf oleh British. Hal ini jelas dapat membuktikan apabila pemimpin-pemimpin Islam yang

memperjuangkan kemerdekaan tetap dengan pendirian untuk memaktubkan dalam perlembagaan Negara yang dicadangkan supaya Islam menjadi agama rasmi Negara. Hal ini juga dipersetujui oleh kaum-kaum lain yang mahu turut menjadi anggota kepada Negara baru Malaysia yang merdeka. Melalui persetujuan kesepakatan dan kompromi yang dicapai oleh komponen-komponen masyarakat yang ada pada waktu itu untuk menerima peruntukan perlembagaan yang dicadangkan bagi mengelakkan sebarang konflik yang mungkin timbul jika kata sepakat tidak dicapai. Sebagai kompromi kepada persetujuan yang dicapai, hak kewarganegaraan diberikan kepada pendatang dari Cina dan India disamping termaktubnya kebebasan mereka untuk terus mengamalkan agama mereka masing-masing dalam ruang lingkup perundangan yang ada. Jelaslah disini bahawa peranan nilai agama dalam pembentukan masyarakat adalah sesuatu perkara yang tidak asing kepada pembentukan masyarakat di Malaysia. Oleh kerana orang Islam menjadi majoriti penduduk di Malaysia, nilai yang ditonjolkan sudah tentulah dikaitkan dengan pegangan agamanya walaupun pada hakikatnya nilai tersebut merupakan nilai sejagat yang wujud dalam semua ajaran agama lain. Islam memerintahkan pemerintah yang adil supaya memelihara keselamatan da kesejateraan orang-orang bukan Islam selagi mereka itu tidak memerangi atau memusuhi umat Islam. Inilah nilai agam Islan yang dipegang oleh kepimpinan kita di Malaysia sehingga ke hari ini. Pengenalan kepada sistem ekonomi alternatif yang compatible dengan nilai Islam diperkenalkan. Prinsip- prinsip dan amalan nilai Islam yang sebenar diterapkan dalam pentadbiran. Contoh etika yang baik dalam pentadbiran sesebuah Negara atau organisasi, ia mengambil berat tentang 13

OUMM3203 tindakan yang baik seperti contoh pembenterasan rasuah, membasmi kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat yang berintegriti, penekanan kepada pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan. Semua ini merupakan contoh-contoh nilai Islam yang harus dipraktikkan oleh setiap individu tidak kira di dalam kelompok apa pun mereka tinggal. Tidak hairanlah apabila diterapkan nilai-nilai Islam di dalam masyarakat di Malaysia seawal tahun 80 an sehingga kini tiada penentangan atau bantahan dari mana-mana kumpulan agama di Malaysia. Semua lapisan masyarakat dapat menerimanya dengan keterbukaan hati dan minda. Bagi rakyat Malaysia, kebebasan beragama telah sedia terjamin di dalam perlembagaan Negara. Kebebasan ini telah mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita memperolehi kemerdekaan.Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai agama yang ditunjukkann telah mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama, berinteraksi iaitu dalam erti kata lain yang harmoni dalam menangani sebarang masalah yang dihadapi. Rakyat Malaysia percaya bahawa kita tidak mampu hidup dalam sebuah Negara yang berpegang kepada nilai yang jauh berbeza jauh daripada pegangan majoriti rakyatnya lantas menerima nilai-nilai yang diperkenalkan. 4. Pengalaman Hidup Selama hidupnya manusia sejak dilahirkan sehinggalah dewasa, manusia mengalami dan melalui banyak pengalaman yang baik, mahupun yang buruk. Setiap pengalaman ini merupakan proses yang normal dalam kehidupan sesorang dan ia merupakan sebagai sebuah panduan dan tauladan bagi mereka menentukan yang mana patut dicontohi dan mana patut dijauhi demi menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat mahupun bangsa. Pengalaman merupakan sesuatu pembelajaran yang tidak dapat dijual beli dimana-mana. Ia mengajar manusia samada menjadi seorang manusia yang lebih baik ataupun sebaliknya. Pengalaman perlu dihargai sebaik mungkin dan sudah semestinya manusia mahukan pengalaman yang indah tetapi, tidak semua pengalaman indah itu mengajar manusia lebih berakhlak dan mencapai matlamat hidup yang sempurna dalam proses kehidupan didalam sebuah institusi keluarga. Pengalaman setiap manusia berbeza antara satu sama lain, maka dengan itu, wujud manusia yang berakhlak mulia dan mereka yang tidak bermoral dan peribadi yang dibenci. 14

OUMM3203 5. Pengaruh Teman Tidak dapat disangkal lagi manusia perlu hidup secara berkelompok, berkeluarga dan yang paling penting saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, siapa teman dan mereka yang berada disekeliling kita akan mempengaruhi etika, akhlak, dan peribadi seseorang. Teman sebaya terutamanya akan berpengaruh terhadap pembentukan etika dan sahsiah seseorang. Contoh yang paling dekat adalah, masa kanak-kanak. Bila seorang anak berteman dengan anak yang nakal, maka kecenderungan anak tersebut menjadi seorang yang nakal akan menular di dalam diri mereka. Demikian juga dengan teman sepermainan pada waktu seseorang individu menginjak dewasa. Jika temannya adalah dari lingkungan mereka yang mempunyai nilai etika yang sangat tinggi, maka ia akan memberi impak yang positif pada individu itu untuk menjadi seorang yang mempunyai etika yang tinggi, mahupun menjadi lebih baik dari itu dengan menjadikan mereka yang mempunyai nilai etika yang baik dan tinggi sebagai moderator atau pendorong untuk mereka jadi seperti mereka yang beroleh kejayaan dalam hidup mereka sama ada dari apa yang dicapai dalam kerjaya mereka, keluarga yang bahagia dan perniagaan yang maju dan berjaya.

15

OUMM3203 4.0 FUNGSI ETIKA DALAM KEHIDUPAN Hubungan etika kerja professional dengan kehidupan manusia dalam bentuk menyuruh dan meninggalkan segala perkara yang mendatangkan masalah dan kesalahan samada di sisi undang-undang mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu, etika merupakan landasan kepada masyarakat yang membolehkan individu mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan mereka mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk yang bakal mereka lakukan setiap masa. Secara datarnya etika berfungsi sebagai memelihara keharmonian, sokongan, pencegahan disiplin, dan memelihara maruah. 4.1 Etika berfungsi sebagai memelihara sokongan Jika seseorang pengurus didakwa atau diragui oleh pihak lain tentang apa yang dilakukan, maka di bolehkan menggunakan kod etika untuk menyokong tindakannya dalam memberi sokongan akan apa yang telah dilakukan. Hendaklah pengurus tersebut yakin akan pekerjaan yang telah beliau lakukan tidak salah disisi undangundang dan agama serta etika organisasi atau jabatan. Begitu juga dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah saling berkerjasama dalam menyokong tindakan ahli masyarakat yang melakukan tindakan yang tidak bercanggah dengan etika masyarakat tersebut. 4.2 Etika berfungsi sebagai memelihara keharmonian Tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan semua pihakk terpelihara. Ia dapat mengelakkan daripada berlakunya pertembungan diantara kepentingan diri dan kepentingan orang lain. Etika juga dapat mendidik seseorang individu menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri atau selfish. Jika ianya terjadi, maka akan berlakunya konflik dan ketidakpuasan hati dikalangan pihak yang terlibat. Contohnya, setiap ahli professional dalam bidang apa sekalipun, masing-masing perlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap anggota masyarakatnya. 4.3 Etika berfungsi sebagai memelihara maruah Etika bukan sahaja platform bagi memastikan individu bersikap baik, malah satu garis panduan kepada individu untuk membina, meningkatkan dan

mempertahankan integriti, kejujuran dan maruah kehidupan masing-masing. Ini 16

OUMM3203 secara umumnya berfungsi menjelaskan bahawa setiap ahli masyarakat perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia seluruhnya, jujur kepada diri sendiri, masyarakat atau majikan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk terus menberi

perkhidmatan yang lebih cemerlang tidak kira terhadap majikannya, ahli keluarga, bangsa dan negaranya. 4.4 Etika berfungsi sebagai pencegahan disiplin Mana-mana badan professional telah menggunakan kod etika yang berfungsi sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang aduan diterima. Aduan-aduan ini akan dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat serta mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sesebuah organisasi atau jabatan. Etika juga digunakan pakai untuk mengelakkan penggunaan maklumat-maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan diri sendiri. 5.0 FUNGSI UNDANG-UNDANG DALAM KEHIDUPAN Hukum dan undang-undang adalah untuk moderate kehidupan manusia. Iaitu untuk mengawal dan menyeimbangkan tindakan-tindakan manusia. Peraturan dan undang-undang terbentuk berpaksikan kepada nilai atau etika yang dipegang oleh sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, satu tindakan yang dianggap salah dan menjadi kesalahan besar di Negara ini, tidak semestinya menjadi kesalahan di Negara lain. Lantas, undang-undang boleh berbeza-beza di antara satu Negara dengan Negara yang lain disebabkan nilai yang dipegang juga berbeza. Ia disebabkan faktor yang mempengaruhi etika itu sendiri seperti yang kita perbincangkan sebelum ini, iaitu dari segi nilai agama, kepercayaan, adat dan budaya hidup sesebuah kaum itu. Seandainya manusia bertindak di dalam batas-batsa norma kehidupan manusia yang biasa, maka tidak ada keperluan untuk undang-undang dikuatkuasaskan ke atas mereka. Hanya apabila seseorang bertindak bertentangan dengan nilai yang dipegang oleh komuniti, maka dia akan diingatkan dengan kuatkuasa undang-undang. Undang-undang juga berfungsi sebagai peneyelesaian konflik. Tindakan undang-undang biasanya bermula akibat berlakunya pertindihan kepentingan (conflict of interest) antara dua pihak atau lebih. 17

OUMM3203 Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya kesatuan hati. Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna konflik yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya. Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu sebagai panduan dalam memastikan

keharmonian Negara dapat dicapai. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah tercetusnya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) maka lahirlah Rukun Negara. Rukun Negara digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni. Ideologi negara ini telah diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Sejak diperkenalkan, Rukun Negara telah menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini. Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, memelihara cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dicapai bersama secara adil dan saksama, membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden. 18

OUMM3203 Mari kita senaraikan dan kupas lima prinsip Rukun Negara tersebut. Lima rukun tersebut ialah Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan undang-undang dan Kesopanan dan

kesusilaan. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus dilihat dan difahami sebagai nilai kenegaraan yang sangat mendasar dan ianya mesti difahami dan dihayati dengan penuh komitmen, kesedaran dan penghayatan oleh setiap rakayat di negara ini. Huraian ringkas bagi 5 rukun Negara itu adalah seperti yang dihuraikan dibawah : 1. Pertama, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menggambarkan

bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita. Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun pemikiran luhur dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu. Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing

sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyuburkan sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi. 2. Kedua, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja dan

Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong 19

OUMM3203 (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini. Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah payung negara yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali. 3. Ketiga, prinsip Keluhuran perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali

sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undangundang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang. 4. Keempat, prinsip Kedaulatan undang-undang. Setiap negara mempunyai

undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undangundang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial). 20

OUMM3203 Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia. Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara. Moral dan akhlas yang dititipkan dalam peribadi individu dapat menjamin dan sebagai panduan dalam setiap tingkahlaku mereka. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertaian kebebasan dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya. 5. Kelima, Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat

dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan yang boleh menyeuntuh sensitiviti kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang dianutinya.

21

OUMM3203 Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kerajaan telah merangka pelbagai cara dan langkah yang dapat membantu masyarakat untuk terus mempunyai moral dan etika yang tinggi seperti kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Kempen-kempen ini yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara itu. Apa yang dapat disimpulkan disini Rukun Negara harus dilihat

sebagai internal cohesion atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat.Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan. Berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan diatas, manusai tidak boleh tidak mesti memerlukan etika, moral dan undang-undang dalam kehidupan mereka sejak kecil sehingga la dewasa. Sekiranya terdapat percanggahan antara undang-undang, moral dan etika, seseorang individu dianggap wajar untuk membuat pertimbangan peribadi yang professional. Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa undang-undang perlu mengatasi etika. Seseorang individu itu perlu menilai kesan dari segenap tindakan mereka dari pelbagai sudut. Pada kebiasaannya seseorang itu tidak akan mendapat penyelesaian yang terbaik jika hanya memandang sesuatu situasi dan masalah dari satu sudut sahaja. Walau bagaimanapun, mematuhi etika, moral dan undang-undang tidak semestinya diakhiri dengan penyelesaian yang baik. Undang-undang terutamanya perlu dipinda dan diubah suai mengikut kesesuaian situasi persekitaran dan peradaban mereka supaya masyarakat mendapat manfaat sepenuhnya. Misalnya, dalam isu kes penderaan kanak-kanak yang semakin berleluasa dari sehari ke sehari, pihak berkuasa mewajibkan ahli keluarha atau jiran tetangga membuat laporan secepat mungkin apabila mereka menyedari penderaan tersebut berlaku. Mereka perlu lebih peka terhadap persekitaran mereka dan prihatin dengan setiap yang berlaku. Ia secara tidak langsung mendidik kita menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan saling mengambil berat bagi menjamin kehidupan yang harmoni. 22

OUMM3203 6.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, undang-undang, etika dan moral merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia yang sejahtera, selamat dan terjamin. Undangundang yang bersendiri tanpa etika dan moral tentu akan menjadi tempang. Namun begitu, bukan semua nilai etika dan moral mengiringi setiap undang-undang kerana tidak semua orang memiliki tahap etika dan moral yang sama. Apa yang penting di sini, asalkan undang-undang yang sedia dapat digunan pakai dan memberi kebaikan maksimu kepada manusia keseluruhannya.

23

OUMM3203 7.0 RUJUKAN 1. Profesional Ethic : etikaprof.blogspot.com 2. Ariwibowo.2005.Akhlak.http://mediasauna.multiply.com/journal/items/ 3. Lismasetyowati.blogspot.com/2010/10/factor-faktor-yang-mempengaruhi-etika.html 4. www.scribd.com/doc/16567988/peranan-masyarakat 5. Social-sciences/psychology/2134277-faktor-faktor-yang-mempengaruhi-etika/ 6. Pengurusanetika.blogspot.com/2010/08/konsep-konsep-pengurusan-etika 7. INTAN.Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. 1991.m.s.18 8. James A.Waters.Catch 20.5:Corporate Morality as an Organizaational Phenomenon, Organizational Dynamics 6.no.4 (spring 1978) :3-15 9. www.scribd.com/doc/6513532/Nilai-Dan-Etika-Dalam-Pengurusan 10. Almukhlisah.wordpress.com/2011/07/30-keberkesanan-undang-undang-moral-dalammenangani-gejala-sosial 11. Yusof Ismail, Khayati Ibrahim.2004.Dasar-dasar-Kerajaan-Malaysia:Tinjauan

menyeluruh. Kuala Lumpur

24

Anda mungkin juga menyukai