Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

INTEGRASI DAERAH KUALA SELANGOR


SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM BATU 20

TARIKH 8 MAC – 10 MAC 2016

PENGANJUR PPD KUALA SELANGOR

OBJEKTIF Selepas mengikuti Perkhemahan , murid-murid akan dapat:-


PERKHEMAHAN 1) Memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai aktiviti
kokurikulum.

2) Membentuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin serta


peranan murid semasa melakukan aktiviti perkhemahan.

3) Meningkatkan keyakinan diri dan sifat berani dalam setiap situasi.

4) Memimpin dan membimbing murid supaya jelas hala tuju masa


hadapan.

5) Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani


dan intelek.

SUMBANGAN Murid - RM100

TEMPAT Pusat Kokurikulum Seri Gambut Tg. Karang, Selangor

KEM KOMANDAN En. Abdul Rahman bin Talib

PESERTA Murid : 6 Orang


Guru : 4 Orang
Jumlah : 10 Orang

KENDERAAN KERETA GURU


ATURCARA HARI PERTAMA
PERKHEMAHAN 8.00 pagi : Murid berkumpul di kelas PPKI.
9.00 pagi : Murid diberi taklimat tentang disiplin sebelum,
semasa dan selepas perkhemahan.
9.30 pagi : Bertolak ke Pusat Kokurikulum Seri Gambut.
10.30 pagi : Tiba di Pusat Kokurikulum Seri Gambut.
12.30 tengah hari : Makan tengah hari dan solat Zohor.
2.00 petang : Mendirikan khemah.
3.00 petang : Pembahagian kumpulan dan aktiviti LDK.
4.30 petang : Minum petang dan solat Asar.
6.30 petang : Membersihkan diri dan makan malam.
7.30 malam : Solat Maghrib.
8.30 malam : Solat Isyak.
9.00 malam : Persediaan Malam Kebudayaan.
10.00 malam : Minum malam.
12.00 malam : Bersurai.

HARI KEDUA
6.00 pagi : Membersihkan diri.
6.30 pagi : Solat subuh.
8.00 pagi : Solat gerhana.
7.15 pagi : Senaman pagi.
9.00 pagi : Sarapan pagi.
9.30 pagi : Ikhtiar hidup.
12.30tengah hari : Makan tengah hari dan rehat.
1.30 petang : Solat Zohor.
2.30 petang : Aktiviti memancing.
4.30 petang : Solat Asar.
6.30 petang : Membersihkan diri dan makan malam.
7.30 petang : Solat Maghrib.
8.30 malam : Solat Isyak.
9.00 malam : Malam kebudayaan.
10.30 malam : Kembara malam.
11.30 malam : Minum malam.
12.00 malam : Bersurai.

HARI KETIGA
6.00 pagi : Membersihkan diri.
6.30 pagi : Solat subuh.
7.15 pagi : Senaman pagi.
9.00 pagi : Makan pagi.
9.30 pagi : Mengemas khemah
12.00tengah hari: Majlis penutup
1.00 petang : Bersurai.
PELAPORAN

1. Murid-murid dan guru PPKI berada di sekolah pada pukul 7.30 pagi untuk membuat
persiapan terakhir sebelum bertolak ke Pusat Kokurikulum Seri Gambut.

2. Setiba di Pusat Kokurikulum Seri Gambut, murid mendirikan khemah. Pembahagian


kumpulan dan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) turut dijalankan. Pada waktu
malam, murid membuat persediaan Malam Kebudayaan mengikut tema yang
disediakan bagi setiap kumpulan.

3. Pada hari kedua, murid dan guru mendirikan solat gerhana. Kemudian, aktiviti
senaman pagi dan kawad kaki dijalankan dengan pimpinan Kem Komanden. Pada
pukul 9.00 pagi, aktiviti ikhtiar hidup seperti memasak maggi dan membuat roti lilit
diadakan mengikut kumpulan kecil.

4. Pada waktu petang, aktiviti memancing telah dijalankan di tepi bendang. Tepat pukul
9.00 malam, Malam Kebudayaan diadakan dengan persembahan pelbagai tema seperti
lakonan, nasyid, pentomen dan tarian dipersembahkan oleh murid. Kemudian, aktiviti
kembara malam dijalankan bagi menguji tahap keberanian murid.

5. Pada hari ketiga, senaman pagi diadakan supaya murid sentiasa cergas. Sebelum
majlis penutup berlangsung, murid mengemas khemah. Kawasan perkhemahan turut
dibersihkan secara bergotong-royong.

6. Pukul 12.00 tengah hari, majlis perasmian penutup berlangsung. Pelbagai amanat yang
disampaikan kepada murid Pendidikan Khas. Antaranya adalah supaya mereka dapat
mengamalkan sikap bekerjasama, kepimpinan dan setia kawan semasa perkhemahan
ini dalam kehidupan seharian. Pada pukul 1.00 petang, para tetamu, murid dan guru
beransur pulang dan bersurai.
LAMPIRAN :
GAMBAR PERKHEMAHAN PENGAKAP PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI DAERAH KUALA SELANGOR
SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM BATU 20

Pembahagian kumpulan

Aktiviti memasak maggi dan air

Aktiviti membuat roti lilit


Lawatan ke sawah padi

Aktiviti memancing

Malam Kebudayaan
Ucapan perasmian penutup

Penyampaian hadiah
DAPATAN DARIPADA PERKHEMAHAN:

1. Perkhemahan ini akan memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka juga
mempunyai potensi menjadi individu atau masyarakat yang cemerlang dalam kehidupan
pada masa depan.
2. Mereka haruslah diberi peluang dan pendedahan dalam aktiviti luar kerana ia bertujuan
untuk mengeneralisasikan pelajar kearah kehidupan yang sebenar.
3. Aktiviti luar ini juga merupakan sebahagian daripada komponen Sosial dan Alam Sekitar
di bawah bidang sosial,riadah dan kreativiti sebagaimana yang terdapat dalam Sukatan
Pelajaran.
4. Dapat memupuk penyertaan masyarakat secara total dan penglibatan secara global.
5. Dapat menghidupkan suasana yang lebih harmoni dan ceria dikalangan guru,murid dan
masyarakat.
6. Dapat memberi pendedahan kepada semua yang terlibat mengenai pergaulan
perhubungan, perluasan komunikasi dan kesediaan bekerjasama bagi menjayakan sesuatu
program.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………………………... ……………………………………
(NORAINI BINTI ABDUL KHALIF) ( PN. NOR HAIDA BINTI ISMAIL )
Guru Pendidikan Khas, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20. Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20.

Disahkan oleh:

…………………………………………
(EN.SHAMSUDDIN BIN HJ. ABU ABAS, A.S.A)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20.

Anda mungkin juga menyukai