Anda di halaman 1dari 19

Download Tugasan Adhd Jan 2013

Transcript
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBSL1203 PSIKOLOGI KANAK-KANAK BERMASALAH
PEMBELAJARAN JANUARI 2013 Nama : UMMI LAILA BT. MOHAMAD TAUHID No. matrik :
740601086932001 No. Kad Pengenalan : 740601086932 No. Telefon : 017-9739005 Alamat E-
Mail : lailatauhid@yahoo.com Nama Tutor : RASIDAH BINTI ISMAIL Learning Centre: OUM
Cawangan Kuala Terengganu SMP Ambilan January 2012 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0
Pengenalan 3 2.0 Definisi Masalah Kurang Tumpuan Hiperaktiviti ADHD 4 2.1 Ciri-ciri Kanak-
kanak Dengan ADHD 5 2.2 Penyebab ADHD 6 2.2.1 Faktor Generik 2.2.2 Faktor Neorobiologi
2.2.3 Faktor Persekitaran 2.3 Intervensi Awal Kanak-kanak ADHD 7 2.4 Peranan Guru dan Ibu
Bapa 8 2.5 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 9 3.0 Sorotan kajian ADHD 10 3.1 Rawat
Perilaku ADHD 3.2 Kepentingan Permakanan yang Betul 3.3 Rawatan 3.4 Terapi Permainan
Musical Carpet 3.5 Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah Tentang ADHD 4.0
Kesimpulan 14 Rujukan 15 Lampiran 16 Lampiran 1: Terapi Permainan Musical Carpet 17
Lampiran 2: Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah 25 Lampiran 3: Anak Hiperaktif 35
1.0 PENGENALAN Masalah Kurang Tumpuan Hiperaktiviti atau Attention Deficit-hyperactivity
Disorder(ADHD) sebenarnya sudah lama dikenali oleh masyarakat, tetapi dengan istilah yang
berbeza. Sejarah gangguan ADHD telah mendapat pelbagai pelabelan yang memberi pelbagai
pandangan tentang penyebab tetiologinya. Menurut De Clerq (dalam Mulyono, 2003:10)
berdasarkan terminologinya, dibahagi dua kelompok. Pertama dengan istilah Minimal Brain
Damage dan Minimal Brain Disfunction yang menyatakan tentang penyebab gangguan.
Terminologi kedua seperti Hyperkinetic Reactions of Childhood, Hyperkinetic Child Syndrome,
dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Ada beberapa sejarah perkembangan munculnya
ADHD, antara lain; 1. Pada tahun 1930 sampai 1960, gangguan ini dikenal oleh masyarakat
dengan istilah Minimal Brain Damage yang merujuk kepada kerosakan otak. Di mana masalah
hiperaktif, perhatian dan tumpuan menunjukkan luka otak yang jelas oleh Electro Encepalo Grafi
(EEG). 2. Pada tahun 1960, istilah Minimal Brain Damage diganti dengan Minimal Brain
Disfunction. Istilah ini merujuk kepada gangguan fungsi (disfunction). Hal ini disebabkan
bahagian-bahagian tertentu otak tidak berfungsi. 3. Pada tahun 1960 sampai 1969, gangguan ini
lebih ditekankan pada hiperaktiviti, dan istilah rasmi yang dicantumkan dalam Diagnostic and
Statistical Manual of Mental Disorders II (DSM-II), iaitu Hyperkinetic Reactions of Childhood
Syndrome. 4. Sejak tahun1970, perhatian dan impulsif ditekankan sehingga DSM-III (1980) yang
dikeluarkan oleh Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah memperkenalkan istilah Attention
Deficit Disorder (ADD) untuk menerangkan kumpulan kanak-kanak itu sama ada keadaan ini
wujud atau tidak wujud bersama-sama hiperaktiviti. Istilah ini didefinisikan semula supaya
meliputi kedua-dua jenis kecelaruan ini beberapa tahun kemudian dan dikenali sebagai Attention
Deficit-hyperactivity Disorder (ADHD). Istilah ADHD telah ditegaskan lagi dalam DSM IV(1987).
Walaupun terdapat ibu bapa dan profesional yang menggunakan istilah ADD, namun istilah
terkini yang paling tepat digunakan adalah ADHD. 2.0 DEFINISI MASALAH KURANG
TUMPUAN HIPERAKTIVITI (ADHD) Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau
kekurangupayaan hiperaktif dan kurang tumpuan adalah sejenis keadaan neurologi yang
melibatkan masalah tumpuan dan keaktifan impulsif yang berkembang secara tidak konsisten
dengan umur kanak-kanak. Masalah ini melibatkan kegagalan perkembangan fungsi penting
otak yang mengawal kawalan dan limitasi diri. Kehilangan kawalatur kendiri ini mengganggu
fungsi otak lain yang penting untuk mengimbangi perhatian termasuk kebolehan untuk
membezakan ganjaran serta merta atau ganjaran terkemudian (Barkley, 1998). Mengikut Kamus
Dewan edisi Keempat, ADHD merupakan sifat kanak-kanak yang terlampau cergas atau aktif
pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar dikawal. Kanak-kanak
mengalami suatu masa perkembangan yang memerlukan proses keseimbangan, pergerakaan
dan manipulasi. Keseimbangan yang merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan
badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan ini berkaitan dengan tingkah laku
kanak-kanak tersebut. Manakala manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan
objek di persekitarannya (Scrib, 2010). Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah mendefinisikan
ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya dapat dikesan sebelum umur
tujuh tahun. ADHD merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsif, dan atau
hiperaktiviti-impulsif yang lebih kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu
pada tahap-tahap perkembangannya. Terdapat 3 kategori ADHD berdasarkan definisi oleh
Persatuan Psikologi Amerika (Marilyn Friend, 2005), iaitu ADHD kurang tumpuan, ADHD
hiperaktif impulsif dan ADHD gabungan. Menurut Dr. Seto Mulyadi yang telah memberikan
maksud tentang hiperaktif dengan mengatakan bahawa hiperaktif menunjukkan suatu pola
perilaku yang menetap pada seorang anak. Perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam,
tidak dapat memberi tumpuan dan bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif (Mohd
Faldz Hj Ibrahim, 2007). 2.1 CIRI-CIRI KANAK-KANAK DENGAN ADHD Salah satu kecelaruan
psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak ialah ADHD(Barkley, 1990). Mengikut Buku
Panduan Diagnosis dan Stastik tentang Kecelaruan Mental edisi ke IV (DSM-IV) yang
dikeluarkan oleh Persatuan Psikiatri Amerika, kecelaruan ini wujud dalam salah satu atau
kesemua tiga ciri, iaitu hiperaktiviti, kesukaran memberi tumpuan dan kelakuan impusif. Keadaan
hiperaktiviti memperlihatkan kanak-kanak yang kerap mengerakkan tangan atau kaki, sering
meninggalkan tempat duduk ketika di kelas atau situasi lain yang mengkehendaki duduk diam,
selalu berjalan, berlari ke situ ke sini atau memanjat secara melampau dalam situasi yang tidak
sesuai dan sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor.
DSM-IV (APA, 1994) menjelaskan simptom kesukaran memberi tumpuan umumnya merujuk
kepada kesukaran mengekal tumpuan dalam tugasan atau aktiviti permainan, gagal memberi
tumpun yang teliti terhadap perkara yang rumit serta membuat kesilapan atau cuai semasa
membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain. Tumpuan pelajar ADHD juga akan mudah
bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain dan menjadi mudah pelupa walaupun tidak
sepatutnya jika mengikut usia. Sementara kelakuan impulsif individu yang mengalami ADHD
menunjukkan tingkah laku mereka yang tidak berfikir sebelum bertindak seperti selalu memberi
jawapan sebelum soalan lengkap diajukan, kurang sabar dan menghadapi masalah ketika
menunggu giliran, sering mengganggu atau mencelah perbualan orang lain, sering membuat
pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan. Kebanyakan individu yang
mengalami ADHD mempunyai kedua-dua ciri kesukaran memberi tumpuan dan hiperaktiviti-
impulsif, namun juga terdapat individu yang lebih ketara pada ciri tertentu. 2.2 PENYEBAB
ADHD Dalam hal ini, terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi berlakunya masalah
ADHD di kalangan kanak-kanak sama ada biologi seperti masalah neorobiologi dan genetik
(Bower, 2003; National Institute of Mental Health, 2003; The National Resource Center on
ADHD, 2003). Walaubagaimana pun, faktor persekitaran mempengaruhi tahap keseriusan
kecelaruan yang dihadapi. 2.2.1 Faktor genetik Faktor genetik adalah merupakan faktor semula
jadi yang memainkan peranan yang amat besar dalam terjadinya gangguan perilaku ADHD.
Dalam hal ini, individu dengan ADHD berkemungkinan besar mempunyai corak ADHD dalam
kelurganya. Selain daripada itu, kembar yang lahir juga besar kemungkinan akan menghadapi
masalah ADHD. 2.2.2 Faktor neurobiologi Ahli sains mendapati mendapati perbezaan fungsi
otak, dimana tiga bahagian otak iaitu cortex, basal ganglia, dan serebelum kerap berfungsi
secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD berbanding individu lain. Khususnya bagi
kanak-kanak dan orang dewasa dengan ADHD, terdapat kurang aktiviti elektrikal dan kurang
tindak balas terhadap ransangan bagi bahagian-bahagian tersebut. Faktor bahan kimia yang
terdapat di dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter yang memancarkan maklumat
daripada salah satu daripada tiga bahagian di atas kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan
dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD. 2.2.3 Faktor
Persekitaran Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa faktor neurobiologi dan genetik
merupakan punca utama terjadinya ADHD, dan faktor persekitaran pula dilihat sebagai
penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanak-kanak. Misalnya kanak-
kanak dengan ADHD yang dididik dalam keluarga yang teratur dan mempunyai peraturan yang
jelas akan berkemungkianan besar menunjukkkan ciri-ciri ADHD yang ringan. Dalam hal
kecederaan otak, mungkin terjadi semasa tempoh pranatal akibat daripada penggunaan dadah,
merokok, atau pengambilan alkohol oleh ibu yang seterusnya mempengaruhi anak-anak untuk
berpotensi mengalami masalah ADHD ( Norman Supadma, 2009). Semasa proses kelahiran,
kecederaan otak berlaku akibat kekurangan oksigen seperti lamanya proses persalinan, distress
fetal, dan sebagainya dibandingkan dengan persalinan yang normal. Hal ini seterusnya akan
menganggu perkembangan bayi dan apabila mencapai satu tahap umur akan mengalami
masalah ADHD. 2.3 INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK ADHD Gabungan usaha pendidikan,
perkembangan kemahiran, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang boleh
dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan ADHD dikenalpasti dengan : 2.3.1 Terapi Tingkah
Laku Kanak-kanak ADHD memerlukan bantuan mengorganisasi diri mereka dengan
penjadualan. Memastikan kanak-kanak ini melakukan perkara yang sama sejak mereka bangun
hingga tidur malam. Penjadualan tersebut dapat mengekalkan kebiasaan aktiviti-aktiviti harian
supaya murid ADHD dapat menjangkakan perkara yang patut dilakukan pada setiap hari. Kanak-
kanak ADHD memerlukan peraturan yang ketat dan konsisten serta mudah diikuti. Contohnya,
memastikan mereka meletakkan barang seperti permainan, buku di tempat yang ditetapkan.
Sekiranya, peraturan dipatuhi, kanak-kanak berkenaan perlu diberi ganjaran seperti pujian.
Seterusnya kanak-kanak ADHD memerlukan bantuan penyusunan tugasan. Galakkan kanak-
kanak ADHD mencatatkan atau menulis tugas-tugas yang perlu dilakukan. 2.3.2 Psikoterapi
Psikoterapi membantu kanak-kanak ADHD menerima masalah yang dihadapi dan mengambil
tindakan untuk mengurangkan kesannya. Kanak-kanak berbincang bersama therapist tentang
pemikiran dan perasaan yang ada pada diri mereka. Mereka dibawa memahami diri sendiri dan
bagaimana mereka dapat mengatasi masalah yang di hadapi. Tujuan ini ialah untuk mencari
jalan lain mengurus emosi dan perasaan mereka. 2.3.3 Latihan Kemahiran Sosial Latihan ini
dapat membantu kanak-kanak mempelajari tingkah laku atau kelakuan baru. Seorang therapist
akan berbincang dan cuba model tingkah laku yang memadai atau sesuai untuk mengekal
hubungan sosial yang baik. Antara tingkah laku berkenaan ; menunggu mengikut giliran,
berkongsi barang permainan, meminta pertolongan dan sebagainya. Dalam program latihan
kemahiran sosial kanak-kanak diajar bagaimana membaca gerak-geri badan dan intonasi
suara orang lain sebagai tanda sesuatu tingkah laku dan cara bertindak. Latihan kemahiran
sosial penting untuk membantu kanak-kanak mencari jalan bercampur gaul dan bermain dengan
kanak-kanak lain. 2.4 PERANAN GURU DAN IBU BAPA Bagi menangani kanak-kanak ADHD,
guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang ADHD supaya dapat melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Selain itu kemahiran mengurus tingkah laku
dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku murid ADHD-nya. Kerjasama
guru dengan ibu bapa adalah sangat penting kerana ibu bapa dapat menyediakan maklumat-
maklumat penting tentang anak mereka, ini membantu guru menyusun strategi pengajaran dan
pembelajaran. Pendidikan keluarga merupakan pendidikan yang pertama, oleh kerana itu ibu
bapa adalah pendidik yang pertama, di mana diletakkan dasar-dasar pandangan hidup dan
pembentukkan peribadi anak. Justeru itu, ibu bapa hendaklah menerima hakikat bahawa
kemungkinan anak tidak akan mencapai tahap prestasi akademik seperti kanak-kanak biasa
setelah anak didiagnosis ADHD. Ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan tentang ADHD supaya
dapat mengurangkan masalah yang timbul daripada ADHD. Di antara kemahiran yang perlu
dikuasai oleh ibu bapa adalah seperti membina peraturan disiplin yang berkesan, bagaimana
menetapkan jangkaan dan hadnya, pengurusan tingkah laku, membina strategi untuk
menangani masalah tingkah laku yang serius dan ibu bapa juga perlu belajar cara mengurus
perasaan marah dan juga tekanan. Bureau on Learning Disabilities (BOLD) di dalam naskah
maklumatnya telah memberikan prinsip-prinsip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam
mendidik anak mereka. Ibu bapa dan guru hendaklah memberi sokongan motivasi seperti
memberi pujian dan ganjaran apabila mereka dapat membuat sesuatu tugasan dengan baik. Ini
dapat membantu kenyakinan diri kanak-kanak ADHD ini. Ibu bapa dan guru juga harus
membantu pelajar ADHD ini mencungkil bakat yang terpendam seperti bermain alat muzik,
bersukan dan sebagainya serta menentukan satu matlamat yang realistik kepada kanak-kanak
ini. Kesabaran yang tinggi diperlukan oleh ibu bapa dan guru dalam mendidik kanak-kanak
ADHD dengan berulang kali dan sikap yang bijaksana diperlukan dari semua pihak, khususnya
ibu bapa. Guru dan ibu bapa hendaklah berusaha memahami keadaannya dan membimbingnya
dalam melakukan aktiviti. 2.5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Perhatian
yang lebih dari ibu bapa dan guru amat diperlukan dalam menangani kanak-kanak ADHD
supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan sebaiknya. Pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan ialah pendekatan diagnosis yang memerlukan guru
mengenal pasti corak tingkah laku pelajar dari semasa ke semasa dengan membuat
pemerhatian serta mendapatkan laporan tingkah laku sama ada di sekolah dan di rumah. Dalam
pendekatan diagnosis, guru hendaklah memberi perhatian yang lebih terhadap kanak-kanak
ADHD. Bagi memastikan kanak-kanak tersebut sentiasa dalam perhatian guru dengan
meletakkan tempat duduknya berdekatan dengan meja guru, dibarisan hadapan kelas serta di
kalangan rakan-rakan lain yang tenang. Guru juga digalakkan untuk memberi pujian
terutamanya apabila pelajar ini mampu mengawal diri mereka menjadi lebih tenang dan tidak
menganggu pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008) Pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah pendekatan konstruktivisme sosial seperti
pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran, kolaboratif dan sebagainya yang memberi fokus
kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan memori pembelajaran
kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran. Selain daripada itu juga, minda para
pelajar yang ADHD ini mampu berkembang melalui penerokaan idea-idea yang baru.
Pembelajaran berkumpulan juga mampu memaksimumkan kemahiran sosial, komunikasi,
interpersonal, kinestetik dan pelbagai lagi yang dapat mengurangkan masalah kurang tumpuan
dalam kalangan pelajar yang ADHD ini. Kanak-kanak ADHD boleh dididik dan mempunyai
potensi untuk berkembang seperti kanak-kanak lain melalui intervensi pengajaran yang
berkesan. Di antara intervensi pengajaran yang berkesan ialah mengajar menurut urutan yang
tersusun. Guru perlu menggunakan banyak contoh, ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep
dan menggunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran. Pengajaran hendaklah di
bahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah. Arahan yang
diberi hendaklah jelas, ringkas dan lengkap. Meminta murid mengulang arahan yang diberikan.
Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu
maklumat. Aktiviti pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk
mengambil bahagian secara aktif. 3.O SOROTAN KAJIAN ADHD Anak adalah permata hati,
kurniaan, anugerah dan amanah yang diberi kepada ibu bapa. Beruntung bagi pasangan yang
memiliki anak. Namun begitu, bagaimanakah jika kita dikurniakan anak bermasalah? Isu yang
ingin saya ketengahkan ialah cara menangani ADHD oleh ibu bapa dan guru. 3.1 Rawat perilaku
ADHD Isu Anak Hiperaktif ( Berita Harian, 02 Februari 2013 ) menyatakan kaedah rawatan dan
cara menangani tingkah laku ADHD dengan menggunakan kaedah pengurusan emosi yang
berkesan, seperti tidak meninggalkannya bersendirian bergaul dengan kanak-kanak lebih muda.
Ibu bapa perlu tahu bahawa kanak-kanak ini memerlukan perhatian, kasih sayang yang lebih
dan jangan merendah-rendahkan dirinya di depan orang lain hingga dia terasa tidak disayangi.
Ibu bapa perlu tahu bahawa kanak-kanak ini memerlukan perhatian, kasih sayang yang lebih
dan jangan merendah-rendahkan dirinya di depan orang lain hingga dia terasa tidak disayangi.
Hal ini boleh memburukkan keadaan dan berisiko membuatkan kanak-kanak ini bertindak di luar
kawalan. Ada kemungkinan dia akan melakukan kekerasan seperti mencederakan kawan dan
diri sendiri. Jauhkan alatan berbahaya dan tajam supaya dia tidak mencederakan dirinya sendiri,
tegur dan elak menunjukkan perbuatan kasar kerana kanak-kanak ADHD mudah meniru
pelakuan ibu bapanya. Lazimnya, kanak-kanak ADHD melakukan sesuatu tanpa memikirkan
orang lain di sekelilingnya, cuma ikut hatinya saja dan suka bermain bersendirian. Jika tidak
diubati, berkemungkinan penyakit ini akan berterusan hingga mereka dewasa. Mainkan
tanggungjawab anda sebagai ibu bapa dan lakukan yang terbaik buat mereka. 3.2 Kepentingan
permakanan yang betul Isu Anak Hiperaktif ( Berita Harian, 02 Februari 2013 ) menyatakan
pemakanan yang berkualiti adalah sangat penting untuk kesihatan kanak-kanak dan diperlukan
untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak yang optimum. Di masa tumbesaran
meningkat, perubahan fisiologi berlaku dan mempengaruhi keperluan pemakanan. Jika
keperluan ini tidak dipenuhi, ia boleh mempengaruhi kanak-kanak dalam banyak cara mereka
boleh mengalami tahap konsentrasi dan kecerdasan yang berkurangan, tingkah laku ADHD,
tenaga berkurangan dan penyakit. Mengikut kajian untuk mengatasi masalah pelajar ADHD
adalah ibu bapa perlu menjaga aspek pemakanan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008).
Bagi mengurangkan tingkah laku ADHD ini, ibu bapa perlu membekalkan segala keperluan
makanan yang seimbang dalam hidangan anak-anak mereka. Vitamin B membantu membuka
tenaga dalam glukos. Kekurangan vitamin B boleh mengganggu pembelajaran dengan
menyebabkan perubahan perwatakan termasuk bersifat agresif, permusuhan dan kemurungan.
Tiada sumber makanan yang membekalkan kesemua vitamin B perlukan. Oleh itu, kepelbagaian
makanan berkhasiat adalah penting (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008). 3.3 Rawatan
Berdasarkan cadangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, ubat-ubatan boleh
menurunkan kadar ADHD dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. ADHD tidak
boleh diubati tetapi boleh dikawal ( Berita Harian, 02 Februari 2013 ). Rawatan ADHD dikatakan
lebih baik dengan gabungan perubatan dan terapi. Amat penting memilih rawatan terapi yang
spesifik dan sesuai untuk kanak-kanak ini. Susulan rawatan yang terancang sangat membantu
kembali normal. Segala maklumat perkembangan mereka boleh didapati melalui ibu bapa, guru
dan kanak-kanak itu sendiri. Perawatan alternatif semakin menjadi perhatian, termasuk makanan
tambahan dan herba, manipulasi kiropratik dan perubahan diet. Walaupun memakan serat dan
nutrisi asas lain adalah baik dalam proses merawat ADHD, tidak banyak kajian
mengesahkannya. Bagaimanapun tidur yang cukup terbukti dapat membantu mengurangkan
simptom ADHD. Kanak-kanak ini mungkin diberikan terapi tambahan bergantung kepada
simptom dan apa yang diperlukan mereka. Ibu bapa perlu selalu berwaspada terhadap setiap
tindakan yang boleh membahayakan diri kanak-kanak itu. Beritahu doktor jika ada perubahan
yang berlaku. Berdasarkan kepada cadangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,
Ubat-ubatan boleh menurunkan kadar ADHD dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih
baik. Ubat ini mengawal masalah ini untuk jangka masa yang panjang dan selamat untuk
digunakan. Ia disarankan untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas. Lazimnya, ubat yang
biasa digunakan adalah jenis Methylphenidate (Ritalin). Namun ubat ini mempunyai kesan
sampingan yang biasa berlaku iaitu hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.
Sebelum mengambil ubat ini, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor dan kesan
sampingannya perlu sentiasa dipantau. 3.4 Terapi permainan Musical Carpet Mengikut kajian
dalam jurnal Terapi Musical Carpet Dalam Menangani Masalah Murid Attention Deficit
Hyperactivity Disorder( Fatin Md. Ghazali & Maznah Madu, 2012), kajian ini, berjaya
membuktikan bahawa terapi permainan Musical Carpet merupakan satu kaedah yang boleh
digunapakai kerana ia membantu dalam mengurangkan masalah ADHD dan dapat
meningkatkan penglibatan murid ADHD di dalam sesi pembelajaran yang dijalankan. Ini selari
dengan kajian yang dijalankan oleh Woo Pei Jun ( 2011 ), iaitu penglibatan dalam permainan
dan aktiviti yang sesuai dapat membantu kanak-kanak ADHD memberi penumpuan yang lebih
baik, bersosial serta berinteraksi secara betul dengan kanak-kanak lain dan meningkatkan
kenyakinan diri. 3.5 Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah Tentang ADHD Melalui
kajian dalam jurnal Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah Tentang Gangguan
Hiperaktiviti Dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD)( Chong Siew Hiong & Rusnani Abdul Kadir,
2003), menunjukkan tahap pengetahuan guru bimbingan tentang ADHD yang rendah. Ini akan
menyebabkan guru bimbingan tidak dapat memenuhi keperluan kanak-kanak ADHD. Malahan
guru bimbingan juga gagal sebagai pakar rujuk kepada ibu bapa dan guru lain di sekolahnya.
Oleh sebab itu, pelbagai kecelaruan yang dialami oleh kanak-kanak dan remaja hendaklah diberi
penekanan dalam kurikulum pendidikan guru bimbingan dan kaunseling sama ada dalam latihan
sebelum perkhidmatan dan kursus dalam perkhidmatan. Guru bimbingan, yang merupakan
personel utama untuk menjaga kesihatan mental kanak-kanak di sekolah. Melalui kempen Cara
Hidup Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia telah merancang strategi tertentu untuk
meningkatkan kualiti kehidupan rakyat. Ini bermakna, guru bimbingan mesti diperlengkapkan
dengan ilmu dalam bidang kesihatan fizikal dan mental. Seperti kanak-kanak kurang upaya yang
lain, kanak-kanak ADHD boleh membesar dan mencapai kehidupan yang produktif jika mereka
dibantu secukupnya dengan penuh perhatian, kefahaman dan mendapat perkhidmatan
kesihatan mental yang wajar. 4.0 KESIMPULAN Kanak-kanak dengan ADHD adalah boleh
dididik dan mempunyai potensi untuk berkembang seperti kanak-kanak lain. Malah ada kanak-
kanak dengan ADHD yang menunjukkan pencapaian yang baik dalam pelajaran dan kerjaya
mereka. Sekiranya ibu bapa diberi kesedaran akan ciri-ciri ADHD besar kemungkinan mereka
dapat mengambil tindakan awal dengan mendapatkan rawatan untuk anak mereka yang
mempamerkan ciri-ciri tersebut. Maklumat mengenai ADHD perlu disebarkan oleh berbagai
institusi yang berkenaan supaya ibu bapa peka akan manifestasi kecelaruan itu. Tahap
pengetahuan ibu bapa tentang ADHD akan memberi kesan yang lebih mendalam kepada kualiti
kehidupan seseorang kanak-kanak yang mengalami ADHD. Ini kerana ibu bapa merupakan
individu yang paling akrab dan signifikan kepada kanak-kanak dan penglibatan ibu bapa
mempengaruhi pencapaian kanak-kanak di sekolah. Ibu bapa perlu berhati-hati dalam menilai
anak-anak supaya andaian yang dilakukan adalah betul. Oleh itu, ibu bapa hendaklah merujuk
doktor atau pakar kanak-kanak untuk melakukan penilaian bagi menentukan sama ada anak-
anak tersebut dikategorikan sebagai ADHD atau tidak. Ibu bapa seharusnya membimbing anak-
anak dan memberikan garis panduan supaya mereka dapat menguruskan diri sendiri dengan
baik walaupun dalam keadaan ADHD. Kanak-kanak ADHD ini memerlukan sokongan dan
bantuan ibu bapa, guru, doktor dan masyarakat sekeliling. Rawatan dan terapi yang dilakukan ke
atas kanak-kanak ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka menjalani kehidupan dengan
lebih bermakna. ( 3064 patah perkataan) RUJUKAN Amy Vierhile, A. R.-K. 2009, February.
Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder in Children and Adolescents : Closing Diagnostic,
Communication, and Treatment. Retrieved February 12, 2013, from Journal of Pediatric Health
Care: http://www.jpedhc.org Awang Had Salleh. 1980. Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah
Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Chong Siew Hiong dan Rusnani
Abdul Kadir, 2003. Pengetahuan Guru Besar Sekolah Rendah Tentang Gangguan Hiperaktiviti
dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD). Jurnal Pendidikan. Diperolehi pada 2 Februari 2013
daripada http://myais.fsktm.um.edu.my/5220/ Fatin Md Ghazali. 2012, Terapi Permainan Musical
Carpet Dalam Menangani Masalah Murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Diperolehi
pada 2 Februari 2013 daripada http://ojs.cakna.net/index.php/ar/article/view/685/682 Kamus
Dewan. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. KPM (Kementerian Pelajaran
Malaysia). 2010a. Sekolah Wawasan di Malaysia: Konsep, Cabaran dan Pelaksanaan. Putra
Jaya: KPM MAZNAN, S. S. 2007, April 22. ADHD dewasa pun ada. Mingguan Malaysia Mok
Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Nadia
Tahir, 2013, Ferbruari 2, Anak Hiperaktif. Berita Harian. Diperolehi pada 10 Februari 2013
daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Anakhiperaktif/Article/ Prof Dr Mohamed
Yusoff Ismail, Prof Madya Hazidi Abdul Hamid et al .2011. HBEF1503 Masyarakat dan Tamadun.
Seri Kembangan: Open Universiti Malaysia. Rief, S. F. 2007. Bagaimana Mendekati dan
Mendidik kanak-kanak ADD / ADHD. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad. Wan Abdul Halim Othman. 2008. Asas Hubungan Etnik. Pulau Pinang: Pusat
Penyelidikan Dasar USM (Universiti Sains Malaysia). LAMPIRAN Lampiran 1 TERAPI
PERMAINAN MUSICAL CARPET DALAM MENANGANI MASALAH MURID ATTENTION
DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER Oleh : Fatin binti Md. Ghazali & Maznah bte Madu
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ABSTRAK ADHD atau Gangguan Hiperaktif
dan Kurang Daya Tumpuan merupakan masalah biologi dan merujuk kepada gangguan kurang
daya tumpuan. Daya tumpuan merupakan aspek yang penting dalam pengajaran kerana
melaluinya murid dapat menerimamanfaat daripada pengajaran yang disampaikan. Kajian
tindakan ini bertujuan untuk mengurangkan masalah tingkah laku penumpuan murid ADHD dan
meningkatkan penglibatan murid ADHD dengan menggunakan Terapi Permainan Musical
Carpet. Seramai 3 responden dari murid kelas PK 3 Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II,
Kuala Terengganu telah dipilih menjadi responden kajian ini. Reka bentuk kajian ini adalah kajian
secara kualitatif dan kuantitatif. Instrumen yang digunakan ialah, pemerhatian berstruktur,
analisis dokumen ( video ) dan temubual. Dapatan kajian menunjukkan berlaku pengurangan
tingkah laku masalah penumpuan dalam kalangan murid ADHD menerusi pengurangan
kekerapan berlakunya tingkah laku masalah di antara responden yang dipilih sepanjang sesi
rawatan menggunakan terapi permainan Musical Carpet . Hasil analisis pemerhatian berstruktur
dan temubual mendapati penglibatan murid sepanjang sesi rawatan menggunakan terapi
permainan Musical Carpet lebih aktif di dalam sesi pembelajaran yang dijalankan. Pelbagai
cadangan dikemukakan bagi kajian lanjutan. Kata kunci : Kajian Tindakan, Terapi Permainan
Musical Carpet, ADHD, Masalah Tingkah Laku Penumpuan, Penglibatan PENGENALAN
Attention Deficit Hyperactivity Disorder ( ADHD ) atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti
merupakan satu keadaan seseorang itu sukar untuk duduk diam, mengawal tingkah lakunya dan
menumpukan perhatian ( Mingguan Malaysia, 22 April 2007 ). Sindrom hiperaktiviti dan minimal
brain dysfunction merupakan sindrom yang lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang
mengalami ADHD. Terdapat tiga criteria ADHD iaitu, tidak memberi tumpuan, impulsif dan
hiperaktif. Kanak-kanak yang tergolong dalam masalah ADHD ini sering bermasalah di dalam
pembelajaran kerana mereka sukar untuk memberi tumpuan ketika di dalam kelas dan sering
dianggap sebagai pengganggu oleh rakan-rakan yang lain. Justeru, pendekatan yang sistematik
dan menjurus perlu diaplikasikan dalam menyampaikan pengajaran dan memodifikasikan
tingkah laku kanak-kanak ADHD ini. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Sepanjang
menjalani praktikum di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran
( PPKIBP ), Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2 selama tiga bulan, pengkaji menghadapi
masalah dalam mengekalkan minat murid terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran
khususnya murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Murid-murid akan mudah
hilang fokus dan tidak memberikan penumpuan pada pengajaran pengkaji serta melakukan
sesuatu tingkah laku yang mengganggu pengkaji dan rakan-rakan sekelas yang lain untuk
belajar. Tingkah laku murid juga sering menimbulkan permasalahan kepada pengkaji di mana
mereka sering bertingkah laku distruptif di dalam kelas dan mempamerkan tingkah laku yang
tidak memberikan penumpuan kepada pengajaran pengkaji. Sebagai contoh, murid tidak dapat
duduk setempat dalam kadar yang lama ketika belajar di dalam kelas kerana tertarik dengan
aktiviti atau benda lain di persekitaran kelas mereka. Selain daripada itu, ada juga murid yang
sering bercakap sesuatu yang tidak dijangka dan di luar topik atau pembicaraan semasa. Bagi
murid ADHD, mereka akan kelihatan gelisah ketika berada lama dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran serta sering mengganggu rakan-rakan yang lain ketika berada di dalam kelas. Murid
tersebut seringkali menyiapkan tugasan yang diberikan dengan cepat dan cuai. Tugasan yang
dibuat tidak kemas dan terdapat banyak kesalahan di dalamnya kerana murid tersebut hanya
mahu menyiapkan tugasan dengan segera supaya mereka boleh bermain di dalam kelas atau
mengganggu rakan-rakan yang lain. Fokus Kajian Kajian ini berfokuskan kepada terapi
permainan Musical carpet dalam menangani masalah murid Attention Deficit Hyperactivity
Disorder. Ia menjurus kepada modifikasi tingkah laku penumpuan murid ADHD dan strategi
penyelesaian masalah untuk pengkaji yang mengalami masalah dalam mengurus dan mengawal
Murid ADHD khusunya semasa sesi P&P dijalankan. Masalah tingkah laku responden harus
dibendung supaya pengawalan kelas dan kelancaran proses P&P juga dapat diperbaiki.
METODOLOGI Kajian ini telah dijalankan kepada murid pendidikan khas di PPKIBP Sekolah
Kebangsaan Seri Budiman II, Kuala Terengganu. Namun, tumpuan diberikan kepada tiga orang
murid yang telah dikenalpasti melalui pemerhatian dan temubual di mana murid ini sering
mempamerkan tingkah laku masalah penumpuan ketika di dalam kelas. Murid-murid ini terdiri
daripada murid ADHD iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan. Dalam kajian tindakan ini,
pengkaji memungut data dengan menggunakan beberapa kaedah seperti analisis dokumen
( video ), pemerhatian dan temubual. Manakala instrumen yang digunakan ialah senarai semak
video dan pemerhatian. Bagi kajian ini pengkaji telah menggunakan model kajian yang telah
disarankan oleh Kemmis & McTaggart ( 1988 ). Berdasarkan model kajian ini terdapat empat
langkah utaman yang digunakan iaitu, mereflek ( Reflect ), merancang ( Plan ), bertindak
(Action) dan memerhati ( Observe ). MEREFLEK - Pemerhatian sepanjang PdP dan temubual -
Murid mudah hilang fokus - Tidak memberi penumpuan terhadap pengajaran guru MEREFLEK -
Pemerhatian sepanjang PdP dan temubual - Murid mudah hilang fokus - Tidak memberi
penumpuan terhadap pengajaran guru MERANCANG + Pr osedur perlaksanaan aktiviti +
Tempoh masa + Bahan yang diperlukan MEMERHATI + Ins t rumen : Anlisis Dokumen,
Rakaman Video, Pemerhatian Berstruktur & Temu bual + Hasil pemerhatian : Dapatan Kajian
BERTINDAK + Melaksanakan terapi permainan Musical Carpet + 4 X, 1015 minit +
Menjalankan pemerhatian Rajah 1 : Prosedur Kajian Tindakan Berpandukan Model Kemmis &
McTaggart ( 1988 ) Untuk menjawab persolan (i), pengkaji telah menganalisis dokumen dengan
menggunakan senarai semak bagi melihat tingkah laku masalah penumpuan ketiga-tiga
responden sebelum dan semasa terapi permainan Musical Carpet dijalankan. Daripada senarai
semak tersebut, data yang diperolehi dianalasis ke dalam entuk jadual. i. Adakah terapi
permainan muzical carpet boleh mengurangkan masalah tingkah laku penumpuan bagi murid
ADHD ? Jadual 1 : Pengurangan masalah tingkah laku penumpuan murid ADHD RESPONDEN
(R) / RAWATAN (T) BT T1 T2 T3 T4 R1 18 14 4 4 2 R2 13 11 8 3 1 R3 15 13 9 4 2 Jumlah 46 38
21 11 5 Berdasarkan jadual 1, jumlah pengurangan masalah tingkah laku penumpuan murid
ADHD dalam kalangan responden dianalisis dengan lebih terperinci dengan menterjemahkannya
ke dalam bentuk graf. Rajah 2 : Graf Pengurangan Masalah Tingkah Laku Penumpuan Murid
ADHD Berdasarkan rajah, dapatlah dilihat berlaku pengurangan bagi tingkah laku masalah
penumpuan dalam ketiga-tiga responden apabila dicampurkan kesemua tingkah laku bagi setiap
rawatan. Kekerapan tingkah laku penumpuan terjadi semakin berkurang dari rawatan ke rawatan
yang dijalankan. Melalui analisis senarai semak berdasarkan video ini, dapatlah dilihat bahawa
terapi permainan Musical Carpet berjaya dalam mengurangkan masalah tingkah laku
penumpuan murid ADHD Ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Woo Pei Jun ( 2011 ),
iaitu penglibatan dalam permainan dan aktiviti yang sesuai dapat membantu kanak-kanak ADHD
mengembangkan penumpuan yang lebih baik, meningkatkan keyakinan diri dan belajar bersosial
serta berinteraksi secara betul dengan kanak-kanak lain. Untuk menjawab persolan (ii), pengkaji
telah menganalisis dokumen dengan menggunakan kaedah pemerhatian . Instrumen yang
digunakan ialah senarai semak. ii. Adakah terapi permainan Musical Carpet boleh
meningkatkan penglibatan murid? Jadual 2 : Perbezaan Peratus Penglibatan Kaedah Tradisional
Dan Terapi Permainan ITEM PENGLIBATAN AKTIF MURID PERATUS PENGLIBATAN (%)
PERATUS PENINGKATAN (%) KAEDAH TRADISIONAL AKTIVITI TERAPI PERMAINAN Murid
dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran ketika beraktiviti 33.33 100 66.67 Murid
mengikuti arahan guru 33.33 100 66.67 Murid memberi respon terhadap guru 66.67 100 33.33
Murid mengemukakan soalan ketika beraktiviti - 33 67 Interaksi murid dengan murid 33.33 66.67
33.34 Interaksi murid dengan guru 66.67 100 33.33 Interaksi murid dengan bahan 100 100 -
Dapatan analisis pemerhatian melalui senarai semak mendapat, peratus penglibatan responden
meningkat dari kaedah tradisional kepada terapi permainan. Berdasarkan tujuh item yang
digunakan, enam item mencatatkan peningkatan penglibatan dalam kalangan responden. Item
interaksi murid dengan bahan mencatatkan peratus penglibatan yang sama kerana murid
pendidikan khas memerlukan pengajaran menggunakan bahan konkrit agar memudahkan
mereka untuk memahami sesuatu. Temubual Hasil temubual bersama responden mendapati
terapi permainan Musical Carpet diminati oleh responden dan responden ingin mengulangi
permainan ini di masa akan datang. Ini dapat dilihat melalui hasil temubual berikut : Pengkaji :
Seronok tak kita bermain hari ini ? Responden 1 : Seronok Responden 2 : Seronok
cikgu..Best..Best.. Responden 3 : Best Pengkaji ; Kenapa seronok main permainan ini ?
Responden 1 : Sebab ada kipas, api, komputer, laptop Responden 2 : Sebab main dengan
kawan-kawan, ramai kawan-kawan Responden 3 : Best Pengkaji : Nak main lagi tak permainan
ini ? Responden 1 : Nak Responden 2 : Nak Responden 3 : Nak, nak main esok Daripada
pernyataan ini, menunjukkan bahawa ketiga-tiga responden berminat dengan terapi permainan
yang dijalankan dan ingin melibatkan diri pada masa akan datang. PERBINCANGAN DAN
CADANGAN Kajian ini berjaya membuktikan bahawa terapi permainan Musical Carpet
merupakan satu kaedah yang boleh digunapakai kerana ia membanu dalam mengurangkan
masalah tingkah laku penumpuan dalam kalangan responden. Kajian ini juga membantu
pengkaji dalam meningkatkan penglibatan responden menerusi terapi permainan yang
dijalankan. tingkah laku penumpuan responden semakin berkurang dan responden dapat
memberikan tumpuan sehingga tamat sesi terapi permainan dijalankan. Terdapat beberapa
cadangan kajian yang boleh dilaksanakan bagi kajian akan datang. Penggunaan Terapi
Permainan musical Carpet boleh juga diaplikasikan bagi pelbagai masalah lain yang berlaku di
dalam bilik darjah serta dalam subjek atau topic pengajaran yang lain seperti bahasa Melayu,
Matematik dan bahasa Inggeris. Selain itu, pengkaji juga boleh mempelbagaikan bentuk token.
Ini bertujuan untuk menarik minat murid. Di samping itu, pengkaji juga boleh menambah
bilangan sampel dan memilih sampel kajian yang terdiri daripada pelbagai kategori pendidikan
khas kerana kajian ini hanya melibatkan 3 orang responden ADHD. Pengkaji seterusnya boleh
mengaplikasikan terapi permainan Musical Carpet kepada murid-murid pendidikan khas yang
lain bagi melihat keberkesanan kaedah ini. Penggunaan instrumen pengumpualan data yang
pelbagai seperti rekod anekdot dan catatan nota lapangan juga boleh digunakan oleh pengkaji
untuk cadangan kajian masa depan. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini berjaya
membantu murid ADHD dalam mengurangkan tingkah laku penumpuan mereka sekaligus
meningkatkan penglibatan mereka ketika beraktiviti. Namun, kajian ini boleh diberi
penambahbaikan dan diperluaskan lagi bagi melihat keberkesanan terapi permainan Musical
Carpet dalam pelbagai aspek. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada pengkaji
seterusnya dalam melaksanakan kajian serta menjadi titik permulaan kepada mereka untuk
menghasilkan kajian yang lebih baik. SENARAI RUJUKAN Abu, S. b. (n.d.). Pelaksanaan Aktiviti
Belajar Melalui Bermain di Tadika-tadika Kawasan Melaka Tengah Melaka. Jurnal Pendidikan .
Abu, S. (2008). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Professional. Amy Vierhile, A. R.-K.
(2009, February). Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder in Children and Adolescents : Closing
Diagnostic, Communication, and Treatment.Retrieved February 2, 2012, from Journal of
Pediatric Health Care: http://www.jpedhc.org Azura. (2010, November 8).
Mengembangkan/meningkatkan daya tumpuan yang teristimewa. Retrieved Februari 2, 2012,
from Yang Teristimewa: http://http://yang-teristimewa.blogspot.com Bella, M. L. (2012, feb 10).
The Importance of Movement. Retrieved feb 12, 2012, from MusicTherapyTunes:
http://www.musictherapytunes.com Brewer, C. (2005). Music and Positive Mood Management in
the classroom. Retrieved february 5, 2012, from MusicandLearning:
http://www.musicandlearning.com Daniel P. Hallahan, J. M. (2006). Cases for reflection and
analysis for exceptional learners: introduction to special education. United Kingdom: Pearson.
Frank Caplan, T. C. (1973). The Power Of Play. New York: Creative Playthings, Inc. Ibrahim, A.
(2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab melalui Pendekatan
Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor , 1-13. Jabatan Pendidikan Khas, K. P.
(2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan
Menengah. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Jannette McMenamy, C. S. (2009, 8 8).
Early Intervention in Pediatrics Offices forEmerging Distruptive Behavior in Toddlers. Retrieved
feb 2, 2012, from www.jpedhc.com Jensen, E. (2002). Implementing Music in The Classroom .
Retrieved feb 4, 2012, from MusicandLearning: http://www.MusicAndLearning.com Kamus
Dewan. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahraj, T. C.-S. (2004, September).
Using Nonpharmacological Treatment in Conjunction with Stimulant Medications for Children with
ADHD. Journal of Pediatric Health Care , 255- 259. MAZNAN, S. S. (2007, April 22). ADHD
dewasa pun ada. Mingguan Malaysia .Mohamed, J. K. (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-
kanak Istimewa. Kuala Lumpur: PTS Professional. Musfiroh, T. (2004). Pintar Cerdas melalui
Bermain. Selangor: Percetakan Adiwarna Utama. Nor, M. M. (n.d.). Kepentingan Bermain dalam
Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan . Rief, S. F. (2007). Bagaimana Mendekati dan
Mendidik kanak-kanak ADD / ADHD.Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Sharifah Nor Puteh, A. A. (2011). Pendekatan Bermain dalam Pengajaran Bahasa dan Literasi
bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu , 1-15. Summase, L. b. (2009).
Belajar sambil Bermain. Seminar Penyelidikan IPGM KBL , 92- 101. Lampiran 2 Jurnal
Pendidikan 2003,Universiti Malaya 5 PENGETAHUAN GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH
TENTANG GANGGUAN HIPERAKTIVITI DAN KURANG DAYA TUMPUAN (ADHD) Chong Siew
Hiong Rusnani Abdul Kadir ABSTRACT This study explores the knowledge level of guidance
teachers on Attention Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD) by using Knowledge of Attention
Deficit Disorders Scale - Revised (KADDS-R) as the instrument of the study. The Scale contains
four subscales: (i) DSM IV Diagnosis, (ii) Treatment, (iii) Associated Features, and (iv) Negative
Indicators. Ninety-nine guidance teachers in one of the districts in Selangor completed the
questionnaires. Based on the KADDS-R total score, the results showed that the knowledge level
ofrespondents onADHD was very low (M= 9.11, SD = 4.35). Of the four subscales, the
knowledge level on DSM IV Diagnosis subscale was highest. PENGENALAN Semasa kita
bersekolah dahulu, ramai daripada kita mempunyai memori tentang kanak-kanak "jahat" yang
tidak mendengar cakap guru, yang sering mengganggu kelas, kerap meninggalkan tempat
duduk, membuat kacau dalam kelas, kerap tidak menyiapkan kerja sekolah, atau bergaduh
dengan pelajar lain.Kecenderungan kita biasanya mensabitkan kelakuan kanak-kanak yang
demikian kepada kekurangan disiplin atau kekurangan asuhan keluarga seperti kanak-kanak itu
didera, terlalu dimanja, atau kanak-kanak itu hanya mahukan perhatian semata-mata.
Bagaimana pun, label sebegini boleh tersilap kerana sebahagian daripada kanak-kanak
berkenaan mungkin mengalami Gangguan Hiperaktiviti Dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD).
Takrif ADHD ADHD merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan
kanak-kanak (Barkley,1990). Mengikut Buku Panduan Diagnosis dan Statistik tentang
Kecelaruan Mental edisi ke-IV (DSM-IV) keluaran Persatuan Psikiatri Amerika, kecelaruan ini
dipamerkan dalam salah satu atau kesemua tiga aspek,iaitu kesukaran dalam memfokus
tumpuan, kelakuan impulsif dan hiperaktiviti. Dan simptom berkenaan diperlihatkan dalam situasi
akademik, pekerjaan, atau sosial. DSM-IV (APA, 1994) menjelaskan simptom kesukaran
memfokus umumnya merujuk kepada kesukaran mengekal tumpuan dalam tugasan atau aktiviti
permainan, tidak dapat memberi tumpuan yang teliti kepada butir terperinci, cuai semasa
membuat kerja sekolah atau aktiviti lain, gagal menghabiskan kerja sekolah dan kerja rumah,
dan selalu kehilangan barang yang perlu untuk tugasan atau aktiviti (misalnya alat permainan,
tugasan sekolah, pensil, atau peralatan). Keadaan hiperaktiviti pula mungkin diperlihatkan
dengan kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk, selalu
meninggalkan tempat duduk ketika di kelas atau situasi lain yang menghendaki duduk diam,
kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap, selalu
berlari ke sana ke mari atau memanjat secara melampau dalam situasi yang tidak sesuai, sering
bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah "digerakkan oleh motor." Sementara kelakuan
impulsif individu yang mengalami ADHD diperlihatkan melalui ketidaksabaran dan kesukaran
menangguhkan reaksi, selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan, sering
menghadapi masalah ketika menunggu giliran, sering mengganggu atau mencelah perbualan
atau aktiviti orang lain, gagal mendengar arahan, mencekau barang daripada orang lain,
menyentuh benda yang tidak seharusnya disentuh, dan sering membuat lawakjenaka. Mereka
yang mengalamiADHD juga dihantui kemalangan akibat daripada ke1akuan impulsif, dan mudah
melibatkan diri dengan aktiviti merbahaya tanpa mempertimbangkan akibatnya. Kebanyakan
individu yang mengalami ADHD mempunyai kedua-dua simptom kesukaran memfokus perhatian
dan hiperaktiviti-impulsif, namun juga terdapat individu yang lebih ketara padasimptom tertentu.
Mengikut DSM-IV (APA, 1994), untuk melayakkan seseorang individu didiagnos sebagai ADHD,
simptom terse but mesti wujud sebelum umur tujuh tahun dan diperlihatkan dalam sekurang-
kurangnya duaseting (misalnya di rumah, sekolah dan sebagainya). Namun menurut Sciutto,
Terjesen dan Frank (2000),diagnosis ADHD yang tepat kerapkali menjadi rumit kerana: (1)
banyak masalah yang berkaitan dengan ADHD juga merupakan ciri kecelaruan kelakuan kanak-
kanak yang lain; (2) ADHD selalunya diiringi dengan pelbagai kecelaruan perkembangan dan
psikiatri yang lain, dan (3) kanak-kanak yang mengalami ADHD terdiri daripada populasi
pelbagai yang simptomnya berbeza antara seting, pengasuh, dan kerumitan tugasan. Setakat
ini, punca ADHD tidak diketahui dengan pasti, tetapi semakin banyak dapatan kajian
mengesyorkan bahawa ADHD tidak berpunca dari persekitaran rumah seperti faktor psikososial
dan kaedah pengasuhan, tetapi sebaliknya dicetuskan oleh punca biologi seperti masalah
neurologi dan genetik (Bower, 2003; National Institute of Mental Health, 2003; The National
Resource Center onAD/HD, 2003). Walau bagaimana pun, faktor persekitaran mempengaruhi
tahap keseriusan kecelaruan yang dihadapi. Bantuan untuk Kanak-kanak ADHD Seperti kanak-
kanak kurang kemampuan yang lain, kanak-kanak yang mengalami ADHD boleh membesar dan
mencapai kehidupan yang produktif jika mereka dibantu secukupnya dengan penuh
kefahaman,perhatian, dan mendapat perkhidmatan kesihatan mental yang wajar. Dalam hal ini,
Rosien (2003) mengatakan bahawa seseorang guru tidak akan memberi ujian di atas sehelai
kertas yang bercetak kepada seorang kanakkanak yang tidak mampu melihat; seorang kanak-
kanak yang tidak mampu mendengar tidak akan dijangka menguasai sesuatu bahasa baru
dengan mendengar pita rakaman. Begitu juga dengan seorang kanak-kanak yang mengalami
ADHD, dia sudah tentu tidak boleh dijangka berjaya tanpa diberi peralatan dan bantuan
persekitaran yang sesuai. Rawatan untuk ADHD bertujuan memperbaiki fungsi individu da1am
semua seting, mengurangkan simptomnya, mencegah kesan negatif, dan meningkatkan
pendidikan dan kemahiran. Kerap kali rawatan yang berkesan untuk ADHD me lib atkan
pendekatan multi disip1in yang menggabungkan bidang perubatan, pendidikan dan psikososia1
(Pledge, 2002). Para ibu bapa dan guru merupakan peserta yang aktif dalam usaha rawatan
yang berjaya. Jika ibu bapa dan guru memahami kesukaran yang dialami dan keperluan khas
kanak-kanak ADHD, mereka akan menilai semula cara mereka mentafsir kesukaran
perkembangan kanak-kanak ini. Mereka akan berhenti meletakkan perkataan yang kurang wajar
seperti "malas", "bodoh" dan "naka1" atas kanak-kanak ADHD, dan juga akan menukar sikap
mereka terhadap kanak-kanak yang menga1ami "kesukaran terselindung" ini. Tanpa intervensi
yang sesuai, kanak-kanak dan remaja ADHD menghadapi risiko tinggi untuk mengembangkan
kecelaruan lain yang bo1eh membawa kepada kegagalan akademik, penyalahgunaandadah,
kecelaruan emosi, dan kemurungan (Teeter, 1991). Guru Bimbingan Ramai pengkaji (Lavin,
1991; Lucker & Molloy, 1995; Miranda, Presentaci6n, & Soriano, 2002; Pledge, 2002; Teeter,
1991) serta Persatuan Kaunselor Sekolah Amerika atau American School Counselor Association
(ASCA) telah menghuraikan pelbagai fungsi dan peranan kaunselor di sekolah dalam usaha
membantu pelajar yang mengalami ADHD. Kaunselor di sekolah dikatakan berfungsi sebagai
sumber maklumat tentang ADHD, memainkan peranan untuk membantu pelajar yang mengalami
ADHD, dan juga membantu guru dan ibu bapa yang berinteraksi dengan kanak-kanak ADHD
me1alui proses perundingan. Lockhart dan Keys (1998) bagaimanapun mengatakan bahawa
secara tradisi kaunseling kesihatan mental tidak dianggap sebagai sebahagian daripada identiti
kaunselor di sekolah. Oleh itu, banyak bidang pengetahuan dan kemahiran dalam kaunseling
kesihatan mental tidak diberi keutamaan dalam program persediaan kaunselor sekolah. Dalam
konteks tempatan, Kementerian Pendidikan Malaysia mula melantik guru bimbingan sebagai
personel utama untuk menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di peringkat
sekolah rendah sejak tahun 2002. Guru bimbingan inilah yang seharusnya menjadi personel
terpenting untuk membantu kanak-kanak yang mengalami ADHD. Demi menjaga nasib dan
kebajikan pelajar ADHD, bukan sahaja pelajar tersebut memerlukan bantuan tetapi individu yang
berinteraksi dengan pelajar tersebut seperti ibu bapa dan guru juga perlu dibantu dengan
pengetahuan dan kemahiran. Da1am hal ini, guru bimbingan di sekolah tentunya adalah
personel yang paling sesuai untuk mencapai hasrat membantu tersebut. Namun, seperti yang
dikatakan oleh Lockhart dan Keys (1998) serta Hall dan Gushee (2000), kaunselor (atau guru
bimbingan dalam konteks tempatan) di sekolah tidak dilatih secukupnya dalam bidang
kaunseling kesihatan mental. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti
tahap pengetahuan guru bimbingan sekolah rendah tentang ADHD. Tahap pengetahuan
merupakan faktor utama untuk membolehkan seseorang guru bimbingan memainkan peranan
yang berkesan untuk membantu pelajar yang mengalami ADHD. Pelajar ADHD akan
menunjukkan simptom kesukaran menumpu perhatian dan/atau hiperaktiviti-impulsif sehingga
member kesan kepada emosi, kehidupan sosial, pencapaian akademik dan kehidupannya dalam
keluarga.Seandainya guru bimbingan mempunyai pengetahuan tentang ADHD, mereka boleh
mengadakan intervensi multi disiplin untuk membantu pelajar ADHD. Mereka boleh merujuk
secara tepat pelajar berkenaan kepada pakar psikiatri untuk rawatan perubatan yang
sewajarnya. Guru bimbingan juga mampu memainkan peranan sebagai perunding kepada ibu
bapa dan guru untuk mendidik mereka supaya menjalankan intervensi modifikasi tingkah laku di
rumah dan di dalam bilik darjah. Di samping itu, mereka juga boleh memberi bimbingan dan
perkhidmatan kaunseling secara langsung kepada pelajar ADHD. Sebaliknya, jika guru
bimbingan tidak mempunyai pengetahuan tentang kanakkanak ADHD, mereka tidak dapat
memainkan peranan mereka yang sewajarnya untuk membantu pelajar berkenaan. Besar
kemungkinan mereka hanya cuba secara tradisi untuk mengadakan sesi kaunseling bagi
menangani masalah tingkah laku dengan pelajar ADHD tanpa memahami asas organik di
sebalik kelakuan pelajar tersebut.Sehubungan dengan itu, mereka mungkin akan menaruh
perasaan marah atau kecewa terhadap pelajar ADHD yang dianggap "degil" untuk berubah.
Intervensi untuk pelajar ADHD amat berbeza mengikut tahap pengetahuan guru bimbingan
tentangADHD. Pelajar ADHD yang dibantu dengan multi disiplin akan merasai mereka difahami
dan dihargai oleh orang signifikan, simptom mereka akan berkurangan dengan bantuan
perubatan dan modifikasi tingkah laku, mereka dapat menyesuaikan diri dengan lebih baik dan
ini membantu mereka membentuk penghargaan swadiri yang tinggi. Para pelajar ADHD yang
tidak menerima rawatan sewajarnya akan merasai mereka tidak difahami dan dihargai atau
diabaikan. Perasaan tidak difahami dan dihargai atau terabai ini akan mendedahkan mereka
kepada risiko yang tinggi untuk mengalami pelbagai kecelaruan yang lain (Teeter, 1991;
Young,2000). METODOLOGI Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian ini ialah guru
bimbingan sekolah rendah yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah
Petaling, Selangor. Sebanyak 128 set soal selidik telah dikirim kepada semua sekolah rendah
yang terdapat dalam Daerah Petaling. Daripada 128 set soal selidik terse but, sebanyak 102
buah sekolah mengirim balik soal selidik berkenaan. Antara 102 set soal selidik yang diterima,
terdapat tiga set soal selidik yang tidak terjawab. Setelah dihubungi, maklumat yang diberi ialah
sekolah berkenaan belum lagi melantik guru bimbingan. Kajian ini melibatkan 99 orang guru (29
lelaki, 70 perempuan; berusia antara 22 - 50 tahun dengan min umur 34.93 tahun). Dari segi
latihan dalam bidang bimbingan dan kaunseling pula, seramai 87 orang (87.9%) menyatakan
mereka mendapat latihan dalam bidang bimbingan dan kaunseling melalui kursus 14 minggu.
Terdapat empat orang responden kaum wanita menyatakan mereka mengikuti latihan bimbingan
dan kaunseling pada peringkat ijazah pertama, sementara lapan orang tidak memaklumkan
latihan bimbingan dan kaunseling yang mereka ikuti. Dari segi bilangan tahun dilantik sebagai
guru bimbingan, didapati seramai 63 orang responden baru setahun dilantik sebagai guru
bimbingan, 32 orang responden telah dua tahun dilantik, tiga orang melaporkan mereka telah
dilantik selama tiga tahun, sementara seorang responden tidak memberi maklumat ini. Alat
Kajian Data untuk kajian ini diperolehi melalui satu set soal selidik yang mengandungi dua
bahagian. Bahagian pertama mengumpul maklumat demografi responden; maklumat tentang
pendedahan responden berkaitan dengan ADHD semasa mengikuti latihan dalam bidang
bimbingan dan kaunseling, dan setelah dilantik sebagai guru bimbingan; keyakinan responden
untuk menangani kanak kanak ADHD secara berkesan; pengetahuan responden tentang tanda
kanak-kanak yang mengalami ADHD; pendapat responden tentang keperluan untuk menyertai
kursus/latihan khas yang berkaitan dengan ADHD; pengalaman responden memohon penilaian
ke atas seorang kanak-kanak yang disyaki mengalami ADHD; serta pengalaman responden
menerima rujukan kanak-kanak yang telah didiagnos mengalami ADHD. Bahagian kedua pula
adalah Skala Pengetahuan Kekurangan Perhatian versi R atau Knowledge of Attention Deficit
Scale-Revised (KADDS-R) yang digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan guru bimbingan
tentang ADHD (Sciutto, Terjesen, & Frank, 2000). Alat kajian ini mengandungi 29 item. KADDS-R
mengukur pengetahuan dan persepsi responden tentang ADHD dalam empat subskala: Ciri
Berkaitan (Associated Features), Diagnos DSM-IV (DSM-IV Diagnosis), Petunjuk Negatif
(Negative Indicators), dan Rawatan (Treatment). Tiga belas item dalam subskala Ciri Berkaitan
merupakan maklumat umum tentang haluan, ramalan, dan variasi situasi simptom yang
berkaitan dengan ADHD. Subskala Diagnosis DSM-IV pula mempunyai enam item untuk
mengukur pengetahuan tentang kriteria DSM-IVuntuk melayakkan diagnosis bagiADHD.
Subskala Petunjuk Negatif yang mengandungi empat item merupakan pengetahuan tentang apa
"bukan" ADHD. Kandungan item bawah subskala ini adalah berhubung dengan ciri kecelaruan
lain yang bukan merupakan simptom ADHD. Subskala Rawatan pula merujuk kepada
pengetahuan berkaitan dengan hasil dan pilihan rawatan untuk ADHD. Subskala ini mempunyai
enam item. Untuk tujuan kajian ini, pengkaji telah mengubah suai item 16 yang menyatakan
"Hanya dengan proses diagnosis boleh melayakkan seseorang kanak-kanak ditempatkan di
kelas pendidikan khas" dari item negatifkepada item positif dengan kebenaran pencipta alat
kajian. Pengubahsuaian ini ada1ah perlu kerana di Amerika Syarikat, kanak-kanak ADHD
dilindungi dengan tiga statut persekutuan, iaitu The Individuals with Disabilities Education Act,
Part B (IDEA); Section 504 of the Rehabilitation Act of 1973; dan The Americans with Disabilities
Act of 1990 (ADA).Dengan wujudnya akta terse but, seseorang kanak-kanak tidak layak
ditempatkan di kelas pendidikan khas di Amerika Syarikat hanya dengan proses diagnosis
ADHD. Kanak-kanak berkenaan hanya boleh ditempatkan di kelas pendidikan khas jika dia
dikategorikan sebagai: (a) mengalami kerosakan kesihatan yang lain; (b) mempunyai
ketidakupayaan pembe1ajaran yang spesifik; dan (c) mengalami gangguan emosi yang serius,
mengikut takrifan IDEA. Namun situasi di Malaysia pula berbeza. Hanya dengan proses
diagnosis boleh melayakkan seseorang kanak-kanak ditempatkan di kelas pendidikan khas.
Walau bagaimanapun, ibu bapa pelajarberkenaan boleh memi1ih untuk tidak menempatkan
anaknya dalam kelas pendidikan khas. KADDS-R telah digunakan dalam kajian Sciutto, Nolfi,
dan Bluhm (2002) ke atas 200 orang guru sekolah rendah dari Northeastern Ohio. Pekali alpha
Cronbach dalam kajian tersebut ialah .80. Kesahan alat kajian dibuktikan dengan melihat
hubungan antara skor keseluruhan KADDS-R dengan jumlah artikel yang berkaitan dengan
ADHD yang telah dibaca, r = .398; bilangan kanak-kanak ADHD yang diajar, r = .305;
pengalaman tahun mengajar, r = .089; dan umur guru, r = .114. Untuk tujuan kajian ini, KADDS-
R telah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu dan kajian rintis dilakukan ke atas 30 orang guru
bimbingan dan kaunseling dalam Program Sarjana Sains di Universiti Putra Malaysia. Pekali
alpha Cronbach keseluruhan yang diperolehi dalam kajian rintis tersebut ialah sebanyak .88,
iaitu tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Tahap kebolehpercayaan juga telah diuji dalam kajian
sebenar, dan keputusan menunjukkan bahawa KADDS-R juga menghasilkan pekali alpha yang
amat tinggi, iaitu .91.Ini sekali lagi membuktikan KADDS- R mempunyai tahap kebolehpercayaan
yang amat tinggi. ValiditiKADDS-R telah diuji dengan melihat korelasi antara skor keseluruhan
KADDS-R dengan subskalanya dan inter kolerasi setiap subskalanya dalam ujian rintis. Hasil
ujian ini tertera dalam Jadual 1. Keputusan yang dipaparkan dalam Jadual 1 menunjukkan
bahawa semua subskala berkolerasi secara positif dengan skor keseluruhan KADDS-R.
Keputusan ini adalah tepat dan selaras dengan hasil kajian Sciutto et al. (2000) di mana semua
subskala berkorelasi secara positif dengan KADDS-R. Selain itu, keputusan dalam Jadual 1 juga
menunjukkan semua subskala dalam KADDS-R berkolerasi secara positif antara satu sarna lain
dengan nilai r berada dalam lingkungan .428 hingga .719. Mengikut Sciutto et al. (2000),
hubungan positif yang signifikan ini menunjukkan pengetahuan dalam sesuatu subskala berkait
dengan pengetahuan dalam subskala yang lain. Pengalaman Guru Bimbingan dan ADHD
Seramai 55 orang (55.6%) responden mengatakan mereka tidak pernah belajar tentang ADHD
semasamengikuti latihan dalam bidang bimbingan dan kaunseling, sementara 73 orang (73.7%)
responden menyatakan mereka tidak pernah menghadiri apa-apa kursus / latihan berkaitan
dengan ADHD setelah dilantik sebagai guru bimbingan. Maka tidaklah menghairankan jika kajian
mendapati pada skala 1 (tidak sama sekali) hingga tujuh (mengetahui sepenuhnya), responden
hanya memperolehi skor min 3.09 bagi item "Mengetahui tanda kanak-kanak yang mengalamai
ADHD". Begitulah juga dengan keyakinan untuk menangani kanak-kanak ADHD secara
berkesan, di mana skor min untuk skala 1 (tidak yakin sama sekali) hingga tujuh (amat
berkeyakinan), adalah 2.52. Sehubungan itu, 51 (57.5%) responden merasakan mereka amat
memerlukan latihan khas berkaitan ADHD. Berhubung dengan pengalaman responden
berhadapan dengan kanak-kanakADHD pula, terdapat hanya 22 orang responden pernah
meminta penilaian ke atas seseorang pelajar yang disyaki mengalami ADHD dan seramai 30
orang responden pernah menerima rujukan sekurang-kurangnya seorang kanakkanak yang
telah didiagnos mengalami ADHD sepanjang kerjaya mereka. Sebaliknya, seramai 77 orang
responden tidak pernah meminta penilaian ADHD ke atas pelajar dan seramai 69 orang
responden mengatakan mereka tidak pernah menerima rujukan kanak-kanak yang telah
didiagnos mengalami ADHD sepanjang kerjaya mereka. Hasil kajian ini mirip hasil kajian
Goldstein (2002) yang mendapati lebih daripada separuh respondennya mengatakan mereka
menerima sedikit atau tidak menerima sebarang latihan tentang ADHD; serta kajian Piccolo-
Torsky dan Waishwell (1998), yang mendapati 83% respondennya mengatakan mereka tidak
menerima latihan formal berkenaan ADHD di universiti. Apabila tahap pengetahuan rendah,
maka tentunya tahap keyakinan juga rendah. Ini disokong oleh kajian Barbaresi dan Olsen
(1998) yang menunjukkan guru yang lebih berpengetahuan lebih mudah serta kurang
mengalami tekanan untuk menangani pelajar ADHD. Lebih daripada separuh responden
menyatakan mereka amat memerlukan kursus khas berkaitan dengan ADHD. Maklum balas ini
menunjukkan guru bimbingan amat mengharapkan peluang untuk memahami dan menangani
kanak-kanak ADHD secara lebih berkesan. Trend yang sarna dapat dilihat pada kajian Piccolo-
Torsky dan Waishwell (1998) yang mana 90% respondenjuga menyatakan mereka
mengharapkan lebih banyak latihan berkaitan dengan kecelaruan tersebut. Kebanyakan
responden tidak pernah meminta penilaian ADHD ke atas seseorang pelajar dan mengatakan
mereka tidak pernah menerima rujukan kanak-kanak yang telah didiagnos mengalami ADHD
sepanjang kerjaya mereka. Data ini juga berkait rapat dengan tahap pengetahuan umum tentang
ADHD. Jika tahap pengetahuan umum tentang ADHD adalah rendah, maka kefahaman
tentangADHD juga rendah, dan walaupun kanak-kanak itu mempamerkan simptom ADHD, guru
lebih cenderung memberi penjelasan lain. Ekoran daripada itu, besar kemungkinan kanak-kanak
berkenaan tidak dirujuk untuk proses diagnosis. Kajian Frank (dalam Rabiner, 2000) mendapati
guru jarang menghubungkaitkan kelakuan pelajar dengan ADHD, sedangkan pelajar berkenaan
telah didiagnos mengalami ADHD pada akhir kajian. Sehubungan dengan itu, Rabiner (2000)
menyatakan bahawa mungkin terdapat ramai kanak-kanak yangmengalami masalah kekurangan
perhatian gagal memperolehi bantuan yang diperlukan. Pengetahuan Responden Mengenai
ADHD Min skor keseluruhan KADDS-R menunjukkan responden yang terlibat dalam kajian ini
mempunyai tahap pengetahuan ADHD yang amat rendah (M = 9.11, SP = 4.35) (Jadual 2).
Dapatan ini sangat berbeza dengan skor keseluruhan responden kajian Sciutto et al. (2002)
yang menunjukkan nilai min skor responden sebanyak 19.37 (SP = 5.94). Kekurangan
pengetahuan tentang ADHD telah dikenal pasti oleh Shapiro dan DuPaul (1993) sebagai salah
satu halangan utama untuk melayan keperluan kanak-kanak ADHD. Kaunselor sekolah mesti
sekurang-kurangnya mempunyai pengetahuan menangani simptom tipikal serta reaksi atas
tuntutan persekitaran yang diperlukan agar dia mampu untuk menjadi sumber yang
efektifkepada guru dan ibu bapa. Bagi tujuan membandingkan min skor item mengikut subskala
yang terdapat dalam KADDS-R, min skor bagi setiap subskala telah dibahagi dengan bilangan
item subskala berkenaan dan ditukarkan dalam bentuk peratus untuk mendapatkan nilai peratus
min skor item responden mengikut subskala dalam KADDS-R (Jadual J). Adalah didapati item
dalam subskala Diagnosis DSM-IV memperolehi nilai peratus min skor yang paling tinggi, diikuti
dengan item subskala Rawatan, subskala Ciri Berkaitan, dan subskala Petunjuk Negatif.
Dapatan ini menepati hasil kajian lepas yang mengukur tahap pengetahuan para pendidik
(Sciutto et al., 2000, 2002) yang mendapati responden lebih berpengetahuan dalam diagnosis
DSM - IV . IMPLlKASI Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru bimbingan tentang
ADHD amat rendah. Ini bermakna guru bimbingan tidak dapat memenuhi keperluan kanak-
kanak ADHD. Guru bimbingan juga gagal berfungsi sebagai pakar rujuk kepada ibu bapa dan
guru lain di sekolahnya. Oleh itu, kurikulum pendidikan guru bimbingan dan kaunseling harus
memberi penekanan kepada pelbagai kecelaruan yang dialami oleh kanak-kanak dan remaja
dalam latihan sebelum perkhidmatan, dan kursus dalam perkhidmatan. Guru bimbingan pula
mesti mengamalkan sikap pembelajaran seumur hidup. Mereka hendaklah sentiasa berusaha
mengemaskini dan meningkatkan ilmu mereka tentang pelbagai aspek perkembangan kanak-
kanak dan remaja agar mereka dapat membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah
perkembangan. Maklumat kajian ini juga mempunyai implikasi yang signifikan kepada
Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah memulakan Kempen Cara Hidup Sihat sejak tahun
1991.14 Jurnal Pendidikan 2003, Universiti Malaya Kempen tersebut merupakan pendekatan
baru oleh kerajaan ke arah meningkatkan taraf kesihatan rakyat yang akan meningkatkan
produktiviti dan kualiti kehidupan. Guru bimbingan, yang merupakan personel utama untuk
menjaga kesihatan mental kanak-kanak di sekolah, mesti diberi tumpuan oleh Kementerian
tersebut dalam merancang strategi tertentu untukmeningkatkan kualiti kehidupan rakyat. Guru
bimbingan mesti diperlengkapkan dengan ilmu dalam bidang kesihatan fizikal
dan mental. Kajian ini memberi fokus kepada institusi sekolah, namun hakikatnya
gejala ADHD bermula sebelum kanak-kanak memasuki alam persekolahan.
Dengan itu kajian juga harus dilakukan ke atas institusi keluarga, seperti menguji
tahap pengetahuan ibu bapa tentang ADHD. Ibu bapa merupakan individu yang
paling rapat dan signifikan kepada kanak-kanak dan pembabitan ibu bapa
berperanan mempengaruhi pencapaian kanak-kanak di sekolah (Carter, 2003).
Tahap ilmu pengetahuan ibu bapa tentang ADHD akan memberi kesan yang lebih
mendalam kepada kualiti kehidupan seseorang kanak-kanak yang mengalami
ADHD. Maklumat mengenai ADHD perlu disebarkan oleh berbagai institusi yang
berkaitan supaya ibu bapa peka akan manifestasi kecelaruan itu. Jikalau ibu bapa
diberi kesedaran akan ciri-ciri ADHD besar kemungkinan mereka akan
mengambil tindakan awal untuk mendapatkan rawatan untuk anak mereka yang
mempamerkan ciri-ciri tersebut. RUJUKAN American Psychiatric Association.
(1994). Diagnostic and statistic
manual of mental disorders (4th ed.). Washington, DC: APA. Barbaresi, W. J., &
Olsen, R. D. (1998).An ADHD educational intervention for elementary
schoolteachers: A pilot study. Developmental and Behavioral Pediatrics, 19(2),
94-100. Barkley, R. A. (1990). Attention Deficit Hyperactivity Disorder: A
handbook for diagnosis and treatment. New York: Guilford. Bower, B. (2003,
November 29). ADHD's brain trail: Cerebral clues emerge for attention disorder.
Science News, 164, 339. Carter, S. (2003). The Impact of parent/family
involvement on student outcomes: An annotated bibliography of research from
the past decade. Dimuat turun Jun 12, 2003, daripada
http://www.ftnys.org/resources#diagnosis/ Goldstein, L. F. (2002). Special
education. Education Week, 22(3), 6. Hall, A. S., & Gushee, A. G. (2000).
Diagnosis and treatment with attention deficit hyperactive youth: Mental health
consultation with school counselors. Journal of Mental Health Counseling,
22(4),295-305. Lavin, P. (1991). The counselor as consultant-coordinator for
children with attention deficit hyperactivity disorder. School Guidance &
Counseling, 26(2), 115-120. Lockhart, E. J., & Keys, S. G. (1998). The mental health
counseling role of school counselors. Professional School Counseling, 1(4), 3-6.Jurnal
Pendidikan 2003, Universiti Malaya 15 Lucker, J. R., & Molloy, A. T. (1995). Resources for
working with children with attentiondeficit/hyperactivity disorder (ADHD). Elementary School
Guidance & Counseling, 29(4),.260-278. Miranda, A., Presentacion, M. J., & Soriano, M. (2002).
Effectiveness of a school-based multicomponent program for the treatment of children with
ADHD. Journal of Learning Disabilities, 35(6),547-563. National Institute of Mental Health.
(2003). Autism Spectrum Disorders (Pervasive Developmental Disorders.) Dimuat turun Jun
12,2003, daripada http://www.nimh.nih. gov/healthinformation/autismmenu.cfm Piccolo-Torsky,
J., & Waishwell, L. (1998). Teachers' knowledge and attitudes regarding attention deficit disorder.
ERS Spectrum, 16(1),36-40. Pledge, D. S. (2002). ADD and ADHD: An overview for school
counselors. ERIC Digest. (ERIC Document Reproduction Service No. ED 470600) Rabiner, D.
(2000). Teacher knowledge of ADHD. Attention Research Update, 36. Rosien, J. (2003). What is
the school's responsibility? ADD Series. Preteenagers Today. Sciutto, M. J., Nolfi, C. J., & Bluhm,
C. A. (2002). Effects of gender and symptom type on ADHD referrals. Manuscript under review
(also accepted for presentation at the 2002 APA Conference). Sciutto, M. J., Terjesen, M. D., &
Frank, A. S. B. (2000). Teachers' knowledge and misperceptions of AttentionDeficitlHyperactivity
Disorder. Psychology in the Schools, 37(2), 115-122. Teeter, P. A. (1991). Attention deficit
hyperactivity disorder: A psychoeducational paradigm. School Psychology Review, 20(2), 266-
280. The National Resource Center on AD/HD. (2003). The Science of AD/HD. Dimuat turun Jun
12,2003, daripada http://www.help4adhd.org/en/about/science Young, S. (2000). ADHD children
grown up: An empirical review. Counseling Psychology Quarterly, 13(2),191-200. Lampiran 3
ANAK HIPERAKTIF Anak adalah permata hati kita, kurniaan, anugerah dan amanah Allah
kepada ibu bapa. Beruntung bagi pasangan yang memiliki anak.Namun begitu, bagaimanakah
jika kita dikurniakan anak bermasalah? Kolum Permata Hati minggu ini membawa ibu bapa
menyelami perilaku tidak normal anak iaitu cara mengenalpasti dan menangani anak hiperaktif.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, hiperaktif bermaksud masalah terlampau cergas
hingga pergerakannya sukar dikawal sama ada keadaan atau sifat. Keadaan ini biasa berlaku
pada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa harus berhati-hati untuk tidak melabelkan kanak-kanak
normal tetapi sangat aktif dan riuh sebagai hiperaktif. Lihat dan teliti terlebih dahulu pada ciri
khusus kanak-kanak hiperaktif. Peringkat kanak-kanak adalah biasa jika mereka terlampau aktif,
suka bermain dan mengalami pencapaian pelajaran sedikit merosot adalah normal. Ia
bergantung pada umur dan peringkat perkembangan kanak-kanak. Secara umumnya, hiperaktif
dikategorikan kepada tiga tahap iaitu kekurangan tumpuan, mengikut dorongan hati dan
berkelakuan aktif. Berkelakuan terlalu aktif Tahap aktiviti motor yang tinggi iaitu sentiasa
bergerak ke sana ke mari, berlari tanpa rasa penat, tidak boleh duduk diam dan sentiasa gelisah.
Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari, memanjat perabot dan tidak boleh berdiam
diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif. Kurang tumpuan Tidak boleh menumpukan
perhatian pada guru di sekolah atau tadika dan tidak berupaya menghabiskan tugas diberikan
atau aktiviti permainan. Biasanya, mereka mudah beralih pandangan dari satu perbuatan ke
perbuatan lain dan sering kali tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya.
Mereka selalunya tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain. Mengikut
dorongan hati Tingkah laku impulsif dan memenuhi kehendak diri dengan segera. Biasanya,
mereka tidak suka menunggu giliran dalam permainan dan suka mengganggu orang lain.
Tindakannya di luar kawalan, cepat berubah melakukan sesuatu dan tidak mengikut arahan.
Masalah ADHD cenderung berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
Kekurangan tumpuan dan hiperaktif dalam kalangan kanakkanak menyebabkan mereka lewat
menerima pelajaran dan membantutkan pencapaian pendidikan. Masalah ini kerap alami kanak-
kanak prasekolah dan ia boleh menjejaskan pencapaian bidang pelajaran pada peringkat
permulaan. Kaedah rawatan dan cara menangani Cuba rawat perilaku hiperaktif menggunakan
kaedah pengurusan emosi yang berkesan, seperti tidak meninggalkannya bersendirian bergaul
dengan kanak-kanak lebih muda. Ada kemungkinan dia akan melakukan kekerasan seperti
mencederakan kawan dan diri sendiri. Jauhkan alatan berbahaya dan tajam supaya dia tidak
mencederakan dirinya sendiri, tegur dan elak menunjukkan perbuatan kasar kerana kanakkanak
hiperaktif mudah meniru pelakuan ibu bapanya. Ibu bapa perlu tahu bahawa kanak-kanak ini
memerlukan perhatian, kasih sayang yang lebih dan jangan merendah-rendahkan dirinya di
depan orang lain hingga dia terasa tidak disayangi. Hal ini boleh memburukkan keadaan dan
berisiko membuatkan kanak-kanak ini bertindak di luar kawalan. Lazimnya, kanak-kanak
hiperaktif melakukan sesuatu tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya, cuma ikut hatinya
saja dan suka bermain bersendirian. Jika tidak diubati, berkemungkinan penyakit ini akan
berterusan hingga mereka dewasa. Mainkan tanggungjawab anda sebagai ibu bapa dan lakukan
yang terbaik buat anak anda. Antara sikap kanak-kanak hiperaktif Degil Suka membantah
Suka melanggar peraturan terutama di sekolah Mudah leka dan tidak memberi tumpuan
terhadap sesuatu hal Sering kali merasa tidak puas hati Sering tertekan Menghadapi
masalah dalam pelajaran dan hubungan sosial Cepat takut dan risau Suka berpeluh dan
mengalami masalah sakit perut atau cirit birit. Perasaan marah, cemas dan gusar sering
membelenggu ibu bapa setiap kali menerima panggilan atau surat daripada pihak sekolah yang
mengatakan anak mereka nakal, tidak mendengar ajaran guru malah mendapat keputusan yang
lemah di dalam kelas. Sifat anak yang tidak boleh duduk diam dan asyik bermain kemungkinan
disebabkan sejenis sindrom dipanggil hiperaktif (attention deficit hyperactivity disorder - ADHD).
ADHD biasanya lapan peratus ke 10% dikesan bagi kanak-kanak yang sudah bersekolah. Lelaki
adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap ADHD berbanding kanak-kanak perempuan. Ibu
bapa boleh memastikan anak mengalami ADHD jika mereka kelihatan lebih bertenaga daripada
biasa, cepat gelisah serta hilang tumpuan. Pakar Pediatrik berkata kanak-kanak ADHD gemar
bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu
tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak mengendahkannya.
Sememang lumrah semua kanak-kanak bersikap begini, tetapi bagi ADHD, perangai mereka
agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara
baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta
lemah dalam akademik. Kelakuan yang diperlihatkan oleh kanak-kanak bermasalah ADHD
dibahagi kepada tiga iaitu kekurangan tumpuan perhatian, mengikut dorongan hati dan
berkelakuan terlalu aktif. 1. Kekurangan tumpuan perhatian Kanak-kanak yang sangat senang
beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olah tidak mendengar
apabila orang cuba bercakap dengannya adalah kanak-kanak yang lemah kuasa tumpuan
perhatian. Mereka selalunya menghabiskan tugas dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain
dengan lama seperti kanak-kanak lain. 2. Mengikut dorongan hati Kanak-kanak itu tidak pernah
merancang tindakan, malah terus melakukannya. Dia cepat berubah melakukan sesuatu yang
lain. Ibu bapa dan guru mendapatinya sukar dikawal kerana dia tidak mengikut arahan. 3.
Berkelakuan terlalu aktif Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari-lari, memanjat
perabot, sukar duduk diam dan seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh
berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif. Kanak-kanak lelaki lebih terdedah
kepada masalah ADHD berbanding perempuan dan masalah itu selalunya turut menjejaskan
prestasi persekolahan anak terbabit. Ini kerana, katanya, kekurangan tumpuan dan hiperaktif di
kalangan kanak-kanak menyebabkan mereka lewat menerima setiap pelajaran dan sekali gus
membantutkan pencapaian pendidikan mereka. Lazimnya, keadaan itu lebih kerap dialami
kanak-kanak pra-sekolah dan ia boleh menjejaskan tahap pencapaian mereka di bidang
pelajaran pada peringkat permulaan. Punca ADHD Bagaimanapun, ADHD akan lenyap secara
beransur-ansur apabila mereka memasuki usia lapan atau sembilan tahun dan selepas tempoh
itu, tidak mustahil anak berkenaan menunjukkan prestasi baik dalam bidang pelajaran. ADHD
selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia di antara tiga dan lima tahun tetapi keadaan
itu akan beransur pulih apabila mereka semakin membesar. Dari segi perubatan moden,
sebahagian besar kanak-kanak bermasalah ADHD tidak menunjukkan sebarang kelainan dalam
pemeriksaan fizikal. Bagaimanapun, ADHD sering dikaitkan dengan penyakit atau keadaan
tertentu seperti meningitis atau penyakit selaput otak berkuman, kelembapan otak dan Rubella.
Faktor kebakaan, lemas ketika proses bersalin dan tekanan perasaan yang dialami wanita ketika
proses kehamilan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko ADHD. Wanita yang melalui proses
kehamilan terdedah kepada pelbagai risiko dan mereka harus bijak menangani masalah
dihadapi itu. Jika wanita hamil berasa tertekan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika
proses kehamilan, bayi dikandung terdedah kepada pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam
jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus mendedahkan anak
dikandung kepada ADHD. Sehubungan itu, wanita hamil perlu sentiasa tenang ketika
menghadapi masalah dan menanganinya dengan bijaksana supaya setiap bayi yang dilahirkan
berkeadaan sempurna. Bagaimana mengenali kanak-kanak ADHD? Mereka sentiasa lasak, ke
sana sini tidak menentu dan pergerakan sukar dikawal. Kanak-kanak terbabit juga didapati sukar
untuk mendisiplinkan diri mereka kerana apabila diminta berbuat sesuatu, mereka sukar
mematuhi arahan. Malah, jika dinasihatkan supaya berbuat sesuatu, mereka tidak
mengendahkan arahan dan terus menunjukkan sikap aktif mereka. Apabila dihantar ke sekolah,
kanak-kanak itu tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran kerana mereka kurang memberi
tumpuan dan perhatian ketika guru mengajar. Kanak-kanak itu juga memperlihatkan pelbagai
masalah seperti lambat bercakap, sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan
berbahaya. Berkelakukan Pelik Penghidap ADHD mempunyai fungsi otak yang mengawal aktiviti
berbeza daripada normal. Ini membuatkan mereka sering berkelakuan pelik dan kelam kabut.
Pengkaji dan doktor mengatakan ADHD berpunca daripada genetik tetapi tidak diketahui sebab
utama yang mampu mengesahkan bagaimana ADHD boleh terjadi kepada manusia. ADHD
berlaku apabila ada perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitters pada otak manusia.
Cairan kimia ini berfungsi menghantar pesanan antara sel saraf ke otak. Bagi individu yang
kekurangan kimia ini akan menunjukkan simptom ADHD. Ada beberapa pendapat pakar
mengatakan saiz otak ADHD lima ke 10% lebih kecil daripada otak normal. Beberapa kajian
dilakukan dan mendakwa merokok ketika mengandung boleh menyebabkan anak berisiko
mendapat ADHD. Selain itu risiko lain ialah kelahiran pra matang, bayi dilahirkan dengan berat
badan berkurangan dan kecederaan pada otak ketika di dalam perut ibu. Pelbagai kontroversi
mempengaruhi jumlah sebenar kanak-kanak yang menghidapi ADHD. Diagnosis dan
perangkaan membuktikan antara 3~5% kanak-kanak menghidap ADHD setiap tahun. ADHD
bukan sejenis penyakit berjangkit, tetapi sindrom seumur hidup bagi mereka yang mengalami
situasi kronik. Apa yang membimbangkan 35% daripada kanak-kanak ADHD lebih bersikap
degil, sering membantah dan melanggar peraturan. Selain itu 18% daripada mereka lalai, tidak
puas dengan apa yang ada, tertekan, masalah dalam pelajaran dan bersosial serta hilang rasa
hormat terhadap diri sendiri. Kira-kira 25% lagi kanak-kanak ADHD, cepat risau, takut dan panik,
menyebabkan jantung mereka berdegup laju, berpeluh, sakit perut dan cirit birit. Walaupun
ADHD tidak mengkategorikan mereka yang lemah dalam pelajaran, tetapi sindrom ini boleh
menyebabkan gangguan terhadap penumpuan ketika sesi pembelajaran. Ini sekali gus boleh
menjejaskan prestasi di sekolah. Kepentingan permakanan yang betul Pemakanan yang
berkualiti adalah sangat penting untuk kesihatan kanak-kanak dan diperlukan untuk tumbesaran
dan perkembangan kanak-kanak yang optimum. Di masa tumbesaran meningkat, perubahan
fisiologi berlaku dan mempengaruhi keperluan pemakanan. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, ia
boleh mempengaruhi kanak-kanak dalam banyak cara - mereka boleh mengalami tahap
konsentrasi dan kecerdasan yang berkurangan, tingkah laku hiperaktif, tenaga berkurangan dan
penyakit. 1. Kalsium Adalah penting untuk tumbesaran tulang di mana 45% daripadanya berlaku
semasa remaja. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kegagalan
untuk mencapai jisim tulang matang di peringkat dewasa dan boleh meningkatkan risiko
osteoporosis di lewat usia. 2. Asid lemak tepu Wujud dalam susu ibu, ikan, walnut, biji flaks dan
sayur-sayuran berdaun hijau yang perlu untuk fungsi sistem saraf dan perkembangan otak yang
betul. Kekurangannya boleh menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran dan masalah kulit. 3.
Zat Besi Diperlukan dalam paras yang lebih tinggi sewaktu remaja akibat peningkatan jisim
badan tanpa lemak, isipadu darah dan hemoglobin dan untuk menggantikan darah akibat haid.
4. Vitamin B Adalah diperlukan untuk mengelakkan keletihan, kemurungan dan kesukaran dalam
pembelajaran dan bagi memberi tenaga yang sangat penting untuk kanak-kanak yang sentiasa
aktif. 5. Zink Adalah penting untuk mengalakkan tidur yang lena, tumbesaran dan perkembangan
dan mencegah masalah tingkah laku, konsentrasi yang lemah dan rasa gemuruh. Pada
dasarnya, diet harus mengandungi keseimbangan nutrien yang betul yang untuk perkembangan
kanak-kanak yang sedang membesar. Jika pengambilan pemakanan yang betul dihalang oleh
selera yang lemah, suplementasi harus dipertimbangkan. Ini adalah penting kerana kanak-kanak
perlukan semua bantuan yang boleh didapati untuk membesar dengan kuat dan sihat. Diet
adalah keperluan penting anak-anak. Makanan yang anak-anak makan dan tidak makan
mempunyai kesan besar ke atas kejayaan mereka di sekolah. Nutrien-nutrien berikut
memainkan peranan penting dalam perkembangan dan fungsi otak kanak-kanak. Zink adalah
bahagian penting struktur komunikasi antara sel-sel saraf. Oleh itu ia adalah penting untuk fungsi
otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan kognitif. Daging dan
makanan laut adalah sumber terbaik zink. Kacang tanah, germa gandum, bijiran penuh dan biji
labu kuning serta labu putih juga mempunyai kandungan zink yang tinggi. 6. Glukos Otak
seseorang anak bergantung pada glukos untuk bahan bakar. Meninggalkan sarapan boleh
menyebabkan kekurangan gula dalam darah (glukos) dan melemahkan kemampuan kognitif.
Anak-anak yang meninggalkan sarapan mempunyai daya perhatian yang singkat, mencapai
markah yang rendah dalam ujian dan lebih sukar menumpukan perhatian berbanding rakan-
rakan sekelas yang mendapat makanan yang baik. 7. Zat Besi Anemia kekurangan zat besi
adalah biasa bagi kanak-kanak. Otak kanak-kanak adalah sensitif terhadap paras zat besi yang
rendah walaupun sebelum ujian darah menunjukkan masalahnya. Zat besi memainkan dua
peranan penting: ia mengangkut oksigen dalam darah dan mengangkut oksigen itu di dalam sel-
sel di mana ia di gunakan. Kanak-kanak anemia mempunyai tempoh perhatian yang
berkurangan dan kurang bermotivasi untuk bertahan dalam tugas yang mencabar intelektual.
Hidangkan bijirin yang diperkaya dengan zat besi untuk sarapan. Masukkan daging merah, tuna
atau ayam dalam menu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Hidangkan banyak sayuran
berdaun hijau tua, brokoli dan kekacang. 8. Asid Folik Asid folik adalah penting untuk
pembentukan dan kematangan sel-sel darah merah dan putih. Seorang pelajar yang kekurangan
asid folik akan berasa keletihan, bersikap tidak peduli, perengus dan pelupa. Buah-buahan dan
sayur-sayuran mentah, terutamanya jus oren dan bayam adalah sumber asid folik yang terbaik.
9. Vitamin-vitamin B Vitamin-vitamin B bertindak membantu membuka tenaga dalam glukos.
Kekurangan dalam vitamin-vitamin B boleh mengganggu pembelajaran dengan menyebabkan
perubahan perwatakan termasuk sifat agresif, sifat permusuhan dan kemurungan. Tiada satu
sumber makanan yang membekalkan kesemua vitamin B yang diperlukan, oleh itu kepelbagaian
adalah penting. Bijiran sarapan yang diperkuat juga adalah sumbar vitamin-vitamin B yang
bagus. 10. Vitamin A Nutrien ini diperlukan untuk perkembangan sistem saraf yang betul dalam
janin yang sedang membesar. Terdapat juga bukti yang menunjukkan ia juga diperlukan untuk
fungsi otak yang optimum semasa hidup. Vitamin A ditemui dalam bentuk beta karotena dalam
buah-buahan berwarna oren tua dan kuning serta sayur-sayuran berdaun hijau tua. Bagaimana
menangani masalah kanak-kanak ADHD? Fungsi ibu bapa amat penting dalam menghadapi
masalah kanak-kanak ADHD. Dalam keadaan ini, ibu bapa perlu banyak bersabar dan
menggunakan teknik yang betul untuk menghadapi masalah seumpama itu. Lazimnya,
pemeriksaan urat saraf di kalangan sebahagian besar kanak-kanak dikatakan mengalami
sindrom hiperaktif selalunya tidak menunjukkan sebarang gangguan. Malah, di kalangan kanak-
kanak yang dikatakan mengalami kerosakan otak, sebahagian besar tidak menunjukkan
kelakuan hiperaktif. Proses penilaian kanak-kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi
pemeriksaan pediatrik dan psikologi. Pemeriksaan juga harus dilakukan oleh pakar kanak-kanak
untuk memastikan tiada gangguan urat saraf atau tahap ciri elemen plumbun yang tinggi dalam
darah. Apabila anak menunjukkan tingkah laku tidak elok, nasihatkan mereka tidak mengulangi
perbuatan itu tetapi jika mereka berbuat baik, jangan lupa memuji. Rawatan ADHD tidak boleh
diubati tetapi boleh dikawal. Caranya dengan bantuan ibu bapa dan orang sekeliling. Rawatan
ADHD juga dikatakan lebih baik dengan gabungan perubatan dan terapi. Amat penting
menetapkan rawatan terapi yang spesifik dan sesuai untuk kanak-kanak ini. Susulan rawatan
yang sistematik sangat membantu kembali normal. Segala maklumat perkembangan mereka
boleh didapati melalui ibu bapa, guru dan kanak-kanak itu sendiri. Masalah kanak-kanak yang
menghidap ADHD adalah rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam merawat mereka.
Perawatan alternatif semakin menjadi perhatian, termasuk makanan tambahan dan herba,
manipulasi kiropratik dan perubahan diet. Walaupun memakan serat dan nutrisi asas lain adalah
baik dalam proses merawat ADHD, tidak banyak kajian mengesahkannya. Bagaimanapun tidur
yang cukup terbukti dapat membantu mengurangkan simptom ADHD. Kanak-kanak ini mungkin
diberikan terapi tambahan bergantung kepada simptom dan apa yang diperlukan mereka. Ibu
bapa perlu selalu berwaspada terhadap setiap tindakan yang boleh membahayakan diri kanak-
kanak itu. Beritahu doktor jika ada sebarang perubahan yang berlaku.

Anda mungkin juga menyukai