Anda di halaman 1dari 6

SEMESTER OKTOBER SESI 2020/2021

(JA 202)

BPME 2023
KREATIVITI DAN INOVASI

TUGASAN INDIVIDU

JURNAL KREATIVITI DAN INOVASI

DISEDIAKAN UNTUK:

PROF. MADYA DR. ARMANURAH BINTI MOHAMAD

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA : MOHAMAD SHUKRAN BIN MOHAMAD RIBI


NO. MATRIK : 258238
PUSAT : KAMPUS UUM SINTOK

1
ABSTRAK

Perubahan senario dunia akibat dari ketidakstabilan ekonomi dunia serta fenomena sosial,
teknologi dan juga psikologi dan etika, negara-negara di seluruh dunia memerlukan ruang
dan pendedahan untuk mengkaji semula sistem pendidikan mereka dan khususnya
kurikulum yang mereka lalui selama ini. Tanpa pengecualian, Malaysia asyik dengan cita-
cita menjadi negara perindustrian berpendapatan tinggi mendapati dirinya perlu mengubah
sistem ini. Perdana Menteri Malaysia telah memutuskan bahawa untuk mentransformasi
negara untuk mencapai sesuatu yang ideal dalam masa yang sama sistem pendidikan harus
melahirkan manusia yang berfikiran kritis, kreatif, dan inovatif. Pembaharuan pendidikan
masa lalu secara struktural telah membawa perubahan tingkat makro yang diterjemahkan
dalam bentuk peningkatan penyertaan dalam proses pendidikan dan dengan demikian
meningkatkan jumlah potensi bakat. Kreativiti bukanlah suatu konsep yang bersifat
konseptual dan teoritikal. Kreativiti boleh diterjemahkan secara nyata menerusi produk
konkrit. Ia juga boleh diterjemah secara konseptual seperti idea, konsep, metod, teori,
hipotesis dan perkhidmatan. Aplikasi kreativiti untuk menghasilkan produk konkrit, nyata dan
konseptual ini dikenali sebagai invensyen atau rekacipta. Invensyen akan mengalami proses
modifikasi, adaptasi dan imitasi secara evolusi dan ia dinamakan inovasi. Inovasi
menjadikan kreativiti dan invensyen bernilai dan boleh dipasarkan.

http://jice.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/7942

PENDAHULUAN

Didalam era pembangunan moden yang sedang membangun di negara kita, haruslah
kita menerajui teknologi yang semakin berkembang maju dan berdaya saing agar tidak
ketinggalan sama ada melalui pendidikan, idea, bakat, pembuatan dan lain-lain lagi.
Kebelakangan ini, hampir semua negara sedang mempertimbangkan semula sistem-sistem
pembelajaran yang sedia ada. Hal ini terjadi kerana perubahan ketidakstabilan ekonomi dan
perubahan keadaan global dalam pelbagai aspek dimana ianya mengakibatkan kesan yang
sangat hebat kepada pendidikan. Sisitem pendidikan dan kurikulum yang sedang diguna
pakai oleh sistem persekolahan pada masa kini hanyalah sesuai untuk persekitaran era
sosio-ekonomi dan politik. Pihak yang bertanggungjawab perlu melakukan beberapa
perubahan dan memperkenalkan beberapa pendekatan kreatif bagi melahirkan modal insan
yang berpengetahuan, berkemahiran, kreatif dan inovatif.

2
ULASAN

Pendedahan dan penerapan budaya kreatif dan inovasi didalam kalangan rakyat negara
Malaysia masih di peringkat permulaan walaupun pelbagai usaha sedang dilakukan untuk
memberi pendedahan secara terbuka terutamanya didalam pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, keadaan ini juga menunjukkan bahawa sistem yang sedang digunakan
amatlah ketinggalan kerana ilmu yang dipelajari di sekolah melalui amalan pedagoginya
dalam konteks perubahan sosio-ekonomi dan cabaran global sudah tidak sesuai lagi
diterapkan. Jika dilihat secara mata kasar, perubahan yang berlaku didunia sekarang
amatlah ketara dimana segala sumber-sumber yang ingin diperolehi hanya dihujung jari.

Oleh yang demikian, gambaran tentang pendekatan dalam masa kini dan dimasa akan
datang yang melibat secara meluas penggunaan digital delivery dimana pelajar boleh
mendapat maklumat terkini dengan mudah melalui beberapa akses digital seperti :
Shmoop’s fun-focused content, Google’s Education, Google Earth, Khan Academy,
YouTube, Wikipedia dan pelbagai sumber dari open source menjadikan pedagogi lebih
bersifat interaktif dan menekankan kepada pelajar sebagai pembina bahan dan penjana
pembelajaran pada masa kini. Pembentukan pedagogi yang berlaku sekarang amatlah
merangsang dan membantu pelajar dalam memotivasikan diri sendiri dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi didalam pengajaran sekarang.

Justeru bagi senerio kurikulum dan pedagogi khususnya, peluang perlu dibuka bagi
pelajar melalui pemikiran kritikal untuk mendapat maklumat yang credible (tepat & padat )
melalui sumber internet. Bagaimanapun, ia tidak mustahil untuk memulakannya dan cara
yang terbaik untuk melaksanakannya adalah bermula pada peringkat sekolah lagi iaitu
menyuburkan budaya kreativiti dan inovasi.

Persekitaran dunia yang terjadi sekarang menjurus kearah networking world.


Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa subjek pendidikan seperti bahasa,
matematik, dan sejarah yang penting dalam pendidikan negara kebergantungan terhadap
didikan guru tidak lagi penting seperti sekarang. Kewujudan pembelajaran tanpa sempadan
dalam mempelajari sesuatu secara berkolaborasi dengan pelajar lain yang sama minatnya
dari pelusuk dunia dan berlainan biografinya pada masa kini. Ini bermakna kemahiran
dalam berkoloborasi, inovasi dan berfikiran kritikal akan bertambah pentingdalam
perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan dan khususnya kurikulum dalam masa
akan datang.

3
CADANGAN

Dalam konteks menghadapi perubahan global, Malaysia haruslah mengambil langkah


dalam membuat perubahan yang besar melalui kurikulum dan pendidikan yang ada
sekarang. Kurikulum yang ada sekarang tidak membantu rakyat kita dalam menghadapi
kemajuan dan pembaharuan dalam bidnag sosio ekonomi yang akan datang di masa
hadapan. Harus juga kita sedari bahawa keadaan dunia yang sudah berubah mendesak kita
mempersiapkan generasi sekarang untuk menghadapi dunia masa depan yang pastinya
jauh berbeza dengan generasi masa kini.

Kita harus membawa transformasi pendidikan di mana pengisiannya adalah untuk


memotivasi pelajar untuk berfikir kerana kita ingin mewujudkan generasi yang dapat berfikir
secara kreatif, inovatif dan kritis, serta berfikir di luar kotak dan menyelesaikan masalah. Jika
kita berusaha dalam melaksanakan perubahan ini, usaha yang konsisten dan fokus mesti
dilaksanakan dalam mengembangkan kumpulan bakat bertaraf dunia yang sangat penting
dalam memajukan negara dalam ekonomi global yang didorong oleh pengetahuan dan
inovasi pada masa kini. Apa yang berlaku dalam pendidikan di Malaysia amatlah jelas sekali
menunjukkan kualiti pendidikan berkait rapat dengan kemahiran berfikir dalam mendepani
cabaran yang sedang berlaku dan mengmbil peluang yang ada.

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh dua peneraju Negara juga menunjukkan


bahawa walaupun pendidikan Negara telah mencapai tahap yan memuaskan namun
cabaran global yang dihadapi perlu ditangani dengan sistem pendidikan yang lebih
mantap. Hal in jelas dalam ucapan Perdana Menteri yang menyatakan, “A
transformation of the national education system is necessary to create a
younger generation which can think and adapt knowledge to face future challenges”.

(Mohd. Najib,2012)

Oleh itu, kemudahan dan sokongan dari pihak kerajaan memainkan peranan besar dalam
menempuh perubahan sosio ekonomi, budaya, persekitaran dan pembelajaran. Masyarakat
dan guru masih kurang kemahiran dalam pengendalian pembelajaran dalam kontek moden
akan tetapi, cara yang lebih relistik ialah melihat perjalanan yang dilalui oleh sistem
pendidikan yang boleh dianggapkan maju seperti yang dilaksanakan di Jepun, Korea
Selatan, China dan beberapa negara di Eropah dan Barat. Apa yang penting ialah

4
budaya belajar, budaya mengajar dan budaya menghayati pelajaran, ilmu dan kemahiran
menjadi keutamaan dalam penerapan ilmu kepada pelajar.

RUJUKAN JURNAL

http://journalarticle.ukm.my/1197/1/1.pdf

LAMPIRAN 1

NO Penilaian Markah yang Markah yang


diperuntukkan diperolehi
1 Pendahaluan 5 markah

2 Ulasan Article 20 markah

3 Cadangan 15 markah

4 Susunan penulisan 10 markah


Jumlah markah 50 markah

Komen: _____

Tandatangan Pemeriksa : _________________________


5
Nama Pemeriksa : _________________________

Tarikh : _________________________

Anda mungkin juga menyukai